dunia mazni darwisya
Monday, 16 September 2013
bintang timur
10 tahun dia menunggu dan masih terus menanti.penantian nya tidak lelah rindu nya tetap di hati walau dia tahu dia hanya bermimpi untuk bertemu kembali cinta pertama nya.bertemu dengan lelaki yang mirip sekali dengan Zarul Haq saat majlis pertunangan nya sedang berlangsung buat kan Duha cukup keliru.Tapi kenapa Zarul haq seolah-olah tidak mengenali nya.betul kah kata oranh Zarul Haq telah mati 10 tahun lalu.Mampu kah Absyar memenangi cinta Duha walaupun Absyar tahu hati Duha tetap pada Zarul Haq?Duha keliru membezakan lelaki yang ditemui dengan Zarul Haq nya yang sama-sama pernah menyimpul kenangan di zaman sekolah nya?Betul kah dia Zarul Haq yang muncul kembali setelah 10 tahun kematian nya atau benar dia adalah Ihsan haris yang tidak pernah menjejak kan kaki di malaysia.Tapi kenapa mirip benar kedua nya?Mengenali Ihsan Haris seakan membawa memori Duha pada Zarul Haq.benar kah dia menyintai kedua nya dan bagaimana dengan Absyar yang masih setia dan mengharapkan sebuah perkahwinan dengan Duha?
Bintang Timur merungkai segala persoalan.....
Duha tersenyum kecil bila di usik teman-teman sekerja.Sesekali dia membalas mesej Absyar.Hari ini hari bahagia nya,kata teman-teman lah.Tapi tak tahu kenapa ada rasa sedih bermukim di hati Duha.Duha cuba usir jauh-jauh.Tapi rasa itu tetap datang juga.Duha tahu dia harus berpura-pura.Pura-pura gembira untuk menutup kesedihan dalam hati.
+ Jangan lewat sangat.kerja sikit-sikit sudah lah.
-Dah habis dah.Nak pergi butik ambil baju.
+ok hati-hati.
Duha pandang telefon bimbit nya.Sukar untuk percaya yang dia menerima Absyar dalam hidup nya.Sedangkan dari kecil Absyar lah teman baik nya sehingga kini.Menerima Absyar kerana terhutang budi?atau kerelaan hati?Yang pasti yang jawapan kedua itu bukan lah jawapan nya.
Duha berjanji dia akan cuba membuat kan Absyar gembira.Absyar sudah banyak berkorban untuk diri nya.Absyar tetap ada dengan nya waktu dia sedih dan gembira.Tapi Duha tahu sudah sepuluh tahun,Duha tidak pernah gembira lagi.Kegembiraan nya sudah mati saat berita itu sampai ke telinga nya.Tapi hari ini Duha tahu dia perlu berpura-pura sekali lagi.
"Duha cepat.Nanti lambat.Kasihan diorang tunggu lama."
Duha tersenyum pada Raihana.
"Awal lagi kak Ana.Lagipun Duha nak siap kan pelan ini sikit lagi.Lagi 3 hari dah nak meeting dengan company baru tu kan?"
"Sikit sahaja lagi kan?Esok-esok boleh buat.Jangan buat mak ayah absyar tertunggu-tunggu."
Duha diam sejenak.
"Ok Duha pergi dulu.Lagi pun Duha nak ambil baju kat butik De'Ann tu.Sorry kak Ana,Duha tinggal kan kerja pada kak Ana."
Raihana tersenyum.Dia faham kalau Duha terpaksa cuti hari ini.Itu pun dia lega sangat sebab Duha sanggup datang siap kan sedikit kerja.Hari ini keluarga Absyar akan datang merisik Duha.Itu yang Duha cakap.Raihana pun kenal Absyar.Absyar selalu ke mari.Raihana senang layanan Absyar pada Duha.
Syarikat ini Raihana dan Duha yang tubuh kan.Dari modal kecil kemudian buat pinjaman sehingga sekarang sudah mampu bernafas dan bersaing dengan syarikat hiasan yang lain.Malah baru-baru ini syarikat mereka dapat tender kerjasama dengan sebuah syarikat besar.Raihana syukur sangat-sangat.
"Eh kak Ana ini,dia pula yang berangan-angan."Duha mencuit Raihana.
"Tak ada lah.Sudah pergi cepat.Nanti akak suruh fadhil kemas kan semua ini."
"Thanks kak."
Duha mencapai beg tangan nya.Tergesa-gesa dia turun ke bawah.
"Cantik baju ini Duha.Kena sangat dengan Duha."
Duha pandang dress labuh warna biru laut yang sedang Ann tayang kan di hadapan nya.
"Merisik je Ann.Takkan nak pakai baju ini."
Duha masih teragak-agak.Walau pun ada sedikit majlis malam ini dan di hadiri kaum keluarga dan sahabat handai tapi Duha rasa macam terlebih bergaya pula dengan baju ini.
"Apa pun hari ini hari bahagia you Duha."
Duha hanya mengangguk.Mengiaya kan sahaja kata-kata Ann.Dress biru di masukkan ke dalam plastik.
"Thanks Ann.Jangan lupa datang ye."
"Kalau I tak ada apa-apa I'm sure i'll be there tonight."
Duha membawa baju yang baru di ambil nya ke kereta.Di letak kan di bahagian belakang.Belum sempat dia membuka pintu hadapan pemandu,mata nya menangkap figura seorang lelaki yang baru berjalan melintasi nya.Duha tergamam seketika.Cuba meyakin kan bahawa dia tidak bermimpi.Ya Duha masih nampak belakang lelaki itu yang sedang berjalan di tengah-tengah orang ramai.
Duha terus melangkah laju,cuba mengejar dia.'Dia' yang buat kan nafas Duha terhenti seketika sebentar tadi.Duha terus mencari walau mata Duha tidak lagi mampu mencari bayangan nya.Duah tahu mata nya tidak salah memandang.Memang 'dia.'Tapi di mana?Duha berpusing-pusing di tengah orang ramai.Kaki nya terus di bawa mencari.Sesuatu yang amat menghimpit perasaan nya selama lebih 10 tahun.
'Di mana dia?'Duha hampir mahu menangis.Masih belum bertemu dengan bayangan tadi.
BAB
2
Absyar berdiri di pintu masuk.Jam di tangan di kerling nya sekerap mungkin.Tidak henti-henti dia menelefon Duha.Tapi hampa tiada jawapan.Absyar pandang ibu,bapa nya dan ibu Duha yang turut sama resah.Absyar takut sesuatu yang tidak elok menimpa Duha.
"Absyar."Panggilan dari ibu nya buat kan Absyar berpaling.
"Mana Duha?Dah pukul berapa ini?Tetamu pun ramai yang dah sampai."
"Sekejap ibu.Syar tahu Duha dalam perjalanan."
Puan Rahimah mendengus sedikit.Bukan dia tidak suka pada Duha.Dari kecil dia kenal Duha.Tapi entah kenapa naluri nya seakan dapat merasakan Duha tidak ikhlas menerima Absyar.
"Absyar ..dapat telefon Duha?"
Ibu Duha Puan Mahani pula muncul bertanya kan soalan yang sama.
"Sekejap lagi Duha mesti sampai mak cik.Mak cik jangan risau."
Absyar masih gelisah.
"Syar mana Duha?"
Muncul pula teman baik mereka Fatin dan Azam.
"Aku tak tahu.Dah puas call Duha tak jawab."
"Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku tak?"
Absyar pandang wajah Fatin.Dia mengharap kan kata-kata Fatin tidak benar.
"Tak pe Syar kita tunggu sekejap lagi."
Bahu nya di tepuk perlahan Azam.
Absyar menarik nafas panjang.Mata nya masih meliar memandang ke luar.Mengharap kan Duha akan muncul.Majlis harus bermula.Tetamu banyak dah tiba.
Puan Rahimah sudah menarik muka.Ibu Duha dengan wajah risau memikir kan anak perempuan nya.
Tiba-tiba Absyar nampak kereta Duha.Absyar cepat-cepat mendapat kan Duha.
"Awak pergi mana?Semua orang dah sampai."
Wajah Duha bagai seorang yang di rundung kesedihan.
"Maaf Absyar."
"Tak apa lah.Masuk pergi siap.Saya tunggu kat bawah."
Duha membawa baju ke dalam rumah.Puan Mahani menarik nafas lega.Tapi ibu Absyar tetap mencuka.Bagi nya Duha sengaja memalu kan dia dan keluarga.Duha tidak ihklas dengan Absyar.Dia pasti sangat hal itu.
Duha menangis semahu nya malam itu.Dia pasti mata nya belum kabur untuk membezakan lelaki lain dengan Zarul haq.Tapi benar kah Zaul Haq muncul kembali?Mustahil.Zarul Haq sudah meninggal dunia.Tapi lelaki itu?
Majlis merisik yang di rancang tetap berjalan seperti biasa.Sekali lagi Duha terpaksa berpura-pura.Sedang kan ahti dan fikiran Duha hanya di tempat dia bertemu dengan lelaki itu petang tadi.
"Benar kah dia Ya Allah?"Duha menangis lagi.Hanya itu yang mempu menenang kan kerinduan nya pada Zarul Haq selama ini.
Monday, 14 May 2012
nota buat cempaka
‘NOTA BUAT CEMPAKA’
|
KALAU
PADI KATA PADI
TIDAK
SAYA TERTAMPI-TAMPI
KALAU
SUDI KATA SUDI
TIDAK
SAYA NANTI TERUS MENANTI
‘NOTA BUAT CEMPAKA’
|
SATU
“Cempaka….Apa
termenung lagi tu?Orang dah sampai dia termenung lagi?Mandi pun tidak.Hish buat
malu je lah budak ni.”Cempaka mencebikkan bibirnya.Pantas diambil tuala yang
tersangkut diletakkan dibahu.
“Hai anak dara ni..baru nak
mandi?”Dia pandang kak Senah jiran sebelah rumah.
‘Sibuk
je lah dia ni.’
“Ye
lah….orang dah ramai macam ni baru nak mandi.”Satu suara menyampuk.Cempaka
menjeling kak Peah.
‘Betullah
peah gossip.’Lantas tanpa memperdulikan mata-mata yang memerhati cempaka ke
bilik air.
Cempaka
sengaja berlama-lama dalam bilik air.Sehingga ketukan kali kedua baru dia
keluar.
“Kamu
ni kenapa?”Ibunya separuh berbisik.Mungkin bimbang didengar tetamu yang
lain.beberapa wanita sesekali mengerling kearah mereka.Yang selebihnya masih
ralit mengupas bawang dan timun untuk dibuat acar.
“Mandilah…tadi
mak juga suruh orang mandi.”Salmah menarik nafas.Geram dengan perangai
cempaka.Kalau tak ada orang mahu dicubitnya pipi Cempaka.
“Sudah
pergi naik atas siap cepat.”Salmah meninggalkan Cempaka dipintu bilik air.Da
bergegas keluar rumah melihat orang kampung yang sedang menanak nasi.Gulai daging
dan ubi kentang sudahpun masak seketika tadi.Begitu juga dengan ayam masak
merah.Di pangkin kaum wanita sedang menyiapkan kerabu pucuk paku campur perut
dan taugeh.
“senyumlah sikit.”Cempaka membuang
pandang ke luar tingkap.Kurung hijau pucuk pisang tersarung ditubuhnya saat
ini.Biliknya dihias cantik.Permaidani kuning yang baru Salmah beli semalam
dihampar ditepi katil.Ada bunga-bunga dikarang cantik diatas katil.
“Kau macam tak suka je Cem?”
“Malaslah aku nak fikir.Aku ni kenal
pun tidak alih-alih nak bertunang.Korang tak rasa apa aku rasa.”
“Habis tu kenapa hang tak bantah
je?”
“Macamana aku nak bantah?Bukan
korang tak tahu apa yang jadi dulu.Sejak tu mana family aku bagi aku kawan
dengan mana-mana lelaki dah.So bila ada orang masuk meminang mak dengan ayah
aku terus terima.Diorang tak nak apa yang berlaku dulu berulang balik.Aku nak
buat macamna,dah memang salah aku masa tu.”
“Tapi
macamana diorang boleh pinang hang?”
“Mak
lelaki itu kenal dengan mak cik aku.So,mak cik aku lah yang punya kerja ni.”
“Hang anggap je lah yang
baik-baik.Lagipun aku rasa pilihan ibu bapa ni lebih bagus dari kita.Diorang
nak yang terbaik untuk hang.”Cempaka cuba menerima kata-kata Ann.Mungkin kedua
ibu bapanya ada sebab kenapa mereka terima pinangan ini.
“Sabarlah Cempaka….harap-harap
semuanya ok.”Cempaka angguk.Mudah-mudahan lah.
Rombongan
peminangan dari pihak lelaki masih diluar.Baru seketika tadi jari manisnya
disarungkan dengan sebentuk cincin oleh bakal mertuanya.
“Assalamualakum….”Cempaka pandang
wanita yang cantik dalam kurung Pahang birunya.
“Akak kak Zah.Kakak Luqman.”Darizah
bersalaman dengan Cempaka dan Ann.
“Luqman ada kat luar.Kak Zah ajak
dia masuk segan agaknya.”Cempaka senyum.Senang dengan keramahan yang
ditunjukkan Darizah.
“Cempaka lama lagi ke nak habis
training?”
“Tak
lama dah kak.Dalam lapan bulan lagi.Lagi dua minggu last practical.”Kalau
Darizah ramah apa salahnya Cempaka juga begitu.
“Baguslah.Tadi diorang berbincang
nak satukan cempaka dengan Luqman cuti pertengahan sekolah tahun depan.”
“Tahun
depan kak?Cepatnya?”Cempaka sedikit mengeluh.
“Kenapa?Cempaka
tak nak ke?”
“Er
bukan macam tu kak.Cuma kalau pertengahan tahun hadapan tu saya baru
kerja.Takut tak sempat nak kumpul duit untuk kahwin.”Cempaka berterus terang.Takkan
majlis perkahwinannya nak harapkan duit ibu bapanya sahaja.
“Yang tu Cempaka jangan risau sebab
family kak Zah akan tanggung semuanya.”
“Mana
boleh macam tu kak.”Darizah Cuma tersenyum.
“Tapi
tunang lama-lamapun tak elok tau.Banyak dugaannya.”Cempaka cuba tersenyum
walaupun payah.
Sewaktu menghantar keluarga
tunangnya mata Cempaka menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang berbual
dengan ayahnya.Lelaki itu memakai baju melayu sedondon dengan warna yang dia
pakai sekarang.Lama dia perhatikan lelaki itu.Dan tiba-tiba mata lelaki itu
menangkap anak matanya.Cempaka cepat-cepat alihkan pandangannya kea rah lain.
‘Diakah lelaki itu?Yang melamar aku
sebagai tunangannya?’
“Itulah
Luqman Harith.”Bahu Cempaka dicuit Darizah.Cempaka hanya tersenyum.
“Cempaka..mummy balik dulu.Nanti
kalau datang kl jangan lupa datang rumah mummy.Tak pun call je Luqman suruh dia
jemput.”Cempaka hanya mengangguk.Belum apa-apa Doktor Maria sudah membahasakan
Mummy dengannya.Alhamdulillah kalau dia diterima dalam keluarga itu.Tapi
tunangnya?
‘Call
Luqman?Nombor telefon dia pun Cempaka tak ada.Macamana nak call.Lelaki yang
bernama Luqman Harith datang merapati mereka.
“Ha
Man..dah ambil contact number Cempaka?”Luqman menghulurkan telefon blackberry
nya kepada Cempaka.Cempaka sedikit terpinga-pinga.
“Boleh
masukkan nombor telefon?”Cempaka mengangguk.Diambilnya telefon dari tangan
Luqman.Ditekannya nombor telefonnya dan disimpan sebagai Cempaka.Sesudah itu
telefon dikembalikan kepada Luqman.Hanya itu sahaja bicara Luqman.Kemudian
lelaki itu senyap tak terkata.
“Kami balik dulu.”Cempaka bersalaman
dengan semua orang kecuali Luqman Harith.Luqman juga tidak menunjukkan minat
untuk bertemu Cempaka.Terus masuk kereta.Cuma Darizah Doktor Maria dan Doktor
Iskandar berjumpa Cempaka.
“Nanti Mummy datang ambil Cempaka
sebagai menantu Mummy ok.”Cempaka angguk.Baiknya bakal ibu mertua nya ini.
‘Tapi sebaik itu jugakah Luqman
harith nanti?’
Selesai
majlis semalam Cempaka bergegas menyiapkan barang untuk kembali keasrama
jururawat di Taiping.
“Kak
Yang..”Cempaka pandang Abdul Rahman yang sedang duduk di kerusi.
“Ada
apa bah?”
“Abah
nak pesan sikit.Kak Yang dah jadi tunang orang.Ingat jaga nama baik keluarga
dan bakal mertua kak yang diorang bukan orang sebarang.”Cempaka tarik nafas
panjang.
‘Bukan
orang sebarang?Habis tu darah diorang kuning ke?Hijau ke?Alah bah..darah sama
je merahnya.Anak cucu Nabi Adam juga.’Hatinya mengomel sendiri.
“Kak
yang tahu bah.InsyaAllah kak yang tahu nak jaga diri.”Dia bersalaman dengan
semua orang sebelum masuk ke perut kereta abangnya.
“Ada tunang kak yang call?”Cempaka
menggeleng.
“Tunggulah
nanti dia callah tu.”
“Kak
Yang malaslah nak fikir along.Lagi Kak yang fikir lagi berserabut kepala kak
yang.”
“Masa
bertunang nil ah kak Yang nak kenal hati budi dia.Jangan sebab mak dan abah hukum
kak yang pasal hal dulu kak yang nak korbankan hidup kak yang terima orang yang
kak yang tak sayang.”
Cempaka
Elina mula teringat kisah dua tahun sudah.Waktu itu dia beria-ia memberitahu
keluarganya Fikri akan datang bersama keluarga lelaki itu untuk
meminang.keluarganya melakukan persiapan.Majlis kenduri kecil diadakan.Dia siap
didandan untuk disarungkan cincin pertunangan.Tapi sehingga lepas asar bayangan
mereka langsung tidak kelihatan.abah mula merah muka menahan malu dek kerana
pertanyaan dari jiran tetangga.Berkali-kali dihubungi telefon bimbit Fikri tapi
hanya mesin yang menjawab.
Sehingga
lepas isya’ bila tetamu juga sudah pulang kesemuanya dia menerima kiriman sms
dari Fikri.
_i’m so sorry cem…dah try pujuk my family
tapi diorang tak nak pergi.They want I married with someone else.So sorry.
Senangnya
Fikri memohon maaf sedangkan dia dan keluarga yang menanggung malu.
Cempaka
menangis tapi untuk apa lagi.Sejak itu dia dan Abdul rahman bagai orang
asing.Marah benar abahnya dengan dirinya.Dan bila keluarga Luqman yang dia tak
kenal langsung itu datang meminang Abdul Rahman terus setuju.Dia mahu membantah
tapi mengenangkan dia pernah memalukan dan melukakan ibu bapanya dia akhirnya
pasrah.
“Hujung
bulan ni along tak balik.Kalau kak yang nak balik nanti along belikan tiket
bas.”Cempaka mengangguk.Mujur dia dapat kursus di taiping.Sekurang-kurangnya
dekat dengan Haikal abang sulungnya.Haikal bekerja di pejabat daerah selama.tak
sampai 45 minit ke tempatnya.
“Malaslah
kak yang nak balik.Nak mengadap abah yang muka macam tu.Ngeri kak yang.”Haikal
ketawa kecil.
“Hish
tak baik cakap macam tu.Dia kan abah kita juga.”Cempaka juga ketawa.
‘Tak
patut aku cakap macam tu kat abah.Maafkan kak yang ye abah.Kak yang sayang
abah.’
“Kak
Yang kena ingat abah buat macam ni pun sebab sayangkan kak yang.Tak nak kak
Yang kecewa lagi.Abah pernah cakap soal malu tu abah letak ketepi dulu.Abah nak
anak-anak dia bahagia.Itu yang sebenarnya.”
“Habis
tu kalau kak yang kahwin dengan Luqman tu comfirm ke kak yang bahagia?Dah lah
kerja pun kak yang tak tahu kerja apa.Agaknya penjenayah kot.”Sekali lagi
Haikal ketawa.
“Tak
baiklah kak yang ni.Soal bahagiakan urusan Tuhan.”
“Minta-mintalah
dia bukan penjenayah bersiri.”Haikal geleng kepala.Dia pun bukannya kenal
dengan tunang Cempaka.Cuma dia harap ibu bapanya buat pilihan yang betul untuk
Cempaka.
Cempaka
gembira menunjukkan surat posting kepada ibunya.
“Dapat
mana?”
“Dapat
hospital Ipoh mak.Minggu depan lapor.”Dia tersenyum.Semalam lagi kawan-kawannya
bertanya kemana dia dapat.Tapi dia belum terima apa-apa surat.Hari ini dia
boleh bagitahu semua orang dia dah dapat kerja.Mujur ada juga kawan-kawannya
yang dapat hospital yang sama.Dan dia akan duduk di asrama jururawat dekat
dengan hospital.
“Hospital
ipoh?Em..baguslah dekat sikit.”Cempaka kerut kening.
“Dekat
sikit apa mak?”
“Tak
ada apa-apalah.Dah bagitahu kat Luqman?”Bila nama Luqman disebut Cempaka
sedikit terkejut.Selama ini hanya dia seorang sahaja yang tahu Luqman tak
pernah telefon dia sekalipun apa lagi nak jumpa.Tapi setiapkali ibu atau
bapanya bertanya dia akan jawab Luqman selalu telefon dia.Biarlah dia menipu
asalkan mak dan abah tidak lagi bersedih.
“Kejap
lagi kak Yang bagitahu dia.”Memikirkan perkahwinannya yang hanya enam bulan
sahaja lagi Cempaka mula susah hati.
‘Macamana
aku nak kahwin dengan dia.Jumpa pun tak.call lagilah.Agaknya dia pun macam aku
kahwin terpaksa. .
Cempaka
ditugaskan di wad Melur tiga.Wad bersalin.Ngeri juga mulanya bila melihat
ibu-ibu yang bertarung nyawa sewaktu melahirkan anak.Yelah dahulu dia belajar
teori sekarang praktikal.
Cempaka dan seorang temannya sedang
menguruskan uri yang baru ditarik keluar dari Rahim seorang wanita muda.Anak
yang dilahirkan lelaki dan sedang dibersihkan.Tiba-tiba dia terdengar perbualan
dua orang staff nurse yang sedang menguruskan si ibu.
“Doktor
baru tu handsome kan?”Cempaka kerling seketika pada staff nurse yang masih
muda.Rasanya mungkin baru posting kot.Lebih kurang sebaya dia sahaja.Yelah baru
hari ini Cempaka kena satu syif dengan Staf Nurse Marlia ini.Sebelum ni dia
Syif petang dengan kak Zubaidah.Ok je akak tu.
“Manalah
doktor nak pandang kita ni dik oi.Jangan dok beranganlah.”Staff nurse Norita
menyampuk.
“Alah
kak Ita orang nak berangan sikitpun tak bolehlah.”
“Berangan
tu boleh Mar..tapi berangan yang tak kesampaian buat sakit hati je.”keduanya
tersenyum.Si ibu cempaka lihat sedang menahan kesakitan setiap kali di
jahit.Ngeri juga Cempaka.Bila dah siap
“Kak
dah siap.”Staff Nurse Norita tersenyum.Ok nanti letak bawah baby court.Nanti
suami Puan datang bagitahu uri dekat bawah baby court ye.”Si ibu mengangguk.
“Nak
buat apa-apa lagi ke?”
“Em..tak
ada dah.Cempaka pergi kaunter
depan.Semak kalau-kalau keputusan darah patient dah sampai belum dari
lab.”Cempaka angguk.Dia pantas mencuit Nani untuk ke kaunter.Nasib baik ada
Nani teman satu kursus dengan dia dahulu.Sekurang-kurangnya dia tak lah macam
rusa masuk kampung.
“Habis
dah?”Keduanya mengangguk pada Dahlia.Dari tadi Dahlia menguruskan mengambil
tekanan darah dan suhu badan ibu-ibu yang sudah dan belum melahirkan.Dahlia
sudah agak lama disini.Kata kak Zubaidah JM Dahlia sudah hampir sepuluh tahun
disini.Memandangkan ini hospital besar petugas memang ramai berbanding hospital
biasa.
Cempaka
sibuk melekatkan keputusan darah yang baru sampai dari lab ke dalam rekod
pesakit.hari ini sahaja ada 25 kelahiran sejak pagi tadi.Malah sewaktu bertukar
syif petang tadi dia sudah diberitahu ada lima orang pesakit yang sedang
menanti kelahiran.Malah ada tiga orang yang sudak dihantar ke bilik bersalin
bila pintu rahim sudah terbuka hampir 7 cm.Baru sekejap tadi cempaka melakukan
pemeriksaan pada seorang ibu muda.Pintu rahimnya baru sahaja terbuka 4 cm.Tapi
dia sudah menjerit.Akhirnya dia dibawa ke bilik bersalin bimbang sesuatu yang
buruk berlaku.
Doktor-doktor pelatih sibuk keluar
masuk bilik bersalin bersama doktor Joseph dan doktor harlina.Cempaka hanya
membantu di wad.Pukul 12.30 malam wad mula lengang.Hanya ada beberapa doktor
bertugas dan jururawat yang bekerja syif malam.
Cempaka sedang ralit mencatit
tekanan darah dan suhu badan pesakit ke dalam rekod.Itupun staf nurse Marlia
yang suruh.Cempaka perasan Marlia seakan meminggirkan dia dan nani.Mungkin
mereka orang baru disini.
Lehernya
sudah lenguh.Bukan dia tak biasa berjaga malam.Tapi inilah pengalaman
pertamanya bekerja syif malam.
“Cempaka
tolong kak Norita dalam dewan bersalin sekarang.”Cempaka mengangguk.Matanya
ditawan rasa mengantuk.namun digagahkan juga ke dewan bersalin.Di dalam sebuah
bilik kak Norita sedang cuba menenangkan pesakit.Cempaka tengok pesakit itu
masih muda benar.Mungkin dalam belasan tahun.Dia sedang menjerit menyebut nama
‘mak’.Beberapa doktor pelatih dan seorang doktor lelaki yang memakai mask muka
masih cuba mengeluarkan bayi.Tiba-tiba Cempaka perasan mata doktor itu sesekali
memerhatikannya.Mungkin sebab dia baru disini.
‘Em..tengok
orang macam nak telan lah doktor ni.’
“Ok dik bila akak kata teran…terus
push.”kak Norita masih cuba menguatkan semangat si ibu.Cempaka membantu mana
yang patut.Cempaka sudah Nampak kepala bayi.Cuma perlu kekuatan si ibu untuk
meneran.Selang beberapa minit kemudian bayi lelaki Berjaya dikeluarkan.Cempaka
tersenyum melihat si ibu yang menarik nafas lega.Dia membantu kak Norita dan
beberapa jururawat lain menguruskan ibu muda.
Usai semuanya Cempaka tengok jam
sudah pukul 3.30 pagi.rupanya tiga jam dia di dewan bersalin tadi.Cempaka
Nampak ada beberapa anggota polis wanita di pintu luar tadi.Lupa dia bertanya
pada kak Norita.
“Mengantuk ke?”Cempaka tersenyum
pada Dahlia.
“Mengantuk
lah juga kak.First time lama-lama esok ok lah ni.”Dahlia senyum.
“Akak
dulu pun macam kamu juga.tapi dah sepuluh tahun oklah dah.Yang paling tak
bestnya bila tak dapat balik cuti raya.”Cempaka angguk.Yelah kalau diapun tak
dapat balik cuti raya mahu menangis tersedu-sedu.
“Kenapa
ada polis kak?”
“Akak
dengar ibu yang baru bersalin tadi dibawah umur.Bapa dia buat laporan polis
bila tahu anak dia nak bersalin.Sebab itu ada polis kat sini.”
“Belum
kahwin?”Norita menggeleng.
‘Astaghfirullahalzim….mudah-mudahan
KAU jauhkan aku dari fitnah dan dosa.’
“Hai kak dahlia.”Cempaka pandang
Marlia.
“Dah
habis dah kerja kamu?”Marlia angguk.
“Best
lah kak..doktor handsome tu ada kat dewan bersalin tadi.Handsome betullah kak.”
“Masuk
kamu ni dah berapa orang dah yang dok bercerita pasal doktor tu.Masalahnya
Marlia doktor tu tak pandang jururawat macam kita ni.”
“Alah
kak belum cuba belum tahulah..mana tahu kalau doktor Luqman tu suka kat saya?”Cempaka
tengok Dahlia menggeleng kepalanya.mungkin tidak suka dengan sikap yang
ditunjukkan Marlia.
“eh
ni siapa yang masukkan blood test dalam rekod ni?”Cempaka tersentak mendengar
suara Marlia yang sedikit meninggi.
“Saya
kak.”
“Ni
nama siapa masuk rekod siapa?Tak tengok dulu ke nama patient?”Cempaka pantas
mengambil rekod pesakit dari tangan Marlia.Ya memang silap dia.Salah memasukkan
blood test ke pesakit lain.
“Maaf
kak.Saya tak sengaja.”Marlia menjeling.
“Lain
kali tengoklah betul-betul.Buat kerja tu elok—elok.Nanti –nanti kami yang
senior ni juga yang kena marah.”Cempaka cepat-cepat membetulkan kesalahan dia.
“Sudahlah
tu.Dia tersilap.Lagipun dia kan baru lagi”
“Yelah
baru kak.Tapi mana boleh buat silap macam ni.Dia tak belajar ke dulu?”Cempaka
menahan hati.Yelah memang silap dia.tapi dia dah mengaku salah.Kenapa Marlia
masih nak marah-marah?
Nani
yang sedang membantu seorang pesakit ke bilik air terhenti seketika.Dia kasihan
pada Cempaka.Tapi nak buat macamana mereka orang baru.Banyak lagi yang perlu
belajar.Dia juga tidak suka pada Marlia yang sedikit berlagak.Setahu Nani marlia
baru sahaja dua tahun menjadi jururawat terlatih.Tapi lagaknya mengalahkan kak
dahlia yang sudah sepuluh tahun berkhidmat.
Cempaka
pandang Nani.Dia tahu Nani bersimpati padanya.
Tapi
minggu hadapan Nani akan bertukar ke wad Otopedik.Tinggallah Cempaka sahaja
disini.
Minggu
ini Cempaka sedikit gembira bila dapat satu syif dengan kak Dahlia dan kak
Zubaidah walaupun Marlia tetap ada.Sekurang-kurangnya keduanya selalu berbual
dengan dia.Hari ini dia syif pagi sehingga petang menggantikan seorang staff nurse
yang cuti kecemasan.Mujur hari ini tidak ramai yang menunggu untuk melahirkan
anak.
Pukul
9 pagi doktor melakukan lawatan seperti biasa.Cempaka meneruskan kerjanya tidak
memperdulikan kumpulan doktor yang majoritinya doktor pelatih.Dia sibuk
membetulkan iv drip seorang ibu yang akan di bedah tengahari nanti.
“Jangan
takut kak ye.Selawat banyak-banyak doa semuanya selamat.”Cempaka tersenyum.Dia
tahu pasti wanita itu sedikit gementar untuk menjalani pembedahan pertama kali
ini.Anak nya masih dalam kedudukan songsang.Air ketuban sudah pecah sejak malam
tadi.Doktor buat keputusan untuk melakukan pembedahan.
“Risau
juga dik.Orang kata sakit bedah ni.”
“Tak
ada lah kak.Sama je bersalin normal ke caeser ke.Cuma caeser ni lepas ubat bius
habis baru sakit sikit.Tapi akak jangan risaulah.”Wanita itu tersenyum.
“Itulah
akak ni kahwin lambat.sekarang dah berusia baru nak beranak.”Cempaka senyum
lagi.
“tak
pe kak janji semuanya selamat.”Dia membetulkan selimut wanita itu.
“Akak
rehat dulu.Nanti kita bagitahu masa nak pergi dewan bedah.”Dia angguk.Senang
hati Cempaka dapat tenangkan wanita ini.Cempaka membawa alatan yang tidak
digunakan keluar.
“Cempaka
Elina?”Namanya dipanggil seseorang.Cempaka berpaling.Seorang lelaki berkemeja
biru dan dilapisi uniform doktor sedang memandangnya.Lama Cempaka mengamati
lelaki kacak dihadapannya ini.Rasanya dia pernah jumpa tapi dia ingat-ingat
lupa.
‘Doktor
dalam bilik bersalin tadi kah?Tapi..
“Tak
kenal saya?”Cempaka geleng.Sukar untuk dia ingat siapa lelaki ini.
“Betul
tak ingat atau sengaja tak ingat?”
‘Ish
dia ni memang Cempaka tak ingat pun.’
“Takkan
tak ingat tunang sendiri?”Cempaka terkejut.’Tunang?’Maknanya yang berdiri
dihadapannya ini..
“Luqman
harith?”Luqman angguk.
Manalah
Cempaka nak ingat.Jumpa pun beberapa minit sahaja itupun bukan berhadapan.Waktu
itu Luqman tak pakai cermin mata.
‘Luqman
harith seorang doktor?’Kenapalah Cempaka tak pernah bertanya pada mak dan abah
dia pasal Luqman.Punya tak nak ambil tahu sampai tunang kerja apa.Nasib baik
Cempaka masih ingat nama lagi.
Luqman
menghampiri Cempaka.
“Sejak
bila kat sini?”
“er…dah
dekat sebulan posting kat sini.”Luqman angguk.Dia duduk di birai katil kosong
sedang cempaka masih berdiri dengan wayar drip ditangan.
“Saya
pun bertugas kat sini juga.”
Cempaka
mati akal.Hilang bicara berhadapan dengan Luqman.Kehadiran Luqman buatkan dia
resah dan gelisah.
‘Kenapalah
aku mesti bertemunya disini?’Dia tak pernah mengimpikan untuk bertemu Luqman
sebelum perkahwinan mereka.Kalau dulu dia sedikit terasa bila tiada langsung
panggilan dari Luqman tapi sekarang dia seakan sudah tidak kisah langsung
tentang lelaki bernama Luqman harith ini.Sehingga dua bulan lalu dia menukar
nombor telefon bimbitnya.Sebab dia tahu dia tak akan pernah terima panggilan
dari Luqman Harith tunangnya.
“Cempaka
sihat?”Cempaka angguk.
‘Dah
dekat setahun baru nak Tanya cempaka sihat ke tidak.Itu ke namanya tunang?Tak
ambil berat langsung.’
“Duduk
kat mana?”
Cempaka
menghalakan telunjuknya ke arah belakang wad bersalin.
Kenapa
ye tiba-tiba lidahnya jadi bisu.
“Asrama
jururawat?”Cempaka angguk lagi.
“Em…”
“Man.”Perbualan
Luqman dan Cempaka terhenti dengan kedatangan doktor Syamsul.Cempaka
cepat-cepat pergi dari situ.Dia tarik nafas lega.Seketika tadi rasa hatinya
lemas sangat.Pertemuan dengan Luqman yang langsung tak diduga.
“Don’t
tell me kau nak pikat budak tu.”Syamsul pandang Luqman yang masih tersenyum.
“Kenapa?Is
that wrong?”
“Takkan
kau tak dengar Man ada member kita dah berkenan kat staf nurse Cempaka tu.”
Luqman
kerut kening.
‘menarik
ni.’
“Siapa?”
“Mathew.Doktor
Mathew wong.”
“That
Chinese doktor?”Syamsul angguk.
“How
do you know?”
“Alah
ada mata pandang ada telinga dengar Man.I know the way he look at Cempaka.Tapi
Man cempaka tu memang cantik pun.Kalau aku still single pun aku nak try
juga.Manalah tahu nasib badan.”Luqman cuba tersenyum.
“Siapa
lagi yang berkenan.?”
“Doktor
pelatih tahun .empat pun ada sebut juga nama Cempaka tu.Em..lagipun nama dia
interestingkan.Cempaka.Macam nama orang dulu-dulu.”
“Well…kau
pun berkenan ke?”Syamsul Cuma jungkit bahu.
“Oklah.Aku
kena ke GH.Ada hal sikit.Anyway…Best man win.Good luck bro.”Syamsul tinggalkan
Luqman yang masih di katil pesakit.
Cempaka
kerap pandang jam.dia jadi tidak selesa bila Luqman turut berada di
kaunter.Kerjanya serba tidak kena.Sesekali dia perasan Marlia yang cuba berbual
dengan Luqman.Cempaka pandang jam lagi.baru pukul 12tengahari.Sudah ada
jururawat lain yang mengambil tekanan darah dan suhu pesakit.Dia tetap
dikaunter.Luqman dilihat sedang menyemak rekod ibu-ibu yang baru melahirkan
anak pagi ini.
Cempaka
tahu Marlia sengaja berlengah di kaunter sedangkan tugasnya ketika ini adalah
untuk memberi ubat kepada kepada ibu-ibu yang mempunyai kes darah tinggi.
“Mar
awak dah bagi katil Sembilan ubat?”Cempaka pandang Zubaidah.Disini ramai yang
hormatkan Zubaidah yang hampir 20 tahun dalam bidang ini.Marlia berlalu tanpa
berkata apa-apa.
Cempaka
tahu Marlia berang bila ditegur sebegitu dihadapan nya.
“Cempaka
hari ini gantikan staff nurse Adibah sampai petangkan?”Cempaka angguk.
“Kalau
macam tu pergilah rehat dulu.”
“Tak
pelah kak.Cempaka nak buat kerja sikit.”
“Ha
yelah.Akak nak pergi tengok wad kelas dua dulu.”Zubaidah berlalu.Yang tinggal
hanya cempaka dan Luqman di kaunter.
Ada
beberapa jururawat pelatih sedang berbual di katil pesakit.
Luqman
berhenti menulis.Dipusingkan kerusinya mengadap cempaka disebelah.Cempaka terus
menyiapkan kerjanya walaupun dia tahu Luqman sedang pandang ke arahnya.
“Jom
kita keluar makan.”Serta merta Cempaka mengangkat wajahnya memandang Luqman.
“Er..tak
pelah.Saya tak lapar lagi.”
“Tak
sudi makan dengan saya?”Cempaka serba salah.Apa kata orang lain kalau dia makan
dengan Luqman.Walaupun Luqman tunangnya tapi tiada siapa disini yang tahu.Dia
tidak mahu ada spekulasi yang tidak baik apatah lagi dia masih baru disini.
“Bukan
macam tu.Saya masih ada kerja nak buat.”Cempaka cuba beralasan.
“Oklah
kalau macam tu.Saya pergi makan dulu.”Luqman bangun terus melangkah tanpa
memandang Cempaka lagi.
Cempaka
tarik nafas lega.Cuma hatinya sedikit terkilan.Dinginnya Luqman pada dirinya.
‘Ajak
macam tu je?Sekali je?Tapi apalah yang Cempaka harapkan dari tunang yang dia
tidak pernah kenal isi hatinya.Agaknya Luqman juga sudah ada teman wanita.Sebab
tu langsung tak contact Cempaka.
Cempaka
masih termenung bila sebungkus polisterina diletakkan dihadapannya diatas
kaunter.Cempaka pantas mendongak.Dan Luqman sedang berdiri dihadapannya.
‘Kata
nak pergi makan?’
“Makan
dulu.Nanti kalau sakit susah saya nak jawab dengan pak cik Abdul Rahman.”
‘Abah
tahu ke Luqman kerja disini?Tapi kenapa abah tak pernah bagitahu Cempaka?Sampai
hati abah.Agaknya abah masih marahkan dia.’
Cempaka
pandang kiri kanan.Dia perasan jelingan Marlia dari katil pesakit.Sesekali juga
kak Zubaidah menoleh.Mungkin hairan kenapa doktor Luqman belikan dia makanan.
“Er..tak
pe.Nanti saya pergi kantin makan.”Luqman masih dihadapannya tidak
berganjak.Cempaka mula resah.
“Kalau
tak sudi nak ambil buang je dalam tong sampah.Sebab saya tak nak buruk siku
ambil balik benda yang saya dah bagi.”Luqman berlalu.Cempaka serba
salah.Perlahan-lahan kotak polisterina diambil.Tercium bau haruman daun limau
purut.
‘Paprik?Macam
tau je aku suka nasi paprik.’Cempaka senyum.Diletakkan di atas mejanya.Dan apa
yang Cempaka tak Nampak Luqman juga sedang melihat dia dari sebalik cermin.
“Doktor
Luqman belikan?”Cempaka angkat muka pandang Zubaidah yang baru masuk ke bilik rehat.Suapannya
pada nasi paprik terhenti seketika.
“Er..ye
kak.”Zubaidah senyum.
“Jangan
salah faham akak Tanya tu.”Cempaka tunduk.Dia tidak mahu Zubaidah salah faham
dengan dirinya.Zubaidah juga duduk dihadapan Cempaka membuka bekalan dari
rumah.
“Kak..”Zubaidah
pandang Cempaka.
“Cempaka
minta maaf.Cempaka tak suruh pun dia beli.Dia yang nak beli.”
“Akak
faham.”
‘Tak
Zubaidah tak faham.’
“akak..sebenarnya..sebenarnya…”Cempaka
teragak-agak untuk bercakap.
“Apa
dia?”
“Kalau
Cempaka bagitahu akak jangan bagitahu sesiapa ye?”Zubaidah angguk.
‘Tapi
boleh ke Cempaka percaya anggukan Zubaidah?’
“Akak
janji.Apa dia?”Seakan mengerti apa yang ada dalam hati Cempaka Zubaidah
bersuara.
“Sebenarnya
doktor Luqman tu tunang Cempaka.Kami dah dekat setahun bertunang.Tapi Cempaka
memang tak tahu dia kerja kat sini sebab kami tak contact.”Zubaidah sedikit
terkejut.
“betul
ke?”Cempaka angguk.
“Cempaka
bertunang dengan doktor Luqman sebab keluarga yang terima.Dia pun tak pernah
contact Cempaka.Sebab tu Cempaka terkejut sikit tengok dia ada kat sini.Cempaka
hampir tak kenal dengan dia akak.”Zubaidah sedikit terkejut dengan cerita
Cempaka.Tapi takkan pula Cempaka nak mereka-reka cerita.
“Sebab
tu Cempaka macam resah je jumpa doktor Luqman?”Cempaka angguk.
“Tak
pe lah mungkin ada hikmahnya Cempaka kat sini.Moga-moga dapat kukuhkan hubungan
kamu berdua.Bila nak langsung harinya?”
“Kalau
ikut perjanjian lagi enam bulan kak.Tapi entahlah Cempaka pun tak tahu macamana.Sebab
tak kenal sangat dengan dia.”
“Akak
kenal doktor Luqman tu.Dah tiga tahun dia kat sini.Apa yang akak Nampak depan
mata bagus orangnya.Bertuah Cempaka.”Tapi ada sesuatu perkara yang Zubaidah
terpaksa rahsiakan dari Cempaka.Dia tidak mahu Cempaka terguris perasaannya.
Cempaka
sudah dengan beg sandangnya untuk pulang ke asrama.dia menanti Syikin di lobi
bawah sekali.Bersandar di tepi mesin ATM bersebelahan wad kecemasan.
“Dah
nak balik?”Cempaka terkejut sedikit.
‘Kenapalah
hari ini asyik jumpa je dengan dia ni?’
“Nak
balik dah.Tunggu kawan.”
“Esok
kerja?”Cempaka angguk.
“Sampai
pukul 2 kan?”Angguk lagi.
‘Memanglah
syif pagi sampai pukul dua petang.Habis tu kenapa?’Tapi Cempaka hanya jawab
dalam hati.
“Lepas
tu saya nak ajak Cempaka keluar.”Cempaka diam.Tiba-tiba dia Nampak kelibat
seseorang sedang memerhatikannya dengan Luqman dari arah
lif.Marlia?Pandangannya sahaja Cempaka tahu penuh rasa cemburu.
“Tapi
doktorkan kerja?”Sukarnya dia membahasakan nama pada Luqman.Akhirnya terkeluar
perkataan doktor.Luqman ketawa kecil.
“Masih
panggil tunang sendiri doktor?”Cempaka senyum.dia menjungkitkan bahunya.
“So,esok
sudi keluar dengan saya?”
“Nak
pergi mana?”
“Tak
tahu lagi.Cempaka ada nak kemana-mana?”Cempaka geleng.
“Cem!”Cempaka
pandang kea rah Syikin yang baru sampai.
“Oklah
saya balik dulu.”Belum sempat Luqman kata apa-apa Cempaka sudah menarik tangan
Syikin berjalan keluar.
“Siapa
tu Cem?”
“Doktor
wad bersalin.”Sengaja dia tak sebut nama Luqman.Sebabnya Syikin tahu kalau nama
tunangnya Luqman Harith.Lagipun dia tidak mahu Syikin bertanya lebih.belum
bersedia lagi dia nak buat pengunguman tentang statusnya pada semua disini.
“Kenapa
mak tak bagitahu kak yang awal-awal?”Cempaka pandang syiling.Telefon masih
melekap ditelinga kanannya.
“Bukan
tak nak bagitahu mak sengaja buat macam tu biar kamu kenal dulu tunang kamu.”
“Kak
Yang nyaris-nyaris tak kenal dia tau.”
“Habis
tu kak Yang cakap dia selalu call kak Yang.Macamana kak Yang tak tahu Luqman
kerja kat situ?”Cempaka gigit bibir.Penipuannya sudah terbongkar.
“yelah
tapi mana kak yang pernah Tanya kerja dia.”Dia tahu Salmah mula menghidu
sesuatu.
“Oklah
mak.Kak Yang mengantuklah.Esok syif pagi.Assalamualaikum.”Cempaka cepat-cepat
tutup telefon.Dia tarik nafas lega.Fikirannya mula menimbang pelawaan Luqman
untuk keluar esok.
‘Kalau
keluar nak cakap apa..pakai baju apa?’Selepas berpisah dengan Fikri dan majlis
pertunangan tak jadi dahulu Cempaka tak pernah lagi keluar dengan mana-mana
lelaki berdua.Apatah lagi mengenangkan amaran Abdul Rahman agar perkara lama
tidak berulang lagi.Hidupnya sentiasa ditemani abangnya.
Lagipun
selepas putus dengan Fikri hatinya tertutup terus untuk bercinta lagi.
Fikri…lama
dia bercinta dengan Fikri.Hampir tiga tahun.Tapi Fikri bukanlah sesetia
mana.Tapi Cempaka tak salahkan Fikri.Dia hanya akur pada keputusan ibu
bapanya.Biarlah janji Fikri bahagia.
Berfikir
tentang Luqman buatkan Cempaka susah hati.Sepanjang menjadi tunangan Luqman dia
tidak pernah berfikir tentang lelaki itu.Bagi Cempaka soal lepas kahwin nanti
biarlah Allah yang tentukan perjalananya.
Tapi
Cempaka lupa pertemuan ini juga adalah rencana dari Allah.
Berfikir
tentang Luqman buatkan mengantuknya hilang sama sekali.Tapi kalau Luqman sudah
tahu dia ada disini kenapa Luqman tak telefon atau sms?
Cempaka
pandang telefon bimbitnya disebelah katil.Sekalipun tiada panggilan
masuk.Cempaka tertanya-tanya sikap Luqman yang sebenar.Ikhlaskah Luqman
melamarnya?Cempaka memusing-musing cincin dijari manisnya.Cincin yang doktor
Maria sarungkan padanya hampir setahun lalu.Cincin yang mengikatnya sebagai
tunangan Luqman.
Berbeza
dengan Luqman Darizah sesekali ada menghantar mesej kepadanya.Atau sekali
sekala menyapanya saat dia di facebook.Dari Darizah dia tahu doktor Maria dan
doktor Iskandar adalah doktor pakar di kuala Lumpur.Tapi kenapa ye saat berbual
dengan darizah lewat sms tidak pernah sekalipun dia bertanya perihal Luqman
harith?Ataupun nama Luqman Harith sememangnya tiada dalam hidupnya?
Persoalan
tentang Luqman harith dibiarkan berlalu bila matanya sudah tidak boleh dibuka
lagi.
“Luqman..boleh
tolong gantikan I tak petang ni?”Luqman angkat muka pandang doktor Harlina.
“Gantikan
you?”Harlina mengangguk.
“Acctually
petang ni ada satu kes kat OT.I kena dengan doktor Kelvin.But I ‘m so sorry I
got something to do.”Luqman diam sejenak.
“Tak
ada orang lain boleh gantikan you ke?”Harlina geleng.
“I
dah Tanya pada Megat,petang ni dia dia on call di klinik.So,dah tak ada orang
lain.Just you my hope.”Luqman diam sejenak.Teringat janjinya dengan Cempaka.Sejak
tadi dia sibuk di klinik.Tak berkesempatan berjumpa Cempaka.Bila dia buat
lawatan di wad pagi tadi Cempaka di dewan bersalin.
‘Tapi
ini tugas dan amanah pada dirinya.’
“Oklah.I
replaced you di OT petang ni.But you owe me one.”
“don’t
worry I will pay tomorrow.After working hours OldTown.Just ask what do you
want.”Luqman ketawa kecil.
Nampaknya
janjinya dengan Cempaka perlu dibatalkan.’Dating pertamanya dengan tunang
sendiri.Cempaka Elina.’
‘Hope
she will fine.’Luqman teruskan kerjanya yang tergendala seketika tadi.Hari
selasa hari rawatan susulan untuk ibu-ibu Hamil.Kebetulan pula hari ini memang
ramai sangat.Dari pagi tadi Luqman tak ada masa nak keluar minum pagi pun.
Cempaka
duduk seorang diri di Kantin.Sejak masuk syif pagi tadi dia tertunggu-tunggu
Luqman untuk bagitahu kenapa dia tak muncul semalam.Tapi bayang Luqman langsung
tak kelihatan sehingga habis syifnya pukul dua.Pada Cempaka Luqman mungkin tidak
serius dengan kata-katanya tempohari.
‘Aku
je yang letakkan harapan padahal dia saja-saja je.’
“Boleh
saya temankan?”Cempaka sedikit terperanjat bila doktor Mathew sudah duduk
dihadapannya.
“Doktor
dari mana?”Mathew tersenyum.
“Saya
baru balik dari OT.Pagi ini ada operation patient yang kena buang rahim
tu.”Serta merta ingatan Cempaka menuju kepada seorang wanita yang dimasukkan ke
wad seminggu yang lepas.Kata doktor Rahimnya terpaksa dibuang bila terdapat
jangkitan kuman yang boleh membahayakan nyawanya.Kasihan Cempaka pada wanita
itu.Usianya muda lagi.
Tapi
yelah siapalah kita nak lawan takdir Tuhan.Allah kan maha mengetahui
sgala-galanya.
“Cempaka
Elina dah habis syif?”cempaka angguk.Jarang ada orang panggilnya dengan nama
penuh.Dia senyum sikit.
“Boleh
saya tahu Cempaka orang mana?”
“Saya
orang penang.Doktor pulak?”Mathew ketawa kecil.
‘Handsomenya
macam pelakon korea Kim Bum yang berlakon dalam drama popular Boys over flower
tu.’sempat hati Cempaka berbisik halus.
“Saya
orang Ipoh juga.Tapi my parents stay at Australia.”
“Habis
doktor duduk dengan siapa kat sini.”
“Alone.But
sometimes they come back here.My mom had breast cancer.Step three.So that’s why
my dad bring her to oversea.For treatment and untuk tenangkan fikiran
dia.”Cempaka angguk.
“Kasihannya.Mak
doktor mesti seorang yang tabah kan?”Mathew angguk.
“Yes..and
I ‘m really proud of her.And I really love her.But I rasional.Life and death is
in God hand right?”Cempaka angguk.Dia sendiri kurang pasti agama Mathew.Tapi
hari tu Cempaka ada Nampak patung Jesus Christ dalam kereta Mathew masa dekat
parking.Mungkin Mathew Kristian agaknya.
Cempaka
tengok Mathew begitu berselera menjamah nasi bersama rendang ayam.
“Doktor
suka masakan melayu ke?”Suapan Mathew terhenti.
“Suka
sangat terutama yang paling saya suka asam pedas ikan pari.”Cempaka
tersenyum.Kenapa ye dia senang sangat berbual dengan doktor muda ini.Mungkin
sebab doktor Mathew ramah agaknya.
“Cempaka
Elina..apa maksudnya?”Tiba-tiba Mathew bertanya soalan yang tidak langsung
Cempaka duga.
“Entah.Tapi
kata mak nama Cempaka tu diambil dari bunga Cempaka.Sebab kata mak saya lagi
masa saya dalam kandungan tiap-tiap hari mak saya kutip bunga Cempaka.”Macam
budak-budak Cempaka bercerita.
“Bunga
cempaka tu yang orang selalu tanam dekat tanah perkuburan tu ye?”Cempaka
ketawa.Dia angguk.
“Ada
orang panggil bunga kemboja.Tapi bunga cempaka pun seakan-akan jugalah.”Mathew
senyum.Hatinya tertarik bila gadis dihadapannya ini ketawa.
“Agak-agak bila Cempaka Elina nak bagi saya bunga
Cempaka?”
“Bunga
Cempaka?Doktor nak buat apa?”Mathew pula ketawa.
“Buat
potpuri..”Kedua-duanya saling ketawa.
“Boleh
ke?”Mathew angguk.Cempaka masih tersenyum.
Cempaka
tidak perasan ada seseorang yang sedang memerhatikannya bersama Mathew dari
arah belakang.
“ehem..”
“Doktor
Luqman.Come joint us.”Luqman terus duduk bila dipelawa Mathew.Cempaka kembali
membisu.Setiap kali ada Luqman jiwanya resah.
“Best
cerita?Cerita apa?”Matanya mengerling kepada Cempaka.
“No..she
told me about her name.Cempaka.Do you think that’s interesting name?Jarang
dengar nama tu kan?”Cempaka cuba tersenyum.Sebenarnya dia sedikit marah dengan
Luqman.Kelmarin Luqman beria-ia ajak keluar dan semalam bayang Luqman pun tak
kelihatan.Tak ada penjelasan langsung.
“Yes..Cempaka
Elina.Sweet name.”Namanya disebut Luqman.
“Itulah
I bagitahu cik nurse kita ni bila nak bagi I bunga cempaka yang betul.”
“You
suka bunga ke math?”Luqman bertanya kepada doktor Mathew.
“well
kalau yang bagi tu orang secantik Staf nurse Cempaka ni why not?”Cempaka
perasan renungan tajam Luqman Harith.
“So
kalau macam tu I pun nak satu.Boleh kan Cempaka?”Cempaka tersentak.
“Boleh
tapi masalahnya mana saya nak cari bunga Cempaka kat sini.Mana ada orang tanam
bunga Cempaka dah.”Mathew ketawa tetapi Luqman masih merenunginya.
“Eh
Math…you kan kena ganti doktor Megat this evening kat scan room?”Mathew
tiba-tiba tersedar dia sudah lama disini.
“Alamak.Nasib
you ingatkan.Ok lah..i got to go.Anyway Cempaka thanks for accompany me
today.nanti I bagi bunga Cempaka dekat you.”Mathew mengeyitkan matanya kepada
Cempaka.Luqman hanya memerhati.Perasaan Cempaka jadi tidak tentu arah.
Hilangnya
kelibat Mathew
“saya
minta diri dulu.
“Wait.”Cempaka
duduk semula bila suara Luqman sedikit tinggi.
“Saya
dah habis makan.”Jawab Cempaka.
“tapi
saya baru nak makan.Kalau cempaka boleh temankan Mathew makan kenapa tidak
saya?Tunang Cempaka?”Jelas suara Luqman yang sedang mengawal
kemarahannya.Cempaka tidak jadi bangun.Dia duduk semula dihadapan Luqman.Diam
membisu.Lelah dia seketika dengan sikap Luqman.
“Kenapa
tak ada benda nak cakap?Tadi dengan Mathew bukan main lagi siap boleh bergelak
ketawa.”Cempaka menahan rasa hati disindir sebegitu.
‘Dia
ni kenapa?Sudahlah ini baru jumpa.Nak marah-marah pulak.Agaknya memang perangai
dia macam ni tak?Teruklah aku dapat suami panas baran.
“I’m
asking you my dear Cempaka Elina..”Cempaka tersentak sekali lagi.
“Apa
dia?”Luqman merenungnya.Cempaka jadi tidak sedap hati bila melihat staff nurse
Marlia sedang menuju ke kantin.
“Nothing.”Luqman
kembali menghabiskan nasi di pinggan.
‘Dia
ni tak nak bagitahu ke kenapa tak jadi keluar semalam?Macam tak ada rasa
bersalah je.’
“Saya
nak balik dah ni.”cempaka akhirnya bersuara bila dilihatnya Luqman sengaja
melengah-lengahkan masa.
“Ada
apa nak balik cepat?”cempaka tarik nafas dalam-salam.
“Saya
nak balik nak rehat.Penat.lagipun malam ni dah start syif malam.So saya dah tak
ada masa nak rehat.”Cempaka kerling jam ditangan.Sudah hampir pukul empat
petang.Sudah dua jam dia disini menemankan doktor-doktor ini.Malam ini pukul 9
dah kena masuk syif malam pula.Bila masanya dia nak tidur.
“Jom
saya hantar.”Luqman sudah bangun.
“Tak
pelah.Asrama belakang ni je.Tak sampai lima minit jalan kaki.Takkan nak hantar
jalan kaki kot?”Luqman diam.
Diam
Luqman memulakan langkah kaki Cempaka meninggalkan kantin itu.Dikepalanya tiada
lagi Luqman atau Mathew.Dia hanya Nampak katil bujangnya dan bantal peluk.
‘Bestnya
dapat tidur.’
“Makan
dengan siapa petang tadi?”Cempaka tersentak.Marlia sedang berdiri di kaunter
berhadapan dengannya.
“Dengan
doktor Mathew.Lepas tu doktor Luqman joint sekali.”Rimas Cempaka dengan
perangai Marlia.
“Baru
lagi kat sini dah menggatal?Pikat orang sana sini?”
Cempaka
beristighfar dalam hati bila dengar Marlia membuat tuduhan sedemikian.
“Kalau
saya yang gatal saya yang pergi duduk makan dengan diorang.tapi masalahnya
diorang yang datang waktu saya tengah makan.Takkan saya nak halau pula?Lagipun
apa salahnya.Bukan saya buat benda tak elok.”Bukan niat Cempaka untuk sakitkan
hati Marlia.Tapi dia tak boleh terima tuduhan yang Marlia lemparkan pada
dirinya.Sakit juga hatinya.
“Amboi
baru masuk dah pandai menjawab?”
“Bukan
macam tu.Saya hormat kak marlia orang lama kat sini.Tapi bila saya kena tuduh
saya ada hak untuk jaga maruah saya.Saya bukan perempuan yang macam kak Marlia
cakap tu.”
“Bukan
konon.Jangan ingat orang macam doktor Luqman atau doktor Mathew tu nakkan awak
yang Cuma staff nurse ni je.”
“Alhamdulillah
kalau diorang tak nak saya sebab saya pun tak ada hati dekat diorang.”Marlia
mula berang bila Cempaka asyik menjawab.
“Hai…”Perbualan
mereka terhenti bila doktor Mathew sudah berada bersama.Dia duduk disebelah
Cempaka.Marlia semakin sakit hati.
“You
know Cempaka tadi I serve internet.Cari bunga cempaka.”Cempaka sedikit
tersentak.
“Buat
apa?”
“Saja
I nak tengok Cempaka asli.”Cempaka ketawa kecil.Marlia terus berlalu dengan
sakit hatinya yang masih membara.
“Habis
tu cantik ke bunga cempaka tu?”
“I
tengok imej cempaka hutan atau dalam bahasa sainsnya Gardenia Carinata.Warna
kuning dan putih.Ada lima kelopak yang panjang.”Cempaka senyum.
“Doktor
ni macam-macam lah.”Mathew pula ketawa.
“Sudi
keluar dengan saya?”Cempaka sedikit terkejut dengan pertanyaan tiba-tiba
Mathew.
“Saya?Keluar
dengan doktor?”Mathew angguk.
“Tak
nak lah nanti satu hospital kata saya nak pikat doktor pula.”Mathew masih
senyum.
“I
don’t care.They can talk whatever they want.”
“Tak
bolehlah doktor.Saya syif malam lagi dua hari.Lepas tu saya nak balik kampung.”
“Saya
boleh hantar Cempaka balik kampung.”Mathew bersungguh-sungguh.
‘Balik
kampung dengan doktor Mathew?Cari bala namanya.’
“tak
pe lah doktor.Saya balik sendiri.”Mathew angguk.Menghormati jawapan yang diberikan
Cempaka.
Cempaka
menutup suis lampu di bilik tiga.Hanya ada tiga orang ibu hamil dibilik ini.Dua
orang sedang mengalami kontraksi dan seorang dimasukkan kerana kencing manis.
“Kak..nanti
kalau ada apa-apa tekan butang panggil nurse ye.”Keduanya mengangguk.Ada
kerutan di wajah salah seorang.Mungkin sedang menahan sakit kontraksi.
Cempaka
kembali ke kaunter.Malam ini dia bersama kak Norita sebagai person
incharge.Belum sempat dia duduk Cempaka Nampak Luqman sedang berbual dengan
Marlia.Tiba-tiba ada getaran halus didadanya.Cempaka tidak pasti getaran apa
itu.Cemburukah?
Cempaka
buat-buat tidak Nampak.Cuma dia pelik kenapa Luqman ada malam ini sedangkan
bukan Luqman yang on call.
“Kak
saya dah bagi ubat pada patient katil 12.”Norita angguk.
“Pergilah
rehat dulu.Akak nak siapkan kerja sikit.”
“Nak
Cempaka tolong?”Cempaka tahu sesekali Luqman mengerling ke arahnya.
“Tak
pe sikit je ni.”Kak Norita tersenyum pada Cempaka yang mengambil tempat
disebelahnya.
“Kak
Norita.”Kesemua mereka memandang staff nurse yong yang tergesa-gesa datang ke
kaunter.
“Ada
apa?”
“Boleh
tolong kat wad bersalin tak?Tak cukup kakitangan ni.Ada tiga orang baru masuk
nak bersalin.”Norita pantas bangun.
“Cempaka
tunggu kaunter ye.Tengok-tengok sama patient 10 dan 11.Takut bersalin atas katil
pula nanti.”Cempaka angguk.Marlia masih rancak bercerita dengan Luqman.Cempaka
tak ambil pusing.
“Opss..
I ingat tak ada orang.I beli satu burger je.”Mathew masuk dengan satu plastik
ditangan.Cempaka buat-buat tak Nampak.
“Burger
untuk siapa Math?”Mathew senyum.
“Untuk
cik Cempaka Elina.”Cempaka terus angkat wajah bila namanya disebut.
‘Biar
betul doktor cina ni belikan aku burger?’Cempaka pandang Luqman yang juga
tururt terkejut.
“Untuk
saya?”Mathew angguk.Diserahkan plastik putih pada Cempaka.Cempaka teragak-agak
untuk ambil.
“Ter.terima
kasih.”Diletakkan plastik burger diatas meja.
“No
worries.Oklah.. I balik dulu.Ok Man..see you.”Mathew melangkah dengan senyuman
dibibir.
Dan
Cempaka termangu-mangu dengan plastik berisi burger diatas meja.
DYJA
melihat pergelangan tangannya.Hampir pukul 8.30.Dia gelisah.Resah bagaikan anak
ayam kehilangan ibunya.Sesekali matanya liar memerhati kearah jalanraya yang
mula sibuk dengan kenderaan yang kebanyakannya menuju ke tempat kerja.Dyja
gelisah lagi.Setiap minit dan detik bagaikan menyentap denyutan
jantungnya.Bagai ada sang gergasi sebesar king kong yang akan
menghambatnya.Sebentar dia duduk dan sekejap lagi dia bangun.Masih situasi yang
sama,melihat kearah jalanraya.Tapi betullah kata orang penantian itu satu penyeksaan.Yang
ditunggu belum kunjung tiba.Tubuhnya semakin disirami peluh mentari pagi yang
makin bersinar galak.
“Alah
rilekslah cik adik…gelisah semacam nampak…awai lagi ni…kelam kabut nak pi
mana//”Dyja mengerling kearah lelaki disebelahnya.Ada dua orang lelaki yang
sedang tersengih.’Sebiji kerang busuk..’Dyja mengutuk didalam hati.’Dah lah
pakai seluar koyak rabak memang jantan tak ada masa depan.Nak mengorat pun pegi
beli dulu seluar tu…’Dia menjeling tajam.Bosan dengan mat lepak macam
tu.Macamlah tak ada kerja lain nak buat.Ni pagi-pagi buta dah melepak kat bus
stop.Dah lah tu menyakitkan hati orang je.
“Alamak…dia
jelinglah bro…tu lah aku dah habaq kat hang…ni bukan calang-calang
awek..”Kedengaran ketawa dari keduanya.Dyja mendengus geram.Jam pasar malam
dipergelangan dijeling lagi.Lima minit sebelum pukul 9.Dyja hampir mahu
menangis.Pasti dia kena marah lagi.Tiba-tiba pandangan tajamnya menuju kearah
bas berwarna kuning yang sedang menghampiri.Dia bangun kasar.marah pada bas
yang datang lambat dan marah pada kutu lepak disebelahnya ini.
Baju
kurung dibadan dibetulkan agar kelihatan kemas.Pantas tangannya melambai kearah
bas.Sebaik sahaja pintu dibuka dia pantas naik tanpa memperdulikan dua manusia
yang semakin galak mengusiknya di belakang.Panas hatinya dengan bas yang datang
lambat.
Sakit
hatinya bila terpaksa menunggu satu jam untuk bas ini.Rasa macam nak bakar je
bas ni dengan pemandunya sekali.Macam tak boleh nak bawa bas cepat sikit.Dulu
waktu dia mula bekerja,bas ni datang tepat pukul lapan pagi.Tapi waktu itu
pemandunya sudah separuh umur.Ini bila orang muda yang bawa bas jalan macam
kambing patah kaki.
“Georgetown.”Dia
memandang sekilas pada pemandu bas yang berkaca mata hitam.Ada senyuman
dibibirnya.Hati Dyja smakin panas.Dah lah bawa bas lambat…ada hati nak senyum
pulak.Tapi Dyja tak punya masa untuk menambah pahalanya dengan senyumannya.
“2.40
sen.”Pantas Dyja memasukkan duit kedalam tabung dan mendapatkan tiket.Dyja
berdiri ditepi pintu.Bas penuh sesak dengan penumpang.Tubuhnya disandarkan didinding
bas.Menghitung waktu untuk sampai ke pejabat.Lima belas minit kakinya berdiri
didalam bas,akhirnya destinasinya tiba.Pintu bas dibuka.Belum sempat Dyja turun
kedengaran suara pemandu bas.
“Hati-hati
ye…”Dyja menjeling marah.’Dahlah aku lambat sebab kau bawa bas
terhegeh-hegeh.Sebab kau lah aku lambat kali ni.Ada hati nak pesan-pesan.Boleh
jalanlah…’Dia berlari-lari anak ke arah bangunan 20 tingkat yang terletak
bersebelahan bangunan kwsp ini.Hatinya berdebar kencang.
Tiba-tiba
tubuhnya terlanggar seseorang.Dia terdorong kehadapan.
‘Bum…’Kepalanya
terhantuk pada dinding bersebelahan pintu lif.Dyja menggosok-gosok kepalanya
yang sedikit sakit.Tudungnya herot sedikit.Hatinya menyumpah.Dia memandang
tajam pada seorang lelaki yang berseluar jean dan kemeja round neck
dihadapannya.
“Oi pak cik…hang buta ka?Aku pun hang tak
nampak.”Lelaki tersebut sedikit tersentak.
“Sorrylah…tapi
awak yang jalan tak tengok orang.Awak yang langgar saya…nak marah saya
pulak.Awak ni betul ke tidak.”Dyja memandang geram.’Ish mamat ni memang bagi
aku marah.’
“Yang
hang berdiri macam tunggul kayu kat depan lif ni kenapa?”
“Dah
saya nak naik lif…takkan nak tunggu depan pintu rumah awak kot.”Dyja semakin
geram.’Mamat ni buat lawak bangang pulak….tapi sorrylah aku tak rasa nak gelakpun.’Pintu
lif terbuka.Dyja pantas masuk sambil menekan nombor sembilan.Lelaki itu turut
masuk dan menekan tingkat 12.Dyja masih menggosok dahinya yang masih
sakit.Lelaki disebelahnya hanya tersenyum sinis.Sampai tingkat sembilan Dyja
pantas keluar namun telinganya sempat menangkap kata-kata lelaki itu.
“Oi
mak cik…lain kali jalan bawa tongkat.Saya taulah saya hensem…nak ambil
kesempatanlah tu.”Dyaja berpaling.Belum sempat dia membalas pintu lif tertutup
dengan senyuman sinis lelaki itu tinggalkan di mindanya.
“MISS Dyja…masuk bilik saya sekarang
juga.”Dyja mendongak.Dia menelan liur seketika.
“Masuk
bilik saya sekarang.”Dyja memandang kearah Puan Arfah.Dia bangun.Cukuplah dua
kali Puan Arfah yang tidak ubah bagai Siti Tanjung Perang dalam lagenda bawang
putih bawang merah itu memanggilnya.Suaranya sahaja membuatkan satu pejabat
kecut perut.Beberapa pasang mata memandangnya sinis.Dyja tahu tahu sekejap lagi
pasti ada slot umpat mengumpat.Dia tidak peduli semua itu.Biarlah mereka nak
mengata.Sememangnya sejak hari pertama dia disini lagi dia menjadi bahan
bualan.’Ah biarlah!’Hanya Allah yang tahu niat aku kemari.Mana tidaknya
pekerja-pekerja lain semuanya berpakaian ikut trend.dia tetap dengan baju
kurung kapas.
Setengah
jam kemudian,Dyja keluar dari bilik Puan Arfah.Wajahnya kelat.Rasanya lebih
kelat dari buah ciku yang belum masak.Dia kembali ketempatnya semula.Menarik
nafas panjang sebelum mengeluarkan surat-surat yang perlu ditaip dari dalam
tray diatas meja.Dia termenung seketika.’Ambil ijazah dalam bidang ekonomi tapi
kerja kerani je.’Dia akur pada kesukaran mendapat kerja sekarang ini.Mujur
sepupunya terbaca iklan kerja disyarikat ini.Dia tidak boleh memilih.Apa sahaja
jawatan yang diberi dia perlu terima.Adik-adiknya masih bersekolah.Ayah dah tak
larat.Ibu dah lama meninggal.Hanya dia yang diharapkan membantu
keluarga.’Em…susahnya hidup ini..’
“Kenapa
sedih je ni?”Dyja kembali mendongak.Disini hanya Hanim sahaja yang baik
dengannya.
“Tak
ada apalah kak…”Dia memaniskan wajah.Sebolehnya dia tidak mahu berkongsi
apa-apa masalah pejabat dengan rakan sepejabat.Tersilap kata yang sejengkal
jadi sedepa.
“Kena
marah dengan Puan Arfah lagi?”Bagai tahu apa yang berlaku Hanim bersuara.Dyja
mencebirkan bibirnya.
“Bukan
Sengaja…bas yang lambat.”Hanim mengangguk faham.Dulupun sebelum dia
berkereta,dia juga punya masalah yang sama dengan Dyja.Memang bas ni tak
menentu perjalannya.Kadang-kadang awal sangat,kadang-kadang langsung tak ada.
“Sabarlah
dik…yang penting kerja hang setel.Tok sah dok pikir sangatlah Puan Arfah tu.Kak
dulupun kena macam hang juga.Ada staf lain yang kena lebih teruk tau.”
“Terima
kasih kak.”
“Dah
buat kerja hang sampai siap.Kak nak masuk bilik kak dulu.”Sebagai ketua
kerani,Hanim punya biliknya sendiri.Hilangnya kelibat Hanim Dyja kembali fokus
pada kerja dihadapannya.Sesekali fikirannya mmikirkan permintaan adiknya
semalam.
“Kak..kawan-kawan
semua dah beli buku tu.nani seorang je tak ada lagi.Cikgu dah bising suruh
beli.”Dyja mendengar rintihan adiknya yang bakal menduduki peperiksaan PMR di
hujung talian.Dia mengeluh.Mana dia hendak cekau 50 ringgit sekarang ni.Dia
hanya boleh berjanji untuk dapatkan duit itu secepat mungkin.
“Kau
ni kenapa?Macam mati bini je?”Ilham memandang wajah dihadapannya.’Kata
orang…dia tu yang baru kena tinggal dengan awek.’Tapi ayat itu hanya bergema
dalam hatinya.Takut sahabatnya ini terasa.Dia tahu Azim baru sahaja berpisah
dengan teman wanitanya yang dikatakan curang.
“Tak
adalah…aku penat je.”Tangannya diletakkan di dahi.Memang dia letih.Seharian
bekerja rehatnya Cuma beberapa jam.Tapi dah ini jalan yang dipilih..terpaksalah
terima.
“Aku
suruh hang tukaq kerja hang tak mau.Aku nak tolong rekemen hang tak nak juga.La
ni…hang tengoklah.Balik rumah je penat.”Azim menggeleng.Sudah sebulan Ilham
tinggal bersamanya.Memang dia kasihan melihat Ilham yang asyik kepenatan bila
habis kerja.Ilham memandang Azim sekali imbas.Dia kenal Azim enam bulan
lepas.Waktu itu secara tak sengaja di gelanggang futsal gelugor.Minat yang sama
membuatkan mereka menjadi kawan baik.Sehinggalah dia menyewa di rumah Azim.Cuma
Azim tidak pernah mengenali dirinya yang sebenar.’Nantilah Zim…satu hari nanti
aku akan cerita.Mesti waktu tu kau terkejut katak punya…’
“Aku
penat sikit je Zim..”Matanya cuba dipejamkan.Tapi serentak itu bayangan seorang
gadis muncul di mindanya.Gadis yang memakai baju kurung biru dan tudung putih
susu.Ilham tersenyum.Entah kenapa kata-kata gadis itu dihadapan lif tadi
dirasakannya amat lucu.’Ada ke dia panggil aku pak cik.Buta kot mata dia.’Dan
senyuman Ilham dibawa sehingga ke alam mimpi.
Dyja selesai solat isya’.Teringatkan
keluarga dia mencapai telefon bimbitnya.Sebaik sahaja talian dijawab,Dyja
tersenyum.Hilang rasa penat seharian bekerja.
“Assalamualaikum…ayah
sihat ke?”Tiba-tiba rindunya terdetik pada keluarga jauh dimata.Walaupun jarak
perjalanan dari Pulau Pinang ke Perlis hanya tiga jam..tapi dia belum mampu
untuk pulang buat masa ini.Duit dalam dompet hanya cukup-cukup tambang bas dan
makan hingga hujung bulan.Itupun sudah jenuh dia mengikat perut.Duit untuk buku
rujukan Nani pun belum tentu dia ada lagi.
Sepuluh
minit bercakap di talian,Dyja mengeluh.Baru tadi adiknya Athirah memberitahunya
dia memerlukan sedikit duit untuk kem motivasi UPSR.
“Adui….manalah
akak nak cari duit lagi dik.Dalam bankpun tinggal berapa ringgit je.”Dyja
mengetuk dahinya dengan belakang tangan.Dia mencongak,mengira jika dia boleh
masukkan lima puluh ringgit ke akaun Athirah.Tapi rasanya tidak cukup.Tiba-tiba
telefon bimbit nokianya yang sudah bertahun digunakan berdering.Melihat nombor
yang tertera Dyja mengerutkan kening.Nombor ini tiada dalam simpanan telefon
bimbitnya.
“Hello…”Jawabnya
perlahan.
“Hello…man
ada?”
“Man
mana?Tak ada nama Man kat sini.”
“O..ye
ke..ni sapa?”Dyja panas hati.
“Tak
payahlah tahu siapa saya ye…terima kasih.”Lantas talian dimatikan.
“Ja…ada
kerja part time...hang nak tak?”Dyja tiba-tiba teruja mendengar kata-kata Ika
teman serumahnya yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.
“Nak
sangat…kerja apa Ika?”
“Kerja
ni dia bayaq harilah.Hari hang kerja dia bayaq…hang tak kerja dia tak
bayaq.Tapi sabtu dengan ahad je.”Dyaja tersenyum.Oklah..sabtu dengan ahad
memang aku cutipun.
“Waalaikumusalam.”Dyja
menjawab salam sebaik sahaja butang hijau ditelefon ditekan.
“Abang
ganggu ke?”Dyja diam seketika.
“Nak
apa?”Diruang matanya terbayang wajah seorang lelaki kacak disebelah sana
talian.
“Saja
nak Tanya khabar Khadija.Ayah dengan adik-adik sihat.?”
“Sihat.Abang
sihat?”
“Alhamdulillah
abang sihat.Sabtu abang ambil Dyja balik kampung.Lagipun dah lama abang tak lawat
ayah.”Khadija diam seketika.
“Abang
tak kerja ke sabtu ni?”
“Tak.Sabtu
abang ambil pukul 12 tengahari ye.”
“Ok.”
“Ok.bye.”Khadija
melatakkan telefon disininya.Terbayang wajah lelaki yang menelefonnya seketika
tadi.
‘Doktor
Luqman Harith.’Khadija akhirnya tersenyum sendiri.
Luqman
membawa Khadija ke Bandar Taiping.Membeli barangan keperluan dapur dan buku
rujukan untuk Athirah.Kemudian mereka berhenti makan di Mcdonalds.
“Macamana
kerja Dyja?”
“Bolehlah.Tapi
ada seorang ketua Dyja tu macam tak suka je kat Dyja.Selalu nak cari salah
Dyja.”
“Biasalah
asam garam dalam kerja.Yang penting niat Dyja nak cari rezeki kan?”Dyja angguk.
“Esok
abang balik ke?”Luqman pula ngguk.
“Petang
esok abang ada janji dengan kawan nak gantikan dia on call.Dia ada hal sikit.”
“Dyja
rasa bersalah dengan abang.Banyak snagat abang dah tolong Dyja dengan
keluarga.Rasa macam tak terbalas jasa abang pada kami.”
“Jangan
cakap macam tu.Abang tolong mana yang abang mampu.”
“Dyja
ni nama je dah kerja tapi tak boleh juga nak tolong keluarga.”
“Tak
pe lah perlahan-lahan.Stabilkan dulu diri Dyja kat sana.”Khadija mengangguk.
Usai
makan mereka ke Nagoya.Membeli kain untuk adik-adik Khadija.Sedang asyik
memilih,Pandangan Luqman bersatu dengan pandangan seseorang dari jarak Cuma 100
meter.
Cempaka
sedang memandangnya dengan Dyja.
“Abang
yang ni cantik tak?”Pandangan keduanya dihalang dengan kain yang Dyja tunjukkan
pada Luqman.
“Ok.”Sebaik
sahaja kain dijatuhkan wajah Cempaka sudah menghilang.
‘Perasaan
aku kah?’
“Dah?Kalau
dah jom lah.Nanti ayah risau pula.”Dyja angguk.mereka berjalan ke bawah.Mata
Luqman tercari-cari bayangan itu lagi.Tapi tiada.Lantas Luqman rasa mungkin itu
hanya perasaannya sahaja.
Cempaka
termenung di rumah bujang Haikal.Dia rancang nak balik Pulau Pinang tapi
akhirnya dia ke rumah haikal.Lagipun Haikal minta tolong untuk beli hantaran
pertunangan Haikal nanti.Petang tadi Haikal membawanya ke Bandar Taiping.Jalan-jalan
di taman tasik seterusnya membeli sedikit keperluan.
Waktu
itulah dia bertembung dengan Luqman.Tapi sebaik sahaja melihat seorang gadis
cantik disebelah Luqman hatinya jadi hancur tiba-tiba.
‘Abang?’Dia
terdengar panggilan gadis itu pada Luqman.
‘Siapa
gadis itu dalam hidup Luqman.Kenpa kak Darizah tidak pernah bercerita tentang
perempuan itu kalau Luqman mengenalinya.Tiba-tiba hatinya jadi tawar dengan
pertunangan ini.
“Awat
termenung?”Cempaka dihampiri Haikal.Sejak dulu memang dia rapat dengan Cempaka
berbanding adik-adiknya yang lain.
“Tak
ada apa-apa.Abang dah simpan dah semua barang-barang tu?”Haikal
angguk.Perkenalannya dengan Ariani selama hampir dua tahun bakal berakhir
dijinjang pelamin.
“Esok
abang hantar sampai asrama.Esok abang tak ada buat apa-apa.”
“Tak
susah abang ke?”
“Bukan
jauh sangatpun.Senang sikit hati abang kak Yang sampai elok ke asrama
tu.”cempaka tersenyum.Senang dengan kprihatinan Haikal padanya.
“Luqman
macamana?”Cempaka senyum.
“Ok
je abang.”Cuma soal yang satu ini jarang sangat dia nak berkongsi dengan
Haikal.Cempaka rasa seolah-olah sudah serik untuk bercerita soal hati dan
perasaannya.
Cukuplah
pengalamannya dengan Fikri dulu.
Malam
itu Cempaka menerima sms kiriman doktor Mathew.Dia tersenyum sendiri.
-How
r u Cempaka elina?
+Fine.Sihat.doktor?
-I?Ok
je..bored sikit you tak ada dalam wad.
+kan
ramai lagi kat sana.
-Tak
sama macam you Cempaka Elina
Cempaka
diam.Hilang kata-kata untuk bermesej.
-R u
still there Cempaka?
+ye..saya
ada ni.
-Oklah
tak nak ganggu you.Anyway take care ya.
+thanks
doktor.
Cempaka
pandang telefonnya.Dia akui dia senang dengan doktor Mathew.Tapi Luqman….
Persoalan
tentang Luqman sentiasa menjadi persoalan yang tidak terjawab dalam fikiran
Cempaka.
Sudah
tiga hari Cempaka kerja syif petang dan sudah tiga hari juga dia tidak berjumpa
langsung dengan Luqman.Ingin ditanya pada kak Zubaidah Cempaka segan.Semalam
Salmah telefon dari kampung mengingatkan Cempaka tentang majlis yang lebih
kurang empat bulan sahaja lagi.
Salmah
mahu dia berbincang dengan Luqman tentang majlis itu nanti.Mereka mahu Cempaka
dan Luqman yang menetapkan dari pakaian hingga ke pelamin.Pagi tadi Darizah dan
doktor Maria pula yang telefon.Bagitahu perkara yang sama.Tapi kenapa mereka
tak sampaikan sendiri pada Luqman.Kenapa mesti Cempaka yang bagitahu Luqman
semua ini.
“Kak..doktor
Luqman tak ada ke?”Zubaidah senyum.
“Kenapa?Dah
rindu?”
“Tak
adalah kak.Cempaka ada hal nak cakap dengan dia.”
“Kenapa
tak call je?”
“Cempaka
tak ada nombor telefon dia kak.”Cempaka berterus terang.Kalau Luqman tak bagi
takkan dia pula yang nak minta.
“Kenapa
macam tu pula?”
“Sebenarnya
kami bertunang tak kenal pun antara satu sama lain.Keluarga yang
rekemen.Cempaka tak pernah minta nombor telefon dia.Tapi dia ada nombor
Cempaka.”
“Dia
tak pernah call?”Cempaka geleng.
“Kalau
akak Tanya sikit Cempaka jangan marah ye.”Cempaka angguk.
“Cempaka
yakin ke nak kahwin dengan doktor Luqman?”Cempaka jungkit bahu.
“Cempaka
tak tahu isi hati Luqman.Cempaka tak tahu kalau dia sukakan Cempaka atau
tak.Cempaka Cuma turut kata mak dan abah.”
“Kenapa?Perkahwinan
bukan perkara kecil tau.”
“Cempaka
tahu kak.Tapi biarlah.Andai kata Cempaka tak bahagia nanti diorang tak akan
salahkan Cempaka lagi.”Zubaidah diam.Dia teringat dahulu ada seorang wanita
kerap kemari bertemu dengan doktor Luqman.Malah beberapa kali Zubaidah pernah
terserempak keduanya.Mesra sekali.Sebab itu Zubaidah yakin wanita itu kekasih
Doktor Luqman.Cuma dia tidak berani nak bagitahu Cempaka.Takut hatinya
terguris.
“Hi ladies…”Mathew tersenyum pada
Zubaidah dan Cempaka.Beberapa staff nurse dan JM berada agak jauh dari mereka
berdua.Sister Hamimah sedang memberi penerangan kepada jururawat pelatih dari
kolej SEGI.
Mathew menghulurkan sekuntum bunga
Cempaka kuning kepada Cempaka.
“Untuk
saya?”Mathew angguk dalam senyumannya yang panjang.
“Untuk
apa?”
“Untuk
Cempaka kepada Cempaka.”Zubaidah terpinga-pinga.
“Doktor
ambil mana bunga ni?”
“Well
where I get this that’s was my secret.Sudi terima?”Cempaka ketawa kecil.
“Thanks
doktor.”Mathew masih tersenyum.
“Ok.I
nak pergi OT.Have a nice day.”Mathew melangkah pergi.Cempaka letakkan bunga
cempaka diatas meja.
“So
sweet.Macam ada apa-apa je doktor Mathew tu?Siap bagi Cempaka bunga?”
“Tak
adalah kak.Dah beberapa kali Cempaka berbual dengan doktor Mathew.Dia friendly
je.Tak macam setengah doktor yang sombong.Doktor Mathew ok.Dia selalu Tanya
Cempaka tentang bunga Cempaka ni.Agaknya dia minat sangat kat bunga Cempaka
tak?”
“Jangan
dia jatuh hati dengan Cempaka sudah.Nanti tak pasal ada WWF kat sini pula.”
“WWF?kenapa
pula kak?”
“Yelah
doktor Luqman VS doktor Mathew berebutkan Cempaka Elina kita ni.”Cempaka
ketawa.
“Tak
de lah sampai macam tu.Cempaka bukannya cantik pun sampai dorang nak gaduh
sebab Cempaka.Lainlah kak marlia tu.”Disini hanya staff nurse Marlia seorang
sahaja jururawat Muslim yang tidak memakai tudung.
“Marlia
tu?Dia tu gedik sikitlah Cempaka.Tak berkenan akak tengok.”Bukan dia saja nak
mengata Marlia tapi memang sikap Marlia menjengkelkan.
“Kak Zubaidah ni ada patient baru
daftar.”Seorang atendan hospital meletakkan rekod dari bahagian kecemasan diatas
kaunter.Cempaka lihat ada seorang wanita sedang duduk diatas kerusi
roda.Dibelakangnya mungkin suaminya sedang menjinjit beg pakaian.
“Kes
apa kak?”Cempaka bertanya bila Zubaidah sudah mula membaca laporan dari
A&E.
“Low
lying placenta.”Cempaka segera ke arah katil kosong.Dikemaskan sedikit dengan
bantuan kak Zaimah atendan yang bertugas di wad ini.Kemudian Cempaka membawa
wanita itu ke katil.
“Dah
berapa hari turun darah?”
“Dah
masuk dua hari nurse.”Cempaka angguk.
“Kenapa
tak datang awal?”
“Sebab
tak sakit.Tu yang tak datang tu.”
“Lain
kali kalau akak turun darah ke air ke kena cepat-cepat datang hospital.Akak dah
tujuh bulan ni.”
“Teruk
ke dik?”
“Tak
tahu lagi.Nanti kita tengok apa doktor cakap.Biasanya awal kehamilan memang uri
di bawah tapi masuk 28 minggu dia akan naik atas juga.Tapi kes akak dah tujuh
bulan uri masih dibawah lagi.Lepas tu akak bleeding.Tak pe akak rehat dulu
nanti ada doktor datang periksa.Nanti akak Tanya dengan doktor ye.”Cempaka
menghadiahkan senyuman.Sekurang-kurangnya menghilangkan sedikit debaran hati
wanita itu.
Belum
sempat Cempaka kembali ke kaunter Luqman masuk bersama rekod pesakit ditangan.
“Bawakan
saya rekod dari A&E.”Cempaka tahu arahan itu diberikan kepadanya.Dia
cepat-cepat mengambil rekod dikaunter.Diserahkan kepada Luqman dan setia
berdiri disitu.
Luqman
menyemak rekod.
“Em…kandungan
puan dah nak masuk 30 minggu.Bermakna dah hampir lapan bulan.Period regular?”
“Tepat
selalunya doktor.”Luqman angguk.Wajah Cempaka merah sedikit.Kalau yang bertanya
doktor Mathew atau Megat,mungkin cempaka tak kisah.Tapi ini Luqman Harith
tunang dia.
“Kita
terpaksa tahan Puan dulu sebab puan ada bleeding.Lagipun still low lying
placenta.Maksudnya uri Puan masih dibawah.Ini bahaya sebab puan boleh jadi
pendarahan bila-bila sahaja.”
“Berapa
lama doktor?”
“Kita
tak pasti sehiingga Uri ke atas semula.”
“Habis
tu kalau tak pusing juga.?”
“Puan
terpaksa duduk diwad sehingga melahirkan.Ini untuk keselamatan Puan
sendiri.”Wanita itu diam seketika.
“Saya
boleh bersalin normal ke doktor?”
“Kalau
keadaan Puan masih macam ni Puan tak boleh bersalin secara normal.Kaedah
pembedahan perlu dilakukan.”Luqman menulis sesuatu ke dalam rekod pesakit
sebelum menyerahkannya kepada Cempaka.
“Ok
Puan rehat dulu.Nanti saya periksa lagi.Staf nurse make sure ada pad chart.Saya
nak tengok.”Cempaka angguk.Dia pantas berlalu ke kaunter .
Selesai
membuat pemeriksaan Luqman terus keluar dari wad.Cempaka terlepas lagi peluang
untuk berbincang.
Hari ini Cempaka cuti selepas
Sembilan hari bekerja di ward.Tak tahu nak kemana-mana dia hanya terperuk
dibilik.
Tengahari
perutnya berkeroncong.Mahu tak mahu terpaksa juga Cempaka turun ke bawah.
“Cempaka
Elina.”Namanya dipanggil seseorang tatkala sedang menilik lauk pauk diatas
meja.
Luqman
berdiri dengan t-shirt dan jean.
Luqman
menghampiri Cempaka.
“Ingat
tak turun dah?”Cempaka kerut kening.Luqman tunggu dia kah?Tapi berapa lama?Tapi
kenapa?Tak kerja ke?
“Buat
apa kat sini?”Cempaka menghampiri Luqman.
“Tunggu
tuan puteri turun makan.”Cempaka diam.
“Jom.”
“Nak
pergi mana?”Cempaka tengok dirinya.Hanya t-shirt long slip dan slack
hitam.Tudung pun sarung je.
“Kita
keluar makan.Saya tunggu kat kereta.”Tanpa menunggu balasan jawapan dari
Cempaka Luqman terlebih dahulu berjalan ke kereta.
Cempaka
sedikit terkejut bila Luqman membelokkan keretanya kea rah kiri dari jalan
hospital Pantai.
Dia
tertanya-tanya kemana mereka sebenarnya.Tapi soalan itu hanya bermain dalam
fikiran Cempaka sahaja.
Sangkanya
Luqman mahu makan dekat-dekat dengan hospital sahaja.
Tiba-tiba
telefon bimbit Cempaka berdering.Cempaka tahu Luqman mengerling ke arahnya.
“Hello..”Diam.
“Saya
keluar makan dengan kawan.”Diam lagi.
“Malam
ini?Tak pasti lagi.Nanti apa-apa saya call doktor balik.”Tiba-tiba Luqman brek
mengejut.Hampir sahaja Cempaka terhantuk di dashboard kereta.
“Siapa
call?”Cempaka pandang Luqman dengan sikapnya yang pelik.
“Kenapa?”
“Saya
Tanya siapa call?Takkan itupun tak boleh jawab?”Cempaka menahan rasa
hati.Berang sebenarnya dengan sikap Luqman.
‘Belum
jadi suami dah pandai marah-marah.Nasiblah Cempaka.’
“Doktor
Mathew.”
“dah
agak dah.Dia tahu Cempaka dah bertunang?”Cempaka geleng.Hubungan dia dengan
Mathew bukannya apa-apapun sampai dia nak kena cerita yang dia dah bertunang.nanti
apa pula kata Mathew.
“Kenapa
nak bagitahu pula?”
“Sebab
saya yang suruh.”Cempaka semakin pelik.Kalau dia tak ada apa-apa makna pada
Luqman
“tapi
kenapa?takkanlah nak bagitahu kalau orang tak Tanya.”
Yelah
nanti apa pula kata doktor Mathew.Mesti doktor Mathew ingat cempaka ingat
doktor Mathew suka pada dia.
“Kenapa
tak boleh bagitahu?Oh..tak nak Mathew tahu sebab takut Mathew tinggalkan
Cempaka?”
‘Astaghfirullahalazim…dia
ni melampaulah.”
“Tengoklah
nanti.”Cempaka malas mahu bertekak dengan Luqman.
Luqman
bawa Cempaka ke Mcdonalds Jaya Jusco.Sekadar burger yang jadi alas perut
Cempaka tengahari ini.Dia memang nak makan nasi sebab berat sikit.At least
malam nanti pula baru dia makan.
“Saya
nak minta panjangkan tempoh pertunangan.”Cempaka tiba-tiba bersuara.
Suapan
kentang goreng ke mulut Luqman terhenti.Dia pandang cempaka Elina.
“Kenapa?Lagi
empat bulan kan?”Cempaka angguk.
“Saya
baru kerja.Banyak benda nak kena beli dengan duit.Simpanan saya tak cukup
lagi.”
“banyak
sangat ke nak beli?Takkan nak buat majlis macam yusry dengan lisa surihani
pula?Nak membazir buat apa.?”
‘Ya
Allah dia ni.Habis tu baju nikah pelamin hantaran semua tu tak pakai duit ke?Nama
je doktor tapi benda macam tu pun tak boleh berfikir’
“Sekalipun
bukan macam lisa Surihani dan Yusry tapi benda-benda lain pun nak pakai duit
juga kan?”Cempaka tidak mahu mengalah.
“No.”Cempaka
angkat muka pandang Luqman.
“Kenapa
tak boleh pula?”
“Sebab
dah itu perjanjiannya.Dulu apasal tak cakap nak bertunang dua tahun ke tiga
tahun ke?Kalau sepuluh tahun sekalipun tak kisah tapi ini dah dalam perjanjian.”
Cempaka
menahan rasa hati.Akhirnya dia diam terus menelan burger yang mula terasa
tawar.
Luqman hantar Cempaka sehingga ke
asrama jururawat.Belum sempat Cempaka keluar dari kereta telefon bimbit Luqman
berdering.
“Assalamualaikum.”Lembut
suara Luqman menjawab panggilan.
“Ok.Sekejap
lagi abang sampai rumah abang call balik.”Cempaka menjeling.
‘Abang?Setahu
Cempaka Luqman mana ada adik.Girlfriend lah tu.’
‘Bukan
main lembut lagi bahasa dengan girlfriend.Kalau dengan aku.huh!’
Cempaka
terus melangkah tanpa ucapan terima kasih pada Luqman Harith.Sikitpun dia tak
pandang Luqman yang masih dengan telefon bimbitnya.
‘Dah
ada girlfriend tu cakap lah awal-awal.Aku bukan kisah pun kalau putus
tunang.’Hatinya mengomel sendirian.
“Hang
call dia lagi ka?”Dyja angguk.Ika duduk bersila dihadapan Dyja.
“Hang
ni esok-esok hang juga yang merana.Dia kan dah bertunang Ja.”
“Tapi
dia baik sangat Ika.Mula-mula dulu memang aku tak suka dia.Bagi aku sebab dia
mak aku mati.Tapi lama-lama aku dapat
rasa ada perasaan halus dalam hati aku ni kat dia.Sifat dia yang penyayang
selalu bantu aku dengan keluarga aku.”
“Dia
Cuma ambil berat Ja.”
“Aku
tau.Tapi aku suka dia Ika.Hari tu dia mai rumah aku.Bawa aku pergi Bandar
Taiping.Belikan macam-macam untuk adik-adik aku.Aku terharu sangat.”Masih
terbayang di mata Dyja kemesraan yang ditunjukkan Luqman tempohari.
“Em..budak
yang langgar hang kat lif dulu tu ada call lagi?”Dyja jadi teringat pada
Ilham.Selepas insiden mereka terlanggar di lif dulu dia selalu juga bertmbung
dengan Ilham yang bekerja di tingkat 10 bangunan yang sama.Tapi sejak
akhir-akhir ini Ilham kerap menelefon dia.Dari mana Ilham dapat nombor telefon
Dyja kurang pasti.
“Ada
dia call.”
“Oklah
dah orang nak tu janganlah jual mahal Ja.Takkan hang nak tunggu juga Luqman tu
sedangkan hang tahu Luqman tu dah nak kahwin.”
“Tapi
Ika,abang Luqman sendiri cakap yang dia tak kenal sangat dengan tunangnya.Means
diorang tak bercinta pun.”
“Habis
tu hang nak buat apa?Nak rampas Luqman dari dia?”Dyja geleng.Dia bukan sekejam
dan semurah itu untuk dapatkan Luqman.
“Tak
lah.Cuma perasaan aku pada dia je susah nak cakap.Bila dia tak call aku rasa
rindu.”
“Kena
buanglah semua tu Dyja.Ingat tujuan hang mai sini nak kerja.Nak ubah masa depan
keluarga.Jangan nanti sebab cinta hang pada Luqman hidup hang jadi tak tentu
hala.”Dyja diam.Dia akui kebenaran kata-kata Ika.Niatnya disini untuk cari
rezeki.Sampai bila keluarganya perlu bergantung pada Luqman.Sudah banyak budi
yang Luqman taburkan pada dia dan keluarga.Tak terbalas.Tapi perasaan dia pada
Luqman?
Dyja
ingat pada Ilham.Berkali-kali Ilham cuba mengajaknya keluar.Tapi Dyja buat-buat
tidak kisah.Kasihan Ilham kadang-kadang berpanas tunggu dia untuk makan
tengahari.Tapi dengan Ilham jantungnya tidak berdegup sekencang dia bersama
Luqman Harith.
“Pasal
mak tengok balik kali ini asyik termenung je?”Cempaka pandang salmah.Tak sangka
pula Salmah perasan bila dia asyik termenung.
“Tak
ada apa-apalah mak.Saja.Lama tak balik kampung.”
‘Hai
cempaka baru bulan lepas balik dah kata lama?’
“Semalam
keluarga Luqman telefon.”Cempaka menahan debaran dihati.
“Nak
apa mak?”Nantetapkan hari agaknya.Bukan ke Luqman menolak usulnya untuk
dipanjangkan pertunangan mereka?
“Diorang
setuju nak panjangkan pertunangan hingga lepas raya ni.Maknanya ada lebih
kurang lima enam bulan lagi.”
“Ye
ke?Kenapa?”Hati Cempaka berteriak gembira.
“Kata
mak mertua Kak Yang semalam,Luqman kena kursus.Takkan Cempaka tak tahu kot?”
“Oh..tahu.”Cempaka
tarik nafas lega.
‘Em..tak
lah degil sangat.Boleh juga dibawa berbincang.’Dia tersenyum kemenangan.
“Kak
yang naik bas pukul berapa?”
“Pukul
6.30 mak.”
“Sampai
Ipoh pukul berapa?Malam-malam tu bahaya tau tak.”
“Dalam
9.30 sampai lah.Sampai nanti kak Yang ambil teksi terus balik asrama.Lagipun
asrama tutup 10.30 malam.Mak jangan risaulah.Dah dua tiga kali Kak Yang naik
bas seorang.”Salmah senyum.Bukan dia tak percaya.Tapi dengan banyak sangat kes
yang berlaku sekarang ni hati seorang ibu dia jadi tidak tenteram.
Setiap
hari dia baca akhbar.Banyak sangat berlaku kes penculikan,jenayah sana sini
yang membabitkan anak gadis.Dia risau sendiri.
Selagi
Cempaka belum berkahwin hatinya tidak pernah tenteram memikirkan Cempaka yang
jauh dimata.
Cempaka
pandang kea rah jalan raya yang hitam pekat.Hatinya menahan rasa marah.Hampir
satu jam setengah mereka terkandas di Bukit Merah gara-gara bas rosak.Dia
pandang jam dalam kesamaran lampu.Sudah hampir ke pukul sepuluh malam.Hatinya
sedikit risau.
Cempaka sampai di setesen bas medan
Gopeng bila jarum jam sudah ke angka 11.15 malam dalam hujan lebat yang
menggila.Hentian teksi diluar.Dia duduk dikerusi didalam stesen mencongak-congak
siapa yang perlu dia telefon.
‘Nani?Mana
mungkin sebab asrama dah tutup.takkan Nani boleh keluar.Lagipun nani tak ada
kereta.Akhirnya dia terpaksa buat satu keputusan.
“Hello
Assalamualaikum kak Zah.”
“Waalaikumusalam.Cempaka
kat mana ni?”
“Er..Cempaka
nak minta tolong.Boleh tak kak Zah call Luqman minta tolong ambil Cempaka kat
bus stand Medan Gopeng.Bukan apa tadi bas rosak.cempaka lewat sampai kat
sini.Hujan lebat susah nak dapat teksi.”
“Ya
Allah Cempaka seorang ke?Ok.ok.Jangan pergi mana-mana Kak Zah call Luqman suruh
ambil Cempaka sekarang.Tunggu tau.”
Cempaka
resah.Betul ke tindakan dia minta tolong dengan Luqman?Tak apa ke?Luqman tak
marah ken anti?Tapi apa pilihan yang dia ada.Orang mulai lengang kat
sini.Takkan dia nak tidur kat sini?Biarlah dia nak marah asal aku selamat
sudah.
Setengah
jam berlalu.Bayang Luqman masih belum Nampak.
‘Agaknya
dia tak nak ambil aku kot.’Tapi tadi Darizah hantar mesej Luqman dalam
perjalanan.Cempaka tunduk membaca majalah wanita yang baru dibeli sebentar
tadi.
Tiba-tiba
dia Nampak seorang lelaki yang basah sebahagian t-shirtnya dengan sekaki payung
hitam berdiri dihadapannya.
“Jom.”Luqman
mengangkat beg baju Cempaka.cempaka mengekori dari belakang.Sampai di tepi
bangunan Luqman buka Payung.Ditariknya Cempaka dekat dengan dia.Jantung Cempaka
sudah tidak menentu iramanya.Mereka melangkah dalam hujan kea rah kereta Luqman
yang diparkir ditepi jalan.Luqman bukakan pintu kereta.Cempaka masuk senyap tak
terkata.
Cempaka
terdengar Luqman batuk.
‘Tak
sihat agaknya.’
“Dah
tahu perempuan balik malam-malam kenapa?Kalau jadi apa-apa semua orang
susah.”Cempaka diam.Herdikan Luqman bukanlah sesuatu yang mustahil.
“Maaf
menyusahkan awak.Kalau awak rasa susah saya boleh turun sekarang.”Menyesalnya
kerana minta tolong dari Luqman.
“ha
eloklah tu.Tak tahu ke kat luar tu segala jenis manusia jahat
ada?Pergilah.”Cempaka menahan rasa hati lagi.
‘Lebih
baik kat luar dari kena herdik kat dalam ni.’
“Manalah
saya nak tahu bas nak rosak.”
“Next
time kalau dah tahu nak balik ambillah bas awal sikit.”cempaka membuang
pandangnya kea rah luar.Malas mahu bertekak dengan Luqman.
“Nak
kemana ni?”Cempaka jadi tidak sedap hati bila Luqman menghalakan keretanya kea
rah satu kawasan apartment.
“Habis
takkan nak hantar balik asrama.Dah sah-sah pak guard dah tutup pagar.”
“Habis
tu nak pergi mana?”Cempaka mula gelabah.
‘Yelah
dia bukannya kenal sangat dengan Luqman Harith ini walaupun merangkap
tunangnya.Takut muka je baik perangai tak tahu lagi.
Luqman
diam.Masuk kereta bawah basement.
“Jom.”Dia
keluarkan beg Cempaka dari belakang tempat duduk.Berjalan mendahului Cempaka
kea rah lif.Dalam takut-takut Cempaka ikut Luqman.
“Masuk.”Mahu
tidak mahu Cempaka masuk juga apartment yang terletak di tingkat 12
ini.Tiba-tiaba dia Nampak gambar Luqman sewaktu konvekesyen tergantung diruang
tamu.Tahulah Cempaka ini rumah Luqman.
“Er..boleh
hantar saya ke hotel mana-mana tak?”
“Nak
pergi hotel pula?Saya bawa datang sini pun dah kira nasib baik tau daripada
saya tinggal kat tepi pagar asrama belakang bilik mayat tu.”Cempaka geram.
‘Orang
Tanya elok-elok tak boleh ke cakap elok-elok sikit.’
“esok
syif apa?”Luqman memebrikan sehelai tuala kering.
“Malam.”Luqman
angguk.
“Sekejap.Saya
bancuh kopi.”Luqman ke dapur.Cempaka tarik nafas lega.Harap-harap iman Luqman
kuatlah.Bukan boleh harap sangat.
Luqman
kembali dengan dua cawan kopi.Cempaka hirup sedikit.
‘Ni
mesti kopi 3 in 1 yang siap dah dalam peket tu.tuang air panas bancuh je.’
“Nanti
tidur dalam bilik saya.Jangan risau iman saya kuat lagi.Saya tidur kat luar
ni.”Cempaka hanya diam tidak menjawab.
“Saya
bercakap dengan dinding ke?”Cempaka pandang Luqman akhirnya.
“Saya
dengar.”Luqman pandang sekilas sebelum berlallu ke dalam bilik dan keluar
semula bersama narita dan bantal.
Cempaka
bangun.Dia tahu maksud Luqman.Segera dia mengusung beg pakaiannya ke dalam
bilik Luqman.
Sebaik
sahaja melangkah masuk ke dalam bilik matanya dijamu dengan warna hijau muda.
‘Cantik.Sejuk
je mata memandang.’Cempaka duduk dibirai katil.Tiba-tiba matanya terpandang
sekeping gambar berbingkai diatas meja.Gambar Luqman segak berbaju melayu
disamping seorang wanita.Ya Cempaka belum begitu tua lagi untuk melupakan siapa
wanita itu.Wanita yang pernah dia lihat bersama Luqman di Taiping tempohari.
‘Sedihnya
bukannya gambar dia disamping Luqman tapi gambar wanita lain.Mana haknya
sebagai tunang Luqman?’
‘Pedulikanlah
Cempaka kalau benar kau memang tiada makna dalam hidupnya.’
Cempaka
baring.Tapi sudah hampir satu jam berlalu matanya tidak mahu lelap.Tekaknya
terasa haus sekali.Dia bangun.Perlahan-lahan dia membuka tombol pintu dan
keluar.Dari kesamaran lampu dapur Cempaka Nampak Luqman sedang lena di sofa.
Perlahan-lahan
Cempaka tuang air masak.
“Alhamdulillah.”Namun
sebaik sahaja dia berpusing dia Nampak Luqman sedang berdiri memeluk tubuh
betul-betul dibelakangnya.Dia kaku seketika.Kalau dia jalan juga pasti kena
rempuh Luqman.
“Sorry
saya dahaga.”Cempaka mengiringkan badannya melepasi Luqman.
“Mathew
bagi apa hari tu?”Langkah Cempaka terhenti.Dia berpaling pada Luqman.
“Bunga.”
“Bunga
Cempaka?”Cempaka angguk.
“Kenapa?”
“Mana
saya nak tahu.Dah orang nak bagi saya ambillah.”
“Mesti
ada sebab kan?”
“Entah
saya tak Tanya pula sebabnya.”
“Sukalah
tu….”Cempaka terasa dengan sindiran Luqman.
“Kalau
saya sukapun kenapa?Ada masalah dengan awak ke?”Luqman diam.Cempaka kembali
berjalan ke bilik.
‘Huh…soal
mengalahkan polis.Aku tak sibuk hal dia tak payahlah nak sibuk hal aku pula.”
Sekali
lagi Cempaka cuba melelapkan matanya namun gagal.Tapi apa yang cempaka tidak
tahu Luqman juga sedang terkebil-kebil memandang kipas kerana matanya juga
sukar dilelapkan.
Nasib
baik dia cuti.Kalau tak mana nak cari telekung sembahyang Subuh dekat rumah
Luqman ini.cempaka keluar.Terdengar deruman air dari bilik mandi berhampiran
dapur.
‘tengah
mandi rupanya.’Cempaka duduk disofa.Dari tadi dia sudah bersiap.Beg pakaiannya
diletakkan ditepi kaki.
Luqman
keluar dengan tuala separas pinggang dan t-shirt malam tadi.
“Nak
pergi mana?”
“Nak
balik.”Luqman pandang jam.
“Baru
6.30 pagi.”
“Habis
takkan nak tunggu sampai tengahari.Saya tak nak kahwin free kat sini.”Ternyata
Luqman cuba menyembunyikan senyumannya.
“Kalau
kahwin free pun kenapa?tak salahkan?Alang-alang kita pun memang dah dekat nak
kahwin.Jimat sikit belanja.”Cempaka angkat muka pandang Luqman tepat-tepat.
“Salah
tetap salah.Malah berdua macam ni pun dah salah.Sekalipun pada awak kahwin free
itu tak salah Luqman Harith tapi saya masih punya keluarga yang perlu saya jaga
maruah dan harga diri mereka.Terima kasih tumpangkan saya disini dan maaf
sekali lagi kerana menyusahkan awak untuk ambil saya semalam.”Cempaka
bangun.dijinjingnya beg pakaian ke muka pintu.
“Tunggu
Cempaka Elina.”Luqman berdiri membelakangkan Cempaka.Langkah Cempaka terkunci
disitu.
“Saya
akan hantarkan Cempaka.”Luqman masuk kebilik.Keluar semula beberapa ketika
kemudian dengan pakaian kemas.
“Jom.”Diangkatnya
beg Cempaka dan terus mendahului Cempaka menuju ke lif.
Cempaka
gagal menyembunyikan senyumannya.
Pagi
mula menampakkan serinya saat kereta Luqman keluar dari basement.
“Breakfast?”Cempaka
menimbang-nimbang seketika.
‘Apa
salahnya kalau dia temankan Luqman makan pagi.’
“Ok.”
Mereka
menikmati sarapan pagi di Mcdonalds.Cempaka ketawa tiba-tiba.
“Ketawa
kenapa?Ada yang kelakar.?”Cempaka geleng.
“Habis
tu?”
“Awak
memang suka makan Mcdonalds?Yelah pagi breakfast dengan Mcdonalds tengahari pun
makan Mcdonalds.”Luqman senyum.
“Nanti
kalau dah kahwin tak lah saya telan burger lagi kan?”Matanya dikenyitkan pada
Cempaka.
‘Duhai
jejaka jangan diuji perasaan aku andai hati kamu jadi milik sepasang jiwa yang
lain.’
Malam
itu Cempaka bekerja seperti biasa.Tapi apa sahaja yang dibuat serba tak
kena.Dia sendiri tidak tahu kenapa.
“Cempaka
ada patient dalam wad bersalin.Pintu rahim dia dah buka dalam 5 cm.Akak nak
Cempaka tunggu kat situ.”Cempaka angguk pada Norita.Dia bergegas ke dewan
bersalin.
Cempaka
lihat ada seorang wanita sedang menahan sakit diatas katil.
“Kak
macamana?contaraction semakin kerap ke?”Tangannya diletakkan di perut wanita
untuk merasai denyutan jantung bayi.
“Sakit
dik.Akak rasa macam nak teran.”Cempaka memeriksa pintu rahim.
“Baru
tujuh cm ni kak.Jangan teran lagi.Sabar.Selawat banyak-banyak.”Walaupun dia
belum merasa sakitnya melahirkan tetapi Cempaka simpati pada ibu-ibu yang
berjuang demi melahirkan seorang khalifah di bumi ini.Kerana itu Allah janjikan
shahid buat mereka.
‘Subhanallah.’Cempaka
selalu melafazkan syukur setiap kali seorang ibu selamat melahirkan seorang
bayi.Melihat kehadiran seorang penghuni didunia maya ini memberi kepuasan pada
Cempaka.
“Hai.”cempaka
senyum pada Mathew.Segak Mathew malam ini.
“Macamana?”
“7
Cm doktor.Contaraction semakin kerap.”Dua orang jururawat pelatih masuk.Senyum
pada Cempaka dan Mathew.
“Macamana
Cempaka?”Cempaka pandang Norita dan staff nurse Anna yang juga turut sama ada
disitu.
“Baru
7 cm kak.”Tugas Cempaka diambil alih oleh Norita.Cempaka ke meja hadapan bilik.
“You
look beautiful tonight Cempaka.”Suara Mathew perlahan tapi cukup untuk sampai
ke telinga Cempaka.
Kenapa
tiba-tiba itu yang Mathew ucapkan?
“Terima
kasih doktor.”Cempaka cuba menarik nafas panjang.Tak tahu kenapa kata-kata
Mathew mengundang debaran menggila.
“Kata-kata
saya buat you resah?”sejak bila Mathew sudah berada disebelah
“doktor
saya…”Ayat Cempaka terhenti bila Lukman dan Syamsul menghampiri.Mata Luqman
tajam memandang Cempaka.Pandangannya silih berganti pada Mathew.
‘Duhai
mata jangan kau sampaikan fitnah itu kepada hati.’Cempaka faham pandangan
Luqman.
‘Luqman
aku bukanlah seperti yang kamu fikirkan.’
“Em..mana
ada staff nurse Cempaka ada sahaja doktor Mathew ye.”Mathew tersenyum pada
Syamsul.
“Pandai
you cari peluang Math..”Cempaka cepat-cepat meminta diri dari situ.Berada
ditengah-tengah antara Mathew dan Luqman menyesakkan dadanya yang kian hilang
deruan nafasnya.
‘Duhai
hati berhentilah berlari.’
‘Duhai
jiwa pergilah resahmu.’
“Kenapa
Cempaka menjadi orang islam?”Cempaka terkedu dengan soalan yang tidak pernah
dia duga keluar dari mulut Mathew.Menerima pelawaan Mathew untuk makan malam bukan
satu keputusan yang mudah.Berkali-kali Cempaka berfikir dan akhirnya dia
mengalah pada permintaan Mathew.
“Kenapa
saya jadi orang islam?”Mathew angguk.
“Saya
menjadi muslim bukan kerana ibu bapa dan keturunan saya beragama islam.Tapi
saya menjadi islam kerana islam itu sendiri.”
“Meaning?”
“Islam
itu agama yang indah.Cukup segala-gala yang kita perlukan.Islam itu satu cara
hidup.”
“Bermakna
agama lain tak elok?”Cempaka diam.Dia bukanlah orang yang bagus untuk berdebat
tentang agama.Tapi tak salah berkongsi apa yang dia tahu.
“Islam
tidak pernah mengajar umatnya memandang rendah pada agama lain.Doktor sendiri
kenapa memilih kristian?”
“Sebab
ibu bapa saya kristian.Sebab saya percaya pada Jesus Christ.Dan kepercayaan
itulah yang dititipkan pada saya since I was young.”
“Sejauh
mana kepercayaan doktor pada Jesus?”
“Mungkin
sejauh kepercayaan Cempaka pada Nabi Muhammad.”
“Muhammad
adalah rasul yang Allah utuskan melalui perantaraan Jibril untuk menjadi
pemimpin kepada umat manusia.”
“Jadi
siapa yang Cempaka sembah?”
“Saya
sembah Tuhan saya.Allah swt.Bukan nabi Muhammad.He’s a messenger yang
menyampaikan wahyu dari Allah untuk sekelian manusia.”
“Cempaka
percaya pada Allah?”Cempaka angguk.
“Setiap
manusia yang beriman wajib percaya adanya Allah swt.sebab itu dalam islam ada
rukun iman dan rukun islam.Hidup berpandukan rukun-rukun inilah.”
“Rukun
iman?rukun islam?Whats that?”
“Rukun
atau peraturan yang wajib bagi umat islam.”Jawab Cempaka.
“I
percaya pada Jesus.Kerana itu yang my parents didik sejak I kecil lagi.Percaya
kepada trinity.Percaya bahawa Jesus adalah Tuhan selepas Tuhan bapa.”
“Setiap
orang ada kepercayaan masing-masing.Untuk bercakap soal agama dengan lebih
mendalam saya bukanlah orangnya.Ilmu yang ada pada saya hanya sezarah sahaja
doktor.”Mathew senyum.
“Cempaka
different dengan perempuan-perempuan yang saya pernah jumpa sebelum ini.
“Maksud
doktor?”
“Susah
nak cakap.Just I know what I said.”
“Saya
sama je doktor.Tak ada beza apapun.”
“Kalau
saya katakan I fall in love dengan Cempaka.Bagaimana?”Cempaka tersentak.soalan
yang tidak pernah diduga akan keluar dari mulut Mathew.
“Doktor
Mathew dengan saya jauhnya bagai langit dan bumi.”
Perlukah
dia berterus terang status dirinya yang sebenar?Mathew hanya pandang wajah
Cempaka tanpa memberi apa-apa jawapan.Dan pandangan itu membuatkan Cempaka
terus tunduk membisu seribu kata.
Pulang
dari makan bersama Mathew,rupanya ada tetamu yang sedang menunggu Cempaka di
asrama.
“Luqman?Buat
apa kat sini?”Luqman Nampak kah dia turun dari kereta Mathew sebentar tadi.
“Cempaka
Elina!”Namanya dipanggil tiba-tiba.Luqman berjalan menghampirinya.Luqman duduk
dikerusi batu berhadapan dengan asrama jururawat.
“Duduk
sini sekejap.”Cempaka akur.Duduk disebalah Luqman.Kedua-duanya hanya membisu.
“Keluar dengan Math?”Cempaka angguk.
“Keluar dengan Math?”Cempaka angguk.
“Its
dark here and I cant see your action.”Cempaka mengerti.
“Ha.Keluar
dengan doktor Mathew.Pergi makan malam.”
“Cempaka
Elina.Just 5 or 6 months only you’ll be my wife.And I become your
husband.”Cempaka tersentak.Kenapa tiba-tiba Luqman membicarakan soal
perkahwinan mereka.Sedangkan selama ini Cempaka tertunggu-tunggu untuk Luqman
cakapkan hal ini.Mungkin malam ini Luqman nak bagitahu yang mereka berdua
sebenarnya tidak sepadan dan dia bukanlah gadis yang Luqman cari.Atau Luqman
nak bagitahu yang hatinya sudah dimiliki?
“You
don’t want to say anything about that?”
“Nak
cakap apa?Macam awak cakaplah lagi lima enam bulan saya akan jadi isteri awak
kan?”
“Awak
dah bersedia?”Cempaka melepaskan satu keluhan.
“kenapa
awak mengeluh Cempaka?Atau hati awak bukan pada saya?”
“Apa
maksud awak Luqman?”
“Well…mana
saya tahu kalau-kalau Mathew berada diantara saya dan awak?”Cempaka memusingkan
wajahnya mengadap Luqman.
“Apa
maksud awak Mathew ada antara saya dan awak?Kenapa awak tak cakap je ada gadis
lain dalam hati awak?Kenapa nak libatkan Mathew?”Kedengaran ketawa kecil dari
Luqman.
“Ini
bukan perkara yang awak boleh ketawakan.Ini bukan joke Luqman.Ini soal hidup
awak.Soal masa depan saya.”
“Apa
perasaan awak pada saya Cempaka Elina?”
“Entah
saya tak tahu dan tak ada jawapan.”Luqman bergerak sedikit.Tubuhnya dipusingkan
mengadap Cempaka.
“Kenapa
awak tak tahu sedangkan saya tunang awak.Bakal suami awak Cempaka?Kalau awak
tak tahu bagaimana perasaan awak sekarang macamana awak nak kahwin dengan saya?”
“Habis
tu macamana pula perasaan awak pada saya doktor Luqman Harith?”Luqman pandang
Cempaka dalam kesamaran malam.
“Sebagaimana
yang awak mahu.”Senangnya jawapan Luqman.Cempaka ketawa sinis.
“Jadi
kalau saya mahu awak sayangkan saya..then awak akan sayang kan saya.Dan kalau
saya mahu awak membenci saya awak akan benci saya.Begitu?”Luqman ketawa
kecil.Sekali lagi.
“Habis
awak nak yang macamana?”
“Baiklah
Luqman.suka hati awaklah nak berperasaan macamana pun pada saya.”Cempaka
bangun.Niatnya mahu kembali ke bilik.Tapi secepat itu juga tangannya dipegang
Luqman.
Jantung
Cempaka kembali berdegup kencang.Berlari seperti berkilometer jauhnya.
Dia
pandang Luqman.Segera Luqman melepaskan pegangannya.
“Sorry.Tapi
perbincangan kita belum selesai.”
“Apa
lagi yang nak dibincangkan.”Cempaka kembali duduk.
“Semuanya
dah jelas.Perasaan saya..perasaan awak.Tak ada apa yang kita nak bincangkan
lagi.”
Tekan Cempaka.
Tekan Cempaka.
“Cempaka
sayang kan saya.?Semakin laju degupan jantung Cempaka bila Luqman mengajukan
soalan sebegitu.
‘Aduh
romantisnya kalaulah dia juga punya perasaan pada aku?’
“Biarlah
masa saja yang tentukan.Dah malam Luqman.Pak Guard tu pun syik tengok je dari
tadi.Saya masuk dulu.Untuk pertanyaan-pertanyaan awak tadi saya memang tak ada
jawapannya sekarang.”
Cempaka
terus melangkah masuk meninggalkan Luqman yang masih ditemani bulan bintang dan
kegepalan malam.
“Huh..muka
cantik tapi perangai….”Langkah Cempaka terhenti.Dia pandang Marlia yang duduk
bersama Norita.Kedua-duanya sedang memandang ke arah Cempaka.
“Apa
maksud kak Marlia?”
“Jangan
nak buat-buat tak tahu.”
“Marlia.”Kak
Norita memberi teguran.
“Biar
kak.Biar dia tahu sikit.Baru kerja kat sini tapi gatalnya bukan main.”
“Kak
Marlia cakap apa ni?”Cempaka hampir hilang sabar.
“Jangan
ingat orang tak tahu.Keluar dengan doktor Mathew kemudian dating pula dengan
doktor Luqman.Dah macam perempuan…”
“Perempuan
apa kak?Perempuan tepi jalan?Itu yang kak Marlia nak cakap?”
“Huh..faham-faham
sendirilah.”
“Sabar
Cempaka…Betul ke apa orang cerita Cempaka pikat dua-dua doktor tu?”Norita
berdiplomasi.
‘Orang
cerita atau marlia saja yang bercerita?’
“Kak
kalau saya pikat diorang,diorang nak ke dengan saya?Saya ni staff nurse je
kak.Diorang tu doktor.Lebih baik diorang pikat staff nurse yang lebih cantik
dari saya macam kak Marlia ni.”Mahu sahaja dia bagitahu siapa dia dengan
Luqman.tapi tak terluah.
“Habis
tu yang kau keluar dengan doktor Mathew tu?”
“Doktor
Mathew ajak saya keluar.Dah berkali-kali.Tak salah rasanya sebagai rakan
sekerja saya dengan doktor Mathew hanya keluar makan.Itupun sekali sahaja.”
“Doktor
Luqman?kau ingat aku tak Nampak kau berdua dengan doktor Luqman semalam?”
“Kak
Marlia antara saya dengan doktor Luqman itu urusan peribadi saya.Selagi saya
tak masukkan dalam urusan kerja saya saya rasa tak ada masalahkan?”
“Tak
ada masalah?Masalahnya orang macam kau nil ah yang merosakkan nama baik kami
semua.”
“Marlia…”
“Apa
yang saya buat?Oklah kalau kak marlia cemburukan saya apa kata kalau kak marlia
sahaja yang pikat kedua doktor tu.”
“Kau
cabar aku?”
“Bukan
cabar kak.Tapi saya dah tak kuasa bila kak marlia asyik tuduh saya yang
bukan-bukan.”
“Hei…aku
bukan macam kau tahu.Ambil kesempatan.Pikat doktor-doktor kat sini.Nak kerja tu
buatlah cara nak kerja.Tapi kalau nak menggatal sini bukan tempatnya.”
‘Astaghfirullahalazim..”Cempaka
cuba menahan sabar.Marlia terus ke wad sebelah.
“Apa
salah saya kak?”Norita simpati.
“Sudahlah
Cempaka.Biarlah Marlia tu memang macam tu.”
“Bukan
saya yang call doktor Mathew ajak keluar.Saya tak pernah pun bagi nombor
telefon saya kat dia.Dia yang beria-ia ajak saya keluar.Pasal doktor
Luqman,sayapun tak tahu dia datang asrama nak jumpa saya kak.”Setitis airmata
Cempaka mengalir.
“Sudahlah.Biarlah
apa orang nak kata.Yang penting Cempaka tahu apa Cempaka buat.”
“Saya
tak nak orang pandang saya murah sangat kak.Saya baru kerja kat sini.Perjalanan
saya baru saja lagi.Sampai hati diorang kak.”
“Marlia
seorang je.Yang lain tu tak ada pun.”Norita menggosok-gosok belakang Cempaka
memujuk.Cempaka tunduk.Mengesat airmata yang mudah benar tumpahnya.
“Ada
filem sedih ke kat sini?”Tiba-tiba suara dihadapan kaunter membuatkan Cempaka
dan Norita mendongak.Luqman sedang berdiri dengan rekod pesakit
ditangan.Cempaka cepat-cepat kesat airmatanya.
“Tak
ada apa-apa doktor.Hal orang perempuan je.”
“Em..kak
Norita,ni ada kes baru.Tempatkan patient kat katil dulu.Nanti saya
tengok.”Norita ambil rekod dari tangan Luqman.Seorang wanita berdiri disebelah
Luqman dibawanya ke wad.
Cempaka
jadi tak tentu arah bila Luqman mengambil tempat Norita disebelahnya.
“You
look sad.Anything nak cerita dengan saya?”Luqman terus memeriksa rekod pesakit.
“Tak
ada apa-apa.Saya ok je.”
Kerja
Luqman terhenti.Dia pandang Cempaka Elina.Berpeluk tubuh.
“Kenapa
susah sangat ke nak bagitahu saya apa yang ada dalam hati awak cik Cempaka
Elina?”
“Saya
ok kalau itu yang doktor nak tahu.”
“Doktor?Mana
pergi Luqman yang Cempaka panggil saya
semalam?”
“Kat
sini hospital doktor.You’re doktor.So memang saya kena panggil doktor kan?”
‘Nak
panggil Luqman?Cempaka sudah malas nak kena fitnah lagi walaupun mereka tak
tahu apa sebenarnya.’
“Bukan
tunang Cempaka?”
“Doktor
nak saya buat apa?Panggil doktor Luqman je?Dan undang lagi fitnah pada saya?”
“Fitnah?Maksud
Cempaka?Oh..sebab tu Cempaka menangis?Then kenapa tak bagitahu je semua orang
Cempaka tunang saya?habis cerita.”Cempaka diam.
‘Senangnya
lelaki ini bercakap.Kalau dia bagitahu Luqman tunangnya tiba-tiba Luqman kata
bukan.Macamana?Ini soal maruah dia.’
“Kenapa
doktor je yang tak bagitahu?”Sengaja Cempaka menduga.Luqman pandang Cempaka dalam-dalam.Tapi
pandangan tajam Luqman menusuk terus ke jiwa Cempaka.Terasa mahu rebah disaat
itu juga.
“Rasanya
mulai detik ini saya perlu lebih mengenali siapa Cempaka elina.”Cempaka pandang
Luqman.entah kenapa airmatanya mengalir tiba-tiba.
“Kenapa
menangis?”Cempaka geleng.Ditundukkan wajahnya memandang lantai.
“Ehem..”Luqman
kembali ke kedudukan asalnya bila Marlia sudah terpacak didepan kaunter.Cempaka
cepat-cepat bangun terus menuju ke wad dua.
“Doktor
dah makan?”Luqman hanya mengangguk pada Marlia.Seketika kemudian Syamsul datang
menyertai mereka.
Dan
tanpa sesiapa menyedari Luqman dan Cempaka berbalas pandangan melaui cermin.
Zubaidah
perasan bila dilihatnya Luqman seakan-akan tercari-cari seseorang.Dia tahu
Luqman cari Cempaka.
“Kak
Zubaidah Staff nurse Cempaka tak datang ke?”Zubaidah dan Luqman sama-sama
memandang ke arah Mathew.Ada riak tidak senang di wajah Luqman dengan
pertanyaan Mathew.
“Staff
nurse Cempaka EL.Dia balik penang.”
“Kenapa?”Serentak
pertanyaan itu datang dari kedua-dua doktor dihadapan Zubaidah.Zubaidah sedikit
terkejut.
“Bapa
dia accident.Sister Ani cakap kat ICU sekarang.”
“Oh
my God.Man boleh you replaced I on call tak hari ini?”
“You
kenapa?”
“I
nak pergi Penang.”
“You
nak tengok Cempaka or her father?”
“Both.Boleh
tak?”
“Sorry
Math.I betul-betul ada hal.”Luqman cuba berlagak selamba walaupun hatinya
menyumpah Mathew.
“Tak
pelah.”
“Sorry
math.”Luqman terus keluar.
“Abah macamana mak?”Cempaka tiba
bersama Haikal tengahari itu di wad ICU Hospital besar Pulau Pinang.Wajah sugul
Salmah menyambut kedatangan mereka.Turut ada disitu seorang bapa saudara
Cempaka dan adik bongsu Cempaka yang baru lepas SPM.
“Doktor
kata abah tak sedar lagi.Cuma keadaan abah dah stabil sikit.”
“Macamana
boleh kena mak?”Giliran Haikal bertanya.
“Tak
tau lah.Tapi memang pagi tadi dia mengadu sakit kepala.Semalam pi check darah
tinggi dia naik.Mak dah cakap tak payah pergi Kebun sayur.Abah degil.Nak pi
juga.Tengok-tengok terbabas masuk parit besar kat kebun sayur Rahman.”
“Sabarlah
mak.Kita doa abah tak apa-apa.”Cempaka cuba menenangkan salmah.Mereka
bergilir-gilir masuk ke dalam wad melihat keadaan Abdul Rahman.Cempaka menarik
nafas lega bila doktor mengkhabarkan sudah ada perkembangan positif.
Hampir
terlepas cawan kertas di tangan Cempaka bila dia kembali dihadapan wad ICU
selepas membeli kopi.Luqman sedang berbual dengan Haikal.
‘Aku
tak salah tengok ke ni?’
“Ha
Kak Yang.Luqman sampai dah ni.”Cempaka pandang Luqman tanpa suara.Diserahkan
cawan berisi kopi kepada ibunya.
Luqman
seakan tidak memeprdulikan Cempaka.Terus berbual dengan Haikal.
‘Siapa
yang cakap aku kat sini?’Cempaka duduk disebelah Salmah.
“Mak
nak balik dulu tak?Kalau nak balik along hantar.Kak yang boleh tunggu abah
sat?Sat gi abang mai kita tukar pula?”Cempaka angguk.
“Mak
baliklah.Kak Yang tunggu abah.”
“Tak
pe ke?”Cempaka angguk.Meyakinkan Salmah untuk balik berehat.
“Luqman
nak pi rumah mak cik?”Luqman tersenyum menghampiri Salmah.
“Tak
pe mak cik.Lagipun sekejap lagi saya nak jumpa dengan doktor ICu ni.Tanya
macamana keadaan pak cik.”Salmah angguk.Senang dengan keprihatinan bakal
menantu.
“Kak
Yang nak apa-apa tak?Sat gi along bawa.”
“Tak
ada apa kot.Along balik lah rehat dulu.Kak yang tak pe kat sini.”Haikal angguk
membawa Salmah dan yang lain pulang dahulu pulang ke Teluk kumbar.
Hilangnya
kelibat mereka,Luqman duduk diatas kerusi disebelah Cempaka.Menyandar di
kerusi.Cempaka bangun tiba-tiba.Ke ruang bawah sebelum kembali dengan secawan
kopi.Dihulurkan pada Luqman.Luqman memandangnya seketika sebelum mengambilnya
dari tangan Cempaka.
“Macamana
boleh datang sini?”
“Kenapa?Tengah
tunggu kedatangan orang lain ke?”
‘Baik
tak payah Tanya.Menyakitkan hati je.Cempaka terus diam.’
“Saya
solat jap.”Telefon bimbit dan kunci kereta diletakkan disebelah kerusi
Cempaka.Cempaka faham kalau dia kena jaga barang Luqman.
Lima
minit berlalu selepas Luqman pergi telefon bimbit Luqman berbunyi.Cempaka
tengok.
Mesej
diterima from Dyja.
Tertanya-tanya
siapa Dyja tanpa sedar Cempaka tertekan butang read.
Abang
dah sampai penang ke?nanti nak jumpa call dyja dulu ye.
‘Dyja?Siapa
Dyja?Gadis hari itu kah?’Perasaan Cempaka mula bercelaru.
Telefon
bimbit Luqman diletakkan semula di kerusi sebelah.Luqman selesai solat.Kembali
duduk disebalah Cempaka.
“Balik
Ipoh hari ni ke?”Cempaka memecahkan kesunyian diantara mereka berdua.
“Kenapa
tak suka saya kat sini?”Cempaka geleng.Tak tahu kenapa hatinya sedikit berbunga
bila Luqman di sini.
“Ada
Mathew call?”Cempaka angguk.
Memang
sewaktu perjalanan kemari tadi Mathew menelefonnya sekadar meluah rasa simpati
diatas apa yang terjadi pada Abdul Rahman.
“Saya
tengok abah sekejap.”Cempaka bengun.Namun entah macamana kasutnya
tergelincir.Cempaka hampir jatuh sebelum tangannya dipegang Luqman.
“Hati-hati.”Wajahnya
hampir sekali dengan Luqman Harith.Hatinya berirama kencang.
“Thanks…”Hampir
tak terucap perkataan dari mulut Cempaka.Perlahan-lahan tangan Cempaka
dilepaskan.Cempaka cepat-cepat masuk ke dalam bilik ICU.Dan Luqman sedang
tersenyum di kerusi.
“Lepas
saya hantar Cempaka balik saya nak pergi jumpa seseorang sekejap.”Cempaka
diam.Dia tahu Luqman akan pergi bertemu Dyja.
‘Duhai
lelaki berterus teranglah perasaan mu.Siapa dia dihatimu habib?’
‘Habib?Sudah
bertunas sayangkah lelaki itu dalam hatimu Cempaka Elina?’
“Kalau
Luqman susah saya boleh naik bas.Lagipun bukannya jauh sangat pun.”Luqman
mengerling jam ditangan.
“Tak
pe ke naik bas?”Cempaka angguk.Hatinya menangis sendiri.Dia bukanlah sesiapa
pada Luqman.Jauh sekali menjadi Rabiatul Adawiyahnya.Tapi Cempaka lelaki itu
juga bukannya Luqman al hakim.
“Tak
pe.”Cempaka cuba tersenyum walaupun sedikit payah.
“Maaf
tapi saya dah janji dengan kawan.”Cempaka angguk.
“Pergilah
nanti awak lambat pula.”Luqman pandang wajah Cempaka.
“Maaf.”
“Tak
pe.Sekejap lagi saya balik.Lagipun saya nak beli barang sikit.”
“Nanti
saya call.”
‘Ada
nombor telefon Cempaka ke?’Tapi soalan itu hanya bergema dalam hati Cempaka
bila Luqman terburu-buru keluar.
‘Penting
sangatkah wanita itu dari tunanganmu?’Cempaka pandang ke bawah.Di celah-celah
kereta yang berselerak di tengah jalan raya dia seakan Nampak bayangan luqman
Harith.
“Kak
Yang nak balik dengan apa ni?”Haikal datang petang itu menggantikan Cempaka di
ICU.tadi doktor bagitahu tekanan darah Abdul Rahman semakin stabil.Cempaka ucap
syukur dalam hati.
“Tak
pe kak yang naik bas along.Lagipun sekejap lagi kak yang nak pi Bukit Jambul
sekejap.Nak beli barang sikit.”Cempaka teringat set hantaran yang dibuat
sendiri masih banyak belum siap bekasnya.Dia ingat nak ke Bukit Jambul untuk
mencari manik dan renda sedikit lagi.
“Ok
hati-hati.”Cempaka senyum.Dari dulu haikal memang ambil berat tentang mereka
adik beradik.Malah Haikal banyak menyara dia sewaktu dalam kursus dulu.
Cempaka
ambil bas ke Bukit Jambul dari depan Hospital besar.Petang-petang macam ini
orang ramai sekali baru pulang kerja.Terpaksa berhimpit sedikit dalam bas yang
sesak.
Sampai
sahaja di Bukit jambul Cempaka terus ke kedai perkahwinan U & Me.Usai
membeli barang-barang dia nak,dia ke tingkat lima.Hajatnya ingin membeli
koleksi terbaru VCD jet Li kegemaran adiknya.
Cempaka
meniti kios-kios kecil di tingkat lima sebelum menuju kea rah lif.Didinding
tertampal filem-filem terbaru yang sedang ditayangkan di pawagam.
‘Panggung
wayang?Em..cempaka tak pernah masukpun.’Dia melihat ramai pasangan kekasih sedang
beratur membeli tiket.Cempaka kalau nak tengok selalunya beli VCD saja
lah.balik tengok kat rumah.
Dalam
dia ralit memerhatikan dia Nampak sepasang teruna dan dara sedang turun tangga
panggung wayang.Mungkin baru lepas menonton.Pandangannya berkalih sekali lagi bila
teruna itu adalah Luqman Harith dan wanita itu gadis tempohari.
Tiba-tiba
hatinya merintih sayu.Berat jemarinya mahu menekan butang lif.Dan tiba-tiba
juga Luqman memandang ke arah Cempaka.Cempaka cepat-cepat tekan butang.Dia
Nampak Luqman menghala ke arahnya.Cepat-cepat dia masuk dan tekan butang
G.Tidak pandang langsung pada Luqman lagi.Sejurus tiba dibawah Cempaka tidak
menoleh lagi.Terus ke hentian teksi.Biarlah dia bayar mahal sikit asalkan dia
dapat lari secepat dan sejauhnya dari Luqman.Telefon bimbit Cempaka
berdering.Langsung tidak dihiraukan.Apa yang dia tahu dia mahu cepat-cepat
sampai ke rumah.
“Kenapa
Dyja tengok mood abang macam bertukar je?Macam tak happy?”Dyja mengacau minuman
didalam gelas.
“Tak
ada apa-apa.Dyja nak balik pukul berapa ni?”Entah kenapa pertembungan dengan
cempaka Bukit Jambul tadi membuatkan Luqman jadi tidak tentu arah.Dia telefon
Cempaka tapi tidak berjawab.
“Pukul
berapa abang nak hantar Dyja?”
“Lepas
ni boleh?Abang ada hal nak pergi hospital.”Dyja mengangguk walaupun dia masih
mahu berlama-lama lagi dengan Luqman.Tapi sekurang-kurangnya tadi dia sudah
menghabiskan masa dua jam di dalam panggung wayang dengan Luqman.
“Abang
nak baik Ipoh bila?”
“Malam
ini kot.Ayah dengan adik-adik macamana?”
“Diorang
sihat.Baru ni Dyja ada masukkan sikit duit untuk diorang.”
“Baguslah
sekurang-kurangnya ringan sikit beban ayah Dyja.”Dyja senyum.Suka sangat dia
bila dapat tatap wajah Luqman Harith.Daripada benci pada Luqman dulu kini
hatinya bertukar menjadi sayang.Kebaikan Luqman menjerat dirinya untuk jatuh
cinta pada lelaki itu.
“Tadi
along call.Alhamdulillah abah dah makin stabil.Doktor pun hairan sebab masa
masuk wad ICU tu abah memang dah teruk.”
“Alhamdulillah
mak,kuasa Allah.”Cempaka senang mendengar perkhabaran tersebut.Tiada yang lebih
mengembirakan dirinya selain dari kesihatan Abdul rahman.
“Along
cakap Luqman pun ada kat sana.Baik betul dia kak yang.Tinggal kerja semata-mata
nak tengok abah kat sini.”cempaka diam.
‘Mak
Luqman datang sini bukan nak tengok abah sangat.Tapi nak jumpa buah hati
dia.Kasihan kalau mak tahu hal yang sebenar.Dan kasihan juga anak mak ini sebab
dimadukan walau belum bergelar isteri.
Cempaka
cepat-cepat siapkan makan malam.Keletihan mula menjalar disegenap saraf.kata
Haikal malam ini dia akan jaga Abdul Rahman.Lagipun kata Haikal Abdul Rahman
sudah sedar maghrib tadi.
“Mak
makan lah dengan adik.Kak yang penatlah.Nak rehat jap.”Salmah angguk membiarkan
Cempaka naik ke bilik.
“Hello
Cempaka…how are you?”Cempaka tersenyum dengan pertanyaan Mathew dihujung
talian.
“Alhamdulillah
ok doktor.”
“I’m
really worried about you Cempaka.How’s your father?”
“getting
better doktor.maghrib tadi my brother cakap abah dah sedar.Syukur.”
“Thanks
God.I miss you this day Cempaka.Rasa sunyi ward you tak ada.”Cempaka ketawa
kecil.
“Orang
lainkan ramai lagi doktor.”
“Tapi
tak sama dengan you.”
“Ada-ada
je lah doktor ni.”Cempaka cuba menutup kegusaran hatinya dengan kata-kata
Mathew.
“Oklah
I tak nak ganggu you.Anyway kalau you rasa nak bercakap dengan seseorang I
always be here.Just call me ok.”Cempaka senyum.kalaulah kata-kata itu dari
Luqman alangkah bahagianya.
“Thanks
doktor Mathew.”
“No
worries….Bye.”
“Bye.”Cempaka
tarik nafas.Kenapalah saat-saat begini Mathew yang ambil berat tentang dirinya
bukan Luqman.Kenapa Mathew yang bertanya khabar bukan Luqman.
‘Duhai
lelaki sukarnya menduga hati mu?’
Cempaka
tersedar bila kedengaran ketukan dipintu bilik.Dia menguap seketika sebelum
membuka pintu bilik.
“Ada
apa mak?”
“Dah
tidur dah kak Yang?”
“Letih
sangatlah mak.Ada apa mak?”
“Kak
yang ada tetamu tu.Pergi siapkan bilik khairul.”
“Nak
siapkan bilik khairul nak buat apa mak?”
“Jangan
banyak cakap.Pergi cepat.”Cempaka akur.Dia masuk bilik khairul
disebelah.Khairul masih diasrama.Sengaja mereka tidak memberitahu tentang Abdul
rahman.Tahun ini Khairul akan menghadapi PMR.Mereka tidak mahu tumpuannya pada
pelajaran terganggu.
Selesai
mengemas ala kadar,Cempaka ke ruang tamu.Salmah sedang berbual dengan
seseorang.
“Kak
yang dah siapkan bilik Khairul mak.”Dua pasang tiba-tiba memandang Cempaka dari
ruang tamu.Alangkah terkejutnya Cempaka bila Luqman sedang memegang secawan
kopi dan sedang memandang ke arahnya.Luqman juga tidak berkedip memandang
Cempaka.Rambutnya dilepas separas bahu.Bert-shirt dan berkain batik.
“Ha
Man..pergila berehat dulu.Kak yang tunjukkan Luqman bilik Khairul.Lepas tu kak
Yang bagi t-shirt kak yang yang besar sikit kat Luqman.Luqman tak bawa
baju.”Cempaka masih kaku.Sedangkan luqman sudah berdiri tegak.
“Yang
tercegat lagi kat situ kenapa?”Cempaka seakan baru tersedar dari mimpi bila
Luqman sudah melangkah ke arahnya.
“Er..jom
saya tunjukkan bilik.”Cempaka mendahului Luqman ke atas.Dibukanya pintu bilik
Khairul.
“Masuklah
nanti saya ambilkan baju dan kain.”Luqman hanya mengangguk.Dari tadi pandangannya
hanya jatuh pada seraut wajah ayu Cempaka Elina.
“Kenapa
tengok macam tu?”Luqman tersenyum sedikit.Tidak sangka Cempaka perasan dia syik
memerhatikan Cempaka.
‘Kenapa
tak tidur je kat rumah girlfriend
dia?Apahal pula tiba-tiba datang sini?Rupanya hati masih sakit dengan peristiwa
di Bukit Jambul tadi.
Cempaka
kembali ke bilik Khairul dengan sehelai t-shirtnya dan kain pelikat abah.
“Tak
tahu muat ke tak.”Diserahkan t-shirt biru kepada Luqman.
“T-shirt
Cempaka?”Cempaka angguk.Luqman senyum.Mulanya tadi dia mahu ambil t-shirt
Haikal.Tapi bilik Haikal berkunci.
“Kenapa
tak balik Ipoh?”
“Kenapa
Cempaka tak suka saya datang sini.?Cempaka geleng.Luqman duduk di birai katil
dengan t-shirt biru Cempaka di tangan.Cempaka bersandar dikisi pintu.
“Panjang
rambut?”Cempaka tunduk.
“Cantik.Saya
suka.”
“Saya
keluar dulu.”
Lagi
lama dia disini harus dia menangis tersedu-sedu dengan pujian Luqman.
Luqman
berbaring di katil bujang khairul dengan t-shirt biru Cempaka di
badannya.Lengannya diletakkan dibawah bantal.Masih terbayang wajah ayu
Cempaka.Sejak tadi dia menunggu senyuman Cempaka.Tapi dia tahu Cempaka mungkin
marahkannya dengan insiden ptang tadi.memang niat dia kemari untuk menziarah
Abdul Rahman.Dan kebetulan disini dia terus melawat Dyja.Tidak sangka pula Dyja
mengajaknya menonton wayang.
Ingatan
Luqman terbayang peristiwa tiga tahun lepas.Ibu Dyja dimasukkan ke wad dibawah
pemerhatiannya kerana kanser pangkal rahim.Sejak itu dia mengenali keluarga
gadis itu.namun takdir Tuhan ibunya meninggal dunia.Dyja tidak menerima hakikat
dan menyalahkan Luqman keseluruhannya.Luqman masih ingat bagaimana Dyja
hysteria teruk waktu itu.Dia tiba-tiba jadi simpati.Sejak hari itu dia kerap
berulang ke rumah Dyja.Tapi gadis itu seakan membenci dirinya.Sehinggalah akhirnya
Dyja mengalah dan menerima hakikat bahawa ibunya meninggal kerana itu janji
Allah swt.Dalam pada yang sama Luqman simpati pada keluarga Dyja.Membantu
apa-apa yang patut sehingga dia dianggap sebahagian dari keluarga itu.
Ingatan
kepada Siti Khadija terpadadam bila bayangan Cempaka di bilik sebelah menerpa
mindanya saat ini.Luqman harus akui dia memang marah bila Mathew mahu kemari
tadi.Dia pun tak tahu kenapa perlu minta bantuan dari doktor Megat untuk
menggantikannya hari ini.Dengan sehelai sepinggang dia ke mari.Tadi dia lihat
Cempaka dengan rambut saparas pinggang.Hatinya bergetar kencang.Bagai ada
magnet untuk matanya terus melekat pada seraut wajah itu.
‘Math….silap
orang kau pikat tunang aku.’
Luqman
bangun pagi itu agak lewat.
“Mari
minum Man.”Dia tersenyum pada Salmah yang sibuk menuang air kopi dalam cawan.Matanya
meliar memerhati sekeliling.
“Cempaka
tak ada Man.Biasanya waktu macam ini dia kat Jeti.”
“Kat
mana?Buat apa mak cik?”Disuapnya goreng pisang yang masih berasap ke dalam
mulut.
“Beli
ikan dari nelayan yang baru sampai.Murah pun murah.Segar lagi.Kalau Man nak
pergi nanti mak cik suruh Saiful bawa.”Saiful yang sedang menunggu keputusan
SPM mengangguk pada Luqman.
Luqman
dan Saiful berjalan kaki ke Jeti Teluk Tempoyak yang hanya beberapa meter dari
rumah.
“Saiful
apply U mana?”
“Semua
U abang.Tak tahu mana yang sangkut.”
“Tak
pe dah pandai tu nanti adalah peluang yang datang.Ingat nak ambil kursus apa?”
“Masa
kat sekolah Teknik dulu saya ambil electrical.Ingat nak ambil engineering electrical
lah.”
“Insya
Allah boleh tu.”
“Tu
lah kak Yang suruh saya ambil engineering.”
“Kak
Yang Saiful tu memang minat nak jadi nurse ke?”
“Tak
juga.Result kak Yang bagus dalam STPM.Boleh nak masuk U.Tapi Kak Yang cakap
kalau masuk U pun belum tentu ada kerja.Sebab tu dia terima kursus jururawat
tu.Dia cakap ayah dah tua.Kasihan ayah nak tanggung dia lagi,saya dan khairul
belajar.Tapi kak yang tu baik tau abang.Cuma sejak dua tahun ini hubungan dia
dengan abah dah renggang sikit.”
“Kenapa?”
“Em..tak
berani lah nak cerita nanti abang tanyalah sendiri pada kak yang.”Luqman
angguk.Dari jauh mereka Nampak laut.
“Ha
tu Kak Yang.Abang pi lah dulu.Saya nak pi sembang dengan kawan-kawan sat kat
gerai tu.Kak Yang tu kalau lepas beli ikan bukan nak balik rumah terus.Mesti
duduk tepi pantai tu dulu.”Luqman senyum.Mengizinkan Saiful untuk
meninggalkannya sendiri.
Cempaka
leka memerhatikan pantai tanpa menyedari kehadiran Luqman dari aah
belakang.Plastik berisi ikan pari dan Jenahak diletakkan ditepi.
“Assalamualaikum…”Cempaka
memusingkan kepalanya kea rah suara member salam.
“Waalaikumusalam.Luqman
buat apa kat sini?”Luqman terus duduk disebelah Cempaka.Diatas wakaf lama
berhampiran jeti.
“Tak
ada apa.Cempaka?”
“Saya
beli ikan.Lepas tu duduk sini sekejap.”
“Canti
kat sini kan?”Cempaka angguk.
“Sini
tempat saya.Laut ini adalah sebahagian dari kehidupan kami.Saya dah lali dengan
laut.Ombak.Bila saya tension kat sini lah saya datang.”Cempaka membetlkan
tudungnya yang sesekali disapa angin.
“habis
tu sekarang Cempaka tengah tension lah?”
“Tak
adalah.Saya runsing ingatkan abah.Alhamdulillah kata along tadi mungkin abah
akan dipindahkan ke wad biasa hari ini.Cuti saya pun tinggal esok je lagi.”
“Kenapa
tak sambung cuti?”Cempaka geleng.
“Tengoklah
dulu macamana keadaan abah.”Cempaka kerling ke arah Luqman.T-shirt biru
miliknya masih tersarung di tubuh Luqman.
“Ada
apa-apa yang Cempaka nak cakap dengan saya?”
“Luqman…”
“Yup?”
“Kita..kita
batalkan pertunangan ini?”Cempaka tidak tahu kenapa itu yang harus
diucapkannya.
“Kenapa?Mathew?”Cempaka
geleng.
‘Janganlah
berselindung lagi wahai Arjuna.Berterus tetanglah dari perasaan kita disakiti
satu saat nanti.’
“Bukan
sebab Mathew.Lagipun saya dengan Mathew tak ada apa-apa hubungan selain rakan
sekerja.’
“Then
sebab apa?”Wajahnya direnung sedalamnya oleh Luqman.Cempaka resah sendiri.
“Entah.Saya
pun tak tahu.”
“Urusan
jodoh kan kat tangan Tuhan.Kalau dia mahu kita kahwin one day kita akan
kahwin.Tapi kalau DIA takdirkan tiada jodoh antara kita pasti kita tak akan
bersama.So we just wait and see.”
‘Senangnya
dia bercakap.Nanti lepas kahwin aku juga yang nak tanggung seorang diri.’Omel
Cempaka sendirian.
“Kak
Yang tak nak balik lagi ke?”Tiba-tiba muncul Saiful mematahkan perbualan
keduanya.Luqman pandang Cempaka.
“Jom.”Dijinjitnya
beg plastik mengandungi ikan yang dibeli Cempaka seketika tadi.Cempaka seakan
terpaku bila Luqman sudah bersaing dengan Saiful untuk pulang ke rumah.Akhirnya
dia mengekori langkah mereka pulang.
Selepas
makan tengahari Salmah ke hospital bersama Cempaka dan Luqman.Salmah akan
gantikan Haikal untuk pulang berehat.Cempaka tahu Luqman sesekali mencuri
pandang kearahnya melalui cermin sisi.Dan Cempaka akan terus membuang pandang
kea rah luar.
“Abah
macamana?”Abdul Rahman sudah boleh tersenyum pada Cempaka dan semua orang
walaupun dia belum kuat sangat.Dia dimasukkan ke ICU bukan kerana
kemalangan.Kemalangan hanya luka kecil.Tapi darah tingginya naik mendadak.Kata
doktor dia hampir-hampir dapat stroke.
Alhamdulillah
Cuma satu malam di ICU dan dia dipindahkan ke wad biasa.Tapi tangan kanan dan
kaki kanannya masih belum dapat digerakkan sangat.
“Alhamdulillah.Dah
rasa lega sikit.Bila kak Yang balik?”Cempaka hampir menangis.Sejak dua tahun
lalu jarang sangat Cempaka dengar Abdul Rahman bercakap lembut dengan dia.
Ya
sejak pertunangan tak jadinya dengan Fikri dulu.Ah kenapa setiapkali nama Fikri
bermain difikiran hatinya sakit sekali.
“Kak
Yang sampai semalam bah.”Abdul Rahman cuba tersenyum pada Luqman disebelah
Cempaka.
“Luqman?”
“Pak
cik jangan banyak bergerak.Pak cik kena banyak berehat.Saya dah cakap dengan
doktor Wong keadaan pak cik dah semakin stabil.Pak cik jangan banyak
fikir.”Cempaka rasa lega bila Luqman cakap macam tu.
Dan
dia gembira dengan layanan Luqman pada keluarganya.Tapi layanan Luqman pada
Cempaka?
“Kak
Yang nak balik hari ni ke esok?”Cempaka diam sejenak.
“Along?”
“Along
sambung cuti lagi.Tapi kalau kak yang nak balik nanti along hantar lepas tu
along balik sini balik.”
“Em..saya
rasa tak payahlah macam tu.Nanti susah pula Haikal nak berulang alik.Bukan
dekat tu Ipoh dengan Penang.Cempaka balik dengan saya sajalah.”
“Tak
pe ke?Nanti menyusahkan Luqman pula.”
“Tak
ada susahnya mak cik.Satu arah.Tempat yang sama pun.”Cempaka diam.hilang suara
untuk menjawab.
“Macamana
kak yang?”
“Er..kak
yang naik bas pun tak pe.”Cempaka perasan renungan tajam Luqman bila dia
berkata begitu.
“Dah
Luqman nak hantar apa salahnya.”
‘Salah
tu tidak along tapi Kak Yang rasa macam nak mati setiapkali duduk berdua dengan
Luqman.’
Akhirnya
Cempaka akur dengan kesemua mereka.Dia balik petang itu dengan Luqman.
“Kenapa?”Soalan
pertama dari Luqman bila dia mengambil tempat disebelah Luqman.
“Kenapa
apa?”
“Kenapa
lebih suka naik bas dari balik dengan saya?”Cempaka diam.
“Saja
tak nak menyusahkan.”
“Kenapa
nak susah pulak?Saya kena dukung Cempaka ke?”
‘Ish
buat lawak pula.”
“Tak
lah macam tu.”
“Em
kalau Mathew yang ajak mungkin tak ada bantahan kot?”Sinisnya pertanyaan Luqman
harith.
‘Tak
habis-habis nak duga aku.’
“Saya
peliklah kenapa awak tak habis-habis nak cakap saya dan Mathew mempunyai
hubungan.Dah alang-alang awak cakap macam ni betullah agaknya tu.Mathew
boyfriend baru saya.”Cempaka perasan jelingan mata Luqman sebaik sahaja dia
bercakap begitu.
Kemudian
Luqman terus diam.
“Awak
cuti esok sehari lagi kan?”Cempaka angguk.Malas mahu berbalas cakap dengan
Luqman.
“Hello.”Cempaka
buat muka selamba bila menyedari Mathew ditalian.
“Ayah
saya dah ok.Thanks a lot.Doktor nak datang sini?Tapi kan doktor baru je habis
on call?”Luqman sudah berhenti di pinggir jalan.Membiarkan Cempaka dengan
telefon bimbit di telinga.Pandanganya dihala kea rah luar.
“Saya
pun dah dalam perjalanan nak balik Ipoh.”Diam sejenak.
“Ok.Terima
kasih sekali lagi.Bye.”Telefon bimbitnya ditutup.Tiba-tiba Luqman memandangnya
tajam.
“Mathew
again?”Cempaka angguk.Dan Luqman tidak perlu bertanya apa yang dibualkan kerana
dia mendengar dengan jelas setiap butir percakapan Cempaka seketika tadi.
Pemanduannya
diteruskan menghala ke Ipoh malal ui lebuh raya utara selatan.Ditemani kesunyian
yang semakin mencengkam gelisah Cempaka.
Dyja
pandang Ilham yang sedang menunggunya di bawah flat.Dia cepat-cepat melangkah
laju.
“Khadija…”Namanya
dipanggil kuat.
“Naka
pa lagi?Kan saya tak nak kawan dengan awak?”
“Tapi
saya tetap nak kawan dengan awak.”Ilham masih mencuba.
“tapi
saya tak nak?”
“Kenapa?Sebab
saya naik motor kapcai je?Kerja pun biasa-biasa je?”Bukan Ilham tidak Nampak
Dyja dihantar dengan kereta Toyota Harrier sebentar tadi.
“Saya
tak kisah awak kerja apa.Naik motor apapun.Tapi masalahnya…”
“Masalahnya
apa?Masalahnya sebab awak dah ada boyfriend?”Dyja tarik nafas.Ya memang dia
sukakan Luqman.tapi Luqman Cuma anggapnya hanya sebagai adik.Cuma dia tidak
berputus asa.
“Baiklah
kalau awak nak kawan dengan saya.Saya terima.Tapi Cuma kawan sahaja ok?”Ilham
senyum.Berbulan dia hulurkan salam perkenalan selepas insiden mereka terlanggar
di lif dulu.Tapi Dyja tak pernah nak layan.Dia tetap berusaha juga.
“Ok.Cuma
kawan.”Dyja senyum.
‘Ah
apa salahnya hanya menjalin sebuah persahabatan?tak ada rugi manapun.Lagipun
dia Nampak Ilham bukannya orang jahat.
“Ok
saya naik dulu.”
“Saya
ingat bila awak dah terima saya jadi kawan kita boleh keluar makan?”
“Ilham,saya
baru balik.Penat lagi.Nanti-nanti saja ok.”Ilham angguk.Dia menghidupkan enjin
Yamaha nya.
“Saya
balik dulu dyja.”Dyja senyum.Dan terus melangkah ke atas.
“Senyum
je kenapa?”Azim perasan dengan senyuman memanjang Ilham.
“Dia
accept aku jadi kawan.”
“Siapa?Budak
perempuan tu?”Ilham mengangguk.
“Kau
serius ke?”
“Seriuslah.”
“Apa-apalah
sajalah Ilham oi.Aku nak pi mandi.Dok lah berangan sorang-sorang.”Ilham ketawa
kecil.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia selalu mengejar gadis itu.Tapi sejak
perlanggaran itu dia selalu jumpa Dyja setiapkali mahu menaiki lif.Tidak pernah
Dyja menegurnya.Cuma dia sahaja yang selalu menunggu gaids itu untuk berbual.
“Hai
miss you.”Mathew tetap berkata begitu walaupun dihadapan kak Zubaidah.Cempaka
menahan rasa malu.
“So
sorry I nak pergi tapi tak ada orang nak gantikan I on call.”
“Its
ok doktor.Lagipun abah saya dah taka pa-apa.”
Mathew
tetap pandang wajah Cempaka.Pada Cempaka ada sesuatu yang dia tidak Nampak pada
wanita lain.
Cempaka
minta diri untuk ke wad bersalin.
“doktor
ni macam ada apa-apa je dengan staff nurse Cempaka tu?”Mathew senyum.Dia duduk
disebelah Zubaidah mula menyemak rekod pesakit diatas meja.Ada beberapa doktor
pelatih sedang berbual.
“Kak
Zubaidah rasa dia nak ke kat saya?”Telahan Zubaidah betul.Mathew memang
mempunyai perasaan pada Cempaka.
“Kenapa
doktor tak Tanya sendiri pada tuan punya badan?”
“Seganlah
saya.Agaknya Cempaka Elina tu dah ada boyfriend tak?”
‘Bukan
boyfriend..tunang dah pun.’Tapi prinsip Zubaidah dia tidak mahu masuk campur
urusan yang bukan haknya.
“Oklah
kak.Saya pergi maternity dulu.”Zubaidah senyum pada Mathew.
“Doktor Mathew sembang apa kak?”Zubaidah hanya tersenyum memandang Marlia.Tidak berminat untuk menjawabnya.Tiba-tiba ada seorang wanita yang cantik muncul di kaunter.
“Ye ada apa cik?”Zubaidah ramah bertanya.Sekarang bukan waktu melawat.
“Saya nak jumpa doktor Luqman Harith.Dia ada kat mana?”Sebaik nama Luqman disebut Marlia lekas-lekas angkat muka.Wajah wanita seakan kacukan arab dipandang.
“Sekejap ye.Saya cuba call maternity.”Zubaidah pantas mendail sambungan ke maternity.”
“Hello doktor ada seorang wnaita nak jumpa doktor kat wad.”
“Er..nama cik siapa?”Zubaidah kembali bertanya pada wanita tersebut.
“Darizah…”
“Cik Darizah doktor.Ok.”Zubaidah tersenyum.
“Doktor Luqman suruh cik tunggu kat bilik rehat sekejap lagi dia sampai.”
“Ok.Terima kasih.”Darizah berjalan kea rah yang ditunjukkan Zubaidah.Kehadiran wanita cantik itu di wad mengundang beberapa pasang mata memandang sehingga kak Hendon atendan yang baru bertukar dari wad pediatric pun tidak berkedip memandang.
“Siapa tu kak?”
“Manalah akak tahu mar.Girlfriend doktor Luqman kot.”Sengaja Cempaka membakar api kemarahan Marlia.Bukan dia tak tahu Marlia tergila-gilakan doktor Luqman itu.
Marlia diam.hatinya gelisah sedikit.
‘Betul ke doktor Luqman dah ada girlfriend?’
Cempaka tiba bila selesai tugasnya memberi ubat kepada ibu-ibu didalam bilik.Luqman tiba sejurus kemudian.
“Mana tetamu saya?”Tanyanya pada Zubaidah tanpa memandang Cempaka disitu.
“Kat bilik rehat dokotr.”
‘Tetamu?Siapa?Ah pedulikanlah..’Cempaka kembali menyambung kerjanya tanpa memperdulikan Luqman yang sudah menapak ke bilik rehat.
Zubaidah ingin bertanya pada Cempaka tapi bimbang Marlia mendengar.
Suara orang berbual membuatkan semua yang ada dikaunter bertindak memandang Luqman dan darizah yang baru keluar dari bilik rehat.
‘Kak Zah?Alamak macamana ni?Bimbangnya Cempaka kalau Darizah perasan dia disitu.Cempaka cepat-cepat tunduk.
Tiba-tiba..
“Cempaka Elina?”Dia dengar suara Darizah kuat memanggil namaya.Perlahan-lahan Cempaka angkat mukanya.
“Kak Zah.”Dia bangun mendapatkan Darizah.Tubuhnya dipeluk dan kedua pipinya dicium.Menimbulkan sedikit kehairanan pada yang lain terutama Marlia yang dari tadi memerhati.
“La..Man tak cakap pun Cempaka ada kat sini tadi.”Darizah pandang Luqman disebelah.
Luqman jungkit bahu.
Hati Cempaka terguris sedikit.
“Tadi Cempaka bagi patient ubat.”
“Oh patutlah akak tak Nampak.Jom kita pergi makan?”Luqman hanya diam.Mungkin bimbang benar kalau rahsianya sebagai tunang Cempaka diketahui orang.
“Cempaka tengah bertugas kak.Pukul dua baru habis syift.”Terdengar keluhan dari Darizah.
“Oklah kalau macam tu.Tapi malam ini kena temankan kak Zah makan.Nanti kak Zah suruh Luqman jemput.Ok?”Cempaka diam.Tidak mengiayakan atau menolak ajakan Darizah.
“Kak Zah peri dulu.Jom Man.”Lengan Luqman ditarik Darizah.Cempaka hanya tersenyum.Dia kembali ke kaunter.Malah dia perasan bila Marlia tidak lepas-lepas memandang dirinya bagaikan dia adalah pesalah yang sedang menanti untuk dijatuhkan hukuman.
“Siapa perempuan tu Cempaka?”Cempaka cuba bernafas.
“Doktor Darizah kak.”
“Cempaka kenal?”Cempaka angguk.
“Kakak doktor Luqman.”Perlahan suara Cempaka bimbang didengari Marlia.
“Oh akak ingat girlfriend nombor dua dia.tapi bila tengok dia peluk Cempaka tadi akak dah lega sikit.”Cempaka senyum.Marlia menjeling sedikit.
Akalku
senipis belahan rambut...tebalkanlah akalku dengan keimanan dan keteguhan pada
agamaMu Ya Allah..agama islam yg suci dan luhur ini.
Cempaka
masih ingat kata-kata ini ditulis oleh seorang penulis blog yang selalu Cempaka
masuk dalam blognya.Damainya bila berada di rumahMu ya Allah.Suara ustazah
Raudhah yang sedang bercerita tentang wanita solehah semakin kuat digegendang
telinganya.Sesekali berkesempatan berusrah seperti hari ini Cempaka sedikit
gembira.Lari seketika dari dunia perubatan dan hospital.
“Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda:
“Malaikat turun lalu menyampaikan khabar gembira kepadaku bahawa sesungguhnya Fatimah binti Rasulullah adalah pemimpin para wanita penghuni syurga”.
Ustazah Raudhah berhenti seketika.Cempaka masih tekun mendengar.
“Malaikat turun lalu menyampaikan khabar gembira kepadaku bahawa sesungguhnya Fatimah binti Rasulullah adalah pemimpin para wanita penghuni syurga”.
Ustazah Raudhah berhenti seketika.Cempaka masih tekun mendengar.
Fatimah
dilahirkan di Ummul Qura, ketika orang-orang Quraisy membina semula bangunan
Kaabah,iaitu lima tahun sebelum Nubuwwah. Fatimah Radiallahu anha
merupakan puteri bongsu dan puteri paling utama kepada pasangan Rasulullah Sallallahu Alaihi wasalam.celik
seawal usia untuk menjadi saksi urusan risalah yang dikhususkan Allah bagi
ayahnya, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ibunya,
Saidatina Khadijah bintu Khuwailid Radiallahu anha, wanita terbaik
pendamping Rasul akhir zaman. Suami Saidatina Fatimah adalah antara
Khalifah Ar-Rasyidin yang utama, pemimpin kaum muslimin di zamannya, Saidina
Ali bin Abu Thalib Radiallahu anhu. Anak-anak kepada pasangan
ini adalah dua orang pemimpin para penghuni syurga, dua cucu Rasulullah,
Al-Hasan dan Al-Husin Radiallahu anhuma. Datuk saudara beliau adalah
pemimpin para syuhada’ Asadullah, Hamzah bin Abdul Muthalib. Datuk
saudara beliau yang lain adalah pemimpin Bani Hasyim yang biasa melindungi para
tetangga, mengorbankan harta, terbiasa bersedekah kepada fakir miskin, iaitu
Al-Abbas bin Abdul Muthalib Radiallahu anhu. Jaafar bin Abdul
Muthalib Radiallahu anhu, adalah antara datuk saudara
beliau yang utama, sekaligus bapa saudara kepada suaminya, yang merupakan
pemimpin para syuhada’, dan panji para mujahidin.
Cempaka dan Nani masih tekun mendengar cerita dri ustazah Raudhah.Hari keduanya bercuti.Tiada agenda mereka sepakat untuk mengikuti usrah di masjid negeri.Itupun kak Norita yang bagitahu.
Cempaka dan Nani masih tekun mendengar cerita dri ustazah Raudhah.Hari keduanya bercuti.Tiada agenda mereka sepakat untuk mengikuti usrah di masjid negeri.Itupun kak Norita yang bagitahu.
, Salah satu peristiwa yang kekal di dalam ingatan
puteri Rasulullah ini ialah apabila menyaksikan penghinaan dari salah seorang
Quraisy yang kasar dan sangat buruk tingkahlakunya, Uqbah bin Abu
Mu’aith. Si jahil ini menawarkan diri untuk melemparkan kotoran isi perut
unta ke belakang tubuh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika baginda sedang sujud, sehingga
baginda tidak mampu untuk bangkit dari sujudnya. Saidatina Fatimah segera
mendatangi ayahnya untumembersihkan kotoran tersebut, sebelum menghampiri
kelompok musyrikin yang merancang perbuatan keji itu . Dengan lantang dan
penuh berani, beliau mencaci dan mencela tindakan mereka yang sangat tidak
beradab.
Kehidupan puteri Rasulullah ini juga tidak lari dari penderitaan akibat perbuatan kejam kaum musyrikin yang membenci dakwah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam . Salah satunya ialah ujian pemboikotan ke atas seluruh kaum Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib di mana orang-orang Musyrik menemukan kata sepakat untuk melancarkan boikot secara total terhadap mereka. Tidak ada urusan jual beli, tidak ada pembicaraan, tidak ada pergaulan, sehinggalah Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib menyerahkan Rasulullah kepada orang-orang Quraisy.
.
Saidatina Fatimah Az-Zahra juga termasuk di antara wanita yang berhijrah. Di Madinah, beliau membuka lembaran baru kehidupan dikelilingi kaum yang murah hati, yang mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka serta melebihkan kaum Muhajirin lebih dari diri mereka sendiri.
Pada tahun kedua selepas hijrah, Saidina Ali bin Abu Thalib menikahi Saidatina Fatimah dengan maharnya baju besi yang nilainya hanya empat dirham. Pernikahan penuh berkat itu terjadi setelah Perang Badar Al-Kubra.
Sejarah tidak pernah mengenal seorang wanita yang mampu menghimpun kesabaran dan ketakwaan seperti halnya Saidatina Fatimah. Semenjak hari pertama perkahwinannya dengan Ali, beliau terpaksa mengerjakan seluruh tugas rumah tangga yang sangat berat ketika itu, bermula dari kerja menggiling bahan makanan dan membuat adunan roti sehingga rambutnya terkena percikan-percikan tepung atau terkadang terkena debu.
Beliau jugalah yang memproses dan memasak adunan roti tersebut. Ini terjadi kerana suaminya tidak mampu mengupah pembantu untuk membantu Fatimah dalam menyelesaikan urusan rumahtangganya. Bahkan Ali sempat berpesan kepada ibunya, Fatimah bintu Asad kerana menyedari tugas-tugas berat Fatimah di rumahnya, “Janganlah membebani Fatimah bintu Rasulullah dengan pekerjaan di luar rumah, dan cukuplah dia mengerjakan pekerjaan di dalam rumah, membuat tepung, adunan roti dan memasak” . Ali juga menyedari kesan-kesan keletihan di wajah Fatimah, tetapi beliau sering menghiburkan isterinya dengan menyebutkan yang harta rampasan dan tawanan perang akan datang kepada mereka.
Apabila tiba masa yang sesuai, Ali menasihati isterinya agar mendatangi Rasulullah untuk meminta seorang pembantu dari kalangan tawanan perang. Permintaan keduanya ditolak secara baik oleh Rasulullah kerana baginda lebih mementingkan kemaslahatan kaum muslimin yang lain. Rasulullah menyusuli pasangan tersebut di waktu tengah malam dan bersabda kepada keduanya
"Bagaimana jika kuberitahukan kepada kalian berdua tentang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian pinta kepadaku? Ada beberapa kalimat yang diajarkan Jibril kepadaku, hendaklah kalian bertasbih kepada Allah di hujung setiap solat sebanyak sepuluh kali, bertahmid sepuluh kali dan bertakbir sepuluh kali. Jika kalian beranjak ke tempat tidur,bertasbihlah tiga puluh kali, bertahmidlah tiga puluh kali dan bertakbirlah tiga puluh kali.”
Kalimah-kalimah ini menjadi bekalan Ali dan Fatimah yang sentiasa mereka ucapkan sehingga akhir hayat mereka.
Ralitnya mereka mendengar syarahan dari ustazah Raudhah sehingga melewati waktu asar.Usai bersolat asar baru mereka pulang ke asrama dengan kereta Nani.
Kehidupan puteri Rasulullah ini juga tidak lari dari penderitaan akibat perbuatan kejam kaum musyrikin yang membenci dakwah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam . Salah satunya ialah ujian pemboikotan ke atas seluruh kaum Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib di mana orang-orang Musyrik menemukan kata sepakat untuk melancarkan boikot secara total terhadap mereka. Tidak ada urusan jual beli, tidak ada pembicaraan, tidak ada pergaulan, sehinggalah Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib menyerahkan Rasulullah kepada orang-orang Quraisy.
.
Saidatina Fatimah Az-Zahra juga termasuk di antara wanita yang berhijrah. Di Madinah, beliau membuka lembaran baru kehidupan dikelilingi kaum yang murah hati, yang mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka serta melebihkan kaum Muhajirin lebih dari diri mereka sendiri.
Pada tahun kedua selepas hijrah, Saidina Ali bin Abu Thalib menikahi Saidatina Fatimah dengan maharnya baju besi yang nilainya hanya empat dirham. Pernikahan penuh berkat itu terjadi setelah Perang Badar Al-Kubra.
Sejarah tidak pernah mengenal seorang wanita yang mampu menghimpun kesabaran dan ketakwaan seperti halnya Saidatina Fatimah. Semenjak hari pertama perkahwinannya dengan Ali, beliau terpaksa mengerjakan seluruh tugas rumah tangga yang sangat berat ketika itu, bermula dari kerja menggiling bahan makanan dan membuat adunan roti sehingga rambutnya terkena percikan-percikan tepung atau terkadang terkena debu.
Beliau jugalah yang memproses dan memasak adunan roti tersebut. Ini terjadi kerana suaminya tidak mampu mengupah pembantu untuk membantu Fatimah dalam menyelesaikan urusan rumahtangganya. Bahkan Ali sempat berpesan kepada ibunya, Fatimah bintu Asad kerana menyedari tugas-tugas berat Fatimah di rumahnya, “Janganlah membebani Fatimah bintu Rasulullah dengan pekerjaan di luar rumah, dan cukuplah dia mengerjakan pekerjaan di dalam rumah, membuat tepung, adunan roti dan memasak” . Ali juga menyedari kesan-kesan keletihan di wajah Fatimah, tetapi beliau sering menghiburkan isterinya dengan menyebutkan yang harta rampasan dan tawanan perang akan datang kepada mereka.
Apabila tiba masa yang sesuai, Ali menasihati isterinya agar mendatangi Rasulullah untuk meminta seorang pembantu dari kalangan tawanan perang. Permintaan keduanya ditolak secara baik oleh Rasulullah kerana baginda lebih mementingkan kemaslahatan kaum muslimin yang lain. Rasulullah menyusuli pasangan tersebut di waktu tengah malam dan bersabda kepada keduanya
"Bagaimana jika kuberitahukan kepada kalian berdua tentang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian pinta kepadaku? Ada beberapa kalimat yang diajarkan Jibril kepadaku, hendaklah kalian bertasbih kepada Allah di hujung setiap solat sebanyak sepuluh kali, bertahmid sepuluh kali dan bertakbir sepuluh kali. Jika kalian beranjak ke tempat tidur,bertasbihlah tiga puluh kali, bertahmidlah tiga puluh kali dan bertakbirlah tiga puluh kali.”
Kalimah-kalimah ini menjadi bekalan Ali dan Fatimah yang sentiasa mereka ucapkan sehingga akhir hayat mereka.
Ralitnya mereka mendengar syarahan dari ustazah Raudhah sehingga melewati waktu asar.Usai bersolat asar baru mereka pulang ke asrama dengan kereta Nani.
“Nanti aku nak datang
lagilah bila hari off.”Cempaka senyum pada Nani.Beg berisi telekung masih
diribanya.
“Aku pun sama
Nani.Kalau boleh memang nak selalu dengat usrah ustazah Raudhah tu.”Keduanya
tiba di asrama saat jam menginjak ke angka enam petang.
“Eh tu kan doktor
Luqman.Buat apa dia kat asrama jururawat ni?”Cempaka menarik nafas bila melihat
Luqman sedang menyandar dipintu keretanya.
“Nani kau naik
dulu.”Nani pandang Cempaka.
“Kau nak pergi mana?”
“tu.”Cempaka
memuncungkan bibirnya kea rah Luqman.Ada tanda Tanya di wajah Nani.
“Jangan cakap gossip
kak Marlia tu betul Cem?”
Cempaka angguk.
“Cem?Kau kan…”
“Dah bertunang?”Nani
Cuma diam.
“Tu tunang aku.Doktor
Luqman Harith.Yang tak macam seorang tunang pun kan?”Nani terkedu.Cempaka sudah
melangkah ke arah Luqman.Baju kurung kapas biru yang tersarung di tubuhnya
dibetulkan sedikit.
“Assalamualaikum…”Cempaka
memberi salam sebaik sahaja tiba di kereta Luqman.
“Waalaikumusalam.”Luqman
pandang Cempaka yang ayu berbaju kurung.
“Saya call banyak
kali tak jawab.Kenapa?”
“Saya tak bawa
telefon.”
“Pergi mana?”
“Ada usrah kat masjid
negeri.Saya baru balik dengan Nani.”Luqman diam seketika.
“Kenapa awak datang
sini?”
“Tadi Chinese butik
pengantin tu call saya.Diorang suruh pergi untuk fitting.”Cempaka sendiri hampir
lupa apabila minggu lepas dia Luqman bersama Darizah memilih pakaian pengantin
mereka.Dan itulah tujuan sebenar Darizah kemari.Menguruskan persiapan
perkahwinan yang hanya beberapa bulan lagi.Kata Darizah
“Mummy cakap kalau
nak tunggu man dengan Cempaka buat persiapan agaknya lagi sehari dua nak kahwin
baru nak jenguk kedai baju.”Cempaka Cuma senyum sedang Luqman hanya diam.Macam-macam
yang disenaraikan Darizah untuk Luqman dan Cempaka.Termasuk senarai barangan
hantaran.
“Nak pergi tak
ni?”Cempaka kembali ke alam nyata.
“Saya simpan telekung
sekejap.”
“Tak payahlah.Nanti
boleh solat kat mana-mana.Jom.”Luqman masuk kedalam kereta.cempaka mengikut
sahaja.
Dia pandang baju
kurung yang dipakai.
‘Oklah ni.’
Sampai di butik
pengantin yang terletak di Greentown Mall,Cempaka cepat-cepat mencuba baju yang
diberi Miss Anne.Gaun labuh berlengan panjang yang menutupi sehingga ke
leher.Dicubanya bersama selendang dari warna yang sama.Semuanya disiapkan
pembantu kedai Miss wong.
“Wow…you very
beautiful lah miss Cempaka.”Cempaka hanya senyum dan terus memandang cermin
sebesar orang dewasa dihadapannya.Tirai dibuka miss Wong.Tiba-tiba matanya
menangkap seorang lelaki bertuxedo putih dibelakangnya melalui refleksi
cermin.Sesaat kemudian mata Luqman dan Cempaka bersatu di sebalik cermin kaca
dihadapannya.
Tiba-tiba miss Wong
menarik tangan Cempaka.Cempaka berpusing.Kalau tadi pandangan mereka hanya
melalui refleksi cermin tapi sekarang tiada lagi cermin yang menjadi
perantara.Luqman masih dalam diamnya dan korneanya masih melekat ke wajah
Cempaka.
“Cik Cempaka…try
kasut ini.”Sepasang kasut berwarna perak diletakkan dihadapan kaki
Cempaka.Cempaka menaikkan sedikit gaunnya untuk menyarung kasut
tersebut.Tiba-tiba Luqman sudah melutut dengan memegang kasut tumit tinggi
tersebut.Disuakan ke kaki Cempaka.Teragak-agak Cempaka menyarungnya.
“Terima kasih.”Seakan
tidak keluar kata-kata tersebut dari bibir Cempaka.Ada debaran menggila
didadanya saat ini.
“So macamana Miss
Cempaka encik Luqman?”Miss Anne mengambalikan Cempaka dan Luqman kea lam nyata.
“Mine…ok.Tak perlu
ubah lagi dah.”Cempaka tidak berani langsung memandang Luqman.
“Cik cempaka?Nak ubah
apa-apa tak?”Cempaka geleng.
“Comfortable?”Cempaka
angguk lagi.Memang rekaan miss anne kena sekali dengan tubuh badannya.Gaun itu
dilapisi satin lembut di dalamnya dan diluarnya organza buatan Italy.Semuanya
dibayar Doktor Maria.
“Er..boleh I tukar
baju sekarang?”
“Tak nak take
picture?as kenang-kenangan?”
‘Ambil gambar?’
“Macamana encik
Luqman.Just for our album?”Luqman angguk.Nafas Cempaka mula sesak.
‘Ambil
gambar?Nanti-nanti masa kahwin kan boleh ambil lagi.’Mahu tidak mahu Cempaka
duduk di sofa dan Luqman duduk di kisi.Tangannya diletakkan di atas sofa
belakang Cempaka.
“Ok senyum
sikit.”Cempaka memegang sejambak mawar putih.Dia cuba tersenyum walaupun cukup
payah sekali.
Dan tidak tahu kenapa
tiba-tiba hatinya berbunga riang.Bagai ada bintang-bintang sedang menyinari
taman hatinya saat ini.
Hati
ini bukan miliku ku lagi
Seribu
tahun pun akan ku nanti kan kamu…
Terukir
di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu…
‘Cinta sudah terukir
ye Cempaka….’Cempaka senyum sendiri.Ya Luqman sudah membawa jiwanya jauh
meninggalkan alam maya ke syurga impian.
“Kenapa senyum?”
“Ha?”Luqman sudah
senyum memandang dirinya.
‘Ish dia tahu ke aku
berangan?’Tiba-tiba tangan Luqman hinggap di tudung Cempaka.
“Senget.”Aduh Luqman
jangan kau uji lagi perasaan aku.
Betullah kata-kata
penyair Loretta young
Love isn’t something you find. Love is
something that finds you.
Kalau dulu dia yang mencari cinta dengan Fikri dan
sekarang hatinya membuai rasa cinta dengan Luqman.Tapi Luqman?
“Hai akak tengok asyik senyum
memanjang je Cempaka dua tiga hari ini?”
“Tak ada apa-apalah kak.Saja nak
buat senaman mulut.”Sejak pulang dari mencuba baju pengantin tempohari susahnya
Cempaka nak buang senyuman dari bibirnya.Bagai setiap saat dia Nampak apa yang
Luqman buat tempohari.masih terbayang senyuman Luqman yang jarang sekali dia
lihat.
‘Wahai habib..kau buatkan aku
jadi tak menentu.’
“Staff nurse ada orang cari
dokotr Luqman.”Seorang jururawat pelatih dari kolej jururawat Lumut menghampiri
Cempaka.
“Siapa?Waris pesakit ke?”
“Tak tahu.”Cempaka bangun.Segera
ke luar pintu.
“Ye Ada apa?”Cempaka tersentak
bila beridiri dihadapannya adalah gadis yang dianggap sebagai kekasih Luqman
Harith.Cempaka cuba berlagak seolah-olah tiada apa-apa.
“Saya nak jumpa doktor
Luqman.Dia ada ke?”Cempaka pandang wajah yang selalu menggusarkan hatinya pada
Luqman.
“Doktor Luqman kat klinik
sekarang.Tak cuba call dia ke?”Wanita itu tersenyum.Pada hemat cempaka mungkin
dalam usia 24 atau 25 tahun.
“Saya dah call tapi handfon dia
off.Kat mana saya boleh tunggu dia?”
“Cik tunggu kat bilik
rehatlah.Tapi saya tak pasti pukul berapa doktor Luqman balik wad.”Gadis itu
angguk.Mengekori langkah Cempaka ke bilik rehat.Beberapa pasang mata
memerhatikan mereka.
“Cik duduk lah dulu.Nanti kalau
doktor Luqman balik saya bagitahu.”Gadis itu angguk.Cempaka tinggalkan Dyja
didalam bilik rehat dan dia kembali ke kaunter.
“Siapa tu Cempaka?”Kak Norita
bertanya.
“Dia nak jumpa doktor
Luqman.”Zubaidah memandang Cempaka.Cempaka buat-buat tidak Nampak.
‘Apa perlunya gadis itu
kemari.Rindu sangatkah pada Luqman Harith sehingga membawanya kesini?’
Selepas dipastikan tiada
sesiapa,Zubaidah mendekati Cempaka.
“Siapa tu?”Cempaka faham maksud
pertanyaan Zubaidah.
“Girlfriend Luqman agaknya
kak.”Zubaidah diam.Gadis itulah yang dia pernah Nampak bersama Luqman dulu.
“Sabarlah dik.”Cempaka cuba
senyum walau bagai ada cuka dalam mulutnya saat ini.
Luqman masuk setengah jam
kemudian.
“doktor…ada orang tunggu doktor
dalam bilik rehat.”Cempaka terus pura-pura menulis.
“Siapa?”Cempaka angkat bahu.
“You look different.Siapa yang
nak jumpa saya?”
“Girlfriend agaknya.”Cempaka
jawab perlahan walaupun di kaunter hanya ada dia dan Luqman.
“Cem..”Belum sempat Luqman
menghabiskan ayatnya satu suara menyergah dari arah belakang.
“Abang Luqman.”Luqman
berpaling.Wajah Cempaka dijatuhkan pada rekod pesakit dihadapan.
“Buat apa kat sini?”Luqman masih
berdiri di kaunter.
“Nak jumpa abangla.Tadi Dyja call
tapi tak dapat.Nasib baik Dyja ingat abang kat wad mana.”Cempaka bangun.Lantas
terus menolak troli ubat ke dalam wad.
Dia mahu menangis tapi
airmatanya tidak mahu keluar.Dia mahu berbicara tapi suaranya tersekat di
kerongkong.
Dia pernah bertanya pada Darizah
samada mereka punya kenalan aau saudara di Pulau Pinang.Tapi Darizah kata tak
pasti.
‘Siapa wanita itu?’
Setelah beberapa waktu Cempaka
kembali ke kaunter.
“Diorang pergi mana kak?”Dia
berbisik pada Zubaidah.
“Keluar agaknya.Cempaka
ok?”Cempaka sekadar mengangguk.Dia pandang jam.
“Cempaka nak pergi kantin.Akak
nak kirim apa-apa tak?”
“Akak nak nasi goreng.Nanti akak
bayar.”
“Ok.Kak Norita Cempaka pergi
kantin beli makan sekejap.Akak nak apa-apa tak?”
“Em..tak pelah.Akak ada bawa
bekal tadi.Dah kebetulan masak lebih untuk suami bawa terus datang
sini.”Cempaka senyum.Beg duit dari laci meja diambil dan terus keluar.
Cempaka melihat-lihat ke dalam
tray.Ada mihun dan mee goreng,nasi lemak,ayam masak merah dan pelbagai kuih
muih.
“Kak Mah bagi nasi goreng
bungkus satu,lepas tu mihun goreng ni,dengan milo ais satu ye.”Cempaka membuat
pesanan dan duduk seketika di sebuah kerusi kosong disitu.Ada beberapa pekerja
hospital dan beberapa petugas hospital yang lain.Dia membelek-belek beg duit
kecilnya sebelum matanya menangkap sepasang teruna dan dara yang sedang makan
selang dua meja darinya.
Matanya terhenti sejenak
memandang Luqman bersama gadis yang dipanggil dyja tadi sedang enak menjamu
selera.Ketawa mesra.Mungkin sudah terubat rasa rindu dihati.Dan tiba-tiba juga
Luqman mengangkat wajahnya memandang Cempaka.Masing-masing berpandangan.Cempaka
cepat-cepat mengalihkan wajahnya ke arah lain.Bila kak Mah menghantar
pesanannya cepat-cepat dia membuat pembayaran dan berlalu dari situ.sedikitpun
dia tidak pandang Luqman.
‘Sedihnya….’
Cempaka baru selesai menyambut
satu kelahiran pra-matang atau pre-mature.27 minggu.Alhamdulillah bayi tersebut
bernafas Cuma terpaksa ditempatkan didalam ikubutor sehingga capai tahap
kematangannya.Kepalanya kelihatan besar sedikit dari tubuhnya.Tapi bayi itu
tetap comel.
Cempaka ke loker untuk mengambil
air minuman yang memang selalu dia bawa.Tiba-tiba dia perasan ada sekeping
kecil diatas beg sandangnya.Kad kecil itu diambil dan dibuka.Ada gambar teddy
bear yang comel.
“Don’t sad”
‘Itu je?Siapa?’Cempaka pandang
sekeliling.Siapa yang hantar nota ini dia mahu berterima kasih.
‘Nampak sangat ke aku sedih
sekarang ni?’
“Thanks note.I know I should not be sad.He’s nothing for me”
Betul ke dia tak membawa apa-apa
makna Cempaka?
Hari ini Cempaka sudah mampu
tersenyum.
“Kalau hari-hari you smile macam
ni I rela stay kat hospital saja.”Cempaka masih senyum saat Mathew menuturkan
kata-kata itu.Luqman disisi tidak dipedulikan.
Marah?Ya memang dia patut
marah.Dia tunang Luqman tapi gadis apa ikatannya dengan Luqman sehingga Luqman
sanggup mengenepikan hak nya sebagai tunang Luqman?
“Alhamdulillah kalau saya boleh
buat doktor happy.”Dia ikhlas.Bukan bermaksud mahu mengambil atau memikat hati
Mathew.
“I heard you kena kursus next week.Kat
mana?”
“Di hospital Sungai Siput.Kursus
untuk breast feeding.Tapi bukan kursuspun.Saya terlibat untuk minggu penyusuan
Ibu.Diorang buat kat sana.”
“Berapa hari?”
“Tiga hari kot.”
“I’m gonna miss you.”
“Hai doktor kitorang kan
ada.”Cempaka Cuma senyum pada staff nurse Zakiah dan beberapa lagi rakan
setugasnya yang lain.
“Yelah you all memanglah
ada.Tapi you all bukan Cempaka.Cempaka is Cempaka.”Luqman masih menulis.Cempaka
buat tidak kisah.
‘Dia memang tidak kisahpun.’
“Apa beza nya saya dengan yang
lain doktor Mathew?”Sengaja Cempaka cakap kuat-kuat.
“You kan Cempaka.Cempaka
Elina.”Cempaka ketawa.Begitu juga dengan yang lain.
“Macam-macam lah doktor
ni.”Cempaka meninggalkan Mathew dan yang lain.Beralih untuk mengambil tekanan
darah seorang ibu yang baru dimasukkan ke wad kerana masalah darah tinggi.
Sekembalinya Cempaka ke
kaunter,Luqman baru duduk di kerusi.Dari mana Cempaka tidak tahu.yang lain
masing-masing sudah kembali bertugas termasuk Mathew.
Cempaka mengambil buku
notanya.Buku itu dicatat setiap perkara yang doktor cakapkan agar dia tidak
terlupa.
Tiba-tiba sekeping jatuh
diantara dia dan Luqman.Cempaka dan Luqman sama-sama tunduk untuk mengambil kad
tersebut.Tapi Luqman terlebih dahulu mencapai kad tersebut yang jatuh di kaki
kerusinya.
“Thanks.”Cempaka ambil tanpa
memandang kea rah Luqman.
‘Kad ini lagi.’Dibukanya dan
dibacanya perlahan.Kali ini gambar mickey mouse pulak.
‘your smilling means
everything to me.’
‘Siapa?’Cempaka pandang Luqman
disebelah.Tapi Luqman biasa sahaja.
‘Mathew?’Em..ini mesti
Mathew.Tadikan dia cakap suka tengok Cempaka senyum?Kad kecil itu kembali
disimpan didalam diari.
‘Thanks mickey…I will always smile for you.’Lantas Cempaka bangun
menuju ke bilik rehat.
Cempaka mengenakan blous kuning
dipadankan dengan slack hitam dan tudung kuning.Dia melihat seketika
penampilannya didalam cermin.
“Keluar dengan doktor
Luqman?”Cempaka geleng dengan pertanyaan Nani.
“Habis tu?”
“Doktor Mathew.”Jawab Cempaka
ringkas.
“Kau biar betul?Nanti apa kata
Luqman pula?”
“Dia nak cakap apa?Aku Cuma
tunang dia belum isteri lagi.Lagipun dia pun tak kisah agaknya.Kau tengoklah
Nani,Luqman tu tak macam tunang orang lain.Jangan kata nak call aku nak sms pun
susah.Aku ni macam tak wujud je Nani.”Cempaka duduk dibirai katil.
“Sabarlah Cempaka.Bagi dia
masa.”
“Masa?Dah setahun lebih kami
bertunang.Tapi aku tak pernah rasapun yang aku ada tunang.Selama aku kat
sinipun Mathew yang banyak ambil berat pasal aku.”
“Habis tu kau nak kahwin dengan
Mathew?”Cempaka ketawa kecil.
“Aku dengan Mathew kan berlainan
agama.Kau ingat Mathew nak tukar agama dia semata-mata nak kahwin dengan aku.”
“Kalau dia sanggup?”Cempaka
diam.
“Kau rasa Mathew sukakan aku?”
“Dari apa yang aku Nampak doktor
Mathew memang sukakan kau Cempaka.Aku risau kalau dia betul-betul jatuh cinta
dengan kau.”
“Tak mungkin lah.”
“Jangan tak mungkin Cem.Apapun
boleh jadi.”Cempaka akui dia senang dengan sikap Mathew.Tapi untuk jatuh cinta
dengan Mathew tak mungkin kerana sudah ada Luqman dalam hatinya.
Cempaka menarik nafas panjang.Dia
melihat ke dalam sinki.Ada gumpalan darah yang baru sahaja keluar melaui
kerongkongnya.Dipandangnya wajahnya ke dalam cermin.Dibawah mata terdapat
seakan-akan warna merah membentuk seakan-akan rama-rama.Sejak beberapa minggu
ini dia rasa amat letih sekali.Kadang-kadang bila malam dia sukar tidur kerana
tidak boleh bernafas.Hidungnya seperti tersumbat.Dan hari ini batuknya
mengeluarkan darah.
Pagi tadi sewaktu dia gosok
gigi,juga berdarah.Cempaka tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya.
Menjelang petang warna merah
yang membentuk rama-rama semakin hilang.Darah juga tiada bila dia batuk.Cempaka
lega.
‘Mungkin penat sangat kot.’
Petang itu dia bersama Nani ke
Taman DR Seevinasagam.Sekadar beriadah.
“Aku tengok kau macam tak sihat
je beberapa hari ni Cem?Kenapa?”
Perasan sangatkah perubahan pada
dia?
“Tak adalah aku ok.”
“Tapi kau Nampak pucat.”
“Penat agaknya.”Cempaka terbatuk
kecil.Tapi sebaik sahaja dia melihat tuala di tangan Nani terkejut melihat ada
darah.
“Cem?Darah ni.”Cempaka pandang Nani.Dadanya
sedikit sakit.
“Kau…kau kenapa ni?”Cempaka
geleng.Sememangnya dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku.
“Sejak bila?”
“Dah dua tiga hari Nani.”
“Ya Allah apasal kau tak
bagitahu aku?”Cempaka diam.
“Ok sekarang kita pergi
hospital.”
“Tak payahlah.”
“Cempaka…kau batuk darah
ni.Bukan benda normal.Jom.”Mahu tidak mahu Cempaka terpaksa ikut Nani ke wad
kecemasan memandangkan unit pesakit luar sudah ditutup.
Nasib baik Cempaka kenal dengan
doktor Wai memandangkan doktor itu pernah bertugas di klinik maternity
tempohari.
“I rasa keadaan you tak
normal.Kita admit?”Cempaka pandang nani.Nani Cuma angguk.Lebih baik Cempaka
masuk wad.Sekurang-kurangnya doktor boleh siasat apa yang berlaku.
Nani pulang mengemaskan barangan
Cempaka.Diberitahunya pada sister Ani tentang keadaan Cempaka.
Cempaka masuk ke wad 8A.Duduk di
bilik yang hanya menempatkan dua orang pesakit.Katil disebelahnya kosong.
“Kau nak apa-apa tak?”Cempaka
geleng.
“Nani kau jangan cakap kat
family aku ye.Abah aku tu tak sihat betul lagi.Nanti sakit pula dia.”Nani
angguk.Faham dengan keadaan Cempaka.
Malam itu ada beberapa rakan
setugasnya dari wad pre natal datang melawat termasuk kak Zubaidah.
“Dia dah tahu?”Cempaka geleng.
Buat apa nak bagitahu pada
Luqman sedangkan Luqman mana pernah kisah tentang dirinya.
Selepas mereka pulang Mathew
masuk dengan sebakul buah-buahan dan sejambak bunga.
“Kenapa tak bagitahu I ?”
“Baru masuk petang tadi doktor.”
“I mean kenapa tak bagitahu bila
you rasa tak selesa?”
“Saya ingat tak ada
apa-apa.Sebab tu tak bagitahu doktor.”
“Cempaka…you buat saya
risau.Risau sangat-sangat.”
“Thanks doktor.”Mathew temankan
Cempaka hampir dua jam.Nasiblah Mathew doktor kat sini kalau tak mesti dah kena
halau dengan pak guard.
Malam itu beberapa botol darah
Cempaka diambil untuk diuji.Kata doktor Hisyam,esok diorang akan buat ujian
saringan TB.Cempaka berdoa minta-minta lah dia tiada penyakit itu.Petang tadi
X-ray paru-paru menunjukkan paru-parunya tiada masalah.
Cempaka tersedar bila jururawat
yang bertugas memeriksa tekanan darah dan suhu.
“Staff nurse kat maternity
kan?”Cempaka angguk sambil tersenyum.Kemudian dia ke bilik air membersihkan
diri sementara menunggu doktor melakukan lawatan.
Tiba-tiba mata Cempaka
terpandang kad kecil di tepi laci meja.Kad kecil itu diambil dan dibacanya.Kali
ini ada gambar bunga ros.Bersama secebis nota ringkas.
“get well soon”
‘Pasti dari Mathew.’
“Ok blood test semua ok.X-ray
also fine.Fbc pun tak menunjukkan apa-apa yang pelik.Just you kekurangan darah
je.Semalam you ada complaint sakit dekat lower abdomen kan.So today kita akan
buat ct-scan.Tapi kalau hematemisis
berlaku lagi you should come here.”Cempaka
angguk.
‘Alhamdulillah.Ujian Tb juga
menunjukkan normal.Memang sudah beberapa bulan dia merasa sakit setiapkali
buang air kecil.Diapun tak pasti kenapa.
Cempaka menjalani ujian ct-scan
untuk mengesahkan yang dia normal.Sementara menunggu keputusan ujian dia
membaca majalah.Sudah dua hari dia disini tapi sekalipun wajah Luqman tidak
muncul.Tidak tahukah dia?Tapi kata kak Zubaidah lewat sms semalam,Luqman dah
tahu.
‘Biarlah dia.’
Doktor hisyam masuk dengan
beberapa doktor lain lagi.
“Cempaka Elina.We have a bad news for you.”Jantung
Cempaka berdegup kencang.
“Apa doktor?”
“You got cyst on your left ovary.”
“Cyst?”
“Yes….and I akan refer you pada
gynae untuk rawatan seterusya.”Cempaka terdiam.
“Kalau tak besar mungkin kita
Cuma buat laporoscopy.tapi nanti kita biar pakar tengok dulu ok.”Cempaka
angguk.
‘Pakar Gyane?Siapa?Doktor
Megat?Doktor Harlina atau….Luqman Harith.’Cempaka mengeluh.
Petang itu Cempaka dihantar ke
wad Gynae.Tempat dia bertugas.
“Sirih pulang ke gagang ye
Cempaka?”Usik kak Zakiah.
“Nak buat macamana kak?Dah
sakit.”Seronok juga sebab dekat sini semua dia kenal.Dari doktor,staff nurse
hingga ke atendan.Cuma Marlia sahaja yang seakan tidak memperdulikan dia.Tapi
Cempaka tidak kisah.Tahu sangat dia dengan sifat staff nurse seorang tu.
Baru dia mahu melelapkan
mata,kak Zakiah datang.
“Doktor nak check.”
‘Doktor mana?’Tapi tak terluah
pertanyaan tu pada Zakiah.
Cempaka Nampak doktor Luqman
harith berjalan menuju ke arahnya.
‘Kenapalah bukan doktor
Harlina.Doktor Megat sekalipun dia tak kisah.Tapi bukan Luqman.’Bermakna Luqman
juga yang akan menjalankan pembedahan nanti.
“Luqman menyemak rekod yang
dihantar dari jabatan rheumatology tentang keadaan Cempaka.
“Ok bawa pergi scan.”Hanya itu
arahan yang dikeluarkan pada Zakiah.Cempaka membuang wajah.Sedihnya.Luqman
langsung tak Tanya khabar tentang dirinya.
Waktu dia masuk ke bilik ujian
imbasan,Luqman sudah duduk dikerusi bersebelahan katil.
‘Takkan dia yang nak scan
kot?’Cempaka baring.Luqman masih di mesin pengimbas.Membetulkan sesuatu.
“Akak buka sikit ye?”Cempaka
angguk.Tidak sanggup dia nak pandang wajah Luqman.Bajunya dinaikkan sedikit.Ada
kain diletakkan di bahagian ari-ari.Cempaka betul-betul malu saat ini.
“Doktor.Dah.”Cempaka pusing
wajahnya kea rah lain.Tiba-tiba prutnya terasa sejuk.Gel biru diletakkan
diperut.Luqman pandang skrin sedang sebelah lagi tangannya mengarahkan mesin
pengimbas di perut Cempaka.Sedikitpun dia tidak pandang Cempaka.
“Erk..”Cempaka sedkit sakit bila
Luqman menekan kuat di bahagian ovari.
“Pusing sikit.”Cempaka ikut
arahan Luqman.Badannya dipusing sedikit ke kanan.Luqman menekan
sesuatu.Tiba-tiba keluar beberapa keeping gambar hitam putih dari mesin.Dia melihat-lihat
seketika.
“Staff Nurse.Esok kita akan buat
laporoscopy cystetomy untuk staff
nurse Cempaka.”Kak Zakiah mengelap perut Cempaka dengan tisu.Bajunya kembali
diturunkan.
“Kak Zakiah tolong ambil rekod
Cempaka.Bawa sini.”Zakiah cepat-cepat keluar.Cempaka betulkan baju sedikit.Dan
turun dari katil.Dia mahu cepat-cepat kembali ke wad.Tiba-tiba.
“Malam ni puasa.Jangan minum dan
makan lepas pukul sepuluh.”Dia dengar suara Luqman yang hanya beberapa inci
darinya.Mata Luqman tetap di skrin.Dan Cempaka ditepinya.
‘Saya tahu Luqman prosedur itu.’
“Saya tahu.”Cempaka balas dengan
suara yang amat perlahan.Dia masih teragak-agak untuk turun dari
katil.Kedua-dua kakinya sudah dijuraikan kebawah.
“Saya…saya balik wad dulu.”
“Cempaka Elina.”kali ini Luqman
berpaling.Bertentangan mata dengan Cempaka.Beberapa saat juga mereka
bertentangan.
“Maaf tak menjenguk masa di
hospital besar.”Cempaka angguk.
“Saya faham.”
“Apa yang Cempaka faham?”
“Saya faham kalau saya
sebenarnya bukan sesiapapun pada doktor Luqman Harith.”Cempaka tunduk.
“Cempaka..saya..”Ayat Luqman
mati bila Zakiah sudah muncul dimuka pintu.
“Ni rekodnya doktor.”Cempaka
pandang Luqman sekilas sebelum terus melangkah keluar.
‘Duhai hati tolonglah jangan
menangis….’
Luqman memerhatikan Cempaka yang
nyenyak tidur.Rambutnya yang separas bahu dibiar lepas.Ada beberapa jurai
menutupi sebahagian dahinya.
Rasa mahu
sahaja dikejutkan Cempaka dari lenanya yang pulas.Tapi dia tidak mahu
membangunkan Cempaka.Luqman hanya berdiri di tepi pintu.
“Cempaka Elina….”Tiba-tiba nama
itu bermain dibibir nya.Luqman berjalan menghampiri katil Cempaka.
“Kasihan dia doktor.”Zubaidah
yang turut sama berada di dalam bilik tiba-tiba bersuara.
“Rezeki masing-masing
kak.”Ditariknya kerusi perlahan-lahan dan duduk ditepi katil.Tidak dipedulikan
mata-mata yang memandang.
Cempaka masih
lena.Mungkin kesan ubat yang diambil.Lengannya sudah dimasukkan air.Dan sebelah
lagi dicucuk iv Drip untuk bekalan darah esok.
Luqman masih ralit memerhatikan
Cempaka yang sedang tidur.Di meja kecil ada sejambak bunga.Luqman tahu bunga
itu pemberian siapa.Sebab tadi dia Nampak Mathew masuk dengan sejambak bunga
ditangan.
Cempaka tiba-tiba
gelisah.Matanya dibuka perlahan-lahan.dalam kesamaran dia Nampak Luqman sedang
duduk dikerusi memerhatikan bunga pemberian Mathew.
“Luqman.”Cempaka seakan
berbisik.
‘Mimpikah dia bila Luqman sedang
tersenyum padanya?’
“Tidurlah.”Cempaka buka mata
luas-luas.Cepat-cepat dicapai tudung yang tersangkut ditepi katil.
Dia bukan bermimpi.Memang Luqman
Harith sedang duduk disebelahnya.
“Nanti-nanti pun saya tengok
juga kan?”Cempaka pandang wajah Luqman.Dia marah dengan kata-kata Luqman.
“Selepas saya sah jadi isteri
awak.Tapi bukan sekarang saat saya bukan muhrim awak.”Luqman pandang
Cempaka.Dia tersenyum.
“This is not funny Luqman.”Memang
Cempaka marah.
marah sangat-sangat bila Luqman
datang dan tengok dia sewaktu sedang nyenyak tidur.
“Kalau Mathew tak pe pula?”
“Mathew tak pernah tengok saya
tanpa tudung.Setiapkali dia nak datang dia bagitahu dulu.Bukan main terjah macam
ni.”
“Do I need your permission Cempaka Elina to see my patient?”
“I know I’m your patient doktor.Tapi janganlah main terjah macam ni
je.”
“Then macamana.Atau everytime
saya nak rawat patient kena sms kat diorang dulu?Kena buat appointment?Macam
tu?”
“Saya tak lah cakap macam
tu.Tapi sekarang bukan waktu rawatan kan?”Cempaka sudah menyandar di kepala
katil.
Luqman letakkan kedua-dua
tangannya diatas katil.Hampir sekali dengan jemari Cempaka.Jemarinya
bermain-main dengan telefon bimbitnya.
“Puasa?”Cempaka angguk.
“Tahu tak risiko cyst
ni?”Cempaka angguk lagi.Mestilah dia tahu.Dia kan jururawat.
“Kenapa?Doktor Luqman nak
putuskan pertunangan kita ke?”
“Kenapa cakap macam tu?Dan apa
kena mengenanya Cyst ini dengan pertunangan dan perkahwinan kita nanti?”
“Yelah normally orang yang ada
cyst kat ovary ni susah nak dapat anak.Takut doktor menyesal pula
nanti.”Cempaka cakap yang benar.Banyak yang dia dengar kes susah untuk hamil
akibat komplikasi ovarian cyst.
Luqman senyum-senyum pandang
Cempaka.
“cempaka nak anak dengan saya
ke?”Cempaka terkejut dengan pertanyaan Luqman.Pastinya orang dah kahwin
mestilah nak zuriat.Tapi Cempaka terlupa yang dia bukan isteri pilihan.Mana
mungkin Luqman nak datang padanya nanti.
“Sorry saya lupa saya bukan
calon pilihan.”
“Saya Tanya Cempaka nak anak
dengan saya ke?”Luqman mengulangi soalan yang sama.Cempaka alihkan wajahnya ke
tempat lain.
“Saya nak tidurlah doktor.Dah
lah penat tak boleh makan minum.Banyak bersembang karang buat saya dahaga
je.”Cempaka kembali berbaring.Tudung kepalanya masih tersarung elok.Dia pandang
Luqman yang hanya beberapa inci dari wajahnya.
“Doktor pergilah saya nak tidur
ni.”Gesa Cempaka.
“Bila marah panggil doktor
ye?”Cempaka tarik wajah masam.
“Tidurlah.”
“Habis tu takkan nak duduk sini
sampai pagi.?”Luqman Cuma tersenyum.
“Suka hatilah.”Matanya sudah
ditawan rasa mengantuk.patah lagi perurnya berkeroncong.Pantas sahaja matanya
dilelapkan.
Luqman Cuma tersenyum.
‘Cempaka Elina…’sekali nama itu
berbekas dihatinya.
Cempaka dipakaikan pakaian hijau
pembedahan.Cover head berwarna putih diletakkan diatas kepalanya.
Dia menanti petugas untuk
membawanya ke bilik pembedahan.
‘Its ok Cempaka.Cuma minor
operation sahaja.’Dia menyedapkan hatinya.Walaupun dia seorang jururawat tapi
dalam keadaan macam ini timbul juga rasa gementar.
Cempaka dibawa ke dewan bedah
tepat jam 10 pagi.Di dalam ada doktor Hasbul pakar bius,Luqman dan doktor
Mathew.
“Are you ok?”Mathew
mendapatkannya sebaik sahaja dia dibawa masuk ke dewan bedah.”Cempaka angguk.
“staff nurse Cempaka,saya akan
bius sepenuhnya.”Cempaka angguk pada doktor Hasbul.Matanya terpandang Luqman
yang sedang melihatnya.Dia tersenyum pada Luqman.Dia tidak tahu samada Luqman
membalasnya atau tidak kerana Luqman memakai cover mask.
Tiba-tiba pandangan mata Cempaka
semakin kabur dan akhirnya dia terus lena tanpa mimpi.
’take care!!!’
Cempaka baca
nota kecil itu lagi.Dia baru sahaja makan ubat pemberian kak Norita.Pagi tadi
Luqman datang memeriksa.Kata Luqman esok pagi dia dah boleh keluar.Dia dapat
cuti seminggu.cempaka lega.Dia ada terfikir nak balik kampung tapi dia tidak
mahu keluarganya tahu dalam keadaan dia macam ini.Akhirnya dia buat keputusan
cutinya akan dihabiskan disini sahaja.
“Hai..”Doktor
Mathew masuk dengan bungkusan ditangan.
“Apa ni doktor?”
“chicken
porridge from marry brown.”Luqman menarik kerusi dan duduk disebelah
Cempaka.Dia perasan ada jelingan tajam dari Marlia di luar.
“Terima kasih.”
“Makanlah atau
nak saya suapkan.”
“No need
doktor.Saya boleh makan sendiri.Sekejap lagi saya makan ok.”Mathew angguk.
Mathew senang
berbual dengan Cempaka.Banyak tentang gadis ini memikat hati dia.Tapi Mathew
tahu kalau hati Cempaka sudah dimiliki.Cuma baginya apa salahnya dia mencuba.
“I went church this morning and pray for
you.”
‘Ikhlasnya
mathew buat Cempaka begitu terharu.Biarpun
berbeza agama Mathew tetap mendoakan kesihatannya.
“Terima kasih.”
Luqman masuk
bersama kak Norita.Membawa dokumen ditangan.
“Hai
math!”Mathew tersenyum pada Luqman.Tetap tidak berganjak dari situ.
“Hai
Man.”
“Staff
nurse Cempaka Elina,saya nak buka plaster.”Cempaka faham.Dia kembali
berbaring.Malu sebenarnya bila Luqman dan Mathew ada disitu.
“Ok.I keluar dulu.Please makan
bubur tu.”Cempaka angguk.Senyum pada Mathew tanda ucapan terima kasihnya.
Luqman buat-buat tidak Nampak.
Kak Norita menaikkan baju
Cempaka.Disebelah kiri perut Cempaka ada plaster berukuran 8cm.Luqman
menghampirinya.Cempaka rasa tubuhnya seram sejuk.Di bahagian ari-ari dan di
pusat.Laporoscopy dibuat di tiga bahagian yang mana salah satunya dimasukkan
kamera kecil.
“Tahan sikit.”Cempaka angguk.
Luqman pegang hujung
plaster.Dengan sekali sentap plaster ditarik Luqman.
Macam tak ada belas kasihan
langsung.
“Aduh..”Cempaka tahan sakit.Mana
tak sakit.Luqman tarik dengan kuat.Luqman kemudian memeriksa luka pembedahan
tanpa memperdulikan jeritan dan kesakitan Cempaka.
“Nak balik?”Cempaka angguk.
“I cant hear your answer.”Suara
Luqman kasar sekali.
Kenapa nak marah-marah.
“Nak balik.”Cempaka jawab
sedikit meninggi.Kak Norita sudah keluar.
“Balik kampung?”Cempaka geleng
lagi.Tapi cepat-cepat dia bersuara bila Luqman tidak pandang ke arahnya.
“Tak duduk sini je.”Kali ini
baru luqman pandang Cempaka.
“Siapa nak jaga duduk
sini?Mathew?”
‘Astaghfirullah….takkanlah
Mathew yang nak jaga kot.’
“Tak lah duduk sendiri lah dalam
asrama.Lagipun abah kan baru pulih.Nanti terkejut pula kalau tahu saya kena
operation.”Luqman meletakkan kedua-dua tangannya ke atas meja kecil dihadapan
katil.Cempaka masih baring.Kesakitan masih terasa walaupun hanya pembedahan
kecil.
“Siapa nak jaga?”
“Jaga sendiri lah.Nak makan
nanti kirim je kat Nani.”Luqman kenal dengan staff nurse Harnani yang bertugas
di Ortopedik.Kawan baik Cempaka.
“Kalau Nani kerja syif?Tahan
lapar sampai Nani balik?”Cempaka diam.Menelaah kebenaran dari kata-kata Luqman.Yelah
kalau Nani kerja pagi takkan dia nak tahan lapar sampai pukul dua?
“Habis nak buat macamana?”Itu
sahaja pilihan yang dia ada.Takkan nak pergi taiping rumah Haikal.Nanti
menyusahkan Haikal pula kena ambil cuti.
“Nak balik ni dengan apa?”
“Jalan kaki.”Cempaka berkata
perlahan.
“Ok.”
‘ok je?Tak ada ke rasa nak
tolong hantar?Cempaka tengok meja kecilnya yang sarat dengan
barang-barang.Macamana dia nak bawa semua ini jalan kaki.Nak tegakkan badanpun
sukar sangat.
“Discahrge hari ini.”Luqman
menulis sesuatu lantas membawa rekod Cempaka keluar ke kaunter.
‘Sedihnya Cempaka…’
Berhati-hati Cempaka melangkah
keluar dari bilik air.pakaian hospital sudah ditukar kepada sepasang baju
kurung.Dia mengemaskan keperluan nya yang dibawa Nani.Satu beg berisi pakaian,tuala
dan barang keperluan harian.Termos,mangkuk dan cawan dimasukkan ke dalam raga
kecil bertangkai.
Cempaka membawa beg dan raga
berhati-hati kea rah kaunter.
“Nak balik dengan apa
ni?”Zubaidah dan Norita sama-sama memandang kea rah Cempaka.Marlia hanya
menghadiahkan jelingan tajam. Cempaka buat tidak kisah.
“Boleh kak jalan pelan-pelan.”
“Jauh juga tu.Tak pe
barang-barang tinggal nanti akak hantar lepas habis kerja.”
“Tak pelah kak Zubaidah.”
“Its ok.Kereta saya dah ada kat
bawah tu.”Masing-masing memandang kea rah pintu.Mathew sedang tersenyum.
“Tak pelah doktor.Saya boleh
balik sendiri.”Segan juga kalau Mathew nak hantarkan dia ke asrama.Nanti apa
pula orang kata.
“Cempaka,you baru sahaja
operation.You cant walk lagi.Let me send you back Cempaka Elina.”Cempaka masih
serba salah.
“Pergilah Cempaka.At least
doktor Mathew boleh hantarkan terus ke asrama.Tak payah nak jalan kaki.
“Tak pe kak?”
“la..kenapa pula?”
“Cik Cempaka ni takut kena
gossip.”Cempaka senyum.Bukan dia takut orang mengata Cuma bimbang kalau ada
yang salah tafsir.
Akhirnya kakinya melangkah
mengikut Mathew ke kereta dibawah.
“Mana staff nurse Cempaka kak
Zubaidah?”Luqman pandang katil Cempaka yang sudah ditukar cadar baru.
“Dah baliklah.Kan doktor bagi
discharge tadi.”
“Cepatnya dia balik dengan apa.?”Ada
nada kesal dalam suara Luqman.
“Dia nak balik jalan
kaki.Kasihan tengok bawa beg kiri kanan.Last doktor Mathew hantar dia balik
asrama.”Kedengaran satu keluhan dari bibir Luqman.
‘Em..terlewat ye doktor.’Kata
hati Zubaidah.Dia yakin Luqman tergesa-gesa kemari untuk hantar Cempaka pulang
ke asrama.
Tadi Luqman ada emergency
case.Kes uri reput.Sebab itu dia tergesa-gesa keluar selepas buat discharge
form.
Luqman masih memerhati katil
Cempaka.Bagai terbayang Cempaka disitu.Dia pandang telefon bimbit
ditangan.Berkira-kira mahu menghubungi Cempaka atau tidak.Akhirnya Luqman terus
melangkah pergi.
Cempaka sudah selesa dikatil.Dia
pandang ke bawah.Lepas Mathew menghantarnya ke bawah dia meminta bantuan dari
temannya yang lain untuk ke bilik.Sempat mathew menghulurkan bungkusan nasi.
‘Terima kasihnya dia pada
Mathew.’
Cempaka pandang ke arah wad
bersalin.Sebelum matanya terarah pada jalan raya.
‘Bosannya.’untuk menghabiskan
seminggu disini.Kalau dia tak sakit mahu sahaja cuti-cuti macam ini dihabiskan
di Teluk Kumbar.Sekurang-kurangnya mencari ketenangan di Jeti.
Ketukan di pintu bilik
membuatkan Cempaka bangun perlahan-lahan.
“Kak Cempaka.Doktor Luqman nak
jumpa akak.”Staff nurse Linang,gadis Iban dari Sabah muncul dipintu.
“Doktor Luqman.?”
“Ye kak.Doktor Luqman pakar
Gynae.”Cempaka sudah tahu Luqman mana.
“dia kat mana?”
“Kat bawah tu je.”
“Kejap lagi akak turun.Terima
kasih.”Linang angguk sebelum berlalu.
Cempaka turun
perlahan-lahan.Kesakitan masih terasa.
“nak apa pula Luqman ni?’
“Assalamualaikum.”Cempaka bagi
salam bila Luqman membelakanginya.Luqman berpaling.
“Waalaikumusalam.”Cempaka duduk
perlahan-lahan dikerusi batu.Tak tahan rasanya berdiri lama-lama.
“Balik dengan siapa?”
“Doktor Mathew hantar.Saya tak
nak tapi dia nak hantar juga.”Luqman duduk disebelah Cempaka.
“Duduk rumah saya?”
“Nak buat apa?”
“Sementara luka pembedahan tu
sembuh.Lagipun tak boleh makan sebarang kan?”
“Tak pelah doktor.Saya boleh
duduk sini.Lagipun ada ramai kawan-kawan.”
“Nak makan minum macamana?”Cempaka
diam.
“Kalau Nani tak ada saya call
kak Kiah kantin tu suruh hantar nasi bungkus.Lagipun tak elok kalau saya duduk
rumah doktor.Kita bukan muhrim.Pertalian kita Cuma ikatan pertunangan.Bukan
lesen untuk tinggal bersama.”
“Ok lah kalau macam tu.”Baik
Luqman mahu Cempaka masing-masing mendiamkan diri untuk beberapa waktu.
“Awak tak kerja ke?”Luqman
senyum kecil.Cempaka bila marah pasti panggilnya doktor.Kalau tak awak je.
“Kerja.Doktor Megat take
over.Saya keluar sekejap.Lagipun dah tak ramai orang kat klinik petang-petang
ni.”Cempaka angguk.
“Sekejap lagi saya hantarkan
nasi.”
“Saya dah makan.Doktor Mathew
bagi nasi bungkus tadi.”Luqman diam.
“Saya..saya naik dulu.”Luqman
pandang Cempaka sebelum mengangguk.Cempaka bangun.Entah kenapa dia sukar
mengimbangi tubuhnya sehingga hampir terjatuh.
Mujur Luqman sempat pegang
tangannya.
“Terima kasih.”Cempaka tarik
tangannya dari pegangan Luqman.Cepat-cepat dia berjalan kembali ke
asrama.Luqman hanya pandang dalam diam.
‘Aduh semakin kuat debaran dihati
Cempaka.’
“Eh dengar staff nurse Cempaka
minta tukar ye?”Perhatian Luqman pada repot di atas meja terhenti.Dia buka
telinga untuk terus mendengar apa yang akan diperkatakan lagi.
“Dengar macam tu jugalah.Dia dah
isi borang pertukaran online.Rasanya tukar balik ke Penang kot.”Luqman tarik
nafas.
“Kenapa dia minta tukar?
“Entah.Dia tak cakap pun.”
“Assalamualaikum.”Tiba-tiba
muncul seorang lelaki di kaunter.Luqman buat tidak kisah.Fikirnya mungkin waris
pesakit.
“Ye encik ada apa?”
“saya nak jumpa staff nurse
Cempaka.”Tapi sebaik sahaja nama Cempaka keluar dari bibirnya,Luqman tiba-tiba
mendongak.Dihadapannya ada seorang lelaki tinggi lampai berkemeja dan lelaki
inilah yang bertanya tentang Cempaka.
“Staff nurse Cempaka cuti
sekarang ni.Dia mc sampai minggu depan.”Zakiah menerangkan.
“Oh ye ke?Boleh saya tahu alamat
dia?”Zakiah serba salah.
“Saya kawan dia.Fikri.”
“Maaflah kak tak boleh
bagitahu.Kenapa tak call dia je.”Ada keluhan dari lelaki bernama Fikri ini.
“Dah call.Tapi dia dah tukar
nombor agaknya.”
Dahlia tiba-tiba menyampuk.
“Betul ke kawan Cempaka?”Fikri
angguk.
“Boyfriend Cempaka ke?”Seorang
jururawat bertanya.Fikri Cuma tersenyum.
Kenapa ye senyuman lelaki ini mengundang
rasa sakit dihati Luqman.
Fikri berlalu sebaik sahaja Zakiah
menyerahkan sekeping kertas kecil nombor telefon Cempaka.
Dan Luqman terus diam dalam
tanda tanyanya tentang Fikri.
Luqman
memerhatikan dari jauh sepasang teruna dan dara yang duduk di kerusi batu.Mahu
sahaja kakinya melangkah dan bertanya apa perlunya lelaki itu bertemu wanita
itu.Tapi tidak bergerak kakinya melangkah.
“Nak apa lagi
datang sini?”Terkejut Cempaka bila Fikri tiba-tiba menghubunginya.
“Nak minta
maaf.”
“Dah lama saya
maafkan awak Fik.Awak tak salah pun.”
“Saya
salah.Tinggalkan awak sedangkan saya berjanji untuk bersama awak.Saya musnahkan
maruah awak.”
“Saya dah lupa
dah hal tu.Masa tu kita masing-masing masih muda lagi Fik.Terburu-buru buat
keputusan sehingga mengenepikan peranan keluarga kita.”
“Tapi saya
tetap rasa bersalah Cempaka.”
“Saya kata
tadikan..bukan salah awak.Saya terima takdir ini dengan hati terbuka.Mungkin
ada hikmahnya Fik.”
“Saya dengar
Cempaka dah bertunang?”Cempaka angguk.
“Siapa?”
“Doktor.Kat
sini juga.”Balas Cempaka.
“Tahniah.”
“Thanks.”
“Fikri…saya
rasa tak perlulah awak jumpa saya lagi.Saya dah nak kahwin.”Fikri diam.
“Saya
faham.Saya datang ini pun Cuma nak bertanya khabar.Lega hati saya tengok
Cempaka baik-baik saja.Saya minta diri dulu.”Fikri bangun.
“Fikri….”Fikri
tidak jadi melangkah.
“Saya doakan
awak bahagia”
“Terima
kasih.”Cempaka Nampak Fikri berlalu pergi sepertimana dia Nampak kenangan nya
bersma Fikri hilang ditelan kabus banjaran titiwangsa.”
Cempaka baca
nota kecil berulang kali.kali ini kad kosong tanpa apa-apa lukisan.
‘thanks
to make me hurt.’
Kali ini Cempaka
tidak faham.Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh nota dalam kad kecil.
‘Mathew?Apa
yang dia buat sampai Mathew terluka.Tapi benarkah Mathew yang hantar kad-kad
kecil ini?’
Sekarang
Cempaka mula keliru.Kalau dulu dia pasti Mathew yang hantar nota-nota ini
semua.Tapi tadi Mathew ada datang bertemunya.Baik-baik sahaja Mathew bertanya
khabar.
Cempaka mula
bekerja seperti biasa.Kesakitan dan luka pembedahan sudah pulih
sepenuhnya.Terima kasih pada Mathew yang mengirimkan padanya gel gamat bagi
membantu mempercepatkan proses baikpulih luka pembedahan.
Cempaka kembali
ke kaunter setelah selesai memeriksa tekanan darah beberapa pesakit.Diari
hariannya dibuka.Tiba-tiba ada sekeping kad kecil lagi.Kali ini gambar
pergunungan.
‘Welcome
back.Please smile bcoz I miss it.’
Kenapa ye nota
dalam kad kecil itu mampu buat Cempaka tersenyum sendirian.
“Bila start
kerja?”Sergahan dari seseorang dikerusi sebelah menyentak Cempaka.Sejak bila
Luqman sudah ada disebelah.Dia Nampak kah Cempaka baca kad kecil ini?
“Hari ini.”Balas
Cempaka ringkas.Cempaka cepat-cepat meletakkan kad kecil ke dalam diari
hariannya.
“Dah sihat?”
“Dah.Terima
kasih sebab selalu suruh orang hantar makanan.”
“My
responsibility kan?”
“Tak..belum
lagi.Kita Cuma baru bertunang.”
“Hanya untuk
lagi dua bulan.Then you’ll be mine.”Cempaka sedikit tersentak dengan kata-kata Luqman.Sedar
tidak sedar Cuma tinggal lagi dua bulan mereka akan berkahwin.Bersediakah dia?
“Assalamualaikum.”Cempak
dan Luqman sama-sama mendongak.Fikri muncul tiba-tiba dengan segaris senyuman.
“Fikri?”Cempaka
terkejut.Luqman cuba berlagak biasa.
“Maaflah saya
Fik datang sini.Fik dah nak balik.Boleh Fik jumpa Lin sekejap?”
“Lin tengah
kerja.”
“Macam tu tak
apalah.
’Its feel lost when you not around.’
Cempaka senyum pada kad kecil
yang diletakkan didalam peti suratnya.Nani yang tolong ambilkan tadi.Sekurang-kurangnya
kad kecil ini mampu membuatkan dia tersenyum.
“I’ll be there.”Katanya sendirian pada kad kecil tersebut.
Cempaka masih di kerusi
didapur.Sesekali dia pandang jam yang semakin menginjak jauh.
“Buat apa kat sini lagi.Luqman
dalam bilik nu.”Salmah menampar bahu Cempaka.
“Sekejap kak Yang masuk lah.”
“Tak baik biar Luqman tunggu
lama kak Yang.”Cempaka pandang wajah Salmah.
Malasnya mahu ke bilik.Di satu
sudut pinggan mangkuk yang sudah siap dicuci tersusun rapi.Periuk belanga masih
di khemah luar tunggu masa untuk dicuci esok pagi.
Cempaka kuak pintu bilik.Luqman
sedang bersandar dikepala katil dengan majalah Mastika ditangan.Sebaik sahaja
Luqman Nampak Cempaka,segera majalah Mastika diletakkan di tepi.
Cempaka hilang bicara.
Cempaka duduk diatas
katil.Membetulkan cadar yang sebenarnya lebih untuk menghilangkan rasa gemuruh.
“Yang lain dah tidur?”Cempaka
angguk.
“Mak baru masuk tidur.”Jawab
Cempaka.
“Cempaka?”Cempaka pandang
Luqman.
“Nak tidurlah ni.”Cempaka
baring.Selimut ditarik ke paras dada.Luqman masih duduk.
“Kenapa tak nak tidur?”Tanya
Cempaka bila dilihatnya Luqman asyik sangat memerhatikannya.
“Saya nak Tanya sikit.”Luqman
pandang wajah Cempaka tepat-tepat.”
Cempaka bangun.bersandar di
kepala katil yang masih dihiasi cantik.Luqman bersila dengan pelekatnya.
“Apa dia?”Dikuis sedikit rambutnya
yang berjurai didahi.
“Kalau saya nak kahwin satu lagi
boleh?”
Bagai disentap oleh
sakaratulmaut jantung Cempaka saat ini.Malam pertama bukan kata-kata romantis
yang diucapkan,bukan belai manja yang diberi tapi permintaan yang bisa saja
mencarikkan hati wanita-wanita bergelar isteri.
‘Malangnya Cempaka.’
“I’m asking you and I wait your answer.”Cempaka ketap bibir.
“Kalau itu yang akan
membahagiakan awak Luqman Harith saya redha.”
“Kenapa Cempaka redha?Kerana
saya bukan pilihan Cempaka?Then kenapa terima pinangan saya?”
“Bukankah awak bertanyakan
soalan tadi Luqman.Saya hanya menjawab.”
“Soalan saya yang kedua?”
“Yang mana?”
“Kenapa diterima pinangan saya
andai saya bukan pilihan?”
“Luqman Harith…..soalnya bukan
awak tapi saya yang bukan Nisa’ pilihan.”
Luqman diam tidak membalas
kata-kata Cempaka.
“Betulkan Luqman Harith.Terlalu
banyak perbezaan antara kita.Awak..saya..kita bagaikan orang asing.”Dikuak
sedikit rambutnya ke tepi.
“Kita berbeza dalam dunia yang
sama.Taraf pendidikan,keluarga latar belakang yang berbeza.Mana mungkinkan
doktor Luqman Harith jatuh cinta pada staff nurse Cempaka Elina?”
“Kenapa tak mungkin?”Luqman
balas dalam suara yang sungguh gemersik.
Aduh hati berhentilah berlari….
“Luqman…saya berdiri
dicermin.Melihat diri saya dan awak dibelakang.Walaupun saya Nampak awak dalam
cermin tapi hakikatnya awak jauh dengan saya.”
“Awak cintakan saya
Cempaka?”Cempaka diam.Dia tiada jawapan untuk soalan Luqman.
‘Luqman cinta itu bukan untuk di
nyatakan tetapi cinta itu untuk dirasai.Perlukah ada pengakuan tentang cinta
sedangkan kamu mampu merasakannya?’
“Jawab pertanyaan saya
Cempaka.”Cempaka hanya pandang Luqman.
Saya tidur dulu Luqman.”Cempaka
lantas kembali berbaring.Dipusingkan tubuhnya mengadap dinding.Dicuba pejamkan
mata walaupun dirasakan amat payah sekali.Setitis airmata Cempaka gugur jua.
Malam pertama yang sepatutnya
dihiasi dengan keindahan membawa kenangan pahit untuk Cempaka kenang sepanjang
hidup.
Cempaka sedar jam 6.15
pagi.Dipandang sebelah Luqman tiada.Tiba-tiba dia Nampak Luqman sedang berdiri
di tingkap Cermin.Cempaka lekas-lekas bangun.dicapainya tuala dan terus keluar
ke bilik air.
Usai solat di tingkat bawah
Cempaka kembali ke atas.Luqman sedang duduk dibirai katil.
“sekejap tunggu abah balik solat
subuh dari masjid dulu lepas tu sa..sarapan.”Sukarnya nak ungkapkan kata-kata
walaupun Luqman sudah menjadi suaminya yang sah.
“Tak pe sayapun tak biasa makan
awal.”Cempaka ingin melangkah keluar bila Luqman memanggilnya.
“Ada apa?”Rambutnya separas bahu
diikat satu.Luqman menepuk katil menandakan menyuruh Cempaka duduk
disisinya.Cempaka akur.Cuba dibuang rasa sakit hati malam tadi.
Tiba-tiba tangan Luqman sudah
berada di rambutnya.Perlahan-lahan Luqman meleraikan getah pengikat rambut
Cempaka.
Hati Cempaka sudah tidak
menentu.
“Tak elok ikat rambut masa
basah.Nanti rambut sakit.”
Hai Luqman bila pula pakar Gynae
bertukar jadi pakar rambut Yun Nam Hair care?
“Dah biasa ikat.”Cempaka jawab
sepatah.
“Ada apa?”Cempaka ulang soalan
yang sama.
“Tak boleh ke saya nak duduk
dengan isteri sendiri?”
Pertanyaan Luqman dijawab dengan
berdiam diri.
“Sekejap lagi saya nak keluar
sekejap.”Kali ini Cempaka alihkan pandangannya pada Luqman.
“Pergi mana?”
“Jumpa kawan.”
‘Jumpa kawan ke jumpa kekasih
hati?Kan dia duduk kat sini?’
Cempaka hanya angguk.
“Nak ikut?”Cempaka geleng.
Sedihnya orang lepas kahwin
mestilah nak berjalan berdua tapi dia…
“Kenapa tak nak ikut?”
“Nak tolong mak kat
rumah.Rumahpun tak berkemas lagi.Tengahari pula orang datang nak ambil
pelamin.Pinggan mangkuk pun nak basuh.Awak pergilah.”
Ikut Luqman dan saksikan suami
bermesra dengan wanita lain?Huh mati hidup semula pun Cempaka tak nak.
“Saya pergi sekejap sahaja.”
“Tak pe..pergilah.”Wajah Cempaka
dipandang lama.
Luqman pulang bila petang sudah
mula melabuhkan tirainya.Saat muazin melaungkan azan maghrib dari surau
berhampiran rumah.
Tadi bila abah dan mak Tanya
Cempaka cakap Luqman jumpa kawan kat hospital Pulau Pinang.Tapi Cempaka tahu
kalau Luqman sebenarnya jumpa dengan Dyja tu.Tak payah cakap pun Cempaka dah
tahu.
“Makan Man.”Salmah menyenduk
nasi ke pinggan Luqman.Sejak Luqman balik maghrib tadi Cempaka elakkan diri dari
bertembung.Luqman kat atas dia di bawah.Tapi waktu makan macam ini mana Cempaka
nak lari lagi.Nanti kalau mak membebel tak tahu nak layan suami,Cempaka juga
yang panas telinga.
“Kak Yang senyap je?”Kebisuan
Cempaka ditegur Saiful.
“Tak ada apalah.Kak Yang
penatlah.”Cempaka terus menyuapkan nasi ke dalam mulut tanpa menghiraukan
Luqman yang sesekali membuang pandang ke arahnya.
Biaralah dia tahu kalau hati
Cempaka sakit.Tidak berhak kah Cempaka marah sedangkan Luqman kan suami Cempaka
yang sah?
Cempaka sengaja berlama-lama di
dapur membasuh pinggan mangkuk.Luqman diatas berbual dengan Abdul Rahman dan
salmah.
Cempaka sedang duduk di kerusi
dapur bila Luqman turun ke bawah.
“Why?”Cempaka mendongak.
“Apa dia?”Luqman tarik
kerusi.Duduk berhadapan dengan Cempaka.
“You hide something from me?”
‘Saya atau awak yang sedang
menyembunyikan sesuatu wahai Luqman?’
“Tak ada apa yang saya nak
sembunyikan.Mak dengan abah mana?”
“Dah masuk tidur.”Cempaka
angguk.
“Awak pun pergilah masuk tidur
dah tengah malam ni.”
“Tomorrow we’ll be back to kl.Resepsi.”Cempaka tahu lusa majlis
resepsi akan diadakan di rumah mertuanya di kuala lumpur.Dia angguk sebelum
menjawab.
“Saya tahu.”
“Dah habis kemas barang?”Cempaka
geleng.
“Sekejap lagi.”
“Cempaka Elina..ada sesuatu yang
saya perlu tahu ke saat ini?”
“Tak ada apa.Kan saya cakap dah
tadi.Atau mungkin awak yang menyembunyikan sesuatu dari saya?”
Cempaka tahu serkap jarangnya mengena bila
buang pandang kea rah lain.
“Saya naik dulu.”Malas dia mahu
menunggu jawapan Luqman sedangkan dia sudah pun tahu jawapan itu.
Sampai di bilik telefon bimbit
Luqman yang diletakkan diatas katil berbunyi.Bagai tindakan refleksi Cempaka
membaca mesej yang tertera.
+Dyja tak ada niat nak buat abang
runsing.maafkan Dyja kalau pertemuan tadi buatkan abang susah hati.Dyja sayang
abang.
Luluh hati Cempaka
membaca mesej yang tertulis.Ada perkataan sayang dari wanita lain untuk
suaminya.
Telefon bimbit Luqman digenggam
kuat.Tiba-tiba dari ekor matanya dia Nampak Luqman sedang berdiri di pintu memerhatikannya.
“Maaf saya tak sengaja nak
baca.”Telefon bimbit dikembalikan dan Cempaka cepat-cepat keluar.
Luqman memeriksa telefon
bimbitnya.Membaca sekilas mesej yang baru dihantar Dyja.Luqman menarik nafas
panjang.
‘Apa lagi yang perlu dikatakan
kalau Cempaka sendiri yang membacanya.’
Cempaka duduk diatas buaian
diluar rumah.Dia mahu menangis.
“Dah malam ni.”Satu suara
menyergahnya dari belakang.Luqman berdiri di belakang.
“Saya nak duduk disini
sekejap.”Luqman duduk disebelah Cempaka.Tiba-tiba jemarinya meraih jemari
Cempaka.
Cempaka mahu menarik jemarinya
tapi genggaman Luqman semakin kuat.
“Jangan risau sebab saya tak
akan lepaskan Cempaka.”
“Kenapa?Kenapa mesti ada ikatan
antara saya dan awak andai hati awak untuk yang lain Luqman.?Kenapa perlu dirantai
saya kalau saya bukan sesiapa Luqman?”
“Bukan sesiapa?Cempaka isteri
saya.Yang sah.Yang saya ikat dengan ijab dan Kabul.Cempaka more than sesiapa dalam hidup saya hari ini.”
“Then siapa Dyja?Siapa dia
Luqman?”
Luqman diam.
“Kenapa tak jawab?Setiap detik
Luqman saya menunggu awak berterus terang tentang gadis itu.Kerana gadis itu
jugakah awak mohon keizinan untuk berkahwin lain di malam pertama kita?”
“Malam pertama?”
Cempaka diam tidak
menjawab.Dipalingkan wajahnya ke arah lain.
“Cempaka it’s complicated.Saya..awak..banyak
hati yang nak saya jaga.”
“Saya minta maaf Luqman.Saya tak
pernah tahu kalau awak sudah punya orang lain.Saya terima awak kerana abah
mahukan begitu.Kalaulah saya tahu awak sebenarnya ada orang lain saya akan
minta abah tolak pinangan dari keluarga awak.Tapi saya tak tahu.Saya hanya
mengikut apa kata abah dan mak.”
“Hati saya bukan untuk sesiapa
sebelum awak Cempaka.”Cempaka diam.Benarkah kata-kata awak Luqman.
“Siapapun dia tak akan sama
dengan Cempaka Elina.”
“Awak nak kahwin dengan
dia?”Luqman menarik nafas panjang.
“Saya tahu Cempaka bukan senang
saya nak kemudi dua bahtera dalam satu masa.Percayalah kalau saya punya pilihan
hanya Cempaka satu-satunya ratu hati saya.”
‘Lelaki..bijaknya
berkata.Cempaka sebak.Pengakuan Luqman membenarkan segala-galanya.Dia bakal
dimadukan.Kata-kata Luqman hanyalah penyedap bicara.Mana mungkin dia menjadi
ratu andai wanita itu yang dahulu hadir dalam hidupnya?’
“Bila?”Tanya Cempaka.
“Bila?”Balas Luqman.Tidak
mengerti.
“Perkahwinan awak dengan dia?”
“Saya belum berbincang dengan
mummy dan daddy lagi.”Cempaka tahu dia sudah tidak mampu lagi membendung
airmatanya.
“Saya masuk dulu.”Cepat-cepat
dia bangun dari situ.
Cempaka tahan sebak sehingga dia
terlena.Sedar-sedar tangan Luqman sudah melingkari pinggangnya.Entah kenapa
rasa sakit yang Luqman hadiahkan padanya menjadi sesuatu yang damai sekali bila
Luqman dekat dengannya.
Cempaka
menyepikan diri didalam bilik.Membiarkan Luqman sahaja berhadapan dengan
keluarganya.Dua hari sudah berlalu majlis resepsi yang penuh meriah disini.Dan
hari ini sampailah masanya Luqman membuka bicara tentang kenginan nya pada
keluarga.
Bunyi
ketukan dipintu menyentak sedikit Cempaka dalam dunia ciptaannya seketika
tadi.Kak Zah muncul dengan tiada sebaris senyuman.Tapi dari air muka kak Zah
Cempaka tahu wanita itu sedang menyelami isi hatinya.
“Mummy dengan daddy panggil
Cempaka kat bawah.Jom.”Lengannya ditarik perlahan kak Zah.Cempaka hanya
mengikut.Derapan langkahnya sama laju dengan degupan jantungnya.Bagai mahu
terhenti saat ini juga.
“Sit Cempaka.”Cempaka akur.Duduk
bersebelahan Darizah.Wajah Luqman yang sedang memerhatikannya dipandang
sekilas.
“Cempaka dah tahu?”Cempaka
pandang Luqman sebelum mengangguk mengiayakan pertanyaan doktor Maria.
“Mummy tak faham.You just married
for a week and now Luqman Harith you ask for married again.If mummy kat tempat
Cempaka dah lama Luqman mummy tinggalkan.”Masing-masing diam.Bila Doktor Maria
bersuara baik Luqman mahupun Darizah jarang mahu menjawab.
“What happened with you Luqman?I’m
not expect this from you.You know how
hard is polygamy?Kalau poligami tu easy daddy pun nak.But you kena pikul
tanggungjawab not just here tapi depan Allah.”Kali doktor Iskandar pula
menyampuk dalam pelat melayu campur inggerisnya.
“Cempaka..mummy nak Tanya
seikhlasnya.Kenapa Cempaka benarkan?”
“Maaf mummy,daddy dan kak
Zah.Apalagi seorang isteri mampu buat kalau suaminya mahu berkahwin
lain.Lagipun mungkin itu pilihan abang Luqman.Cempaka redha.”
“Cempaka kita bukan di era 60 an
yang suami boleh buat sesuka hati diorang je.Isteri pun ada hak dalam
perkahwinan.”
“Bukan masalah redha
Cempaka.Tapi Luqman tidak ada alasan yang kuat untuk bagitahu kami kenapa dia
perlu kahwin lagi.”Balas doktor Maria.
“Mum. I told you Man tak boleh
jawab kenapa Man perlu kahwin dengan Dyja.”
“Why?Atau ada sesuatu yang Man
rahsiakan dari kami?Something yang mummy dan daddy tak tahu?”Kali ini Darizah
bersuara.Sinis sekali.
“Kak Zah ingat Man jahat sangat
ke sampai nak buat sesuatu yang tak elok belakang-belakang?”Cempaka sekali lagi
hanya menjadi pemerhati pertengkaran Luqman dan keluarganya.
“Kak Zah tak tahu sebab sekarang
pun Luqman dah mengejutkan kak Zah,mummy and daddy.Its not imposible kalau Man
boleh buat sesuatu belakang kami.”
“Man betul nak kahwin dengan
dia?”Luqman angguk.Doktor Maria pandang Cempaka sebelum beralih pandang kea rah
Luqman.
“Mummy nak dia datang sini.Mummy
nak tengok dan kenal dia.Kemudian mummy akan buat keputusan.”Doktor Maria
bangun.Malas agaknya mahu berbalah lagi.Sakit hatinya dengan kelakuan anak
lelakinya yang seorang ini.Belajar je tinggi tapi otak sempit.
“You make mum mad at you.”Luqman
pandang doktor Iskandar.Apalagi yang dia boleh cakapkan.Dia pandang
Cempaka.Cepat-cepat Cempaka melarikan pandangannya ke arah lain.
“Sebab inilah kak Zah takut nak
kahwin Cempaka.”Cempaka bersama Darizah duduk diluar rumah.Luqman entah
kemana.Doktor Maria masih bercuti.Ada ditingkat atas.Tapi doktor Iskandar sudah
ke hospital.
“Tak semua lelaki tak baik kak
Zah.”
“Tapi kak Zah kasihankan
Cempaka.Tak patut Luqman buat macam ni.Kalau betul dia nak kahwin dengan
perempuan tu,kenapa dia setuju bila mummy pinang Cempaka dulu.Setahun lebih you
all bertunang tak ada masalah kalau dia nak putuskan pertunangan itu kan?”
“Entahlah kak Zah.Kalau ikutkan
sakit hati memang sakitpun hati Cempaka.Tapi Cempaka rasional.Apapun yang
berlaku semua ketentuan Allah swt.”
“Sekalipun Luqman nak kahwin
lain bukan ini masanya.Masa yang sepatutnya kamu berdua berbulan madu.Ni tak
baru seminggu kahwin dah minta nak kahwin lain.Hi..pening kepala kak Zah
ni.”Cempaka ketawa kecil dengar bebelan Darizah.
Yelah dia pun nak buat
macamana.Kalau tak izinkan boelh sahaja Luqman kahwin di sempadan atau luar
Negara.Nanti-nanti mesti Doktor Maria bertambah marah kalau itu yang
berlaku.Sejak semalam Cempaka sudah boleh terima.Dia tidak mahu sedih-sedih
lagi.Apa yang penting dia nak buang semua perasaan sayangnya yang baru nak
bercambah pada Luqman.
“Eh Cempaka cakap nak buat
laksa.”Cempaka senyum.Memang pagi tadi dia ada bagitahu Darizah dia nak buat
laksa utara.
“Nak pergi buat lah ni.”Darizah
dan Cempaka sama-sama senyum sebelum masuk semula ke dalam rumah.
Riuh rendah suara Cempaka dan
Darizah menyediakan laksa dibahagian dapur.Darizah akui kecekapan Cempaka di
dapur.
“Kak Zah nanti kalau kahwin
mesti suami boring.Yelah tak pandai masak.”
Cempaka ketawa kecil.Baru
haruman daun kesum bercampur bunga kantan smeerbak dari periuk.
“Tak pandai boleh belajar kak
Zah.”
“Luqman suka makan
laksa.”Pernyataan Darizah buatkan Cempaka yang sedang mengacau kuah didalam
periuk terhenti.
“Betul ke kak Zah?”Darizah
angguk.Memang itulah kegemaran Luqman dari kecil.Sampai kadang-kadang dua
minggu sekali pembantu rumah mesti sediakan laksa.
“Em sedapnya bau.Masak apa
ni?”Doktor Maria tiba-tiba muncul didapur.
“Cempaka masak laksa mum.Macam
tahu-tahu je Luqman suka makan.”
“Tak adalah mummy.Cempaka memang
selalu masak laksa ni.”
“Air tangan isteri ni
Cempaka..buat suami bertambah sayang tahu?”
Tapi mummy anak mummy tu tak
sayangkan Cempaka pun.Ini pun entah sudi entah tidak dia jamah.
“Luqman kemana Cempaka?”
“Tak tahu mummy.Pagi tadi abang
Luqman keluar tak cakap apa-apapun dekat Cempaka.”
“Puan Maria..encik Luqman
balik.”Kak Tijah muncul di muka pintu.
“Dah nak masuk petang baru nak
balik.Kemana je lah Luqman ini.”Bebel doktor Maria.
“Puan..encik Luqman bawa kawan.”
“Siapa?Ridzuan?”Memang itulah
kawan yang selalu bertandang ke sini.
“Bukan Puan.Perempuan.”Semua
yang ada disitu terdiam.Cempaka cepat-cepat alihkan perhatian kepada hirisan
timun bila dua pasang mata memerhatikannya.
Cepatnya Luqman kenalkan bakal
menantu kedua dalam rumah ini.
“Jom.”Sekali tangannya ditarik
Darizah agar mengikuti langkah doktor Maria ke hadapan.
“Tak pelah kak Zah.Cempaka kat
sini je.”Dia tidak mahu hatinya semakin sakit bila bertemu dengan Dyja nanti.
“Kak Zah nak Cempaka ikut.Kak
Zah nak tengok samada perempuan tu standing tak dengan adik ipar kak Zah
ini.”Cempaka menurut.
Di ruang tamu Luqman duduk
bersebelahan seorang perempuan berbaju kurung Pahang.Sekali pandang Cempaka
sudah kenal siapa dia.ditepi kakinya ada sebuah beg.Pasti wanita itu akan
bermalam disini.
“Luqman.”Panggilan dari doktor
Maria buatkan Luqman cepat-cepat bangun dari sofa.
Doktor Maria menghampiri anak
lelakinya itu.Diikuti Darizah dan Cempaka dari arah belakang.
Mata doktor Maria pandang
perempuan disebelah Luqman sekilas.
“Mummy ini Siti Khadija.”Dyja
bangun bersalaman dengan doktor Maria.
“Ini kak Zah.Kakak abang.Ini
pula Cempaka Elina.My wife.”Kenapa ye Cempaka tidak mampu pun untuk pandang
wajah Dyja walaupun gadis itu mengukir senyuman.
‘Abang?’Dengan dia tak pula ber
abang.’
“Duduklah.”Arah doktor
Maria.Cempaka duduk disebelah Cempaka.
“So,this is woman that you told us?”Luqman angguk.Cempaka tahu
Luqman mencuri pandang ke arahnya.Tapi sengaja dia tidak mahu memandang Luqman.
“Yes mum.”Kedengaran nafas
panjang dari doktor Maria.
“Luqman pergi naik atas.Cempaka
pun.Biar mummy dan kak Zah disini.Ada perkara yang mummy nak Tanya dia.”Cempaka
tahu dia yang dimaksudkan adalah Dyja.Luqman kelihatan teragak-agak untuk
meninggalkan ruang tamu.
“You don’t have to worry
Luqman.”Kali ini Darizah bersuara.
Cempaka pura-pura sibuk
membetulkan cadar bila Luqman masuk bilik.
“Cempaka..”
“Awak nak apa-apa ke?Saya ada
buat laksa.Kalau awak nak makan saya siapkan?”Sukarnya untuk berlakon
seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku diantara mereka.
“I know you hurt.But trust me,I’m hurt more than you.”Cempaka
keliru.Tidak faham apa yang cuba disampaikan Luqman.Jemarinya diraih Luqman.
“Cempaka tak faham.”Kenapa
luqman terluka pula sedangkan ini yang dia mahukan?
“I just want you know Cempaka Elina,this is not what I want.But its
complicated to explain.I just need your forgivness for all that has happened.”
“Can I ask you something?”Luqman angguk.
“One day kalau saya sudah tidak diperlukan lagi,saya minta untuk
lepaskan saya.I want free like
nightiangle in the darknes.”Hakikatnya tiada siapa yang mahu berkongsi
suami.Tapi saya faham Luqman kalau jiwa awak bukan untuk saya.”
“Why?”
“Luqman…I accept you as my husband sebab abah.Saya pernah kecewakan abah
dan keluarga.Saya tak mahu abah kecewa lagi.Tapi Luqman saya cukup memahami
cinta itu bukan satu paksaan.Baik awak mahupun saya,masing-masing tidak boleh
memaksa untuk jatuh cinta antara satu sama lain.Cinta itu untuk kita rasai
bukan untuk dimiliki.”
“Atau Razif masih ada dengan
awak Cempaka?”
Kenapa persoalan tentang Razif
yang ditimbulkan sedangkan masalah sekarang adalah awak dan Dyja?
“What do you think?”Sengaja dia
ingin menguji Luqman
“Saya rasa awak masih meyintai
Razif.”Cempaka geleng.Razif pernah hadir dalam hidupnya tapi Cuma sementara.
Subscribe to:
Posts (Atom)