Monday 16 September 2013

bintang timur


10 tahun dia menunggu dan masih terus menanti.penantian nya tidak lelah rindu nya tetap di hati walau dia tahu dia hanya bermimpi untuk bertemu kembali cinta pertama nya.bertemu dengan lelaki yang mirip sekali dengan Zarul Haq saat majlis pertunangan nya sedang berlangsung buat kan Duha cukup keliru.Tapi kenapa Zarul haq seolah-olah tidak mengenali nya.betul kah kata oranh Zarul Haq telah mati 10 tahun lalu.Mampu kah Absyar memenangi cinta Duha walaupun Absyar tahu hati Duha tetap pada Zarul Haq?Duha keliru membezakan lelaki yang ditemui dengan Zarul Haq nya yang sama-sama pernah menyimpul kenangan di zaman sekolah nya?Betul kah dia Zarul Haq yang muncul kembali setelah 10 tahun kematian nya atau benar dia adalah Ihsan haris yang tidak pernah menjejak kan kaki di malaysia.Tapi kenapa mirip benar kedua nya?Mengenali Ihsan Haris seakan membawa memori Duha pada Zarul Haq.benar kah dia menyintai kedua nya dan bagaimana dengan Absyar yang masih setia dan mengharapkan sebuah perkahwinan dengan Duha?
Bintang Timur merungkai segala persoalan.....




Duha tersenyum kecil bila di usik teman-teman sekerja.Sesekali dia membalas mesej Absyar.Hari ini hari bahagia nya,kata teman-teman lah.Tapi tak tahu kenapa ada rasa sedih bermukim di hati Duha.Duha cuba usir jauh-jauh.Tapi rasa itu tetap datang juga.Duha tahu dia harus berpura-pura.Pura-pura gembira untuk menutup kesedihan dalam hati.
+ Jangan lewat sangat.kerja sikit-sikit sudah lah.
-Dah habis dah.Nak pergi butik ambil baju.
+ok hati-hati.

Duha pandang telefon bimbit nya.Sukar untuk percaya yang dia menerima Absyar dalam hidup nya.Sedangkan dari kecil Absyar lah teman baik nya sehingga kini.Menerima Absyar kerana terhutang budi?atau kerelaan hati?Yang pasti yang jawapan kedua itu bukan lah jawapan nya.

Duha berjanji dia akan cuba membuat kan Absyar gembira.Absyar sudah banyak berkorban untuk diri nya.Absyar tetap ada dengan nya waktu dia sedih dan gembira.Tapi Duha tahu sudah sepuluh tahun,Duha tidak pernah gembira lagi.Kegembiraan nya sudah mati saat berita itu sampai ke telinga nya.Tapi hari ini Duha tahu dia perlu berpura-pura sekali lagi.

"Duha cepat.Nanti lambat.Kasihan diorang tunggu lama."
Duha tersenyum pada Raihana.
"Awal lagi kak Ana.Lagipun Duha nak siap kan pelan ini sikit lagi.Lagi 3 hari dah nak meeting dengan company baru tu kan?"
"Sikit sahaja lagi kan?Esok-esok boleh buat.Jangan buat mak ayah absyar tertunggu-tunggu."
Duha diam sejenak.
"Ok Duha pergi dulu.Lagi pun Duha nak ambil baju kat butik De'Ann tu.Sorry kak Ana,Duha tinggal kan kerja pada kak Ana."
Raihana tersenyum.Dia faham kalau Duha terpaksa cuti hari ini.Itu pun dia lega sangat sebab Duha sanggup datang siap kan sedikit kerja.Hari ini keluarga Absyar akan datang merisik Duha.Itu yang Duha cakap.Raihana pun kenal Absyar.Absyar selalu ke mari.Raihana senang layanan Absyar pada Duha.

Syarikat ini Raihana dan Duha yang tubuh kan.Dari modal kecil kemudian buat pinjaman sehingga sekarang sudah mampu bernafas dan bersaing dengan syarikat hiasan yang lain.Malah baru-baru ini syarikat mereka dapat tender kerjasama dengan sebuah syarikat besar.Raihana syukur sangat-sangat.

"Eh kak Ana ini,dia pula yang berangan-angan."Duha mencuit Raihana.
"Tak ada lah.Sudah pergi cepat.Nanti akak suruh fadhil kemas kan semua ini."
"Thanks kak."
Duha mencapai beg tangan nya.Tergesa-gesa dia turun ke bawah.


"Cantik baju ini Duha.Kena sangat dengan Duha."
Duha pandang dress labuh warna biru laut yang sedang Ann tayang kan di hadapan nya.
"Merisik je Ann.Takkan nak pakai baju ini."
Duha masih teragak-agak.Walau pun ada sedikit majlis malam ini dan di hadiri kaum keluarga dan sahabat handai tapi Duha rasa macam terlebih bergaya pula dengan baju ini.
"Apa pun hari ini hari bahagia you Duha."
Duha hanya mengangguk.Mengiaya kan sahaja kata-kata Ann.Dress biru di masukkan ke dalam plastik.
"Thanks Ann.Jangan lupa datang ye."
"Kalau I tak ada apa-apa I'm sure i'll be there tonight."

Duha membawa baju yang baru di ambil nya ke kereta.Di letak kan di bahagian belakang.Belum sempat dia membuka pintu hadapan pemandu,mata nya menangkap figura seorang lelaki yang baru berjalan melintasi nya.Duha tergamam seketika.Cuba meyakin kan bahawa dia tidak bermimpi.Ya Duha masih nampak belakang lelaki itu yang sedang berjalan di tengah-tengah orang ramai.

Duha terus melangkah laju,cuba mengejar dia.'Dia' yang buat kan nafas Duha terhenti seketika sebentar tadi.Duha terus mencari walau mata Duha tidak lagi mampu mencari bayangan nya.Duah tahu mata nya tidak salah memandang.Memang 'dia.'Tapi di mana?Duha berpusing-pusing di tengah orang ramai.Kaki nya terus di bawa mencari.Sesuatu yang amat menghimpit perasaan nya selama lebih 10 tahun.
'Di mana dia?'Duha hampir mahu menangis.Masih belum bertemu dengan bayangan tadi.







BAB
2

Absyar berdiri di pintu masuk.Jam di tangan di kerling nya sekerap mungkin.Tidak henti-henti dia menelefon Duha.Tapi hampa tiada jawapan.Absyar pandang ibu,bapa nya dan ibu Duha yang turut sama resah.Absyar takut sesuatu yang tidak elok menimpa Duha.

"Absyar."Panggilan dari ibu nya buat kan Absyar berpaling.
"Mana Duha?Dah pukul berapa ini?Tetamu pun ramai yang dah sampai."
"Sekejap ibu.Syar tahu Duha dalam perjalanan."
Puan Rahimah mendengus sedikit.Bukan dia tidak suka pada Duha.Dari kecil dia kenal Duha.Tapi entah kenapa naluri nya seakan dapat merasakan Duha tidak ikhlas menerima Absyar.
"Absyar ..dapat telefon Duha?"
Ibu Duha Puan Mahani pula muncul bertanya kan soalan yang sama.
"Sekejap lagi Duha mesti sampai mak cik.Mak cik jangan risau."
Absyar masih gelisah.
"Syar mana Duha?"
Muncul pula teman baik mereka Fatin dan Azam.
"Aku tak tahu.Dah puas call Duha tak jawab."
"Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku tak?"
Absyar pandang wajah Fatin.Dia mengharap kan kata-kata Fatin tidak benar.
"Tak pe Syar kita tunggu sekejap lagi."
Bahu nya di tepuk perlahan Azam.
Absyar menarik nafas panjang.Mata nya masih meliar memandang ke luar.Mengharap kan Duha akan muncul.Majlis harus bermula.Tetamu banyak dah tiba.

Puan Rahimah sudah menarik muka.Ibu Duha dengan wajah risau memikir kan anak perempuan nya.
Tiba-tiba Absyar nampak kereta Duha.Absyar cepat-cepat mendapat kan Duha.
"Awak pergi mana?Semua orang dah sampai."
Wajah Duha bagai seorang yang di rundung kesedihan.
"Maaf Absyar."
"Tak apa lah.Masuk pergi siap.Saya tunggu kat bawah."
Duha membawa baju ke dalam rumah.Puan Mahani menarik nafas lega.Tapi ibu Absyar tetap mencuka.Bagi nya Duha sengaja memalu kan dia dan keluarga.Duha tidak ihklas dengan Absyar.Dia pasti sangat hal itu.

Duha menangis semahu nya malam itu.Dia pasti mata nya belum kabur untuk membezakan lelaki lain dengan Zarul haq.Tapi benar kah Zaul Haq muncul kembali?Mustahil.Zarul Haq sudah meninggal dunia.Tapi lelaki itu?

Majlis merisik yang di rancang tetap berjalan seperti biasa.Sekali lagi Duha terpaksa berpura-pura.Sedang kan ahti dan fikiran Duha hanya di tempat dia bertemu dengan lelaki itu petang tadi.

"Benar kah dia Ya Allah?"Duha menangis lagi.Hanya itu yang mempu menenang kan kerinduan nya pada Zarul Haq selama ini.

Monday 14 May 2012

love isn't something that you find but love is something that find you...loretta young
em..betul jugakan?
duniamaznidarwisya
nak menulis...tapi masalah masa menjadi kekangan utama.cuba-cuba mencuri masa tapi susah nak dapat.

nota buat cempaka



‘NOTA BUAT CEMPAKA’

 



KALAU PADI KATA PADI
TIDAK SAYA TERTAMPI-TAMPI
KALAU SUDI KATA SUDI
TIDAK SAYA NANTI TERUS MENANTI
‘NOTA BUAT CEMPAKA’

 











SATU
“Cempaka….Apa termenung lagi tu?Orang dah sampai dia termenung lagi?Mandi pun tidak.Hish buat malu je lah budak ni.”Cempaka mencebikkan bibirnya.Pantas diambil tuala yang tersangkut diletakkan dibahu.
            “Hai anak dara ni..baru nak mandi?”Dia pandang kak Senah jiran sebelah rumah.
‘Sibuk je lah dia ni.’
“Ye lah….orang dah ramai macam ni baru nak mandi.”Satu suara menyampuk.Cempaka menjeling kak Peah.
‘Betullah peah gossip.’Lantas tanpa memperdulikan mata-mata yang memerhati cempaka ke bilik air.
Cempaka sengaja berlama-lama dalam bilik air.Sehingga ketukan kali kedua baru dia keluar.
“Kamu ni kenapa?”Ibunya separuh berbisik.Mungkin bimbang didengar tetamu yang lain.beberapa wanita sesekali mengerling kearah mereka.Yang selebihnya masih ralit mengupas bawang dan timun untuk dibuat acar.
“Mandilah…tadi mak juga suruh orang mandi.”Salmah menarik nafas.Geram dengan perangai cempaka.Kalau tak ada orang mahu dicubitnya pipi Cempaka.
“Sudah pergi naik atas siap cepat.”Salmah meninggalkan Cempaka dipintu bilik air.Da bergegas keluar rumah melihat orang kampung yang sedang menanak nasi.Gulai daging dan ubi kentang sudahpun masak seketika tadi.Begitu juga dengan ayam masak merah.Di pangkin kaum wanita sedang menyiapkan kerabu pucuk paku campur perut dan taugeh.
           
            “senyumlah sikit.”Cempaka membuang pandang ke luar tingkap.Kurung hijau pucuk pisang tersarung ditubuhnya saat ini.Biliknya dihias cantik.Permaidani kuning yang baru Salmah beli semalam dihampar ditepi katil.Ada bunga-bunga dikarang cantik diatas katil.
            “Kau macam tak suka je Cem?”
            “Malaslah aku nak fikir.Aku ni kenal pun tidak alih-alih nak bertunang.Korang tak rasa apa aku rasa.”
            “Habis tu kenapa hang tak bantah je?”
            “Macamana aku nak bantah?Bukan korang tak tahu apa yang jadi dulu.Sejak tu mana family aku bagi aku kawan dengan mana-mana lelaki dah.So bila ada orang masuk meminang mak dengan ayah aku terus terima.Diorang tak nak apa yang berlaku dulu berulang balik.Aku nak buat macamna,dah memang salah aku masa tu.”
“Tapi macamana diorang boleh pinang hang?”
“Mak lelaki itu kenal dengan mak cik aku.So,mak cik aku lah yang punya kerja ni.”
            “Hang anggap je lah yang baik-baik.Lagipun aku rasa pilihan ibu bapa ni lebih bagus dari kita.Diorang nak yang terbaik untuk hang.”Cempaka cuba menerima kata-kata Ann.Mungkin kedua ibu bapanya ada sebab kenapa mereka terima pinangan ini.
            “Sabarlah Cempaka….harap-harap semuanya ok.”Cempaka angguk.Mudah-mudahan lah.


Rombongan peminangan dari pihak lelaki masih diluar.Baru seketika tadi jari manisnya disarungkan dengan sebentuk cincin oleh bakal mertuanya.
            “Assalamualakum….”Cempaka pandang wanita yang cantik dalam kurung Pahang birunya.
            “Akak kak Zah.Kakak Luqman.”Darizah bersalaman dengan Cempaka dan Ann.
            “Luqman ada kat luar.Kak Zah ajak dia masuk segan agaknya.”Cempaka senyum.Senang dengan keramahan yang ditunjukkan Darizah.
            “Cempaka lama lagi ke nak habis training?”
“Tak lama dah kak.Dalam lapan bulan lagi.Lagi dua minggu last practical.”Kalau Darizah ramah apa salahnya Cempaka juga begitu.
            “Baguslah.Tadi diorang berbincang nak satukan cempaka dengan Luqman cuti pertengahan sekolah tahun depan.”
“Tahun depan kak?Cepatnya?”Cempaka sedikit mengeluh.
“Kenapa?Cempaka tak nak ke?”
“Er bukan macam tu kak.Cuma kalau pertengahan tahun hadapan tu saya baru kerja.Takut tak sempat nak kumpul duit untuk kahwin.”Cempaka berterus terang.Takkan majlis perkahwinannya nak harapkan duit ibu bapanya sahaja.
            “Yang tu Cempaka jangan risau sebab family kak Zah akan tanggung semuanya.”
“Mana boleh macam tu kak.”Darizah Cuma tersenyum.
“Tapi tunang lama-lamapun tak elok tau.Banyak dugaannya.”Cempaka cuba tersenyum walaupun payah.

            Sewaktu menghantar keluarga tunangnya mata Cempaka menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang berbual dengan ayahnya.Lelaki itu memakai baju melayu sedondon dengan warna yang dia pakai sekarang.Lama dia perhatikan lelaki itu.Dan tiba-tiba mata lelaki itu menangkap anak matanya.Cempaka cepat-cepat alihkan pandangannya kea rah lain.
            ‘Diakah lelaki itu?Yang melamar aku sebagai tunangannya?’
“Itulah Luqman Harith.”Bahu Cempaka dicuit Darizah.Cempaka hanya tersenyum.
            “Cempaka..mummy balik dulu.Nanti kalau datang kl jangan lupa datang rumah mummy.Tak pun call je Luqman suruh dia jemput.”Cempaka hanya mengangguk.Belum apa-apa Doktor Maria sudah membahasakan Mummy dengannya.Alhamdulillah kalau dia diterima dalam keluarga itu.Tapi tunangnya?
‘Call Luqman?Nombor telefon dia pun Cempaka tak ada.Macamana nak call.Lelaki yang bernama Luqman Harith datang merapati mereka.
“Ha Man..dah ambil contact number Cempaka?”Luqman menghulurkan telefon blackberry nya kepada Cempaka.Cempaka sedikit terpinga-pinga.
“Boleh masukkan nombor telefon?”Cempaka mengangguk.Diambilnya telefon dari tangan Luqman.Ditekannya nombor telefonnya dan disimpan sebagai Cempaka.Sesudah itu telefon dikembalikan kepada Luqman.Hanya itu sahaja bicara Luqman.Kemudian lelaki itu senyap tak terkata.
            “Kami balik dulu.”Cempaka bersalaman dengan semua orang kecuali Luqman Harith.Luqman juga tidak menunjukkan minat untuk bertemu Cempaka.Terus masuk kereta.Cuma Darizah Doktor Maria dan Doktor Iskandar berjumpa Cempaka.
            “Nanti Mummy datang ambil Cempaka sebagai menantu Mummy ok.”Cempaka angguk.Baiknya bakal ibu mertua nya ini.
            ‘Tapi sebaik itu jugakah Luqman harith nanti?’

Selesai majlis semalam Cempaka bergegas menyiapkan barang untuk kembali keasrama jururawat di Taiping.
“Kak Yang..”Cempaka pandang Abdul Rahman yang sedang duduk di kerusi.
“Ada apa bah?”
“Abah nak pesan sikit.Kak Yang dah jadi tunang orang.Ingat jaga nama baik keluarga dan bakal mertua kak yang diorang bukan orang sebarang.”Cempaka tarik nafas panjang.
‘Bukan orang sebarang?Habis tu darah diorang kuning ke?Hijau ke?Alah bah..darah sama je merahnya.Anak cucu Nabi Adam juga.’Hatinya mengomel sendiri.
“Kak yang tahu bah.InsyaAllah kak yang tahu nak jaga diri.”Dia bersalaman dengan semua orang sebelum masuk ke perut kereta abangnya.
            “Ada tunang kak yang call?”Cempaka menggeleng.
“Tunggulah nanti dia callah tu.”
“Kak Yang malaslah nak fikir along.Lagi Kak yang fikir lagi berserabut kepala kak yang.”
“Masa bertunang nil ah kak Yang nak kenal hati budi dia.Jangan sebab mak dan abah hukum kak yang pasal hal dulu kak yang nak korbankan hidup kak yang terima orang yang kak yang tak sayang.”
Cempaka Elina mula teringat kisah dua tahun sudah.Waktu itu dia beria-ia memberitahu keluarganya Fikri akan datang bersama keluarga lelaki itu untuk meminang.keluarganya melakukan persiapan.Majlis kenduri kecil diadakan.Dia siap didandan untuk disarungkan cincin pertunangan.Tapi sehingga lepas asar bayangan mereka langsung tidak kelihatan.abah mula merah muka menahan malu dek kerana pertanyaan dari jiran tetangga.Berkali-kali dihubungi telefon bimbit Fikri tapi hanya mesin yang menjawab.
Sehingga lepas isya’ bila tetamu juga sudah pulang kesemuanya dia menerima kiriman sms dari Fikri.
            _i’m so sorry cem…dah try pujuk my family tapi diorang tak nak pergi.They want I married with someone else.So sorry.
Senangnya Fikri memohon maaf sedangkan dia dan keluarga yang menanggung malu.
Cempaka menangis tapi untuk apa lagi.Sejak itu dia dan Abdul rahman bagai orang asing.Marah benar abahnya dengan dirinya.Dan bila keluarga Luqman yang dia tak kenal langsung itu datang meminang Abdul Rahman terus setuju.Dia mahu membantah tapi mengenangkan dia pernah memalukan dan melukakan ibu bapanya dia akhirnya pasrah.
“Hujung bulan ni along tak balik.Kalau kak yang nak balik nanti along belikan tiket bas.”Cempaka mengangguk.Mujur dia dapat kursus di taiping.Sekurang-kurangnya dekat dengan Haikal abang sulungnya.Haikal bekerja di pejabat daerah selama.tak sampai 45 minit ke tempatnya.
“Malaslah kak yang nak balik.Nak mengadap abah yang muka macam tu.Ngeri kak yang.”Haikal ketawa kecil.
“Hish tak baik cakap macam tu.Dia kan abah kita juga.”Cempaka juga ketawa.
‘Tak patut aku cakap macam tu kat abah.Maafkan kak yang ye abah.Kak yang sayang abah.’
“Kak Yang kena ingat abah buat macam ni pun sebab sayangkan kak yang.Tak nak kak Yang kecewa lagi.Abah pernah cakap soal malu tu abah letak ketepi dulu.Abah nak anak-anak dia bahagia.Itu yang sebenarnya.”
“Habis tu kalau kak yang kahwin dengan Luqman tu comfirm ke kak yang bahagia?Dah lah kerja pun kak yang tak tahu kerja apa.Agaknya penjenayah kot.”Sekali lagi Haikal ketawa.
“Tak baiklah kak yang ni.Soal bahagiakan urusan Tuhan.”
“Minta-mintalah dia bukan penjenayah bersiri.”Haikal geleng kepala.Dia pun bukannya kenal dengan tunang Cempaka.Cuma dia harap ibu bapanya buat pilihan yang betul untuk Cempaka.

  















Cempaka gembira menunjukkan surat posting kepada ibunya.
“Dapat mana?”
“Dapat hospital Ipoh mak.Minggu depan lapor.”Dia tersenyum.Semalam lagi kawan-kawannya bertanya kemana dia dapat.Tapi dia belum terima apa-apa surat.Hari ini dia boleh bagitahu semua orang dia dah dapat kerja.Mujur ada juga kawan-kawannya yang dapat hospital yang sama.Dan dia akan duduk di asrama jururawat dekat dengan hospital.
“Hospital ipoh?Em..baguslah dekat sikit.”Cempaka kerut kening.
“Dekat sikit apa mak?”
“Tak ada apa-apalah.Dah bagitahu kat Luqman?”Bila nama Luqman disebut Cempaka sedikit terkejut.Selama ini hanya dia seorang sahaja yang tahu Luqman tak pernah telefon dia sekalipun apa lagi nak jumpa.Tapi setiapkali ibu atau bapanya bertanya dia akan jawab Luqman selalu telefon dia.Biarlah dia menipu asalkan mak dan abah tidak lagi bersedih.
“Kejap lagi kak Yang bagitahu dia.”Memikirkan perkahwinannya yang hanya enam bulan sahaja lagi Cempaka mula susah hati.
‘Macamana aku nak kahwin dengan dia.Jumpa pun tak.call lagilah.Agaknya dia pun macam aku kahwin terpaksa. .           


Cempaka ditugaskan di wad Melur tiga.Wad bersalin.Ngeri juga mulanya bila melihat ibu-ibu yang bertarung nyawa sewaktu melahirkan anak.Yelah dahulu dia belajar teori sekarang praktikal.
 Cempaka dan seorang temannya sedang menguruskan uri yang baru ditarik keluar dari Rahim seorang wanita muda.Anak yang dilahirkan lelaki dan sedang dibersihkan.Tiba-tiba dia terdengar perbualan dua orang staff nurse yang sedang menguruskan si ibu.
“Doktor baru tu handsome kan?”Cempaka kerling seketika pada staff nurse yang masih muda.Rasanya mungkin baru posting kot.Lebih kurang sebaya dia sahaja.Yelah baru hari ini Cempaka kena satu syif dengan Staf Nurse Marlia ini.Sebelum ni dia Syif petang dengan kak Zubaidah.Ok je akak tu.
“Manalah doktor nak pandang kita ni dik oi.Jangan dok beranganlah.”Staff nurse Norita menyampuk.
“Alah kak Ita orang nak berangan sikitpun tak bolehlah.”
“Berangan tu boleh Mar..tapi berangan yang tak kesampaian buat sakit hati je.”keduanya tersenyum.Si ibu cempaka lihat sedang menahan kesakitan setiap kali di jahit.Ngeri juga Cempaka.Bila dah siap
“Kak dah siap.”Staff Nurse Norita tersenyum.Ok nanti letak bawah baby court.Nanti suami Puan datang bagitahu uri dekat bawah baby court ye.”Si ibu mengangguk.
“Nak buat apa-apa lagi ke?”
“Em..tak ada dah.Cempaka  pergi kaunter depan.Semak kalau-kalau keputusan darah patient dah sampai belum dari lab.”Cempaka angguk.Dia pantas mencuit Nani untuk ke kaunter.Nasib baik ada Nani teman satu kursus dengan dia dahulu.Sekurang-kurangnya dia tak lah macam rusa masuk kampung.
“Habis dah?”Keduanya mengangguk pada Dahlia.Dari tadi Dahlia menguruskan mengambil tekanan darah dan suhu badan ibu-ibu yang sudah dan belum melahirkan.Dahlia sudah agak lama disini.Kata kak Zubaidah JM Dahlia sudah hampir sepuluh tahun disini.Memandangkan ini hospital besar petugas memang ramai berbanding hospital biasa.
Cempaka sibuk melekatkan keputusan darah yang baru sampai dari lab ke dalam rekod pesakit.hari ini sahaja ada 25 kelahiran sejak pagi tadi.Malah sewaktu bertukar syif petang tadi dia sudah diberitahu ada lima orang pesakit yang sedang menanti kelahiran.Malah ada tiga orang yang sudak dihantar ke bilik bersalin bila pintu rahim sudah terbuka hampir 7 cm.Baru sekejap tadi cempaka melakukan pemeriksaan pada seorang ibu muda.Pintu rahimnya baru sahaja terbuka 4 cm.Tapi dia sudah menjerit.Akhirnya dia dibawa ke bilik bersalin bimbang sesuatu yang buruk berlaku.
            Doktor-doktor pelatih sibuk keluar masuk bilik bersalin bersama doktor Joseph dan doktor harlina.Cempaka hanya membantu di wad.Pukul 12.30 malam wad mula lengang.Hanya ada beberapa doktor bertugas dan jururawat yang bekerja syif malam.
            Cempaka sedang ralit mencatit tekanan darah dan suhu badan pesakit ke dalam rekod.Itupun staf nurse Marlia yang suruh.Cempaka perasan Marlia seakan meminggirkan dia dan nani.Mungkin mereka orang baru disini.
Lehernya sudah lenguh.Bukan dia tak biasa berjaga malam.Tapi inilah pengalaman pertamanya bekerja syif malam.
“Cempaka tolong kak Norita dalam dewan bersalin sekarang.”Cempaka mengangguk.Matanya ditawan rasa mengantuk.namun digagahkan juga ke dewan bersalin.Di dalam sebuah bilik kak Norita sedang cuba menenangkan pesakit.Cempaka tengok pesakit itu masih muda benar.Mungkin dalam belasan tahun.Dia sedang menjerit menyebut nama ‘mak’.Beberapa doktor pelatih dan seorang doktor lelaki yang memakai mask muka masih cuba mengeluarkan bayi.Tiba-tiba Cempaka perasan mata doktor itu sesekali memerhatikannya.Mungkin sebab dia baru disini.
‘Em..tengok orang macam nak telan lah doktor ni.’
            “Ok dik bila akak kata teran…terus push.”kak Norita masih cuba menguatkan semangat si ibu.Cempaka membantu mana yang patut.Cempaka sudah Nampak kepala bayi.Cuma perlu kekuatan si ibu untuk meneran.Selang beberapa minit kemudian bayi lelaki Berjaya dikeluarkan.Cempaka tersenyum melihat si ibu yang menarik nafas lega.Dia membantu kak Norita dan beberapa jururawat lain menguruskan ibu muda.
            Usai semuanya Cempaka tengok jam sudah pukul 3.30 pagi.rupanya tiga jam dia di dewan bersalin tadi.Cempaka Nampak ada beberapa anggota polis wanita di pintu luar tadi.Lupa dia bertanya pada kak Norita.
            “Mengantuk ke?”Cempaka tersenyum pada Dahlia.
“Mengantuk lah juga kak.First time lama-lama esok ok lah ni.”Dahlia senyum.
“Akak dulu pun macam kamu juga.tapi dah sepuluh tahun oklah dah.Yang paling tak bestnya bila tak dapat balik cuti raya.”Cempaka angguk.Yelah kalau diapun tak dapat balik cuti raya mahu menangis tersedu-sedu.
“Kenapa ada polis kak?”
“Akak dengar ibu yang baru bersalin tadi dibawah umur.Bapa dia buat laporan polis bila tahu anak dia nak bersalin.Sebab itu ada polis kat sini.”
“Belum kahwin?”Norita menggeleng.
‘Astaghfirullahalzim….mudah-mudahan KAU jauhkan aku dari fitnah dan dosa.’
            “Hai kak dahlia.”Cempaka pandang Marlia.
“Dah habis dah kerja kamu?”Marlia angguk.
“Best lah kak..doktor handsome tu ada kat dewan bersalin tadi.Handsome betullah kak.”
“Masuk kamu ni dah berapa orang dah yang dok bercerita pasal doktor tu.Masalahnya Marlia doktor tu tak pandang jururawat macam kita ni.”
“Alah kak belum cuba belum tahulah..mana tahu kalau doktor Luqman tu suka kat saya?”Cempaka tengok Dahlia menggeleng kepalanya.mungkin tidak suka dengan sikap yang ditunjukkan Marlia.
“eh ni siapa yang masukkan blood test dalam rekod ni?”Cempaka tersentak mendengar suara Marlia yang sedikit meninggi.
“Saya kak.”
“Ni nama siapa masuk rekod siapa?Tak tengok dulu ke nama patient?”Cempaka pantas mengambil rekod pesakit dari tangan Marlia.Ya memang silap dia.Salah memasukkan blood test ke pesakit lain.
“Maaf kak.Saya tak sengaja.”Marlia menjeling.
“Lain kali tengoklah betul-betul.Buat kerja tu elok—elok.Nanti –nanti kami yang senior ni juga yang kena marah.”Cempaka cepat-cepat membetulkan kesalahan dia.
“Sudahlah tu.Dia tersilap.Lagipun dia kan baru lagi”
“Yelah baru kak.Tapi mana boleh buat silap macam ni.Dia tak belajar ke dulu?”Cempaka menahan hati.Yelah memang silap dia.tapi dia dah mengaku salah.Kenapa Marlia masih nak marah-marah?
Nani yang sedang membantu seorang pesakit ke bilik air terhenti seketika.Dia kasihan pada Cempaka.Tapi nak buat macamana mereka orang baru.Banyak lagi yang perlu belajar.Dia juga tidak suka pada Marlia yang sedikit berlagak.Setahu Nani marlia baru sahaja dua tahun menjadi jururawat terlatih.Tapi lagaknya mengalahkan kak dahlia yang sudah sepuluh tahun berkhidmat.
Cempaka pandang Nani.Dia tahu Nani bersimpati padanya.
Tapi minggu hadapan Nani akan bertukar ke wad Otopedik.Tinggallah Cempaka sahaja disini.




Minggu ini Cempaka sedikit gembira bila dapat satu syif dengan kak Dahlia dan kak Zubaidah walaupun Marlia tetap ada.Sekurang-kurangnya keduanya selalu berbual dengan dia.Hari ini dia syif pagi sehingga petang menggantikan seorang staff nurse yang cuti kecemasan.Mujur hari ini tidak ramai yang menunggu untuk melahirkan anak.
Pukul 9 pagi doktor melakukan lawatan seperti biasa.Cempaka meneruskan kerjanya tidak memperdulikan kumpulan doktor yang majoritinya doktor pelatih.Dia sibuk membetulkan iv drip seorang ibu yang akan di bedah tengahari nanti.
“Jangan takut kak ye.Selawat banyak-banyak doa semuanya selamat.”Cempaka tersenyum.Dia tahu pasti wanita itu sedikit gementar untuk menjalani pembedahan pertama kali ini.Anak nya masih dalam kedudukan songsang.Air ketuban sudah pecah sejak malam tadi.Doktor buat keputusan untuk melakukan pembedahan.
“Risau juga dik.Orang kata sakit bedah ni.”
“Tak ada lah kak.Sama je bersalin normal ke caeser ke.Cuma caeser ni lepas ubat bius habis baru sakit sikit.Tapi akak jangan risaulah.”Wanita itu tersenyum.
“Itulah akak ni kahwin lambat.sekarang dah berusia baru nak beranak.”Cempaka senyum lagi.
“tak pe kak janji semuanya selamat.”Dia membetulkan selimut wanita itu.
“Akak rehat dulu.Nanti kita bagitahu masa nak pergi dewan bedah.”Dia angguk.Senang hati Cempaka dapat tenangkan wanita ini.Cempaka membawa alatan yang tidak digunakan keluar.
“Cempaka Elina?”Namanya dipanggil seseorang.Cempaka berpaling.Seorang lelaki berkemeja biru dan dilapisi uniform doktor sedang memandangnya.Lama Cempaka mengamati lelaki kacak dihadapannya ini.Rasanya dia pernah jumpa tapi dia ingat-ingat lupa.
‘Doktor dalam bilik bersalin tadi kah?Tapi..
“Tak kenal saya?”Cempaka geleng.Sukar untuk dia ingat siapa lelaki ini.
“Betul tak ingat atau sengaja tak ingat?”
‘Ish dia ni memang Cempaka tak ingat pun.’
“Takkan tak ingat tunang sendiri?”Cempaka terkejut.’Tunang?’Maknanya yang berdiri dihadapannya ini..
“Luqman harith?”Luqman angguk.
Manalah Cempaka nak ingat.Jumpa pun beberapa minit sahaja itupun bukan berhadapan.Waktu itu Luqman tak pakai cermin mata.
‘Luqman harith seorang doktor?’Kenapalah Cempaka tak pernah bertanya pada mak dan abah dia pasal Luqman.Punya tak nak ambil tahu sampai tunang kerja apa.Nasib baik Cempaka masih ingat nama lagi.
Luqman menghampiri Cempaka.
“Sejak bila kat sini?”
“er…dah dekat sebulan posting kat sini.”Luqman angguk.Dia duduk di birai katil kosong sedang cempaka masih berdiri dengan wayar drip ditangan.
“Saya pun bertugas kat sini juga.”
Cempaka mati akal.Hilang bicara berhadapan dengan Luqman.Kehadiran Luqman buatkan dia resah dan gelisah.
‘Kenapalah aku mesti bertemunya disini?’Dia tak pernah mengimpikan untuk bertemu Luqman sebelum perkahwinan mereka.Kalau dulu dia sedikit terasa bila tiada langsung panggilan dari Luqman tapi sekarang dia seakan sudah tidak kisah langsung tentang lelaki bernama Luqman harith ini.Sehingga dua bulan lalu dia menukar nombor telefon bimbitnya.Sebab dia tahu dia tak akan pernah terima panggilan dari Luqman Harith tunangnya.
“Cempaka sihat?”Cempaka angguk.
‘Dah dekat setahun baru nak Tanya cempaka sihat ke tidak.Itu ke namanya tunang?Tak ambil berat langsung.’
“Duduk kat mana?”
Cempaka menghalakan telunjuknya ke arah belakang wad bersalin.
Kenapa ye tiba-tiba lidahnya jadi bisu.
“Asrama jururawat?”Cempaka angguk lagi.
“Em…”
“Man.”Perbualan Luqman dan Cempaka terhenti dengan kedatangan doktor Syamsul.Cempaka cepat-cepat pergi dari situ.Dia tarik nafas lega.Seketika tadi rasa hatinya lemas sangat.Pertemuan dengan Luqman yang langsung tak diduga.
“Don’t tell me kau nak pikat budak tu.”Syamsul pandang Luqman yang masih tersenyum.
“Kenapa?Is that wrong?”
“Takkan kau tak dengar Man ada member kita dah berkenan kat staf nurse Cempaka tu.”
Luqman kerut kening.
‘menarik ni.’
“Siapa?”
“Mathew.Doktor Mathew wong.”
“That Chinese doktor?”Syamsul angguk.
“How do you know?”
“Alah ada mata pandang ada telinga dengar Man.I know the way he look at Cempaka.Tapi Man cempaka tu memang cantik pun.Kalau aku still single pun aku nak try juga.Manalah tahu nasib badan.”Luqman cuba tersenyum.
“Siapa lagi yang berkenan.?”
“Doktor pelatih tahun .empat pun ada sebut juga nama Cempaka tu.Em..lagipun nama dia interestingkan.Cempaka.Macam nama orang dulu-dulu.”
“Well…kau pun berkenan ke?”Syamsul Cuma jungkit bahu.
“Oklah.Aku kena ke GH.Ada hal sikit.Anyway…Best man win.Good luck bro.”Syamsul tinggalkan Luqman yang masih di katil pesakit.


Cempaka kerap pandang jam.dia jadi tidak selesa bila Luqman turut berada di kaunter.Kerjanya serba tidak kena.Sesekali dia perasan Marlia yang cuba berbual dengan Luqman.Cempaka pandang jam lagi.baru pukul 12tengahari.Sudah ada jururawat lain yang mengambil tekanan darah dan suhu pesakit.Dia tetap dikaunter.Luqman dilihat sedang menyemak rekod ibu-ibu yang baru melahirkan anak pagi ini.
Cempaka tahu Marlia sengaja berlengah di kaunter sedangkan tugasnya ketika ini adalah untuk memberi ubat kepada kepada ibu-ibu yang mempunyai kes darah tinggi.
“Mar awak dah bagi katil Sembilan ubat?”Cempaka pandang Zubaidah.Disini ramai yang hormatkan Zubaidah yang hampir 20 tahun dalam bidang ini.Marlia berlalu tanpa berkata apa-apa.
Cempaka tahu Marlia berang bila ditegur sebegitu dihadapan nya.
“Cempaka hari ini gantikan staff nurse Adibah sampai petangkan?”Cempaka angguk.
“Kalau macam tu pergilah rehat dulu.”
“Tak pelah kak.Cempaka nak buat kerja sikit.”
“Ha yelah.Akak nak pergi tengok wad kelas dua dulu.”Zubaidah berlalu.Yang tinggal hanya cempaka dan Luqman di kaunter.
Ada beberapa jururawat pelatih sedang berbual di katil pesakit.
Luqman berhenti menulis.Dipusingkan kerusinya mengadap cempaka disebelah.Cempaka terus menyiapkan kerjanya walaupun dia tahu Luqman sedang pandang ke arahnya.
“Jom kita keluar makan.”Serta merta Cempaka mengangkat wajahnya memandang Luqman.
“Er..tak pelah.Saya tak lapar lagi.”
“Tak sudi makan dengan saya?”Cempaka serba salah.Apa kata orang lain kalau dia makan dengan Luqman.Walaupun Luqman tunangnya tapi tiada siapa disini yang tahu.Dia tidak mahu ada spekulasi yang tidak baik apatah lagi dia masih baru disini.
“Bukan macam tu.Saya masih ada kerja nak buat.”Cempaka cuba beralasan.
“Oklah kalau macam tu.Saya pergi makan dulu.”Luqman bangun terus melangkah tanpa memandang Cempaka lagi.
Cempaka tarik nafas lega.Cuma hatinya sedikit terkilan.Dinginnya Luqman pada dirinya.
‘Ajak macam tu je?Sekali je?Tapi apalah yang Cempaka harapkan dari tunang yang dia tidak pernah kenal isi hatinya.Agaknya Luqman juga sudah ada teman wanita.Sebab tu langsung tak contact Cempaka.
Cempaka masih termenung bila sebungkus polisterina diletakkan dihadapannya diatas kaunter.Cempaka pantas mendongak.Dan Luqman sedang berdiri dihadapannya.
‘Kata nak pergi makan?’
“Makan dulu.Nanti kalau sakit susah saya nak jawab dengan pak cik Abdul Rahman.”
‘Abah tahu ke Luqman kerja disini?Tapi kenapa abah tak pernah bagitahu Cempaka?Sampai hati abah.Agaknya abah masih marahkan dia.’
Cempaka pandang kiri kanan.Dia perasan jelingan Marlia dari katil pesakit.Sesekali juga kak Zubaidah menoleh.Mungkin hairan kenapa doktor Luqman belikan dia makanan.
“Er..tak pe.Nanti saya pergi kantin makan.”Luqman masih dihadapannya tidak berganjak.Cempaka mula resah.
“Kalau tak sudi nak ambil buang je dalam tong sampah.Sebab saya tak nak buruk siku ambil balik benda yang saya dah bagi.”Luqman berlalu.Cempaka serba salah.Perlahan-lahan kotak polisterina diambil.Tercium bau haruman daun limau purut.
‘Paprik?Macam tau je aku suka nasi paprik.’Cempaka senyum.Diletakkan di atas mejanya.Dan apa yang Cempaka tak Nampak Luqman juga sedang melihat dia dari sebalik cermin.












“Doktor Luqman belikan?”Cempaka angkat muka pandang Zubaidah yang baru masuk ke bilik rehat.Suapannya pada nasi paprik terhenti seketika.
“Er..ye kak.”Zubaidah senyum.
“Jangan salah faham akak Tanya tu.”Cempaka tunduk.Dia tidak mahu Zubaidah salah faham dengan dirinya.Zubaidah juga duduk dihadapan Cempaka membuka bekalan dari rumah.
“Kak..”Zubaidah pandang Cempaka.
“Cempaka minta maaf.Cempaka tak suruh pun dia beli.Dia yang nak beli.”
“Akak faham.”
‘Tak Zubaidah tak faham.’
“akak..sebenarnya..sebenarnya…”Cempaka teragak-agak untuk bercakap.
“Apa dia?”
“Kalau Cempaka bagitahu akak jangan bagitahu sesiapa ye?”Zubaidah angguk.
‘Tapi boleh ke Cempaka percaya anggukan Zubaidah?’
“Akak janji.Apa dia?”Seakan mengerti apa yang ada dalam hati Cempaka Zubaidah bersuara.
“Sebenarnya doktor Luqman tu tunang Cempaka.Kami dah dekat setahun bertunang.Tapi Cempaka memang tak tahu dia kerja kat sini sebab kami tak contact.”Zubaidah sedikit terkejut.
“betul ke?”Cempaka angguk.
“Cempaka bertunang dengan doktor Luqman sebab keluarga yang terima.Dia pun tak pernah contact Cempaka.Sebab tu Cempaka terkejut sikit tengok dia ada kat sini.Cempaka hampir tak kenal dengan dia akak.”Zubaidah sedikit terkejut dengan cerita Cempaka.Tapi takkan pula Cempaka nak mereka-reka cerita.
“Sebab tu Cempaka macam resah je jumpa doktor Luqman?”Cempaka angguk.
“Tak pe lah mungkin ada hikmahnya Cempaka kat sini.Moga-moga dapat kukuhkan hubungan kamu berdua.Bila nak langsung harinya?”
“Kalau ikut perjanjian lagi enam bulan kak.Tapi entahlah Cempaka pun tak tahu macamana.Sebab tak kenal sangat dengan dia.”
“Akak kenal doktor Luqman tu.Dah tiga tahun dia kat sini.Apa yang akak Nampak depan mata bagus orangnya.Bertuah Cempaka.”Tapi ada sesuatu perkara yang Zubaidah terpaksa rahsiakan dari Cempaka.Dia tidak mahu Cempaka terguris perasaannya.




Cempaka sudah dengan beg sandangnya untuk pulang ke asrama.dia menanti Syikin di lobi bawah sekali.Bersandar di tepi mesin ATM bersebelahan wad kecemasan.
“Dah nak balik?”Cempaka terkejut sedikit.
‘Kenapalah hari ini asyik jumpa je dengan dia ni?’
“Nak balik dah.Tunggu kawan.”
“Esok kerja?”Cempaka angguk.
“Sampai pukul 2 kan?”Angguk lagi.
‘Memanglah syif pagi sampai pukul dua petang.Habis tu kenapa?’Tapi Cempaka hanya jawab dalam hati.
“Lepas tu saya nak ajak Cempaka keluar.”Cempaka diam.Tiba-tiba dia Nampak kelibat seseorang sedang memerhatikannya dengan Luqman dari arah lif.Marlia?Pandangannya sahaja Cempaka tahu penuh rasa cemburu.
“Tapi doktorkan kerja?”Sukarnya dia membahasakan nama pada Luqman.Akhirnya terkeluar perkataan doktor.Luqman ketawa kecil.
“Masih panggil tunang sendiri doktor?”Cempaka senyum.dia menjungkitkan bahunya.
“So,esok sudi keluar dengan saya?”
“Nak pergi mana?”
“Tak tahu lagi.Cempaka ada nak kemana-mana?”Cempaka geleng.
“Cem!”Cempaka pandang kea rah Syikin yang baru sampai.
“Oklah saya balik dulu.”Belum sempat Luqman kata apa-apa Cempaka sudah menarik tangan Syikin berjalan keluar.


“Siapa tu Cem?”
“Doktor wad bersalin.”Sengaja dia tak sebut nama Luqman.Sebabnya Syikin tahu kalau nama tunangnya Luqman Harith.Lagipun dia tidak mahu Syikin bertanya lebih.belum bersedia lagi dia nak buat pengunguman tentang statusnya pada semua disini.

“Kenapa mak tak bagitahu kak yang awal-awal?”Cempaka pandang syiling.Telefon masih melekap ditelinga kanannya.
“Bukan tak nak bagitahu mak sengaja buat macam tu biar kamu kenal dulu tunang kamu.”
“Kak Yang nyaris-nyaris tak kenal dia tau.”
“Habis tu kak Yang cakap dia selalu call kak Yang.Macamana kak Yang tak tahu Luqman kerja kat situ?”Cempaka gigit bibir.Penipuannya sudah terbongkar.
“yelah tapi mana kak yang pernah Tanya kerja dia.”Dia tahu Salmah mula menghidu sesuatu.
“Oklah mak.Kak Yang mengantuklah.Esok syif pagi.Assalamualaikum.”Cempaka cepat-cepat tutup telefon.Dia tarik nafas lega.Fikirannya mula menimbang pelawaan Luqman untuk keluar esok.
‘Kalau keluar nak cakap apa..pakai baju apa?’Selepas berpisah dengan Fikri dan majlis pertunangan tak jadi dahulu Cempaka tak pernah lagi keluar dengan mana-mana lelaki berdua.Apatah lagi mengenangkan amaran Abdul Rahman agar perkara lama tidak berulang lagi.Hidupnya sentiasa ditemani abangnya.
Lagipun selepas putus dengan Fikri hatinya tertutup terus untuk bercinta lagi.
Fikri…lama dia bercinta dengan Fikri.Hampir tiga tahun.Tapi Fikri bukanlah sesetia mana.Tapi Cempaka tak salahkan Fikri.Dia hanya akur pada keputusan ibu bapanya.Biarlah janji Fikri bahagia.
Berfikir tentang Luqman buatkan Cempaka susah hati.Sepanjang menjadi tunangan Luqman dia tidak pernah berfikir tentang lelaki itu.Bagi Cempaka soal lepas kahwin nanti biarlah Allah yang tentukan perjalananya.
Tapi Cempaka lupa pertemuan ini juga adalah rencana dari Allah.
Berfikir tentang Luqman buatkan mengantuknya hilang sama sekali.Tapi kalau Luqman sudah tahu dia ada disini kenapa Luqman tak telefon atau sms?
Cempaka pandang telefon bimbitnya disebelah katil.Sekalipun tiada panggilan masuk.Cempaka tertanya-tanya sikap Luqman yang sebenar.Ikhlaskah Luqman melamarnya?Cempaka memusing-musing cincin dijari manisnya.Cincin yang doktor Maria sarungkan padanya hampir setahun lalu.Cincin yang mengikatnya sebagai tunangan Luqman.
Berbeza dengan Luqman Darizah sesekali ada menghantar mesej kepadanya.Atau sekali sekala menyapanya saat dia di facebook.Dari Darizah dia tahu doktor Maria dan doktor Iskandar adalah doktor pakar di kuala Lumpur.Tapi kenapa ye saat berbual dengan darizah lewat sms tidak pernah sekalipun dia bertanya perihal Luqman harith?Ataupun nama Luqman Harith sememangnya tiada dalam hidupnya?
Persoalan tentang Luqman harith dibiarkan berlalu bila matanya sudah tidak boleh dibuka lagi.
















“Luqman..boleh tolong gantikan I tak petang ni?”Luqman angkat muka pandang doktor Harlina.
“Gantikan you?”Harlina mengangguk.
“Acctually petang ni ada satu kes kat OT.I kena dengan doktor Kelvin.But I ‘m so sorry I got something to do.”Luqman diam sejenak.
“Tak ada orang lain boleh gantikan you ke?”Harlina geleng.
“I dah Tanya pada Megat,petang ni dia dia on call di klinik.So,dah tak ada orang lain.Just you my hope.”Luqman diam sejenak.Teringat janjinya dengan Cempaka.Sejak tadi dia sibuk di klinik.Tak berkesempatan berjumpa Cempaka.Bila dia buat lawatan di wad pagi tadi Cempaka di dewan bersalin.
‘Tapi ini tugas dan amanah pada dirinya.’
“Oklah.I replaced you di OT petang ni.But you owe me one.”
“don’t worry I will pay tomorrow.After working hours OldTown.Just ask what do you want.”Luqman ketawa kecil.
Nampaknya janjinya dengan Cempaka perlu dibatalkan.’Dating pertamanya dengan tunang sendiri.Cempaka Elina.’
‘Hope she will fine.’Luqman teruskan kerjanya yang tergendala seketika tadi.Hari selasa hari rawatan susulan untuk ibu-ibu Hamil.Kebetulan pula hari ini memang ramai sangat.Dari pagi tadi Luqman tak ada masa nak keluar minum pagi pun.



Cempaka duduk seorang diri di Kantin.Sejak masuk syif pagi tadi dia tertunggu-tunggu Luqman untuk bagitahu kenapa dia tak muncul semalam.Tapi bayang Luqman langsung tak kelihatan sehingga habis syifnya pukul dua.Pada Cempaka Luqman mungkin tidak serius dengan kata-katanya tempohari.
‘Aku je yang letakkan harapan padahal dia saja-saja je.’
“Boleh saya temankan?”Cempaka sedikit terperanjat bila doktor Mathew sudah duduk dihadapannya.
“Doktor dari mana?”Mathew tersenyum.
“Saya baru balik dari OT.Pagi ini ada operation patient yang kena buang rahim tu.”Serta merta ingatan Cempaka menuju kepada seorang wanita yang dimasukkan ke wad seminggu yang lepas.Kata doktor Rahimnya terpaksa dibuang bila terdapat jangkitan kuman yang boleh membahayakan nyawanya.Kasihan Cempaka pada wanita itu.Usianya muda lagi.
Tapi yelah siapalah kita nak lawan takdir Tuhan.Allah kan maha mengetahui sgala-galanya.
“Cempaka Elina dah habis syif?”cempaka angguk.Jarang ada orang panggilnya dengan nama penuh.Dia senyum sikit.
“Boleh saya tahu Cempaka orang mana?”
“Saya orang penang.Doktor pulak?”Mathew ketawa kecil.
‘Handsomenya macam pelakon korea Kim Bum yang berlakon dalam drama popular Boys over flower tu.’sempat hati Cempaka berbisik halus.
“Saya orang Ipoh juga.Tapi my parents stay at Australia.”
“Habis doktor duduk dengan siapa kat sini.”
“Alone.But sometimes they come back here.My mom had breast cancer.Step three.So that’s why my dad bring her to oversea.For treatment and untuk tenangkan fikiran dia.”Cempaka angguk.
“Kasihannya.Mak doktor mesti seorang yang tabah kan?”Mathew angguk.
“Yes..and I ‘m really proud of her.And I really love her.But I rasional.Life and death is in God hand right?”Cempaka angguk.Dia sendiri kurang pasti agama Mathew.Tapi hari tu Cempaka ada Nampak patung Jesus Christ dalam kereta Mathew masa dekat parking.Mungkin Mathew Kristian agaknya.
Cempaka tengok Mathew begitu berselera menjamah nasi bersama rendang ayam.
“Doktor suka masakan melayu ke?”Suapan Mathew terhenti.
“Suka sangat terutama yang paling saya suka asam pedas ikan pari.”Cempaka tersenyum.Kenapa ye dia senang sangat berbual dengan doktor muda ini.Mungkin sebab doktor Mathew ramah agaknya.
“Cempaka Elina..apa maksudnya?”Tiba-tiba Mathew bertanya soalan yang tidak langsung Cempaka duga.
“Entah.Tapi kata mak nama Cempaka tu diambil dari bunga Cempaka.Sebab kata mak saya lagi masa saya dalam kandungan tiap-tiap hari mak saya kutip bunga Cempaka.”Macam budak-budak Cempaka bercerita.
“Bunga cempaka tu yang orang selalu tanam dekat tanah perkuburan tu ye?”Cempaka ketawa.Dia angguk.
“Ada orang panggil bunga kemboja.Tapi bunga cempaka pun seakan-akan jugalah.”Mathew senyum.Hatinya tertarik bila gadis dihadapannya ini ketawa.
“Agak-agak  bila Cempaka Elina nak bagi saya bunga Cempaka?”
“Bunga Cempaka?Doktor nak buat apa?”Mathew pula ketawa.
“Buat potpuri..”Kedua-duanya saling ketawa.
“Boleh ke?”Mathew angguk.Cempaka masih tersenyum.
Cempaka tidak perasan ada seseorang yang sedang memerhatikannya bersama Mathew dari arah belakang.

“ehem..”
“Doktor Luqman.Come joint us.”Luqman terus duduk bila dipelawa Mathew.Cempaka kembali membisu.Setiap kali ada Luqman jiwanya resah.
“Best cerita?Cerita apa?”Matanya mengerling kepada Cempaka.
“No..she told me about her name.Cempaka.Do you think that’s interesting name?Jarang dengar nama tu kan?”Cempaka cuba tersenyum.Sebenarnya dia sedikit marah dengan Luqman.Kelmarin Luqman beria-ia ajak keluar dan semalam bayang Luqman pun tak kelihatan.Tak ada penjelasan langsung.
“Yes..Cempaka Elina.Sweet name.”Namanya disebut Luqman.
“Itulah I bagitahu cik nurse kita ni bila nak bagi I bunga cempaka yang betul.”
“You suka bunga ke math?”Luqman bertanya kepada doktor Mathew.
“well kalau yang bagi tu orang secantik Staf nurse Cempaka ni why not?”Cempaka perasan renungan tajam Luqman Harith.
“So kalau macam tu I pun nak satu.Boleh kan Cempaka?”Cempaka tersentak.
“Boleh tapi masalahnya mana saya nak cari bunga Cempaka kat sini.Mana ada orang tanam bunga Cempaka dah.”Mathew ketawa tetapi Luqman masih merenunginya.
“Eh Math…you kan kena ganti doktor Megat this evening kat scan room?”Mathew tiba-tiba tersedar dia sudah lama disini.
“Alamak.Nasib you ingatkan.Ok lah..i got to go.Anyway Cempaka thanks for accompany me today.nanti I bagi bunga Cempaka dekat you.”Mathew mengeyitkan matanya kepada Cempaka.Luqman hanya memerhati.Perasaan Cempaka jadi tidak tentu arah.
Hilangnya kelibat Mathew
“saya minta diri dulu.
“Wait.”Cempaka duduk semula bila suara Luqman sedikit tinggi.
“Saya dah habis makan.”Jawab Cempaka.
“tapi saya baru nak makan.Kalau cempaka boleh temankan Mathew makan kenapa tidak saya?Tunang Cempaka?”Jelas suara Luqman yang sedang mengawal kemarahannya.Cempaka tidak jadi bangun.Dia duduk semula dihadapan Luqman.Diam membisu.Lelah dia seketika dengan sikap Luqman.
“Kenapa tak ada benda nak cakap?Tadi dengan Mathew bukan main lagi siap boleh bergelak ketawa.”Cempaka menahan rasa hati disindir sebegitu.
‘Dia ni kenapa?Sudahlah ini baru jumpa.Nak marah-marah pulak.Agaknya memang perangai dia macam ni tak?Teruklah aku dapat suami panas baran.
“I’m asking you my dear Cempaka Elina..”Cempaka tersentak sekali lagi.
“Apa dia?”Luqman merenungnya.Cempaka jadi tidak sedap hati bila melihat staff nurse Marlia sedang menuju ke kantin.
“Nothing.”Luqman kembali menghabiskan nasi di pinggan.
‘Dia ni tak nak bagitahu ke kenapa tak jadi keluar semalam?Macam tak ada rasa bersalah je.’
“Saya nak balik dah ni.”cempaka akhirnya bersuara bila dilihatnya Luqman sengaja melengah-lengahkan masa.
“Ada apa nak balik cepat?”cempaka tarik nafas dalam-salam.
“Saya nak balik nak rehat.Penat.lagipun malam ni dah start syif malam.So saya dah tak ada masa nak rehat.”Cempaka kerling jam ditangan.Sudah hampir pukul empat petang.Sudah dua jam dia disini menemankan doktor-doktor ini.Malam ini pukul 9 dah kena masuk syif malam pula.Bila masanya dia nak tidur.
“Jom saya hantar.”Luqman sudah bangun.
“Tak pelah.Asrama belakang ni je.Tak sampai lima minit jalan kaki.Takkan nak hantar jalan kaki kot?”Luqman diam.
Diam Luqman memulakan langkah kaki Cempaka meninggalkan kantin itu.Dikepalanya tiada lagi Luqman atau Mathew.Dia hanya Nampak katil bujangnya dan bantal peluk.
‘Bestnya dapat tidur.’







“Makan dengan siapa petang tadi?”Cempaka tersentak.Marlia sedang berdiri di kaunter berhadapan dengannya.
“Dengan doktor Mathew.Lepas tu doktor Luqman joint sekali.”Rimas Cempaka dengan perangai Marlia.
“Baru lagi kat sini dah menggatal?Pikat orang sana sini?”
Cempaka beristighfar dalam hati bila dengar Marlia membuat tuduhan sedemikian.
“Kalau saya yang gatal saya yang pergi duduk makan dengan diorang.tapi masalahnya diorang yang datang waktu saya tengah makan.Takkan saya nak halau pula?Lagipun apa salahnya.Bukan saya buat benda tak elok.”Bukan niat Cempaka untuk sakitkan hati Marlia.Tapi dia tak boleh terima tuduhan yang Marlia lemparkan pada dirinya.Sakit juga hatinya.
“Amboi baru masuk dah pandai menjawab?”
“Bukan macam tu.Saya hormat kak marlia orang lama kat sini.Tapi bila saya kena tuduh saya ada hak untuk jaga maruah saya.Saya bukan perempuan yang macam kak Marlia cakap tu.”
“Bukan konon.Jangan ingat orang macam doktor Luqman atau doktor Mathew tu nakkan awak yang Cuma staff nurse ni je.”
“Alhamdulillah kalau diorang tak nak saya sebab saya pun tak ada hati dekat diorang.”Marlia mula berang bila Cempaka asyik menjawab.
“Hai…”Perbualan mereka terhenti bila doktor Mathew sudah berada bersama.Dia duduk disebelah Cempaka.Marlia semakin sakit hati.
“You know Cempaka tadi I serve internet.Cari bunga cempaka.”Cempaka sedikit tersentak.
“Buat apa?”
“Saja I nak tengok Cempaka asli.”Cempaka ketawa kecil.Marlia terus berlalu dengan sakit hatinya yang masih membara.
“Habis tu cantik ke bunga cempaka tu?”
“I tengok imej cempaka hutan atau dalam bahasa sainsnya Gardenia Carinata.Warna kuning dan putih.Ada lima kelopak yang panjang.”Cempaka senyum.
“Doktor ni macam-macam lah.”Mathew pula ketawa.
“Sudi keluar dengan saya?”Cempaka sedikit terkejut dengan pertanyaan tiba-tiba Mathew.
“Saya?Keluar dengan doktor?”Mathew angguk.
“Tak nak lah nanti satu hospital kata saya nak pikat doktor pula.”Mathew masih senyum.
“I don’t care.They can talk whatever they want.”
“Tak bolehlah doktor.Saya syif malam lagi dua hari.Lepas tu saya nak balik kampung.”
“Saya boleh hantar Cempaka balik kampung.”Mathew bersungguh-sungguh.
‘Balik kampung dengan doktor Mathew?Cari bala namanya.’
“tak pe lah doktor.Saya balik sendiri.”Mathew angguk.Menghormati jawapan yang diberikan Cempaka.

Cempaka menutup suis lampu di bilik tiga.Hanya ada tiga orang ibu hamil dibilik ini.Dua orang sedang mengalami kontraksi dan seorang dimasukkan kerana kencing manis.
“Kak..nanti kalau ada apa-apa tekan butang panggil nurse ye.”Keduanya mengangguk.Ada kerutan di wajah salah seorang.Mungkin sedang menahan sakit kontraksi.
Cempaka kembali ke kaunter.Malam ini dia bersama kak Norita sebagai person incharge.Belum sempat dia duduk Cempaka Nampak Luqman sedang berbual dengan Marlia.Tiba-tiba ada getaran halus didadanya.Cempaka tidak pasti getaran apa itu.Cemburukah?
Cempaka buat-buat tidak Nampak.Cuma dia pelik kenapa Luqman ada malam ini sedangkan bukan Luqman yang on call.
“Kak saya dah bagi ubat pada patient katil 12.”Norita angguk.
“Pergilah rehat dulu.Akak nak siapkan kerja sikit.”
“Nak Cempaka tolong?”Cempaka tahu sesekali Luqman mengerling ke arahnya.
“Tak pe sikit je ni.”Kak Norita tersenyum pada Cempaka yang mengambil tempat disebelahnya.
“Kak Norita.”Kesemua mereka memandang staff nurse yong yang tergesa-gesa datang ke kaunter.
“Ada apa?”
“Boleh tolong kat wad bersalin tak?Tak cukup kakitangan ni.Ada tiga orang baru masuk nak bersalin.”Norita pantas bangun.
“Cempaka tunggu kaunter ye.Tengok-tengok sama patient 10 dan 11.Takut bersalin atas katil pula nanti.”Cempaka angguk.Marlia masih rancak bercerita dengan Luqman.Cempaka tak ambil pusing.
“Opss.. I ingat tak ada orang.I beli satu burger je.”Mathew masuk dengan satu plastik ditangan.Cempaka buat-buat tak Nampak.
“Burger untuk siapa Math?”Mathew senyum.
“Untuk cik Cempaka Elina.”Cempaka terus angkat wajah bila namanya disebut.
‘Biar betul doktor cina ni belikan aku burger?’Cempaka pandang Luqman yang juga tururt terkejut.
“Untuk saya?”Mathew angguk.Diserahkan plastik putih pada Cempaka.Cempaka teragak-agak untuk ambil.
“Ter.terima kasih.”Diletakkan plastik burger diatas meja.
“No worries.Oklah.. I balik dulu.Ok Man..see you.”Mathew melangkah dengan senyuman dibibir.
Dan Cempaka termangu-mangu dengan plastik berisi burger diatas meja.



DYJA melihat pergelangan tangannya.Hampir pukul 8.30.Dia gelisah.Resah bagaikan anak ayam kehilangan ibunya.Sesekali matanya liar memerhati kearah jalanraya yang mula sibuk dengan kenderaan yang kebanyakannya menuju ke tempat kerja.Dyja gelisah lagi.Setiap minit dan detik bagaikan menyentap denyutan jantungnya.Bagai ada sang gergasi sebesar king kong yang akan menghambatnya.Sebentar dia duduk dan sekejap lagi dia bangun.Masih situasi yang sama,melihat kearah jalanraya.Tapi betullah kata orang penantian itu satu penyeksaan.Yang ditunggu belum kunjung tiba.Tubuhnya semakin disirami peluh mentari pagi yang makin bersinar galak.
“Alah rilekslah cik adik…gelisah semacam nampak…awai lagi ni…kelam kabut nak pi mana//”Dyja mengerling kearah lelaki disebelahnya.Ada dua orang lelaki yang sedang tersengih.’Sebiji kerang busuk..’Dyja mengutuk didalam hati.’Dah lah pakai seluar koyak rabak memang jantan tak ada masa depan.Nak mengorat pun pegi beli dulu seluar tu…’Dia menjeling tajam.Bosan dengan mat lepak macam tu.Macamlah tak ada kerja lain nak buat.Ni pagi-pagi buta dah melepak kat bus stop.Dah lah tu menyakitkan hati orang je.
“Alamak…dia jelinglah bro…tu lah aku dah habaq kat hang…ni bukan calang-calang awek..”Kedengaran ketawa dari keduanya.Dyja mendengus geram.Jam pasar malam dipergelangan dijeling lagi.Lima minit sebelum pukul 9.Dyja hampir mahu menangis.Pasti dia kena marah lagi.Tiba-tiba pandangan tajamnya menuju kearah bas berwarna kuning yang sedang menghampiri.Dia bangun kasar.marah pada bas yang datang lambat dan marah pada kutu lepak disebelahnya ini.
Baju kurung dibadan dibetulkan agar kelihatan kemas.Pantas tangannya melambai kearah bas.Sebaik sahaja pintu dibuka dia pantas naik tanpa memperdulikan dua manusia yang semakin galak mengusiknya di belakang.Panas hatinya dengan bas yang datang lambat.
Sakit hatinya bila terpaksa menunggu satu jam untuk bas ini.Rasa macam nak bakar je bas ni dengan pemandunya sekali.Macam tak boleh nak bawa bas cepat sikit.Dulu waktu dia mula bekerja,bas ni datang tepat pukul lapan pagi.Tapi waktu itu pemandunya sudah separuh umur.Ini bila orang muda yang bawa bas jalan macam kambing patah kaki.
“Georgetown.”Dia memandang sekilas pada pemandu bas yang berkaca mata hitam.Ada senyuman dibibirnya.Hati Dyja smakin panas.Dah lah bawa bas lambat…ada hati nak senyum pulak.Tapi Dyja tak punya masa untuk menambah pahalanya dengan senyumannya.
“2.40 sen.”Pantas Dyja memasukkan duit kedalam tabung dan mendapatkan tiket.Dyja berdiri ditepi pintu.Bas penuh sesak dengan penumpang.Tubuhnya disandarkan didinding bas.Menghitung waktu untuk sampai ke pejabat.Lima belas minit kakinya berdiri didalam bas,akhirnya destinasinya tiba.Pintu bas dibuka.Belum sempat Dyja turun kedengaran suara pemandu bas.
“Hati-hati ye…”Dyja menjeling marah.’Dahlah aku lambat sebab kau bawa bas terhegeh-hegeh.Sebab kau lah aku lambat kali ni.Ada hati nak pesan-pesan.Boleh jalanlah…’Dia berlari-lari anak ke arah bangunan 20 tingkat yang terletak bersebelahan bangunan kwsp ini.Hatinya berdebar kencang.
Tiba-tiba tubuhnya terlanggar seseorang.Dia terdorong kehadapan.
‘Bum…’Kepalanya terhantuk pada dinding bersebelahan pintu lif.Dyja menggosok-gosok kepalanya yang sedikit sakit.Tudungnya herot sedikit.Hatinya menyumpah.Dia memandang tajam pada seorang lelaki yang berseluar jean dan kemeja round neck dihadapannya.
“Oi  pak cik…hang buta ka?Aku pun hang tak nampak.”Lelaki tersebut sedikit tersentak.
“Sorrylah…tapi awak yang jalan tak tengok orang.Awak yang langgar saya…nak marah saya pulak.Awak ni betul ke tidak.”Dyja memandang geram.’Ish mamat ni memang bagi aku marah.’
“Yang hang berdiri macam tunggul kayu kat depan lif ni kenapa?”
“Dah saya nak naik lif…takkan nak tunggu depan pintu rumah awak kot.”Dyja semakin geram.’Mamat ni buat lawak bangang pulak….tapi sorrylah aku tak rasa nak gelakpun.’Pintu lif terbuka.Dyja pantas masuk sambil menekan nombor sembilan.Lelaki itu turut masuk dan menekan tingkat 12.Dyja masih menggosok dahinya yang masih sakit.Lelaki disebelahnya hanya tersenyum sinis.Sampai tingkat sembilan Dyja pantas keluar namun telinganya sempat menangkap kata-kata lelaki itu.
“Oi mak cik…lain kali jalan bawa tongkat.Saya taulah saya hensem…nak ambil kesempatanlah tu.”Dyaja berpaling.Belum sempat dia membalas pintu lif tertutup dengan senyuman sinis lelaki itu tinggalkan di mindanya.











 “MISS Dyja…masuk bilik saya sekarang juga.”Dyja mendongak.Dia menelan liur seketika.
“Masuk bilik saya sekarang.”Dyja memandang kearah Puan Arfah.Dia bangun.Cukuplah dua kali Puan Arfah yang tidak ubah bagai Siti Tanjung Perang dalam lagenda bawang putih bawang merah itu memanggilnya.Suaranya sahaja membuatkan satu pejabat kecut perut.Beberapa pasang mata memandangnya sinis.Dyja tahu tahu sekejap lagi pasti ada slot umpat mengumpat.Dia tidak peduli semua itu.Biarlah mereka nak mengata.Sememangnya sejak hari pertama dia disini lagi dia menjadi bahan bualan.’Ah biarlah!’Hanya Allah yang tahu niat aku kemari.Mana tidaknya pekerja-pekerja lain semuanya berpakaian ikut trend.dia tetap dengan baju kurung kapas.
Setengah jam kemudian,Dyja keluar dari bilik Puan Arfah.Wajahnya kelat.Rasanya lebih kelat dari buah ciku yang belum masak.Dia kembali ketempatnya semula.Menarik nafas panjang sebelum mengeluarkan surat-surat yang perlu ditaip dari dalam tray diatas meja.Dia termenung seketika.’Ambil ijazah dalam bidang ekonomi tapi kerja kerani je.’Dia akur pada kesukaran mendapat kerja sekarang ini.Mujur sepupunya terbaca iklan kerja disyarikat ini.Dia tidak boleh memilih.Apa sahaja jawatan yang diberi dia perlu terima.Adik-adiknya masih bersekolah.Ayah dah tak larat.Ibu dah lama meninggal.Hanya dia yang diharapkan membantu keluarga.’Em…susahnya hidup ini..’
“Kenapa sedih je ni?”Dyja kembali mendongak.Disini hanya Hanim sahaja yang baik dengannya.
“Tak ada apalah kak…”Dia memaniskan wajah.Sebolehnya dia tidak mahu berkongsi apa-apa masalah pejabat dengan rakan sepejabat.Tersilap kata yang sejengkal jadi sedepa.
“Kena marah dengan Puan Arfah lagi?”Bagai tahu apa yang berlaku Hanim bersuara.Dyja mencebirkan bibirnya.
“Bukan Sengaja…bas yang lambat.”Hanim mengangguk faham.Dulupun sebelum dia berkereta,dia juga punya masalah yang sama dengan Dyja.Memang bas ni tak menentu perjalannya.Kadang-kadang awal sangat,kadang-kadang langsung tak ada.
“Sabarlah dik…yang penting kerja hang setel.Tok sah dok pikir sangatlah Puan Arfah tu.Kak dulupun kena macam hang juga.Ada staf lain yang kena lebih teruk tau.”
“Terima kasih kak.”
“Dah buat kerja hang sampai siap.Kak nak masuk bilik kak dulu.”Sebagai ketua kerani,Hanim punya biliknya sendiri.Hilangnya kelibat Hanim Dyja kembali fokus pada kerja dihadapannya.Sesekali fikirannya mmikirkan permintaan adiknya semalam.
“Kak..kawan-kawan semua dah beli buku tu.nani seorang je tak ada lagi.Cikgu dah bising suruh beli.”Dyja mendengar rintihan adiknya yang bakal menduduki peperiksaan PMR di hujung talian.Dia mengeluh.Mana dia hendak cekau 50 ringgit sekarang ni.Dia hanya boleh berjanji untuk dapatkan duit itu secepat mungkin.



“Kau ni kenapa?Macam mati bini je?”Ilham memandang wajah dihadapannya.’Kata orang…dia tu yang baru kena tinggal dengan awek.’Tapi ayat itu hanya bergema dalam hatinya.Takut sahabatnya ini terasa.Dia tahu Azim baru sahaja berpisah dengan teman wanitanya yang dikatakan curang.
“Tak adalah…aku penat je.”Tangannya diletakkan di dahi.Memang dia letih.Seharian bekerja rehatnya Cuma beberapa jam.Tapi dah ini jalan yang dipilih..terpaksalah terima.
“Aku suruh hang tukaq kerja hang tak mau.Aku nak tolong rekemen hang tak nak juga.La ni…hang tengoklah.Balik rumah je penat.”Azim menggeleng.Sudah sebulan Ilham tinggal bersamanya.Memang dia kasihan melihat Ilham yang asyik kepenatan bila habis kerja.Ilham memandang Azim sekali imbas.Dia kenal Azim enam bulan lepas.Waktu itu secara tak sengaja di gelanggang futsal gelugor.Minat yang sama membuatkan mereka menjadi kawan baik.Sehinggalah dia menyewa di rumah Azim.Cuma Azim tidak pernah mengenali dirinya yang sebenar.’Nantilah Zim…satu hari nanti aku akan cerita.Mesti waktu tu kau terkejut katak punya…’
“Aku penat sikit je Zim..”Matanya cuba dipejamkan.Tapi serentak itu bayangan seorang gadis muncul di mindanya.Gadis yang memakai baju kurung biru dan tudung putih susu.Ilham tersenyum.Entah kenapa kata-kata gadis itu dihadapan lif tadi dirasakannya amat lucu.’Ada ke dia panggil aku pak cik.Buta kot mata dia.’Dan senyuman Ilham dibawa sehingga ke alam mimpi.



            Dyja selesai solat isya’.Teringatkan keluarga dia mencapai telefon bimbitnya.Sebaik sahaja talian dijawab,Dyja tersenyum.Hilang rasa penat seharian bekerja.
“Assalamualaikum…ayah sihat ke?”Tiba-tiba rindunya terdetik pada keluarga jauh dimata.Walaupun jarak perjalanan dari Pulau Pinang ke Perlis hanya tiga jam..tapi dia belum mampu untuk pulang buat masa ini.Duit dalam dompet hanya cukup-cukup tambang bas dan makan hingga hujung bulan.Itupun sudah jenuh dia mengikat perut.Duit untuk buku rujukan Nani pun belum tentu dia ada lagi.
Sepuluh minit bercakap di talian,Dyja mengeluh.Baru tadi adiknya Athirah memberitahunya dia memerlukan sedikit duit untuk kem motivasi UPSR.
“Adui….manalah akak nak cari duit lagi dik.Dalam bankpun tinggal berapa ringgit je.”Dyja mengetuk dahinya dengan belakang tangan.Dia mencongak,mengira jika dia boleh masukkan lima puluh ringgit ke akaun Athirah.Tapi rasanya tidak cukup.Tiba-tiba telefon bimbit nokianya yang sudah bertahun digunakan berdering.Melihat nombor yang tertera Dyja mengerutkan kening.Nombor ini tiada dalam simpanan telefon bimbitnya.
“Hello…”Jawabnya perlahan.
“Hello…man ada?”
“Man mana?Tak ada nama Man kat sini.”
“O..ye ke..ni sapa?”Dyja panas hati.
“Tak payahlah tahu siapa saya ye…terima kasih.”Lantas talian dimatikan.
“Ja…ada kerja part time...hang nak tak?”Dyja tiba-tiba teruja mendengar kata-kata Ika teman serumahnya yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.
“Nak sangat…kerja apa Ika?”
“Kerja ni dia bayaq harilah.Hari hang kerja dia bayaq…hang tak kerja dia tak bayaq.Tapi sabtu dengan ahad je.”Dyaja tersenyum.Oklah..sabtu dengan ahad memang aku cutipun.

“Waalaikumusalam.”Dyja menjawab salam sebaik sahaja butang hijau ditelefon ditekan.
“Abang ganggu ke?”Dyja diam seketika.
“Nak apa?”Diruang matanya terbayang wajah seorang lelaki kacak disebelah sana talian.
“Saja nak Tanya khabar Khadija.Ayah dengan adik-adik sihat.?”
“Sihat.Abang sihat?”
“Alhamdulillah abang sihat.Sabtu abang ambil Dyja balik kampung.Lagipun dah lama abang tak lawat ayah.”Khadija diam seketika.
“Abang tak kerja ke sabtu ni?”
“Tak.Sabtu abang ambil pukul 12 tengahari ye.”
“Ok.”
“Ok.bye.”Khadija melatakkan telefon disininya.Terbayang wajah lelaki yang menelefonnya seketika tadi.
‘Doktor Luqman Harith.’Khadija akhirnya tersenyum sendiri.













Luqman membawa Khadija ke Bandar Taiping.Membeli barangan keperluan dapur dan buku rujukan untuk Athirah.Kemudian mereka berhenti makan di Mcdonalds.
“Macamana kerja Dyja?”
“Bolehlah.Tapi ada seorang ketua Dyja tu macam tak suka je kat Dyja.Selalu nak cari salah Dyja.”
“Biasalah asam garam dalam kerja.Yang penting niat Dyja nak cari rezeki kan?”Dyja angguk.
“Esok abang balik ke?”Luqman pula ngguk.
“Petang esok abang ada janji dengan kawan nak gantikan dia on call.Dia ada hal sikit.”
“Dyja rasa bersalah dengan abang.Banyak snagat abang dah tolong Dyja dengan keluarga.Rasa macam tak terbalas jasa abang pada kami.”
“Jangan cakap macam tu.Abang tolong mana yang abang mampu.”
“Dyja ni nama je dah kerja tapi tak boleh juga nak tolong keluarga.”
“Tak pe lah perlahan-lahan.Stabilkan dulu diri Dyja kat sana.”Khadija mengangguk.
Usai makan mereka ke Nagoya.Membeli kain untuk adik-adik Khadija.Sedang asyik memilih,Pandangan Luqman bersatu dengan pandangan seseorang dari jarak Cuma 100 meter.
Cempaka sedang memandangnya dengan Dyja.
“Abang yang ni cantik tak?”Pandangan keduanya dihalang dengan kain yang Dyja tunjukkan pada Luqman.
“Ok.”Sebaik sahaja kain dijatuhkan wajah Cempaka sudah menghilang.
‘Perasaan aku kah?’
“Dah?Kalau dah jom lah.Nanti ayah risau pula.”Dyja angguk.mereka berjalan ke bawah.Mata Luqman tercari-cari bayangan itu lagi.Tapi tiada.Lantas Luqman rasa mungkin itu hanya perasaannya sahaja.







Cempaka termenung di rumah bujang Haikal.Dia rancang nak balik Pulau Pinang tapi akhirnya dia ke rumah haikal.Lagipun Haikal minta tolong untuk beli hantaran pertunangan Haikal nanti.Petang tadi Haikal membawanya ke Bandar Taiping.Jalan-jalan di taman tasik seterusnya membeli sedikit keperluan.
Waktu itulah dia bertembung dengan Luqman.Tapi sebaik sahaja melihat seorang gadis cantik disebelah Luqman hatinya jadi hancur tiba-tiba.
‘Abang?’Dia terdengar panggilan gadis itu pada Luqman.
‘Siapa gadis itu dalam hidup Luqman.Kenpa kak Darizah tidak pernah bercerita tentang perempuan itu kalau Luqman mengenalinya.Tiba-tiba hatinya jadi tawar dengan pertunangan ini.
“Awat termenung?”Cempaka dihampiri Haikal.Sejak dulu memang dia rapat dengan Cempaka berbanding adik-adiknya yang lain.
“Tak ada apa-apa.Abang dah simpan dah semua barang-barang tu?”Haikal angguk.Perkenalannya dengan Ariani selama hampir dua tahun bakal berakhir dijinjang pelamin.
“Esok abang hantar sampai asrama.Esok abang tak ada buat apa-apa.”
“Tak susah abang ke?”
“Bukan jauh sangatpun.Senang sikit hati abang kak Yang sampai elok ke asrama tu.”cempaka tersenyum.Senang dengan kprihatinan Haikal padanya.
“Luqman macamana?”Cempaka senyum.
“Ok je abang.”Cuma soal yang satu ini jarang sangat dia nak berkongsi dengan Haikal.Cempaka rasa seolah-olah sudah serik untuk bercerita soal hati dan perasaannya.
Cukuplah pengalamannya dengan Fikri dulu.

Malam itu Cempaka menerima sms kiriman doktor Mathew.Dia tersenyum sendiri.
-How r u Cempaka elina?
+Fine.Sihat.doktor?
-I?Ok je..bored sikit you tak ada dalam wad.
+kan ramai lagi kat sana.
-Tak sama macam you Cempaka Elina
Cempaka diam.Hilang kata-kata untuk bermesej.
-R u still there Cempaka?
+ye..saya ada ni.
-Oklah tak nak ganggu you.Anyway take care ya.
+thanks doktor.
Cempaka pandang telefonnya.Dia akui dia senang dengan doktor Mathew.Tapi Luqman….
Persoalan tentang Luqman sentiasa menjadi persoalan yang tidak terjawab dalam fikiran Cempaka.

Sudah tiga hari Cempaka kerja syif petang dan sudah tiga hari juga dia tidak berjumpa langsung dengan Luqman.Ingin ditanya pada kak Zubaidah Cempaka segan.Semalam Salmah telefon dari kampung mengingatkan Cempaka tentang majlis yang lebih kurang empat bulan sahaja lagi.
Salmah mahu dia berbincang dengan Luqman tentang majlis itu nanti.Mereka mahu Cempaka dan Luqman yang menetapkan dari pakaian hingga ke pelamin.Pagi tadi Darizah dan doktor Maria pula yang telefon.Bagitahu perkara yang sama.Tapi kenapa mereka tak sampaikan sendiri pada Luqman.Kenapa mesti Cempaka yang bagitahu Luqman semua ini.
“Kak..doktor Luqman tak ada ke?”Zubaidah senyum.
“Kenapa?Dah rindu?”
“Tak adalah kak.Cempaka ada hal nak cakap dengan dia.”
“Kenapa tak call je?”
“Cempaka tak ada nombor telefon dia kak.”Cempaka berterus terang.Kalau Luqman tak bagi takkan dia pula yang nak minta.
“Kenapa macam tu pula?”
“Sebenarnya kami bertunang tak kenal pun antara satu sama lain.Keluarga yang rekemen.Cempaka tak pernah minta nombor telefon dia.Tapi dia ada nombor Cempaka.”
“Dia tak pernah call?”Cempaka geleng.
“Kalau akak Tanya sikit Cempaka jangan marah ye.”Cempaka angguk.
“Cempaka yakin ke nak kahwin dengan doktor Luqman?”Cempaka jungkit bahu.
“Cempaka tak tahu isi hati Luqman.Cempaka tak tahu kalau dia sukakan Cempaka atau tak.Cempaka Cuma turut kata mak dan abah.”
“Kenapa?Perkahwinan bukan perkara kecil tau.”
“Cempaka tahu kak.Tapi biarlah.Andai kata Cempaka tak bahagia nanti diorang tak akan salahkan Cempaka lagi.”Zubaidah diam.Dia teringat dahulu ada seorang wanita kerap kemari bertemu dengan doktor Luqman.Malah beberapa kali Zubaidah pernah terserempak keduanya.Mesra sekali.Sebab itu Zubaidah yakin wanita itu kekasih Doktor Luqman.Cuma dia tidak berani nak bagitahu Cempaka.Takut hatinya terguris.

            “Hi ladies…”Mathew tersenyum pada Zubaidah dan Cempaka.Beberapa staff nurse dan JM berada agak jauh dari mereka berdua.Sister Hamimah sedang memberi penerangan kepada jururawat pelatih dari kolej SEGI.
            Mathew menghulurkan sekuntum bunga Cempaka kuning kepada Cempaka.
“Untuk saya?”Mathew angguk dalam senyumannya yang panjang.
“Untuk apa?”
“Untuk Cempaka kepada Cempaka.”Zubaidah terpinga-pinga.
“Doktor ambil mana bunga ni?”
“Well where I get this that’s was my secret.Sudi terima?”Cempaka ketawa kecil.
“Thanks doktor.”Mathew masih tersenyum.
“Ok.I nak pergi OT.Have a nice day.”Mathew melangkah pergi.Cempaka letakkan bunga cempaka diatas meja.
“So sweet.Macam ada apa-apa je doktor Mathew tu?Siap bagi Cempaka bunga?”
“Tak adalah kak.Dah beberapa kali Cempaka berbual dengan doktor Mathew.Dia friendly je.Tak macam setengah doktor yang sombong.Doktor Mathew ok.Dia selalu Tanya Cempaka tentang bunga Cempaka ni.Agaknya dia minat sangat kat bunga Cempaka tak?”
“Jangan dia jatuh hati dengan Cempaka sudah.Nanti tak pasal ada WWF kat sini pula.”
“WWF?kenapa pula kak?”
“Yelah doktor Luqman VS doktor Mathew berebutkan Cempaka Elina kita ni.”Cempaka ketawa.
“Tak de lah sampai macam tu.Cempaka bukannya cantik pun sampai dorang nak gaduh sebab Cempaka.Lainlah kak marlia tu.”Disini hanya staff nurse Marlia seorang sahaja jururawat Muslim yang tidak memakai tudung.
“Marlia tu?Dia tu gedik sikitlah Cempaka.Tak berkenan akak tengok.”Bukan dia saja nak mengata Marlia tapi memang sikap Marlia menjengkelkan.
            “Kak Zubaidah ni ada patient baru daftar.”Seorang atendan hospital meletakkan rekod dari bahagian kecemasan diatas kaunter.Cempaka lihat ada seorang wanita sedang duduk diatas kerusi roda.Dibelakangnya mungkin suaminya sedang menjinjit beg pakaian.
“Kes apa kak?”Cempaka bertanya bila Zubaidah sudah mula membaca laporan dari A&E.
“Low lying placenta.”Cempaka segera ke arah katil kosong.Dikemaskan sedikit dengan bantuan kak Zaimah atendan yang bertugas di wad ini.Kemudian Cempaka membawa wanita itu ke katil.
“Dah berapa hari turun darah?”
“Dah masuk dua hari nurse.”Cempaka angguk.
“Kenapa tak datang awal?”
“Sebab tak sakit.Tu yang tak datang tu.”
“Lain kali kalau akak turun darah ke air ke kena cepat-cepat datang hospital.Akak dah tujuh bulan ni.”
“Teruk ke dik?”
“Tak tahu lagi.Nanti kita tengok apa doktor cakap.Biasanya awal kehamilan memang uri di bawah tapi masuk 28 minggu dia akan naik atas juga.Tapi kes akak dah tujuh bulan uri masih dibawah lagi.Lepas tu akak bleeding.Tak pe akak rehat dulu nanti ada doktor datang periksa.Nanti akak Tanya dengan doktor ye.”Cempaka menghadiahkan senyuman.Sekurang-kurangnya menghilangkan sedikit debaran hati wanita itu.
Belum sempat Cempaka kembali ke kaunter Luqman masuk bersama rekod pesakit ditangan.
“Bawakan saya rekod dari A&E.”Cempaka tahu arahan itu diberikan kepadanya.Dia cepat-cepat mengambil rekod dikaunter.Diserahkan kepada Luqman dan setia berdiri disitu.
Luqman menyemak rekod.
“Em…kandungan puan dah nak masuk 30 minggu.Bermakna dah hampir lapan bulan.Period regular?”
“Tepat selalunya doktor.”Luqman angguk.Wajah Cempaka merah sedikit.Kalau yang bertanya doktor Mathew atau Megat,mungkin cempaka tak kisah.Tapi ini Luqman Harith tunang dia.
“Kita terpaksa tahan Puan dulu sebab puan ada bleeding.Lagipun still low lying placenta.Maksudnya uri Puan masih dibawah.Ini bahaya sebab puan boleh jadi pendarahan bila-bila sahaja.”
“Berapa lama doktor?”
“Kita tak pasti sehiingga Uri ke atas semula.”
“Habis tu kalau tak pusing juga.?”
“Puan terpaksa duduk diwad sehingga melahirkan.Ini untuk keselamatan Puan sendiri.”Wanita itu diam seketika.
“Saya boleh bersalin normal ke doktor?”
“Kalau keadaan Puan masih macam ni Puan tak boleh bersalin secara normal.Kaedah pembedahan perlu dilakukan.”Luqman menulis sesuatu ke dalam rekod pesakit sebelum menyerahkannya kepada Cempaka.
“Ok Puan rehat dulu.Nanti saya periksa lagi.Staf nurse make sure ada pad chart.Saya nak tengok.”Cempaka angguk.Dia pantas berlalu ke kaunter .
Selesai membuat pemeriksaan Luqman terus keluar dari wad.Cempaka terlepas lagi peluang untuk berbincang.
            Hari ini Cempaka cuti selepas Sembilan hari bekerja di ward.Tak tahu nak kemana-mana dia hanya terperuk dibilik.
Tengahari perutnya berkeroncong.Mahu tak mahu terpaksa juga Cempaka turun ke bawah.
“Cempaka Elina.”Namanya dipanggil seseorang tatkala sedang menilik lauk pauk diatas meja.
Luqman berdiri dengan t-shirt dan jean.
Luqman menghampiri Cempaka.
“Ingat tak turun dah?”Cempaka kerut kening.Luqman tunggu dia kah?Tapi berapa lama?Tapi kenapa?Tak kerja ke?
“Buat apa kat sini?”Cempaka menghampiri Luqman.
“Tunggu tuan puteri turun makan.”Cempaka diam.
“Jom.”
“Nak pergi mana?”Cempaka tengok dirinya.Hanya t-shirt long slip dan slack hitam.Tudung pun sarung je.
“Kita keluar makan.Saya tunggu kat kereta.”Tanpa menunggu balasan jawapan dari Cempaka Luqman terlebih dahulu berjalan ke kereta.
Cempaka sedikit terkejut bila Luqman membelokkan keretanya kea rah kiri dari jalan hospital Pantai.
Dia tertanya-tanya kemana mereka sebenarnya.Tapi soalan itu hanya bermain dalam fikiran Cempaka sahaja.
Sangkanya Luqman mahu makan dekat-dekat dengan hospital sahaja.
Tiba-tiba telefon bimbit Cempaka berdering.Cempaka tahu Luqman mengerling ke arahnya.
“Hello..”Diam.
“Saya keluar makan dengan kawan.”Diam lagi.
“Malam ini?Tak pasti lagi.Nanti apa-apa saya call doktor balik.”Tiba-tiba Luqman brek mengejut.Hampir sahaja Cempaka terhantuk di dashboard kereta.
“Siapa call?”Cempaka pandang Luqman dengan sikapnya yang pelik.
“Kenapa?”
“Saya Tanya siapa call?Takkan itupun tak boleh jawab?”Cempaka menahan rasa hati.Berang sebenarnya dengan sikap Luqman.
‘Belum jadi suami dah pandai marah-marah.Nasiblah Cempaka.’
“Doktor Mathew.”
“dah agak dah.Dia tahu Cempaka dah bertunang?”Cempaka geleng.Hubungan dia dengan Mathew bukannya apa-apapun sampai dia nak kena cerita yang dia dah bertunang.nanti apa pula kata Mathew.
“Kenapa nak bagitahu pula?”
“Sebab saya yang suruh.”Cempaka semakin pelik.Kalau dia tak ada apa-apa makna pada Luqman
“tapi kenapa?takkanlah nak bagitahu kalau orang tak Tanya.”
Yelah nanti apa pula kata doktor Mathew.Mesti doktor Mathew ingat cempaka ingat doktor Mathew suka pada dia.
“Kenapa tak boleh bagitahu?Oh..tak nak Mathew tahu sebab takut Mathew tinggalkan Cempaka?”
‘Astaghfirullahalazim…dia ni melampaulah.”
“Tengoklah nanti.”Cempaka malas mahu bertekak dengan Luqman.

Luqman bawa Cempaka ke Mcdonalds Jaya Jusco.Sekadar burger yang jadi alas perut Cempaka tengahari ini.Dia memang nak makan nasi sebab berat sikit.At least malam nanti pula baru dia makan.
“Saya nak minta panjangkan tempoh pertunangan.”Cempaka tiba-tiba bersuara.
Suapan kentang goreng ke mulut Luqman terhenti.Dia pandang cempaka Elina.
“Kenapa?Lagi empat bulan kan?”Cempaka angguk.
“Saya baru kerja.Banyak benda nak kena beli dengan duit.Simpanan saya tak cukup lagi.”
“banyak sangat ke nak beli?Takkan nak buat majlis macam yusry dengan lisa surihani pula?Nak membazir buat apa.?”
‘Ya Allah dia ni.Habis tu baju nikah pelamin hantaran semua tu tak pakai duit ke?Nama je doktor tapi benda macam tu pun tak boleh berfikir’
“Sekalipun bukan macam lisa Surihani dan Yusry tapi benda-benda lain pun nak pakai duit juga kan?”Cempaka tidak mahu mengalah.
“No.”Cempaka angkat muka pandang Luqman.
“Kenapa tak boleh pula?”
“Sebab dah itu perjanjiannya.Dulu apasal tak cakap nak bertunang dua tahun ke tiga tahun ke?Kalau sepuluh tahun sekalipun tak kisah tapi ini dah dalam perjanjian.”
Cempaka menahan rasa hati.Akhirnya dia diam terus menelan burger yang mula terasa tawar.

            Luqman hantar Cempaka sehingga ke asrama jururawat.Belum sempat Cempaka keluar dari kereta telefon bimbit Luqman berdering.
“Assalamualaikum.”Lembut suara Luqman menjawab panggilan.
“Ok.Sekejap lagi abang sampai rumah abang call balik.”Cempaka menjeling.
‘Abang?Setahu Cempaka Luqman mana ada adik.Girlfriend lah tu.’
‘Bukan main lembut lagi bahasa dengan girlfriend.Kalau dengan aku.huh!’
Cempaka terus melangkah tanpa ucapan terima kasih pada Luqman Harith.Sikitpun dia tak pandang Luqman yang masih dengan telefon bimbitnya.
‘Dah ada girlfriend tu cakap lah awal-awal.Aku bukan kisah pun kalau putus tunang.’Hatinya mengomel sendirian.

“Hang call dia lagi ka?”Dyja angguk.Ika duduk bersila dihadapan Dyja.
“Hang ni esok-esok hang juga yang merana.Dia kan dah bertunang Ja.”
“Tapi dia baik sangat Ika.Mula-mula dulu memang aku tak suka dia.Bagi aku sebab dia mak aku  mati.Tapi lama-lama aku dapat rasa ada perasaan halus dalam hati aku ni kat dia.Sifat dia yang penyayang selalu bantu aku dengan keluarga aku.”
“Dia Cuma ambil berat Ja.”
“Aku tau.Tapi aku suka dia Ika.Hari tu dia mai rumah aku.Bawa aku pergi Bandar Taiping.Belikan macam-macam untuk adik-adik aku.Aku terharu sangat.”Masih terbayang di mata Dyja kemesraan yang ditunjukkan Luqman tempohari.
“Em..budak yang langgar hang kat lif dulu tu ada call lagi?”Dyja jadi teringat pada Ilham.Selepas insiden mereka terlanggar di lif dulu dia selalu juga bertmbung dengan Ilham yang bekerja di tingkat 10 bangunan yang sama.Tapi sejak akhir-akhir ini Ilham kerap menelefon dia.Dari mana Ilham dapat nombor telefon Dyja kurang pasti.
“Ada dia call.”
“Oklah dah orang nak tu janganlah jual mahal Ja.Takkan hang nak tunggu juga Luqman tu sedangkan hang tahu Luqman tu dah nak kahwin.”
“Tapi Ika,abang Luqman sendiri cakap yang dia tak kenal sangat dengan tunangnya.Means diorang tak bercinta pun.”
“Habis tu hang nak buat apa?Nak rampas Luqman dari dia?”Dyja geleng.Dia bukan sekejam dan semurah itu untuk dapatkan Luqman.
“Tak lah.Cuma perasaan aku pada dia je susah nak cakap.Bila dia tak call aku rasa rindu.”
“Kena buanglah semua tu Dyja.Ingat tujuan hang mai sini nak kerja.Nak ubah masa depan keluarga.Jangan nanti sebab cinta hang pada Luqman hidup hang jadi tak tentu hala.”Dyja diam.Dia akui kebenaran kata-kata Ika.Niatnya disini untuk cari rezeki.Sampai bila keluarganya perlu bergantung pada Luqman.Sudah banyak budi yang Luqman taburkan pada dia dan keluarga.Tak terbalas.Tapi perasaan dia pada Luqman?
Dyja ingat pada Ilham.Berkali-kali Ilham cuba mengajaknya keluar.Tapi Dyja buat-buat tidak kisah.Kasihan Ilham kadang-kadang berpanas tunggu dia untuk makan tengahari.Tapi dengan Ilham jantungnya tidak berdegup sekencang dia bersama Luqman Harith.



“Pasal mak tengok balik kali ini asyik termenung je?”Cempaka pandang salmah.Tak sangka pula Salmah perasan bila dia asyik termenung.
“Tak ada apa-apalah mak.Saja.Lama tak balik kampung.”
‘Hai cempaka baru bulan lepas balik dah kata lama?’
“Semalam keluarga Luqman telefon.”Cempaka menahan debaran dihati.
“Nak apa mak?”Nantetapkan hari agaknya.Bukan ke Luqman menolak usulnya untuk dipanjangkan pertunangan mereka?
“Diorang setuju nak panjangkan pertunangan hingga lepas raya ni.Maknanya ada lebih kurang lima enam bulan lagi.”
“Ye ke?Kenapa?”Hati Cempaka berteriak gembira.
“Kata mak mertua Kak Yang semalam,Luqman kena kursus.Takkan Cempaka tak tahu kot?”
“Oh..tahu.”Cempaka tarik nafas lega.
‘Em..tak lah degil sangat.Boleh juga dibawa berbincang.’Dia tersenyum kemenangan.
“Kak yang naik bas pukul berapa?”
“Pukul 6.30 mak.”
“Sampai Ipoh pukul berapa?Malam-malam tu bahaya tau tak.”
“Dalam 9.30 sampai lah.Sampai nanti kak Yang ambil teksi terus balik asrama.Lagipun asrama tutup 10.30 malam.Mak jangan risaulah.Dah dua tiga kali Kak Yang naik bas seorang.”Salmah senyum.Bukan dia tak percaya.Tapi dengan banyak sangat kes yang berlaku sekarang ni hati seorang ibu dia jadi tidak tenteram.
Setiap hari dia baca akhbar.Banyak sangat berlaku kes penculikan,jenayah sana sini yang membabitkan anak gadis.Dia risau sendiri.
Selagi Cempaka belum berkahwin hatinya tidak pernah tenteram memikirkan Cempaka yang jauh dimata.



Cempaka pandang kea rah jalan raya yang hitam pekat.Hatinya menahan rasa marah.Hampir satu jam setengah mereka terkandas di Bukit Merah gara-gara bas rosak.Dia pandang jam dalam kesamaran lampu.Sudah hampir ke pukul sepuluh malam.Hatinya sedikit risau.
            Cempaka sampai di setesen bas medan Gopeng bila jarum jam sudah ke angka 11.15 malam dalam hujan lebat yang menggila.Hentian teksi diluar.Dia duduk dikerusi didalam stesen mencongak-congak siapa yang perlu dia telefon.
‘Nani?Mana mungkin sebab asrama dah tutup.takkan Nani boleh keluar.Lagipun nani tak ada kereta.Akhirnya dia terpaksa buat satu keputusan.
“Hello Assalamualaikum kak Zah.”
“Waalaikumusalam.Cempaka kat mana ni?”
“Er..Cempaka nak minta tolong.Boleh tak kak Zah call Luqman minta tolong ambil Cempaka kat bus stand Medan Gopeng.Bukan apa tadi bas rosak.cempaka lewat sampai kat sini.Hujan lebat susah nak dapat teksi.”
“Ya Allah Cempaka seorang ke?Ok.ok.Jangan pergi mana-mana Kak Zah call Luqman suruh ambil Cempaka sekarang.Tunggu tau.”

Cempaka resah.Betul ke tindakan dia minta tolong dengan Luqman?Tak apa ke?Luqman tak marah ken anti?Tapi apa pilihan yang dia ada.Orang mulai lengang kat sini.Takkan dia nak tidur kat sini?Biarlah dia nak marah asal aku selamat sudah.
Setengah jam berlalu.Bayang Luqman masih belum Nampak.
‘Agaknya dia tak nak ambil aku kot.’Tapi tadi Darizah hantar mesej Luqman dalam perjalanan.Cempaka tunduk membaca majalah wanita yang baru dibeli sebentar tadi.
Tiba-tiba dia Nampak seorang lelaki yang basah sebahagian t-shirtnya dengan sekaki payung hitam berdiri dihadapannya.
“Jom.”Luqman mengangkat beg baju Cempaka.cempaka mengekori dari belakang.Sampai di tepi bangunan Luqman buka Payung.Ditariknya Cempaka dekat dengan dia.Jantung Cempaka sudah tidak menentu iramanya.Mereka melangkah dalam hujan kea rah kereta Luqman yang diparkir ditepi jalan.Luqman bukakan pintu kereta.Cempaka masuk senyap tak terkata.
Cempaka terdengar Luqman batuk.
‘Tak sihat agaknya.’
“Dah tahu perempuan balik malam-malam kenapa?Kalau jadi apa-apa semua orang susah.”Cempaka diam.Herdikan Luqman bukanlah sesuatu yang mustahil.
“Maaf menyusahkan awak.Kalau awak rasa susah saya boleh turun sekarang.”Menyesalnya kerana minta tolong dari Luqman.
“ha eloklah tu.Tak tahu ke kat luar tu segala jenis manusia jahat ada?Pergilah.”Cempaka menahan rasa hati lagi.
‘Lebih baik kat luar dari kena herdik kat dalam ni.’
“Manalah saya nak tahu bas nak rosak.”
“Next time kalau dah tahu nak balik ambillah bas awal sikit.”cempaka membuang pandangnya kea rah luar.Malas mahu bertekak dengan Luqman.
“Nak kemana ni?”Cempaka jadi tidak sedap hati bila Luqman menghalakan keretanya kea rah satu kawasan apartment.
“Habis takkan nak hantar balik asrama.Dah sah-sah pak guard dah tutup pagar.”
“Habis tu nak pergi mana?”Cempaka mula gelabah.
‘Yelah dia bukannya kenal sangat dengan Luqman Harith ini walaupun merangkap tunangnya.Takut muka je baik perangai tak tahu lagi.
Luqman diam.Masuk kereta bawah basement.
“Jom.”Dia keluarkan beg Cempaka dari belakang tempat duduk.Berjalan mendahului Cempaka kea rah lif.Dalam takut-takut Cempaka ikut Luqman.
“Masuk.”Mahu tidak mahu Cempaka masuk juga apartment yang terletak di tingkat 12 ini.Tiba-tiaba dia Nampak gambar Luqman sewaktu konvekesyen tergantung diruang tamu.Tahulah Cempaka ini rumah Luqman.
“Er..boleh hantar saya ke hotel mana-mana tak?”
“Nak pergi hotel pula?Saya bawa datang sini pun dah kira nasib baik tau daripada saya tinggal kat tepi pagar asrama belakang bilik mayat tu.”Cempaka geram.
‘Orang Tanya elok-elok tak boleh ke cakap elok-elok sikit.’
“esok syif apa?”Luqman memebrikan sehelai tuala kering.
“Malam.”Luqman angguk.
“Sekejap.Saya bancuh kopi.”Luqman ke dapur.Cempaka tarik nafas lega.Harap-harap iman Luqman kuatlah.Bukan boleh harap sangat.
Luqman kembali dengan dua cawan kopi.Cempaka hirup sedikit.
‘Ni mesti kopi 3 in 1 yang siap dah dalam peket tu.tuang air panas bancuh je.’
“Nanti tidur dalam bilik saya.Jangan risau iman saya kuat lagi.Saya tidur kat luar ni.”Cempaka hanya diam tidak menjawab.
“Saya bercakap dengan dinding ke?”Cempaka pandang Luqman akhirnya.
“Saya dengar.”Luqman pandang sekilas sebelum berlallu ke dalam bilik dan keluar semula bersama narita dan bantal.
Cempaka bangun.Dia tahu maksud Luqman.Segera dia mengusung beg pakaiannya ke dalam bilik Luqman.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik matanya dijamu dengan warna hijau muda.
‘Cantik.Sejuk je mata memandang.’Cempaka duduk dibirai katil.Tiba-tiba matanya terpandang sekeping gambar berbingkai diatas meja.Gambar Luqman segak berbaju melayu disamping seorang wanita.Ya Cempaka belum begitu tua lagi untuk melupakan siapa wanita itu.Wanita yang pernah dia lihat bersama Luqman di Taiping tempohari.
‘Sedihnya bukannya gambar dia disamping Luqman tapi gambar wanita lain.Mana haknya sebagai tunang Luqman?’
‘Pedulikanlah Cempaka kalau benar kau memang tiada makna dalam hidupnya.’
Cempaka baring.Tapi sudah hampir satu jam berlalu matanya tidak mahu lelap.Tekaknya terasa haus sekali.Dia bangun.Perlahan-lahan dia membuka tombol pintu dan keluar.Dari kesamaran lampu dapur Cempaka Nampak Luqman sedang lena di sofa.
Perlahan-lahan Cempaka tuang air masak.
“Alhamdulillah.”Namun sebaik sahaja dia berpusing dia Nampak Luqman sedang berdiri memeluk tubuh betul-betul dibelakangnya.Dia kaku seketika.Kalau dia jalan juga pasti kena rempuh Luqman.
“Sorry saya dahaga.”Cempaka mengiringkan badannya melepasi Luqman.
“Mathew bagi apa hari tu?”Langkah Cempaka terhenti.Dia berpaling pada Luqman.
“Bunga.”
“Bunga Cempaka?”Cempaka angguk.
“Kenapa?”
“Mana saya nak tahu.Dah orang nak bagi saya ambillah.”
“Mesti ada sebab kan?”
“Entah saya tak Tanya pula sebabnya.”
“Sukalah tu….”Cempaka terasa dengan sindiran Luqman.
“Kalau saya sukapun kenapa?Ada masalah dengan awak ke?”Luqman diam.Cempaka kembali berjalan ke bilik.
‘Huh…soal mengalahkan polis.Aku tak sibuk hal dia tak payahlah nak sibuk hal aku pula.”
Sekali lagi Cempaka cuba melelapkan matanya namun gagal.Tapi apa yang cempaka tidak tahu Luqman juga sedang terkebil-kebil memandang kipas kerana matanya juga sukar dilelapkan.




Nasib baik dia cuti.Kalau tak mana nak cari telekung sembahyang Subuh dekat rumah Luqman ini.cempaka keluar.Terdengar deruman air dari bilik mandi berhampiran dapur.
‘tengah mandi rupanya.’Cempaka duduk disofa.Dari tadi dia sudah bersiap.Beg pakaiannya diletakkan ditepi kaki.
Luqman keluar dengan tuala separas pinggang dan t-shirt malam tadi.
“Nak pergi mana?”
“Nak balik.”Luqman pandang jam.
“Baru 6.30 pagi.”
“Habis takkan nak tunggu sampai tengahari.Saya tak nak kahwin free kat sini.”Ternyata Luqman cuba menyembunyikan senyumannya.
“Kalau kahwin free pun kenapa?tak salahkan?Alang-alang kita pun memang dah dekat nak kahwin.Jimat sikit belanja.”Cempaka angkat muka pandang Luqman tepat-tepat.
“Salah tetap salah.Malah berdua macam ni pun dah salah.Sekalipun pada awak kahwin free itu tak salah Luqman Harith tapi saya masih punya keluarga yang perlu saya jaga maruah dan harga diri mereka.Terima kasih tumpangkan saya disini dan maaf sekali lagi kerana menyusahkan awak untuk ambil saya semalam.”Cempaka bangun.dijinjingnya beg pakaian ke muka pintu.
“Tunggu Cempaka Elina.”Luqman berdiri membelakangkan Cempaka.Langkah Cempaka terkunci disitu.
“Saya akan hantarkan Cempaka.”Luqman masuk kebilik.Keluar semula beberapa ketika kemudian dengan pakaian kemas.
“Jom.”Diangkatnya beg Cempaka dan terus mendahului Cempaka menuju ke lif.
Cempaka gagal menyembunyikan senyumannya.
Pagi mula menampakkan serinya saat kereta Luqman keluar dari basement.
“Breakfast?”Cempaka menimbang-nimbang seketika.
‘Apa salahnya kalau dia temankan Luqman makan pagi.’
“Ok.”

Mereka menikmati sarapan pagi di Mcdonalds.Cempaka ketawa tiba-tiba.
“Ketawa kenapa?Ada yang kelakar.?”Cempaka geleng.
“Habis tu?”
“Awak memang suka makan Mcdonalds?Yelah pagi breakfast dengan Mcdonalds tengahari pun makan Mcdonalds.”Luqman senyum.
“Nanti kalau dah kahwin tak lah saya telan burger lagi kan?”Matanya dikenyitkan pada Cempaka.
‘Duhai jejaka jangan diuji perasaan aku andai hati kamu jadi milik sepasang jiwa yang lain.’













Malam itu Cempaka bekerja seperti biasa.Tapi apa sahaja yang dibuat serba tak kena.Dia sendiri tidak tahu kenapa.
“Cempaka ada patient dalam wad bersalin.Pintu rahim dia dah buka dalam 5 cm.Akak nak Cempaka tunggu kat situ.”Cempaka angguk pada Norita.Dia bergegas ke dewan bersalin.
Cempaka lihat ada seorang wanita sedang menahan sakit diatas katil.
“Kak macamana?contaraction semakin kerap ke?”Tangannya diletakkan di perut wanita untuk merasai denyutan jantung bayi.
“Sakit dik.Akak rasa macam nak teran.”Cempaka memeriksa pintu rahim.
“Baru tujuh cm ni kak.Jangan teran lagi.Sabar.Selawat banyak-banyak.”Walaupun dia belum merasa sakitnya melahirkan tetapi Cempaka simpati pada ibu-ibu yang berjuang demi melahirkan seorang khalifah di bumi ini.Kerana itu Allah janjikan shahid buat mereka.
‘Subhanallah.’Cempaka selalu melafazkan syukur setiap kali seorang ibu selamat melahirkan seorang bayi.Melihat kehadiran seorang penghuni didunia maya ini memberi kepuasan pada Cempaka.
“Hai.”cempaka senyum pada Mathew.Segak Mathew malam ini.
“Macamana?”
“7 Cm doktor.Contaraction semakin kerap.”Dua orang jururawat pelatih masuk.Senyum pada Cempaka dan Mathew.
“Macamana Cempaka?”Cempaka pandang Norita dan staff nurse Anna yang juga turut sama ada disitu.
“Baru 7 cm kak.”Tugas Cempaka diambil alih oleh Norita.Cempaka ke meja hadapan bilik.
“You look beautiful tonight Cempaka.”Suara Mathew perlahan tapi cukup untuk sampai ke telinga Cempaka.
Kenapa tiba-tiba itu yang Mathew ucapkan?
“Terima kasih doktor.”Cempaka cuba menarik nafas panjang.Tak tahu kenapa kata-kata Mathew mengundang debaran menggila.
“Kata-kata saya buat you resah?”sejak bila Mathew sudah berada disebelah
“doktor saya…”Ayat Cempaka terhenti bila Lukman dan Syamsul menghampiri.Mata Luqman tajam memandang Cempaka.Pandangannya silih berganti pada Mathew.
‘Duhai mata jangan kau sampaikan fitnah itu kepada hati.’Cempaka faham pandangan Luqman.
‘Luqman aku bukanlah seperti yang kamu fikirkan.’
“Em..mana ada staff nurse Cempaka ada sahaja doktor Mathew ye.”Mathew tersenyum pada Syamsul.
“Pandai you cari peluang Math..”Cempaka cepat-cepat meminta diri dari situ.Berada ditengah-tengah antara Mathew dan Luqman menyesakkan dadanya yang kian hilang deruan nafasnya.
‘Duhai hati berhentilah berlari.’
‘Duhai jiwa pergilah resahmu.’



“Kenapa Cempaka menjadi orang islam?”Cempaka terkedu dengan soalan yang tidak pernah dia duga keluar dari mulut Mathew.Menerima pelawaan Mathew untuk makan malam bukan satu keputusan yang mudah.Berkali-kali Cempaka berfikir dan akhirnya dia mengalah pada permintaan Mathew.
“Kenapa saya jadi orang islam?”Mathew angguk.
“Saya menjadi muslim bukan kerana ibu bapa dan keturunan saya beragama islam.Tapi saya menjadi islam kerana islam itu sendiri.”
“Meaning?”
“Islam itu agama yang indah.Cukup segala-gala yang kita perlukan.Islam itu satu cara hidup.”
“Bermakna agama lain tak elok?”Cempaka diam.Dia bukanlah orang yang bagus untuk berdebat tentang agama.Tapi tak salah berkongsi apa yang dia tahu.
“Islam tidak pernah mengajar umatnya memandang rendah pada agama lain.Doktor sendiri kenapa memilih kristian?”
“Sebab ibu bapa saya kristian.Sebab saya percaya pada Jesus Christ.Dan kepercayaan itulah yang dititipkan pada saya since I was young.”
“Sejauh mana kepercayaan doktor pada Jesus?”
“Mungkin sejauh kepercayaan Cempaka pada Nabi Muhammad.”
“Muhammad adalah rasul yang Allah utuskan melalui perantaraan Jibril untuk menjadi pemimpin kepada umat manusia.”
“Jadi siapa yang Cempaka sembah?”
“Saya sembah Tuhan saya.Allah swt.Bukan nabi Muhammad.He’s a messenger yang menyampaikan wahyu dari Allah untuk sekelian manusia.”
“Cempaka percaya pada Allah?”Cempaka angguk.
“Setiap manusia yang beriman wajib percaya adanya Allah swt.sebab itu dalam islam ada rukun iman dan rukun islam.Hidup berpandukan rukun-rukun inilah.”
“Rukun iman?rukun islam?Whats that?”
“Rukun atau peraturan yang wajib bagi umat islam.”Jawab Cempaka.
“I percaya pada Jesus.Kerana itu yang my parents didik sejak I kecil lagi.Percaya kepada trinity.Percaya bahawa Jesus adalah Tuhan selepas Tuhan bapa.”
“Setiap orang ada kepercayaan masing-masing.Untuk bercakap soal agama dengan lebih mendalam saya bukanlah orangnya.Ilmu yang ada pada saya hanya sezarah sahaja doktor.”Mathew senyum.
“Cempaka different dengan perempuan-perempuan yang saya pernah jumpa sebelum ini.
“Maksud doktor?”
“Susah nak cakap.Just I know what I said.”
“Saya sama je doktor.Tak ada beza apapun.”
“Kalau saya katakan I fall in love dengan Cempaka.Bagaimana?”Cempaka tersentak.soalan yang tidak pernah diduga akan keluar dari mulut Mathew.
“Doktor Mathew dengan saya jauhnya bagai langit dan bumi.”
Perlukah dia berterus terang status dirinya yang sebenar?Mathew hanya pandang wajah Cempaka tanpa memberi apa-apa jawapan.Dan pandangan itu membuatkan Cempaka terus tunduk membisu seribu kata.




Pulang dari makan bersama Mathew,rupanya ada tetamu yang sedang menunggu Cempaka di asrama.
“Luqman?Buat apa kat sini?”Luqman Nampak kah dia turun dari kereta Mathew sebentar tadi.
“Cempaka Elina!”Namanya dipanggil tiba-tiba.Luqman berjalan menghampirinya.Luqman duduk dikerusi batu berhadapan dengan asrama jururawat.
“Duduk sini sekejap.”Cempaka akur.Duduk disebalah Luqman.Kedua-duanya hanya membisu.
“Keluar dengan Math?”Cempaka angguk.
“Its dark here and I cant see your action.”Cempaka mengerti.
“Ha.Keluar dengan doktor Mathew.Pergi makan malam.”
“Cempaka Elina.Just 5 or 6 months only you’ll be my wife.And I become your husband.”Cempaka tersentak.Kenapa tiba-tiba Luqman membicarakan soal perkahwinan mereka.Sedangkan selama ini Cempaka tertunggu-tunggu untuk Luqman cakapkan hal ini.Mungkin malam ini Luqman nak bagitahu yang mereka berdua sebenarnya tidak sepadan dan dia bukanlah gadis yang Luqman cari.Atau Luqman nak bagitahu yang hatinya sudah dimiliki?
“You don’t want to say anything about that?”
“Nak cakap apa?Macam awak cakaplah lagi lima enam bulan saya akan jadi isteri awak kan?”
“Awak dah bersedia?”Cempaka melepaskan satu keluhan.
“kenapa awak mengeluh Cempaka?Atau hati awak bukan pada saya?”
“Apa maksud awak Luqman?”
“Well…mana saya tahu kalau-kalau Mathew berada diantara saya dan awak?”Cempaka memusingkan wajahnya mengadap Luqman.
“Apa maksud awak Mathew ada antara saya dan awak?Kenapa awak tak cakap je ada gadis lain dalam hati awak?Kenapa nak libatkan Mathew?”Kedengaran ketawa kecil dari Luqman.
“Ini bukan perkara yang awak boleh ketawakan.Ini bukan joke Luqman.Ini soal hidup awak.Soal masa depan saya.”
“Apa perasaan awak pada saya Cempaka Elina?”
“Entah saya tak tahu dan tak ada jawapan.”Luqman bergerak sedikit.Tubuhnya dipusingkan mengadap Cempaka.
“Kenapa awak tak tahu sedangkan saya tunang awak.Bakal suami awak Cempaka?Kalau awak tak tahu bagaimana perasaan awak sekarang macamana awak nak kahwin dengan saya?”
“Habis tu macamana pula perasaan awak pada saya doktor Luqman Harith?”Luqman pandang Cempaka dalam kesamaran malam.
“Sebagaimana yang awak mahu.”Senangnya jawapan Luqman.Cempaka ketawa sinis.
“Jadi kalau saya mahu awak sayangkan saya..then awak akan sayang kan saya.Dan kalau saya mahu awak membenci saya awak akan benci saya.Begitu?”Luqman ketawa kecil.Sekali lagi.
“Habis awak nak yang macamana?”
“Baiklah Luqman.suka hati awaklah nak berperasaan macamana pun pada saya.”Cempaka bangun.Niatnya mahu kembali ke bilik.Tapi secepat itu juga tangannya dipegang Luqman.
Jantung Cempaka kembali berdegup kencang.Berlari seperti berkilometer jauhnya.
Dia pandang Luqman.Segera Luqman melepaskan pegangannya.
“Sorry.Tapi perbincangan kita belum selesai.”
“Apa lagi yang nak dibincangkan.”Cempaka kembali duduk.
“Semuanya dah jelas.Perasaan saya..perasaan awak.Tak ada apa yang kita nak bincangkan lagi.”
Tekan Cempaka.
“Cempaka sayang kan saya.?Semakin laju degupan jantung Cempaka bila Luqman mengajukan soalan sebegitu.
‘Aduh romantisnya kalaulah dia juga punya perasaan pada aku?’
“Biarlah masa saja yang tentukan.Dah malam Luqman.Pak Guard tu pun syik tengok je dari tadi.Saya masuk dulu.Untuk pertanyaan-pertanyaan awak tadi saya memang tak ada jawapannya sekarang.”
Cempaka terus melangkah masuk meninggalkan Luqman yang masih ditemani bulan bintang dan kegepalan malam.















“Huh..muka cantik tapi perangai….”Langkah Cempaka terhenti.Dia pandang Marlia yang duduk bersama Norita.Kedua-duanya sedang memandang ke arah Cempaka.
“Apa maksud kak Marlia?”
“Jangan nak buat-buat tak tahu.”
“Marlia.”Kak Norita memberi teguran.
“Biar kak.Biar dia tahu sikit.Baru kerja kat sini tapi gatalnya bukan main.”
“Kak Marlia cakap apa ni?”Cempaka hampir hilang sabar.
“Jangan ingat orang tak tahu.Keluar dengan doktor Mathew kemudian dating pula dengan doktor Luqman.Dah macam perempuan…”
“Perempuan apa kak?Perempuan tepi jalan?Itu yang kak Marlia nak cakap?”
“Huh..faham-faham sendirilah.”
“Sabar Cempaka…Betul ke apa orang cerita Cempaka pikat dua-dua doktor tu?”Norita berdiplomasi.
‘Orang cerita atau marlia saja yang bercerita?’
“Kak kalau saya pikat diorang,diorang nak ke dengan saya?Saya ni staff nurse je kak.Diorang tu doktor.Lebih baik diorang pikat staff nurse yang lebih cantik dari saya macam kak Marlia ni.”Mahu sahaja dia bagitahu siapa dia dengan Luqman.tapi tak terluah.
“Habis tu yang kau keluar dengan doktor Mathew tu?”
“Doktor Mathew ajak saya keluar.Dah berkali-kali.Tak salah rasanya sebagai rakan sekerja saya dengan doktor Mathew hanya keluar makan.Itupun sekali sahaja.”
“Doktor Luqman?kau ingat aku tak Nampak kau berdua dengan doktor Luqman semalam?”
“Kak Marlia antara saya dengan doktor Luqman itu urusan peribadi saya.Selagi saya tak masukkan dalam urusan kerja saya saya rasa tak ada masalahkan?”
“Tak ada masalah?Masalahnya orang macam kau nil ah yang merosakkan nama baik kami semua.”
“Marlia…”
“Apa yang saya buat?Oklah kalau kak marlia cemburukan saya apa kata kalau kak marlia sahaja yang pikat kedua doktor tu.”
“Kau cabar aku?”
“Bukan cabar kak.Tapi saya dah tak kuasa bila kak marlia asyik tuduh saya yang bukan-bukan.”
“Hei…aku bukan macam kau tahu.Ambil kesempatan.Pikat doktor-doktor kat sini.Nak kerja tu buatlah cara nak kerja.Tapi kalau nak menggatal sini bukan tempatnya.”
‘Astaghfirullahalazim..”Cempaka cuba menahan sabar.Marlia terus ke wad sebelah.
“Apa salah saya kak?”Norita simpati.
“Sudahlah Cempaka.Biarlah Marlia tu memang macam tu.”
“Bukan saya yang call doktor Mathew ajak keluar.Saya tak pernah pun bagi nombor telefon saya kat dia.Dia yang beria-ia ajak saya keluar.Pasal doktor Luqman,sayapun tak tahu dia datang asrama nak jumpa saya kak.”Setitis airmata Cempaka mengalir.
“Sudahlah.Biarlah apa orang nak kata.Yang penting Cempaka tahu apa Cempaka buat.”
“Saya tak nak orang pandang saya murah sangat kak.Saya baru kerja kat sini.Perjalanan saya baru saja lagi.Sampai hati diorang kak.”
“Marlia seorang je.Yang lain tu tak ada pun.”Norita menggosok-gosok belakang Cempaka memujuk.Cempaka tunduk.Mengesat airmata yang mudah benar tumpahnya.
“Ada filem sedih ke kat sini?”Tiba-tiba suara dihadapan kaunter membuatkan Cempaka dan Norita mendongak.Luqman sedang berdiri dengan rekod pesakit ditangan.Cempaka cepat-cepat kesat airmatanya.
“Tak ada apa-apa doktor.Hal orang perempuan je.”
“Em..kak Norita,ni ada kes baru.Tempatkan patient kat katil dulu.Nanti saya tengok.”Norita ambil rekod dari tangan Luqman.Seorang wanita berdiri disebelah Luqman dibawanya ke wad.
Cempaka jadi tak tentu arah bila Luqman mengambil tempat Norita disebelahnya.
“You look sad.Anything nak cerita dengan saya?”Luqman terus memeriksa rekod pesakit.
“Tak ada apa-apa.Saya ok je.”
Kerja Luqman terhenti.Dia pandang Cempaka Elina.Berpeluk tubuh.
“Kenapa susah sangat ke nak bagitahu saya apa yang ada dalam hati awak cik Cempaka Elina?”
“Saya ok kalau itu yang doktor nak tahu.”
“Doktor?Mana pergi Luqman yang  Cempaka panggil saya semalam?”
“Kat sini hospital doktor.You’re doktor.So memang saya kena panggil doktor kan?”
‘Nak panggil Luqman?Cempaka sudah malas nak kena fitnah lagi walaupun mereka tak tahu apa sebenarnya.’
“Bukan tunang Cempaka?”
“Doktor nak saya buat apa?Panggil doktor Luqman je?Dan undang lagi fitnah pada saya?”
“Fitnah?Maksud Cempaka?Oh..sebab tu Cempaka menangis?Then kenapa tak bagitahu je semua orang Cempaka tunang saya?habis cerita.”Cempaka diam.
‘Senangnya lelaki ini bercakap.Kalau dia bagitahu Luqman tunangnya tiba-tiba Luqman kata bukan.Macamana?Ini soal maruah dia.’
“Kenapa doktor je yang tak bagitahu?”Sengaja Cempaka menduga.Luqman pandang Cempaka dalam-dalam.Tapi pandangan tajam Luqman menusuk terus ke jiwa Cempaka.Terasa mahu rebah disaat itu juga.
“Rasanya mulai detik ini saya perlu lebih mengenali siapa Cempaka elina.”Cempaka pandang Luqman.entah kenapa airmatanya mengalir tiba-tiba.
“Kenapa menangis?”Cempaka geleng.Ditundukkan wajahnya memandang lantai.
“Ehem..”Luqman kembali ke kedudukan asalnya bila Marlia sudah terpacak didepan kaunter.Cempaka cepat-cepat bangun terus menuju ke wad dua.
“Doktor dah makan?”Luqman hanya mengangguk pada Marlia.Seketika kemudian Syamsul datang menyertai mereka.
Dan tanpa sesiapa menyedari Luqman dan Cempaka berbalas pandangan melaui cermin.
















Zubaidah perasan bila dilihatnya Luqman seakan-akan tercari-cari seseorang.Dia tahu Luqman cari Cempaka.
“Kak Zubaidah Staff nurse Cempaka tak datang ke?”Zubaidah dan Luqman sama-sama memandang ke arah Mathew.Ada riak tidak senang di wajah Luqman dengan pertanyaan Mathew.
“Staff nurse Cempaka EL.Dia balik penang.”
“Kenapa?”Serentak pertanyaan itu datang dari kedua-dua doktor dihadapan Zubaidah.Zubaidah sedikit terkejut.
“Bapa dia accident.Sister Ani cakap kat ICU sekarang.”
“Oh my God.Man boleh you replaced I on call tak hari ini?”
“You kenapa?”
“I nak pergi Penang.”
“You nak tengok Cempaka or her father?”
“Both.Boleh tak?”
“Sorry Math.I betul-betul ada hal.”Luqman cuba berlagak selamba walaupun hatinya menyumpah Mathew.
“Tak pelah.”
“Sorry math.”Luqman terus keluar.


            “Abah macamana mak?”Cempaka tiba bersama Haikal tengahari itu di wad ICU Hospital besar Pulau Pinang.Wajah sugul Salmah menyambut kedatangan mereka.Turut ada disitu seorang bapa saudara Cempaka dan adik bongsu Cempaka yang baru lepas SPM.
“Doktor kata abah tak sedar lagi.Cuma keadaan abah dah stabil sikit.”
“Macamana boleh kena mak?”Giliran Haikal bertanya.
“Tak tau lah.Tapi memang pagi tadi dia mengadu sakit kepala.Semalam pi check darah tinggi dia naik.Mak dah cakap tak payah pergi Kebun sayur.Abah degil.Nak pi juga.Tengok-tengok terbabas masuk parit besar kat kebun sayur Rahman.”
“Sabarlah mak.Kita doa abah tak apa-apa.”Cempaka cuba menenangkan salmah.Mereka bergilir-gilir masuk ke dalam wad melihat keadaan Abdul Rahman.Cempaka menarik nafas lega bila doktor mengkhabarkan sudah ada perkembangan positif.
Hampir terlepas cawan kertas di tangan Cempaka bila dia kembali dihadapan wad ICU selepas membeli kopi.Luqman sedang berbual dengan Haikal.
‘Aku tak salah tengok ke ni?’
“Ha Kak Yang.Luqman sampai dah ni.”Cempaka pandang Luqman tanpa suara.Diserahkan cawan berisi kopi kepada ibunya.
Luqman seakan tidak memeprdulikan Cempaka.Terus berbual dengan Haikal.
‘Siapa yang cakap aku kat sini?’Cempaka duduk disebelah Salmah.
“Mak nak balik dulu tak?Kalau nak balik along hantar.Kak yang boleh tunggu abah sat?Sat gi abang mai kita tukar pula?”Cempaka angguk.
“Mak baliklah.Kak Yang tunggu abah.”
“Tak pe ke?”Cempaka angguk.Meyakinkan Salmah untuk balik berehat.
“Luqman nak pi rumah mak cik?”Luqman tersenyum menghampiri Salmah.
“Tak pe mak cik.Lagipun sekejap lagi saya nak jumpa dengan doktor ICu ni.Tanya macamana keadaan pak cik.”Salmah angguk.Senang dengan keprihatinan bakal menantu.
“Kak Yang nak apa-apa tak?Sat gi along bawa.”
“Tak ada apa kot.Along balik lah rehat dulu.Kak yang tak pe kat sini.”Haikal angguk membawa Salmah dan yang lain pulang dahulu pulang ke Teluk kumbar.
Hilangnya kelibat mereka,Luqman duduk diatas kerusi disebelah Cempaka.Menyandar di kerusi.Cempaka bangun tiba-tiba.Ke ruang bawah sebelum kembali dengan secawan kopi.Dihulurkan pada Luqman.Luqman memandangnya seketika sebelum mengambilnya dari tangan Cempaka.
“Macamana boleh datang sini?”
“Kenapa?Tengah tunggu kedatangan orang lain ke?”
‘Baik tak payah Tanya.Menyakitkan hati je.Cempaka terus diam.’
“Saya solat jap.”Telefon bimbit dan kunci kereta diletakkan disebelah kerusi Cempaka.Cempaka faham kalau dia kena jaga barang Luqman.
Lima minit berlalu selepas Luqman pergi telefon bimbit Luqman berbunyi.Cempaka tengok.
Mesej diterima from Dyja.
Tertanya-tanya siapa Dyja tanpa sedar Cempaka tertekan butang read.
Abang dah sampai penang ke?nanti nak jumpa call dyja dulu ye.
‘Dyja?Siapa Dyja?Gadis hari itu kah?’Perasaan Cempaka mula bercelaru.
Telefon bimbit Luqman diletakkan semula di kerusi sebelah.Luqman selesai solat.Kembali duduk disebalah Cempaka.
“Balik Ipoh hari ni ke?”Cempaka memecahkan kesunyian diantara mereka berdua.
“Kenapa tak suka saya kat sini?”Cempaka geleng.Tak tahu kenapa hatinya sedikit berbunga bila Luqman di sini.
“Ada Mathew call?”Cempaka angguk.
Memang sewaktu perjalanan kemari tadi Mathew menelefonnya sekadar meluah rasa simpati diatas apa yang terjadi pada Abdul Rahman.
“Saya tengok abah sekejap.”Cempaka bengun.Namun entah macamana kasutnya tergelincir.Cempaka hampir jatuh sebelum tangannya dipegang Luqman.
“Hati-hati.”Wajahnya hampir sekali dengan Luqman Harith.Hatinya berirama kencang.
“Thanks…”Hampir tak terucap perkataan dari mulut Cempaka.Perlahan-lahan tangan Cempaka dilepaskan.Cempaka cepat-cepat masuk ke dalam bilik ICU.Dan Luqman sedang tersenyum di kerusi.



“Lepas saya hantar Cempaka balik saya nak pergi jumpa seseorang sekejap.”Cempaka diam.Dia tahu Luqman akan pergi bertemu Dyja.
‘Duhai lelaki berterus teranglah perasaan mu.Siapa dia dihatimu habib?’
‘Habib?Sudah bertunas sayangkah lelaki itu dalam hatimu Cempaka Elina?’
“Kalau Luqman susah saya boleh naik bas.Lagipun bukannya jauh sangat pun.”Luqman mengerling jam ditangan.
“Tak pe ke naik bas?”Cempaka angguk.Hatinya menangis sendiri.Dia bukanlah sesiapa pada Luqman.Jauh sekali menjadi Rabiatul Adawiyahnya.Tapi Cempaka lelaki itu juga bukannya Luqman al hakim.
“Tak pe.”Cempaka cuba tersenyum walaupun sedikit payah.
“Maaf tapi saya dah janji dengan kawan.”Cempaka angguk.
“Pergilah nanti awak lambat pula.”Luqman pandang wajah Cempaka.
“Maaf.”
“Tak pe.Sekejap lagi saya balik.Lagipun saya nak beli barang sikit.”
“Nanti saya call.”
‘Ada nombor telefon Cempaka ke?’Tapi soalan itu hanya bergema dalam hati Cempaka bila Luqman terburu-buru keluar.
‘Penting sangatkah wanita itu dari tunanganmu?’Cempaka pandang ke bawah.Di celah-celah kereta yang berselerak di tengah jalan raya dia seakan Nampak bayangan luqman Harith.







“Kak Yang nak balik dengan apa ni?”Haikal datang petang itu menggantikan Cempaka di ICU.tadi doktor bagitahu tekanan darah Abdul Rahman semakin stabil.Cempaka ucap syukur dalam hati.
“Tak pe kak yang naik bas along.Lagipun sekejap lagi kak yang nak pi Bukit Jambul sekejap.Nak beli barang sikit.”Cempaka teringat set hantaran yang dibuat sendiri masih banyak belum siap bekasnya.Dia ingat nak ke Bukit Jambul untuk mencari manik dan renda sedikit lagi.
“Ok hati-hati.”Cempaka senyum.Dari dulu haikal memang ambil berat tentang mereka adik beradik.Malah Haikal banyak menyara dia sewaktu dalam kursus dulu.
Cempaka ambil bas ke Bukit Jambul dari depan Hospital besar.Petang-petang macam ini orang ramai sekali baru pulang kerja.Terpaksa berhimpit sedikit dalam bas yang sesak.
Sampai sahaja di Bukit jambul Cempaka terus ke kedai perkahwinan U & Me.Usai membeli barang-barang dia nak,dia ke tingkat lima.Hajatnya ingin membeli koleksi terbaru VCD jet Li kegemaran adiknya.
Cempaka meniti kios-kios kecil di tingkat lima sebelum menuju kea rah lif.Didinding tertampal filem-filem terbaru yang sedang ditayangkan di pawagam.
‘Panggung wayang?Em..cempaka tak pernah masukpun.’Dia melihat ramai pasangan kekasih sedang beratur membeli tiket.Cempaka kalau nak tengok selalunya beli VCD saja lah.balik tengok kat rumah.
Dalam dia ralit memerhatikan dia Nampak sepasang teruna dan dara sedang turun tangga panggung wayang.Mungkin baru lepas menonton.Pandangannya berkalih sekali lagi bila teruna itu adalah Luqman Harith dan wanita itu gadis tempohari.
Tiba-tiba hatinya merintih sayu.Berat jemarinya mahu menekan butang lif.Dan tiba-tiba juga Luqman memandang ke arah Cempaka.Cempaka cepat-cepat tekan butang.Dia Nampak Luqman menghala ke arahnya.Cepat-cepat dia masuk dan tekan butang G.Tidak pandang langsung pada Luqman lagi.Sejurus tiba dibawah Cempaka tidak menoleh lagi.Terus ke hentian teksi.Biarlah dia bayar mahal sikit asalkan dia dapat lari secepat dan sejauhnya dari Luqman.Telefon bimbit Cempaka berdering.Langsung tidak dihiraukan.Apa yang dia tahu dia mahu cepat-cepat sampai ke rumah.



“Kenapa Dyja tengok mood abang macam bertukar je?Macam tak happy?”Dyja mengacau minuman didalam gelas.
“Tak ada apa-apa.Dyja nak balik pukul berapa ni?”Entah kenapa pertembungan dengan cempaka Bukit Jambul tadi membuatkan Luqman jadi tidak tentu arah.Dia telefon Cempaka tapi tidak berjawab.
“Pukul berapa abang nak hantar Dyja?”
“Lepas ni boleh?Abang ada hal nak pergi hospital.”Dyja mengangguk walaupun dia masih mahu berlama-lama lagi dengan Luqman.Tapi sekurang-kurangnya tadi dia sudah menghabiskan masa dua jam di dalam panggung wayang dengan Luqman.
“Abang nak baik Ipoh bila?”
“Malam ini kot.Ayah dengan adik-adik macamana?”
“Diorang sihat.Baru ni Dyja ada masukkan sikit duit untuk diorang.”
“Baguslah sekurang-kurangnya ringan sikit beban ayah Dyja.”Dyja senyum.Suka sangat dia bila dapat tatap wajah Luqman Harith.Daripada benci pada Luqman dulu kini hatinya bertukar menjadi sayang.Kebaikan Luqman menjerat dirinya untuk jatuh cinta pada lelaki itu.

















“Tadi along call.Alhamdulillah abah dah makin stabil.Doktor pun hairan sebab masa masuk wad ICU tu abah memang dah teruk.”
“Alhamdulillah mak,kuasa Allah.”Cempaka senang mendengar perkhabaran tersebut.Tiada yang lebih mengembirakan dirinya selain dari kesihatan Abdul rahman.
“Along cakap Luqman pun ada kat sana.Baik betul dia kak yang.Tinggal kerja semata-mata nak tengok abah kat sini.”cempaka diam.
‘Mak Luqman datang sini bukan nak tengok abah sangat.Tapi nak jumpa buah hati dia.Kasihan kalau mak tahu hal yang sebenar.Dan kasihan juga anak mak ini sebab dimadukan walau belum bergelar isteri.
Cempaka cepat-cepat siapkan makan malam.Keletihan mula menjalar disegenap saraf.kata Haikal malam ini dia akan jaga Abdul Rahman.Lagipun kata Haikal Abdul Rahman sudah sedar maghrib tadi.
“Mak makan lah dengan adik.Kak yang penatlah.Nak rehat jap.”Salmah angguk membiarkan Cempaka naik ke bilik.
“Hello Cempaka…how are you?”Cempaka tersenyum dengan pertanyaan Mathew dihujung talian.
“Alhamdulillah ok doktor.”
“I’m really worried about you Cempaka.How’s your father?”
“getting better doktor.maghrib tadi my brother cakap abah dah sedar.Syukur.”
“Thanks God.I miss you this day Cempaka.Rasa sunyi ward you tak ada.”Cempaka ketawa kecil.
“Orang lainkan ramai lagi doktor.”
“Tapi tak sama dengan you.”
“Ada-ada je lah doktor ni.”Cempaka cuba menutup kegusaran hatinya dengan kata-kata Mathew.
“Oklah I tak nak ganggu you.Anyway kalau you rasa nak bercakap dengan seseorang I always be here.Just call me ok.”Cempaka senyum.kalaulah kata-kata itu dari Luqman alangkah bahagianya.
“Thanks doktor Mathew.”
“No worries….Bye.”
“Bye.”Cempaka tarik nafas.Kenapalah saat-saat begini Mathew yang ambil berat tentang dirinya bukan Luqman.Kenapa Mathew yang bertanya khabar bukan Luqman.
‘Duhai lelaki sukarnya menduga hati mu?’




Cempaka tersedar bila kedengaran ketukan dipintu bilik.Dia menguap seketika sebelum membuka pintu bilik.
“Ada apa mak?”
“Dah tidur dah kak Yang?”
“Letih sangatlah mak.Ada apa mak?”
“Kak yang ada tetamu tu.Pergi siapkan bilik khairul.”
“Nak siapkan bilik khairul nak buat apa mak?”
“Jangan banyak cakap.Pergi cepat.”Cempaka akur.Dia masuk bilik khairul disebelah.Khairul masih diasrama.Sengaja mereka tidak memberitahu tentang Abdul rahman.Tahun ini Khairul akan menghadapi PMR.Mereka tidak mahu tumpuannya pada pelajaran terganggu.
Selesai mengemas ala kadar,Cempaka ke ruang tamu.Salmah sedang berbual dengan seseorang.
“Kak yang dah siapkan bilik Khairul mak.”Dua pasang tiba-tiba memandang Cempaka dari ruang tamu.Alangkah terkejutnya Cempaka bila Luqman sedang memegang secawan kopi dan sedang memandang ke arahnya.Luqman juga tidak berkedip memandang Cempaka.Rambutnya dilepas separas bahu.Bert-shirt dan berkain batik.
“Ha Man..pergila berehat dulu.Kak yang tunjukkan Luqman bilik Khairul.Lepas tu kak Yang bagi t-shirt kak yang yang besar sikit kat Luqman.Luqman tak bawa baju.”Cempaka masih kaku.Sedangkan luqman sudah berdiri tegak.
“Yang tercegat lagi kat situ kenapa?”Cempaka seakan baru tersedar dari mimpi bila Luqman sudah melangkah ke arahnya.
“Er..jom saya tunjukkan bilik.”Cempaka mendahului Luqman ke atas.Dibukanya pintu bilik Khairul.
“Masuklah nanti saya ambilkan baju dan kain.”Luqman hanya mengangguk.Dari tadi pandangannya hanya jatuh pada seraut wajah ayu Cempaka Elina.
“Kenapa tengok macam tu?”Luqman tersenyum sedikit.Tidak sangka Cempaka perasan dia syik memerhatikan Cempaka.
‘Kenapa tak tidur je kat rumah   girlfriend dia?Apahal pula tiba-tiba datang sini?Rupanya hati masih sakit dengan peristiwa di Bukit Jambul tadi.
Cempaka kembali ke bilik Khairul dengan sehelai t-shirtnya dan kain pelikat abah.
“Tak tahu muat ke tak.”Diserahkan t-shirt biru kepada Luqman.
“T-shirt Cempaka?”Cempaka angguk.Luqman senyum.Mulanya tadi dia mahu ambil t-shirt Haikal.Tapi bilik Haikal berkunci.
“Kenapa tak balik Ipoh?”
“Kenapa Cempaka tak suka saya datang sini.?Cempaka geleng.Luqman duduk di birai katil dengan t-shirt biru Cempaka di tangan.Cempaka bersandar dikisi pintu.
“Panjang rambut?”Cempaka tunduk.
“Cantik.Saya suka.”
“Saya keluar dulu.”
Lagi lama dia disini harus dia menangis tersedu-sedu dengan pujian Luqman.



Luqman berbaring di katil bujang khairul dengan t-shirt biru Cempaka di badannya.Lengannya diletakkan dibawah bantal.Masih terbayang wajah ayu Cempaka.Sejak tadi dia menunggu senyuman Cempaka.Tapi dia tahu Cempaka mungkin marahkannya dengan insiden ptang tadi.memang niat dia kemari untuk menziarah Abdul Rahman.Dan kebetulan disini dia terus melawat Dyja.Tidak sangka pula Dyja mengajaknya menonton wayang.
Ingatan Luqman terbayang peristiwa tiga tahun lepas.Ibu Dyja dimasukkan ke wad dibawah pemerhatiannya kerana kanser pangkal rahim.Sejak itu dia mengenali keluarga gadis itu.namun takdir Tuhan ibunya meninggal dunia.Dyja tidak menerima hakikat dan menyalahkan Luqman keseluruhannya.Luqman masih ingat bagaimana Dyja hysteria teruk waktu itu.Dia tiba-tiba jadi simpati.Sejak hari itu dia kerap berulang ke rumah Dyja.Tapi gadis itu seakan membenci dirinya.Sehinggalah akhirnya Dyja mengalah dan menerima hakikat bahawa ibunya meninggal kerana itu janji Allah swt.Dalam pada yang sama Luqman simpati pada keluarga Dyja.Membantu apa-apa yang patut sehingga dia dianggap sebahagian dari keluarga itu.
Ingatan kepada Siti Khadija terpadadam bila bayangan Cempaka di bilik sebelah menerpa mindanya saat ini.Luqman harus akui dia memang marah bila Mathew mahu kemari tadi.Dia pun tak tahu kenapa perlu minta bantuan dari doktor Megat untuk menggantikannya hari ini.Dengan sehelai sepinggang dia ke mari.Tadi dia lihat Cempaka dengan rambut saparas pinggang.Hatinya bergetar kencang.Bagai ada magnet untuk matanya terus melekat pada seraut wajah itu.
‘Math….silap orang kau pikat tunang aku.’




Luqman bangun pagi itu agak lewat.
“Mari minum Man.”Dia tersenyum pada Salmah yang sibuk menuang air kopi dalam cawan.Matanya meliar memerhati sekeliling.
“Cempaka tak ada Man.Biasanya waktu macam ini dia kat Jeti.”
“Kat mana?Buat apa mak cik?”Disuapnya goreng pisang yang masih berasap ke dalam mulut.
“Beli ikan dari nelayan yang baru sampai.Murah pun murah.Segar lagi.Kalau Man nak pergi nanti mak cik suruh Saiful bawa.”Saiful yang sedang menunggu keputusan SPM mengangguk pada Luqman.
Luqman dan Saiful berjalan kaki ke Jeti Teluk Tempoyak yang hanya beberapa meter dari rumah.
“Saiful apply U mana?”
“Semua U abang.Tak tahu mana yang sangkut.”
“Tak pe dah pandai tu nanti adalah peluang yang datang.Ingat nak ambil kursus apa?”
“Masa kat sekolah Teknik dulu saya ambil electrical.Ingat nak ambil engineering electrical lah.”
“Insya Allah boleh tu.”
“Tu lah kak Yang suruh saya ambil engineering.”
“Kak Yang Saiful tu memang minat nak jadi nurse ke?”
“Tak juga.Result kak Yang bagus dalam STPM.Boleh nak masuk U.Tapi Kak Yang cakap kalau masuk U pun belum tentu ada kerja.Sebab tu dia terima kursus jururawat tu.Dia cakap ayah dah tua.Kasihan ayah nak tanggung dia lagi,saya dan khairul belajar.Tapi kak yang tu baik tau abang.Cuma sejak dua tahun ini hubungan dia dengan abah dah renggang sikit.”
“Kenapa?”
“Em..tak berani lah nak cerita nanti abang tanyalah sendiri pada kak yang.”Luqman angguk.Dari jauh mereka Nampak laut.
“Ha tu Kak Yang.Abang pi lah dulu.Saya nak pi sembang dengan kawan-kawan sat kat gerai tu.Kak Yang tu kalau lepas beli ikan bukan nak balik rumah terus.Mesti duduk tepi pantai tu dulu.”Luqman senyum.Mengizinkan Saiful untuk meninggalkannya sendiri.
Cempaka leka memerhatikan pantai tanpa menyedari kehadiran Luqman dari aah belakang.Plastik berisi ikan pari dan Jenahak diletakkan ditepi.
“Assalamualaikum…”Cempaka memusingkan kepalanya kea rah suara member salam.
“Waalaikumusalam.Luqman buat apa kat sini?”Luqman terus duduk disebelah Cempaka.Diatas wakaf lama berhampiran jeti.
“Tak ada apa.Cempaka?”
“Saya beli ikan.Lepas tu duduk sini sekejap.”
“Canti kat sini kan?”Cempaka angguk.
“Sini tempat saya.Laut ini adalah sebahagian dari kehidupan kami.Saya dah lali dengan laut.Ombak.Bila saya tension kat sini lah saya datang.”Cempaka membetlkan tudungnya yang sesekali disapa angin.
“habis tu sekarang Cempaka tengah tension lah?”
“Tak adalah.Saya runsing ingatkan abah.Alhamdulillah kata along tadi mungkin abah akan dipindahkan ke wad biasa hari ini.Cuti saya pun tinggal esok je lagi.”
“Kenapa tak sambung cuti?”Cempaka geleng.
“Tengoklah dulu macamana keadaan abah.”Cempaka kerling ke arah Luqman.T-shirt biru miliknya masih tersarung di tubuh Luqman.
“Ada apa-apa yang Cempaka nak cakap dengan saya?”
“Luqman…”
“Yup?”
“Kita..kita batalkan pertunangan ini?”Cempaka tidak tahu kenapa itu yang harus diucapkannya.
“Kenapa?Mathew?”Cempaka geleng.
‘Janganlah berselindung lagi wahai Arjuna.Berterus tetanglah dari perasaan kita disakiti satu saat nanti.’
“Bukan sebab Mathew.Lagipun saya dengan Mathew tak ada apa-apa hubungan selain rakan sekerja.’
“Then sebab apa?”Wajahnya direnung sedalamnya oleh Luqman.Cempaka resah sendiri.
“Entah.Saya pun tak tahu.”
“Urusan jodoh kan kat tangan Tuhan.Kalau dia mahu kita kahwin one day kita akan kahwin.Tapi kalau DIA takdirkan tiada jodoh antara kita pasti kita tak akan bersama.So we just wait and see.”
‘Senangnya dia bercakap.Nanti lepas kahwin aku juga yang nak tanggung seorang diri.’Omel Cempaka sendirian.
“Kak Yang tak nak balik lagi ke?”Tiba-tiba muncul Saiful mematahkan perbualan keduanya.Luqman pandang Cempaka.
“Jom.”Dijinjitnya beg plastik mengandungi ikan yang dibeli Cempaka seketika tadi.Cempaka seakan terpaku bila Luqman sudah bersaing dengan Saiful untuk pulang ke rumah.Akhirnya dia mengekori langkah mereka pulang.
Selepas makan tengahari Salmah ke hospital bersama Cempaka dan Luqman.Salmah akan gantikan Haikal untuk pulang berehat.Cempaka tahu Luqman sesekali mencuri pandang kearahnya melalui cermin sisi.Dan Cempaka akan terus membuang pandang kea rah luar.

“Abah macamana?”Abdul Rahman sudah boleh tersenyum pada Cempaka dan semua orang walaupun dia belum kuat sangat.Dia dimasukkan ke ICU bukan kerana kemalangan.Kemalangan hanya luka kecil.Tapi darah tingginya naik mendadak.Kata doktor dia hampir-hampir dapat stroke.
Alhamdulillah Cuma satu malam di ICU dan dia dipindahkan ke wad biasa.Tapi tangan kanan dan kaki kanannya masih belum dapat digerakkan sangat.
“Alhamdulillah.Dah rasa lega sikit.Bila kak Yang balik?”Cempaka hampir menangis.Sejak dua tahun lalu jarang sangat Cempaka dengar Abdul Rahman bercakap lembut dengan dia.
Ya sejak pertunangan tak jadinya dengan Fikri dulu.Ah kenapa setiapkali nama Fikri bermain difikiran hatinya sakit sekali.
“Kak Yang sampai semalam bah.”Abdul Rahman cuba tersenyum pada Luqman disebelah Cempaka.
“Luqman?”
“Pak cik jangan banyak bergerak.Pak cik kena banyak berehat.Saya dah cakap dengan doktor Wong keadaan pak cik dah semakin stabil.Pak cik jangan banyak fikir.”Cempaka rasa lega bila Luqman cakap macam tu.
Dan dia gembira dengan layanan Luqman pada keluarganya.Tapi layanan Luqman pada Cempaka?
“Kak Yang nak balik hari ni ke esok?”Cempaka diam sejenak.
“Along?”
“Along sambung cuti lagi.Tapi kalau kak yang nak balik nanti along hantar lepas tu along balik sini balik.”
“Em..saya rasa tak payahlah macam tu.Nanti susah pula Haikal nak berulang alik.Bukan dekat tu Ipoh dengan Penang.Cempaka balik dengan saya sajalah.”
“Tak pe ke?Nanti menyusahkan Luqman pula.”
“Tak ada susahnya mak cik.Satu arah.Tempat yang sama pun.”Cempaka diam.hilang suara untuk menjawab.
“Macamana kak yang?”
“Er..kak yang naik bas pun tak pe.”Cempaka perasan renungan tajam Luqman bila dia berkata begitu.
“Dah Luqman nak hantar apa salahnya.”
‘Salah tu tidak along tapi Kak Yang rasa macam nak mati setiapkali duduk berdua dengan Luqman.’
Akhirnya Cempaka akur dengan kesemua mereka.Dia balik petang itu dengan Luqman.


“Kenapa?”Soalan pertama dari Luqman bila dia mengambil tempat disebelah Luqman.
“Kenapa apa?”
“Kenapa lebih suka naik bas dari balik dengan saya?”Cempaka diam.
“Saja tak nak menyusahkan.”
“Kenapa nak susah pulak?Saya kena dukung Cempaka ke?”
‘Ish buat lawak pula.”
“Tak lah macam tu.”
“Em kalau Mathew yang ajak mungkin tak ada bantahan kot?”Sinisnya pertanyaan Luqman harith.
‘Tak habis-habis nak duga aku.’
“Saya peliklah kenapa awak tak habis-habis nak cakap saya dan Mathew mempunyai hubungan.Dah alang-alang awak cakap macam ni betullah agaknya tu.Mathew boyfriend baru saya.”Cempaka perasan jelingan mata Luqman sebaik sahaja dia bercakap begitu.
Kemudian Luqman terus diam.
“Awak cuti esok sehari lagi kan?”Cempaka angguk.Malas mahu berbalas cakap dengan Luqman.
“Hello.”Cempaka buat muka selamba bila menyedari Mathew ditalian.
“Ayah saya dah ok.Thanks a lot.Doktor nak datang sini?Tapi kan doktor baru je habis on call?”Luqman sudah berhenti di pinggir jalan.Membiarkan Cempaka dengan telefon bimbit di telinga.Pandanganya dihala kea rah luar.
“Saya pun dah dalam perjalanan nak balik Ipoh.”Diam sejenak.
“Ok.Terima kasih sekali lagi.Bye.”Telefon bimbitnya ditutup.Tiba-tiba Luqman memandangnya tajam.
“Mathew again?”Cempaka angguk.Dan Luqman tidak perlu bertanya apa yang dibualkan kerana dia mendengar dengan jelas setiap butir percakapan Cempaka seketika tadi.
Pemanduannya diteruskan menghala ke Ipoh malal ui lebuh raya utara selatan.Ditemani kesunyian yang semakin mencengkam gelisah Cempaka.

















Dyja pandang Ilham yang sedang menunggunya di bawah flat.Dia cepat-cepat melangkah laju.
“Khadija…”Namanya dipanggil kuat.
“Naka pa lagi?Kan saya tak nak kawan dengan awak?”
“Tapi saya tetap nak kawan dengan awak.”Ilham masih mencuba.
“tapi saya tak nak?”
“Kenapa?Sebab saya naik motor kapcai je?Kerja pun biasa-biasa je?”Bukan Ilham tidak Nampak Dyja dihantar dengan kereta Toyota Harrier sebentar tadi.
“Saya tak kisah awak kerja apa.Naik motor apapun.Tapi masalahnya…”
“Masalahnya apa?Masalahnya sebab awak dah ada boyfriend?”Dyja tarik nafas.Ya memang dia sukakan Luqman.tapi Luqman Cuma anggapnya hanya sebagai adik.Cuma dia tidak berputus asa.
“Baiklah kalau awak nak kawan dengan saya.Saya terima.Tapi Cuma kawan sahaja ok?”Ilham senyum.Berbulan dia hulurkan salam perkenalan selepas insiden mereka terlanggar di lif dulu.Tapi Dyja tak pernah nak layan.Dia tetap berusaha juga.
“Ok.Cuma kawan.”Dyja senyum.
‘Ah apa salahnya hanya menjalin sebuah persahabatan?tak ada rugi manapun.Lagipun dia Nampak Ilham bukannya orang jahat.
“Ok saya naik dulu.”
“Saya ingat bila awak dah terima saya jadi kawan kita boleh keluar makan?”
“Ilham,saya baru balik.Penat lagi.Nanti-nanti saja ok.”Ilham angguk.Dia menghidupkan enjin Yamaha nya.
“Saya balik dulu dyja.”Dyja senyum.Dan terus melangkah ke atas.




“Senyum je kenapa?”Azim perasan dengan senyuman memanjang Ilham.
“Dia accept aku jadi kawan.”
“Siapa?Budak perempuan tu?”Ilham mengangguk.
“Kau serius ke?”
“Seriuslah.”
“Apa-apalah sajalah Ilham oi.Aku nak pi mandi.Dok lah berangan sorang-sorang.”Ilham ketawa kecil.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia selalu mengejar gadis itu.Tapi sejak perlanggaran itu dia selalu jumpa Dyja setiapkali mahu menaiki lif.Tidak pernah Dyja menegurnya.Cuma dia sahaja yang selalu menunggu gaids itu untuk berbual.





“Hai miss you.”Mathew tetap berkata begitu walaupun dihadapan kak Zubaidah.Cempaka menahan rasa malu.
“So sorry I nak pergi tapi tak ada orang nak gantikan I on call.”
“Its ok doktor.Lagipun abah saya dah taka pa-apa.”
Mathew tetap pandang wajah Cempaka.Pada Cempaka ada sesuatu yang dia tidak Nampak pada wanita lain.
Cempaka minta diri untuk ke wad bersalin.
“doktor ni macam ada apa-apa je dengan staff nurse Cempaka tu?”Mathew senyum.Dia duduk disebelah Zubaidah mula menyemak rekod pesakit diatas meja.Ada beberapa doktor pelatih sedang berbual.
“Kak Zubaidah rasa dia nak ke kat saya?”Telahan Zubaidah betul.Mathew memang mempunyai perasaan pada Cempaka.
“Kenapa doktor tak Tanya sendiri pada tuan punya badan?”
“Seganlah saya.Agaknya Cempaka Elina tu dah ada boyfriend tak?”
‘Bukan boyfriend..tunang dah pun.’Tapi prinsip Zubaidah dia tidak mahu masuk campur urusan yang bukan haknya.
“Oklah kak.Saya pergi maternity dulu.”Zubaidah senyum pada Mathew.

“Doktor Mathew sembang apa kak?”Zubaidah hanya tersenyum memandang Marlia.Tidak berminat untuk menjawabnya.Tiba-tiba ada seorang wanita yang cantik muncul di kaunter.

“Ye ada apa cik?”Zubaidah ramah bertanya.Sekarang bukan waktu melawat.

“Saya nak jumpa doktor Luqman Harith.Dia ada kat mana?”Sebaik nama Luqman disebut Marlia lekas-lekas angkat muka.Wajah wanita seakan kacukan arab dipandang.

“Sekejap ye.Saya cuba call maternity.”Zubaidah pantas mendail sambungan ke maternity.”

“Hello doktor ada seorang wnaita nak jumpa doktor kat wad.”

“Er..nama cik siapa?”Zubaidah kembali bertanya pada wanita tersebut.

“Darizah…”

“Cik Darizah doktor.Ok.”Zubaidah tersenyum.

“Doktor Luqman suruh cik tunggu kat bilik rehat sekejap lagi dia sampai.”

“Ok.Terima kasih.”Darizah berjalan kea rah yang ditunjukkan Zubaidah.Kehadiran wanita cantik itu di wad mengundang beberapa pasang mata memandang sehingga kak Hendon atendan yang baru bertukar dari wad pediatric pun tidak berkedip memandang.

“Siapa tu kak?”

“Manalah akak tahu mar.Girlfriend doktor Luqman kot.”Sengaja Cempaka membakar api kemarahan Marlia.Bukan dia tak tahu Marlia tergila-gilakan doktor Luqman itu.

Marlia diam.hatinya gelisah sedikit.

‘Betul ke doktor Luqman dah ada girlfriend?’

Cempaka tiba bila selesai tugasnya memberi ubat kepada ibu-ibu didalam bilik.Luqman tiba sejurus kemudian.

“Mana tetamu saya?”Tanyanya pada Zubaidah tanpa memandang Cempaka disitu.

“Kat bilik rehat dokotr.”

‘Tetamu?Siapa?Ah pedulikanlah..’Cempaka kembali menyambung kerjanya tanpa memperdulikan Luqman yang sudah menapak ke bilik rehat.

Zubaidah ingin bertanya pada Cempaka tapi bimbang Marlia mendengar.

Suara orang berbual membuatkan semua yang ada dikaunter bertindak memandang Luqman dan darizah yang baru keluar dari bilik rehat.

‘Kak Zah?Alamak macamana ni?Bimbangnya Cempaka kalau Darizah perasan dia disitu.Cempaka cepat-cepat tunduk.

Tiba-tiba..

“Cempaka Elina?”Dia dengar suara Darizah kuat memanggil namaya.Perlahan-lahan Cempaka angkat mukanya.

“Kak Zah.”Dia bangun mendapatkan Darizah.Tubuhnya dipeluk dan kedua pipinya dicium.Menimbulkan sedikit kehairanan pada yang lain terutama Marlia yang dari tadi memerhati.

“La..Man tak cakap pun Cempaka ada kat sini tadi.”Darizah pandang Luqman disebelah.

Luqman jungkit bahu.

Hati Cempaka terguris sedikit.

“Tadi Cempaka bagi patient ubat.”

“Oh patutlah akak tak Nampak.Jom kita pergi makan?”Luqman hanya diam.Mungkin bimbang benar kalau rahsianya sebagai tunang Cempaka diketahui orang.

“Cempaka tengah bertugas kak.Pukul dua baru habis syift.”Terdengar keluhan dari Darizah.

“Oklah kalau macam tu.Tapi malam ini kena temankan kak Zah makan.Nanti kak Zah suruh Luqman jemput.Ok?”Cempaka diam.Tidak mengiayakan atau menolak ajakan Darizah.

“Kak Zah peri dulu.Jom Man.”Lengan Luqman ditarik Darizah.Cempaka hanya tersenyum.Dia kembali ke kaunter.Malah dia perasan bila Marlia tidak lepas-lepas memandang dirinya bagaikan dia adalah pesalah yang sedang menanti untuk dijatuhkan hukuman.

“Siapa perempuan tu Cempaka?”Cempaka cuba bernafas.

“Doktor Darizah kak.”

“Cempaka kenal?”Cempaka angguk.

“Kakak doktor Luqman.”Perlahan suara Cempaka bimbang didengari Marlia.

“Oh akak ingat girlfriend nombor dua dia.tapi bila tengok dia peluk Cempaka tadi akak dah lega sikit.”Cempaka senyum.Marlia menjeling sedikit.

 

 

 












Akalku senipis belahan rambut...tebalkanlah akalku dengan keimanan dan keteguhan pada agamaMu Ya Allah..agama islam yg suci dan luhur ini.
Cempaka masih ingat kata-kata ini ditulis oleh seorang penulis blog yang selalu Cempaka masuk dalam blognya.Damainya bila berada di rumahMu ya Allah.Suara ustazah Raudhah yang sedang bercerita tentang wanita solehah semakin kuat digegendang telinganya.Sesekali berkesempatan berusrah seperti hari ini Cempaka sedikit gembira.Lari seketika dari dunia perubatan dan hospital.
“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Malaikat turun  lalu menyampaikan khabar gembira kepadaku bahawa sesungguhnya Fatimah binti Rasulullah adalah pemimpin para wanita penghuni syurga”.
Ustazah Raudhah berhenti seketika.Cempaka masih tekun mendengar.
Fatimah dilahirkan di Ummul Qura, ketika orang-orang Quraisy membina semula bangunan Kaabah,iaitu lima tahun sebelum Nubuwwah.  Fatimah Radiallahu anha merupakan puteri bongsu dan puteri paling utama kepada pasangan Rasulullah Sallallahu Alaihi wasalam.celik seawal usia untuk menjadi saksi urusan risalah yang dikhususkan Allah bagi ayahnya, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.  Ibunya, Saidatina Khadijah bintu Khuwailid Radiallahu anha, wanita terbaik pendamping Rasul akhir zaman.  Suami Saidatina Fatimah adalah antara Khalifah Ar-Rasyidin yang utama, pemimpin kaum muslimin di zamannya, Saidina Ali bin Abu Thalib Radiallahu anhu.  Anak-anak kepada pasangan ini adalah dua orang pemimpin para penghuni syurga, dua cucu Rasulullah, Al-Hasan dan Al-Husin Radiallahu anhuma.  Datuk saudara beliau adalah pemimpin para syuhada’ Asadullah, Hamzah bin Abdul Muthalib.  Datuk saudara beliau yang lain adalah pemimpin Bani Hasyim yang biasa melindungi para tetangga, mengorbankan harta, terbiasa bersedekah kepada fakir miskin, iaitu Al-Abbas bin Abdul Muthalib Radiallahu anhu. Jaafar bin Abdul Muthalib Radiallahu anhu, adalah antara datuk saudara beliau yang utama, sekaligus bapa saudara kepada suaminya, yang merupakan pemimpin para syuhada’, dan panji para mujahidin.
Cempaka dan Nani masih tekun mendengar cerita dri ustazah Raudhah.Hari keduanya bercuti.Tiada agenda mereka sepakat untuk mengikuti usrah di masjid negeri.Itupun kak Norita yang bagitahu.
, Salah satu peristiwa yang kekal di dalam ingatan puteri Rasulullah ini ialah apabila menyaksikan penghinaan dari salah seorang Quraisy yang kasar dan sangat buruk tingkahlakunya, Uqbah bin Abu Mu’aith.  Si jahil ini menawarkan diri untuk melemparkan kotoran isi perut unta ke belakang tubuh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika baginda sedang sujud, sehingga baginda tidak mampu untuk bangkit dari sujudnya.  Saidatina Fatimah segera mendatangi ayahnya untumembersihkan kotoran tersebut, sebelum menghampiri kelompok musyrikin yang merancang perbuatan keji itu .  Dengan lantang dan penuh berani, beliau mencaci dan mencela tindakan mereka yang sangat tidak beradab.
Kehidupan puteri Rasulullah ini juga tidak lari dari penderitaan akibat perbuatan kejam kaum musyrikin yang membenci dakwah Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam .  Salah satunya ialah ujian pemboikotan ke atas seluruh kaum Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib di mana orang-orang Musyrik menemukan kata sepakat untuk melancarkan boikot secara total terhadap mereka. Tidak ada urusan jual beli, tidak ada pembicaraan, tidak ada pergaulan, sehinggalah Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib menyerahkan Rasulullah kepada orang-orang Quraisy

.

Saidatina Fatimah Az-Zahra juga termasuk di antara wanita yang berhijrah.  Di Madinah, beliau membuka lembaran baru kehidupan dikelilingi kaum yang murah hati, yang mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka serta melebihkan kaum Muhajirin lebih dari diri mereka sendiri.


Pada tahun kedua selepas hijrah, Saidina Ali bin Abu Thalib menikahi Saidatina Fatimah dengan maharnya baju besi yang nilainya hanya empat dirham.  Pernikahan penuh berkat itu terjadi setelah Perang Badar Al-Kubra.
Sejarah tidak pernah mengenal seorang wanita yang mampu menghimpun kesabaran dan ketakwaan seperti halnya Saidatina Fatimah.  Semenjak hari pertama perkahwinannya dengan Ali, beliau terpaksa mengerjakan seluruh tugas rumah tangga yang sangat berat ketika itu, bermula dari kerja menggiling bahan makanan dan membuat adunan roti sehingga rambutnya terkena percikan-percikan tepung atau terkadang terkena debu. 

Beliau jugalah yang memproses dan memasak adunan roti tersebut.  Ini terjadi kerana suaminya tidak mampu mengupah pembantu untuk membantu Fatimah dalam menyelesaikan urusan rumahtangganya.  Bahkan Ali sempat berpesan kepada ibunya, Fatimah bintu Asad kerana menyedari tugas-tugas berat Fatimah di rumahnya, “
Janganlah membebani Fatimah bintu Rasulullah dengan pekerjaan di luar rumah, dan cukuplah dia mengerjakan pekerjaan di dalam rumah, membuat tepung, adunan roti dan memasak” . Ali juga menyedari kesan-kesan keletihan di wajah Fatimah, tetapi beliau sering menghiburkan isterinya dengan menyebutkan yang harta rampasan dan tawanan perang akan datang kepada mereka.

Apabila tiba masa yang sesuai, Ali menasihati isterinya agar mendatangi Rasulullah untuk meminta seorang pembantu dari kalangan tawanan perang.  Permintaan keduanya ditolak secara baik oleh Rasulullah kerana baginda lebih mementingkan kemaslahatan kaum muslimin yang lain.  Rasulullah menyusuli pasangan tersebut di waktu tengah malam dan bersabda kepada keduanya
"Bagaimana jika kuberitahukan kepada kalian berdua tentang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian pinta kepadaku? Ada beberapa kalimat yang diajarkan Jibril kepadaku, hendaklah kalian bertasbih kepada Allah di hujung setiap solat sebanyak sepuluh kali, bertahmid sepuluh kali dan bertakbir sepuluh kali. Jika kalian beranjak ke tempat tidur,bertasbihlah tiga puluh kali, bertahmidlah tiga puluh kali dan bertakbirlah tiga puluh kali. 
Kalimah-kalimah ini menjadi bekalan Ali dan Fatimah yang sentiasa mereka ucapkan sehingga akhir hayat mereka.

Ralitnya mereka mendengar syarahan dari ustazah Raudhah sehingga melewati waktu asar.Usai bersolat asar baru mereka pulang ke asrama dengan kereta Nani.
“Nanti aku nak datang lagilah bila hari off.”Cempaka senyum pada Nani.Beg berisi telekung masih diribanya.
“Aku pun sama Nani.Kalau boleh memang nak selalu dengat usrah ustazah Raudhah tu.”Keduanya tiba di asrama saat jam menginjak ke angka enam petang.
“Eh tu kan doktor Luqman.Buat apa dia kat asrama jururawat ni?”Cempaka menarik nafas bila melihat Luqman sedang menyandar dipintu keretanya.
“Nani kau naik dulu.”Nani pandang Cempaka.
“Kau nak pergi mana?”
“tu.”Cempaka memuncungkan bibirnya kea rah Luqman.Ada tanda Tanya di wajah Nani.
“Jangan cakap gossip kak Marlia tu betul Cem?”
Cempaka angguk.
“Cem?Kau kan…”
“Dah bertunang?”Nani Cuma diam.
“Tu tunang aku.Doktor Luqman Harith.Yang tak macam seorang tunang pun kan?”Nani terkedu.Cempaka sudah melangkah ke arah Luqman.Baju kurung kapas biru yang tersarung di tubuhnya dibetulkan sedikit.
“Assalamualaikum…”Cempaka memberi salam sebaik sahaja tiba di kereta Luqman.
“Waalaikumusalam.”Luqman pandang Cempaka yang ayu berbaju kurung.
“Saya call banyak kali tak jawab.Kenapa?”
“Saya tak bawa telefon.”
“Pergi mana?”
“Ada usrah kat masjid negeri.Saya baru balik dengan Nani.”Luqman diam seketika.
“Kenapa awak datang sini?”
“Tadi Chinese butik pengantin tu call saya.Diorang suruh pergi untuk fitting.”Cempaka sendiri hampir lupa apabila minggu lepas dia Luqman bersama Darizah memilih pakaian pengantin mereka.Dan itulah tujuan sebenar Darizah kemari.Menguruskan persiapan perkahwinan yang hanya beberapa bulan lagi.Kata Darizah
“Mummy cakap kalau nak tunggu man dengan Cempaka buat persiapan agaknya lagi sehari dua nak kahwin baru nak jenguk kedai baju.”Cempaka Cuma senyum sedang Luqman hanya diam.Macam-macam yang disenaraikan Darizah untuk Luqman dan Cempaka.Termasuk senarai barangan hantaran.
“Nak pergi tak ni?”Cempaka kembali ke alam nyata.
“Saya simpan telekung sekejap.”
“Tak payahlah.Nanti boleh solat kat mana-mana.Jom.”Luqman masuk kedalam kereta.cempaka mengikut sahaja.
Dia pandang baju kurung yang dipakai.
‘Oklah ni.’
Sampai di butik pengantin yang terletak di Greentown Mall,Cempaka cepat-cepat mencuba baju yang diberi Miss Anne.Gaun labuh berlengan panjang yang menutupi sehingga ke leher.Dicubanya bersama selendang dari warna yang sama.Semuanya disiapkan pembantu kedai Miss wong.
“Wow…you very beautiful lah miss Cempaka.”Cempaka hanya senyum dan terus memandang cermin sebesar orang dewasa dihadapannya.Tirai dibuka miss Wong.Tiba-tiba matanya menangkap seorang lelaki bertuxedo putih dibelakangnya melalui refleksi cermin.Sesaat kemudian mata Luqman dan Cempaka bersatu di sebalik cermin kaca dihadapannya.
Tiba-tiba miss Wong menarik tangan Cempaka.Cempaka berpusing.Kalau tadi pandangan mereka hanya melalui refleksi cermin tapi sekarang tiada lagi cermin yang menjadi perantara.Luqman masih dalam diamnya dan korneanya masih melekat ke wajah Cempaka.
“Cik Cempaka…try kasut ini.”Sepasang kasut berwarna perak diletakkan dihadapan kaki Cempaka.Cempaka menaikkan sedikit gaunnya untuk menyarung kasut tersebut.Tiba-tiba Luqman sudah melutut dengan memegang kasut tumit tinggi tersebut.Disuakan ke kaki Cempaka.Teragak-agak Cempaka menyarungnya.
“Terima kasih.”Seakan tidak keluar kata-kata tersebut dari bibir Cempaka.Ada debaran menggila didadanya saat ini.
“So macamana Miss Cempaka encik Luqman?”Miss Anne mengambalikan Cempaka dan Luqman kea lam nyata.
“Mine…ok.Tak perlu ubah lagi dah.”Cempaka tidak berani langsung memandang Luqman.
“Cik cempaka?Nak ubah apa-apa tak?”Cempaka geleng.
“Comfortable?”Cempaka angguk lagi.Memang rekaan miss anne kena sekali dengan tubuh badannya.Gaun itu dilapisi satin lembut di dalamnya dan diluarnya organza buatan Italy.Semuanya dibayar Doktor Maria.
“Er..boleh I tukar baju sekarang?”
“Tak nak take picture?as kenang-kenangan?”
‘Ambil gambar?’
“Macamana encik Luqman.Just for our album?”Luqman angguk.Nafas Cempaka mula sesak.
‘Ambil gambar?Nanti-nanti masa kahwin kan boleh ambil lagi.’Mahu tidak mahu Cempaka duduk di sofa dan Luqman duduk di kisi.Tangannya diletakkan di atas sofa belakang Cempaka.
“Ok senyum sikit.”Cempaka memegang sejambak mawar putih.Dia cuba tersenyum walaupun cukup payah sekali.
Dan tidak tahu kenapa tiba-tiba hatinya berbunga riang.Bagai ada bintang-bintang sedang menyinari taman hatinya saat ini.
Hati ini bukan miliku ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu…
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
‘Cinta sudah terukir ye Cempaka….’Cempaka senyum sendiri.Ya Luqman sudah membawa jiwanya jauh meninggalkan alam maya ke syurga impian.
“Kenapa senyum?”
“Ha?”Luqman sudah senyum memandang dirinya.
‘Ish dia tahu ke aku berangan?’Tiba-tiba tangan Luqman hinggap di tudung Cempaka.
“Senget.”Aduh Luqman jangan kau uji lagi perasaan aku.
Betullah kata-kata penyair Loretta young
Love isn’t something you find. Love is something that finds you.
Kalau dulu dia yang mencari cinta dengan Fikri dan sekarang hatinya membuai rasa cinta dengan Luqman.Tapi Luqman?



“Hai akak tengok asyik senyum memanjang je Cempaka dua tiga hari ini?”
“Tak ada apa-apalah kak.Saja nak buat senaman mulut.”Sejak pulang dari mencuba baju pengantin tempohari susahnya Cempaka nak buang senyuman dari bibirnya.Bagai setiap saat dia Nampak apa yang Luqman buat tempohari.masih terbayang senyuman Luqman yang jarang sekali dia lihat.
‘Wahai habib..kau buatkan aku jadi tak menentu.’
“Staff nurse ada orang cari dokotr Luqman.”Seorang jururawat pelatih dari kolej jururawat Lumut menghampiri Cempaka.
“Siapa?Waris pesakit ke?”
“Tak tahu.”Cempaka bangun.Segera ke luar pintu.
“Ye Ada apa?”Cempaka tersentak bila beridiri dihadapannya adalah gadis yang dianggap sebagai kekasih Luqman Harith.Cempaka cuba berlagak seolah-olah tiada apa-apa.
“Saya nak jumpa doktor Luqman.Dia ada ke?”Cempaka pandang wajah yang selalu menggusarkan hatinya pada Luqman.
“Doktor Luqman kat klinik sekarang.Tak cuba call dia ke?”Wanita itu tersenyum.Pada hemat cempaka mungkin dalam usia 24 atau 25 tahun.
“Saya dah call tapi handfon dia off.Kat mana saya boleh tunggu dia?”
“Cik tunggu kat bilik rehatlah.Tapi saya tak pasti pukul berapa doktor Luqman balik wad.”Gadis itu angguk.Mengekori langkah Cempaka ke bilik rehat.Beberapa pasang mata memerhatikan mereka.
“Cik duduk lah dulu.Nanti kalau doktor Luqman balik saya bagitahu.”Gadis itu angguk.Cempaka tinggalkan Dyja didalam bilik rehat dan dia kembali ke kaunter.
“Siapa tu Cempaka?”Kak Norita bertanya.
“Dia nak jumpa doktor Luqman.”Zubaidah memandang Cempaka.Cempaka buat-buat tidak Nampak.
‘Apa perlunya gadis itu kemari.Rindu sangatkah pada Luqman Harith sehingga membawanya kesini?’
Selepas dipastikan tiada sesiapa,Zubaidah mendekati Cempaka.
“Siapa tu?”Cempaka faham maksud pertanyaan Zubaidah.
“Girlfriend Luqman agaknya kak.”Zubaidah diam.Gadis itulah yang dia pernah Nampak bersama Luqman dulu.
“Sabarlah dik.”Cempaka cuba senyum walau bagai ada cuka dalam mulutnya saat ini.

Luqman masuk setengah jam kemudian.
“doktor…ada orang tunggu doktor dalam bilik rehat.”Cempaka terus pura-pura menulis.
“Siapa?”Cempaka angkat bahu.
“You look different.Siapa yang nak jumpa saya?”
“Girlfriend agaknya.”Cempaka jawab perlahan walaupun di kaunter hanya ada dia dan Luqman.
“Cem..”Belum sempat Luqman menghabiskan ayatnya satu suara menyergah dari arah belakang.
“Abang Luqman.”Luqman berpaling.Wajah Cempaka dijatuhkan pada rekod pesakit dihadapan.
“Buat apa kat sini?”Luqman masih berdiri di kaunter.
“Nak jumpa abangla.Tadi Dyja call tapi tak dapat.Nasib baik Dyja ingat abang kat wad mana.”Cempaka bangun.Lantas terus menolak troli ubat ke dalam wad.
Dia mahu menangis tapi airmatanya tidak mahu keluar.Dia mahu berbicara tapi suaranya tersekat di kerongkong.
Dia pernah bertanya pada Darizah samada mereka punya kenalan aau saudara di Pulau Pinang.Tapi Darizah kata tak pasti.
‘Siapa wanita itu?’
Setelah beberapa waktu Cempaka kembali ke kaunter.
“Diorang pergi mana kak?”Dia berbisik pada Zubaidah.
“Keluar agaknya.Cempaka ok?”Cempaka sekadar mengangguk.Dia pandang jam.
“Cempaka nak pergi kantin.Akak nak kirim apa-apa tak?”
“Akak nak nasi goreng.Nanti akak bayar.”
“Ok.Kak Norita Cempaka pergi kantin beli makan sekejap.Akak nak apa-apa tak?”
“Em..tak pelah.Akak ada bawa bekal tadi.Dah kebetulan masak lebih untuk suami bawa terus datang sini.”Cempaka senyum.Beg duit dari laci meja diambil dan terus keluar.
Cempaka melihat-lihat ke dalam tray.Ada mihun dan mee goreng,nasi lemak,ayam masak merah dan pelbagai kuih muih.
“Kak Mah bagi nasi goreng bungkus satu,lepas tu mihun goreng ni,dengan milo ais satu ye.”Cempaka membuat pesanan dan duduk seketika di sebuah kerusi kosong disitu.Ada beberapa pekerja hospital dan beberapa petugas hospital yang lain.Dia membelek-belek beg duit kecilnya sebelum matanya menangkap sepasang teruna dan dara yang sedang makan selang dua meja darinya.
Matanya terhenti sejenak memandang Luqman bersama gadis yang dipanggil dyja tadi sedang enak menjamu selera.Ketawa mesra.Mungkin sudah terubat rasa rindu dihati.Dan tiba-tiba juga Luqman mengangkat wajahnya memandang Cempaka.Masing-masing berpandangan.Cempaka cepat-cepat mengalihkan wajahnya ke arah lain.Bila kak Mah menghantar pesanannya cepat-cepat dia membuat pembayaran dan berlalu dari situ.sedikitpun dia tidak pandang Luqman.
‘Sedihnya….’



Cempaka baru selesai menyambut satu kelahiran pra-matang atau pre-mature.27 minggu.Alhamdulillah bayi tersebut bernafas Cuma terpaksa ditempatkan didalam ikubutor sehingga capai tahap kematangannya.Kepalanya kelihatan besar sedikit dari tubuhnya.Tapi bayi itu tetap comel.
Cempaka ke loker untuk mengambil air minuman yang memang selalu dia bawa.Tiba-tiba dia perasan ada sekeping kecil diatas beg sandangnya.Kad kecil itu diambil dan dibuka.Ada gambar teddy bear yang comel.
“Don’t sad”
‘Itu je?Siapa?’Cempaka pandang sekeliling.Siapa yang hantar nota ini dia mahu berterima kasih.
‘Nampak sangat ke aku sedih sekarang ni?’
Thanks note.I know I should not be sad.He’s nothing for me
Betul ke dia tak membawa apa-apa makna Cempaka?











Hari ini Cempaka sudah mampu tersenyum.
“Kalau hari-hari you smile macam ni I rela stay kat hospital saja.”Cempaka masih senyum saat Mathew menuturkan kata-kata itu.Luqman disisi tidak dipedulikan.
Marah?Ya memang dia patut marah.Dia tunang Luqman tapi gadis apa ikatannya dengan Luqman sehingga Luqman sanggup mengenepikan hak nya sebagai tunang Luqman?
“Alhamdulillah kalau saya boleh buat doktor happy.”Dia ikhlas.Bukan bermaksud mahu mengambil atau memikat hati Mathew.
“I heard you kena kursus next week.Kat mana?”
“Di hospital Sungai Siput.Kursus untuk breast feeding.Tapi bukan kursuspun.Saya terlibat untuk minggu penyusuan Ibu.Diorang  buat kat sana.”
“Berapa hari?”
“Tiga hari kot.”
“I’m gonna miss you.”
“Hai doktor kitorang kan ada.”Cempaka Cuma senyum pada staff nurse Zakiah dan beberapa lagi rakan setugasnya yang lain.
“Yelah you all memanglah ada.Tapi you all bukan Cempaka.Cempaka is Cempaka.”Luqman masih menulis.Cempaka buat tidak kisah.
‘Dia memang tidak kisahpun.’
“Apa beza nya saya dengan yang lain doktor Mathew?”Sengaja Cempaka cakap kuat-kuat.
“You kan Cempaka.Cempaka Elina.”Cempaka ketawa.Begitu juga dengan yang lain.
“Macam-macam lah doktor ni.”Cempaka meninggalkan Mathew dan yang lain.Beralih untuk mengambil tekanan darah seorang ibu yang baru dimasukkan ke wad kerana masalah darah tinggi.
Sekembalinya Cempaka ke kaunter,Luqman baru duduk di kerusi.Dari mana Cempaka tidak tahu.yang lain masing-masing sudah kembali bertugas termasuk Mathew.
Cempaka mengambil buku notanya.Buku itu dicatat setiap perkara yang doktor cakapkan agar dia tidak terlupa.
Tiba-tiba sekeping jatuh diantara dia dan Luqman.Cempaka dan Luqman sama-sama tunduk untuk mengambil kad tersebut.Tapi Luqman terlebih dahulu mencapai kad tersebut yang jatuh di kaki kerusinya.
“Thanks.”Cempaka ambil tanpa memandang kea rah Luqman.
‘Kad ini lagi.’Dibukanya dan dibacanya perlahan.Kali ini gambar mickey mouse pulak.
 ‘your smilling means everything to me.’
‘Siapa?’Cempaka pandang Luqman disebelah.Tapi Luqman biasa sahaja.
‘Mathew?’Em..ini mesti Mathew.Tadikan dia cakap suka tengok Cempaka senyum?Kad kecil itu kembali disimpan didalam diari.
Thanks mickey…I will always smile for you.’Lantas Cempaka bangun menuju ke bilik rehat.











Cempaka mengenakan blous kuning dipadankan dengan slack hitam dan tudung kuning.Dia melihat seketika penampilannya didalam cermin.
“Keluar dengan doktor Luqman?”Cempaka geleng dengan pertanyaan Nani.
“Habis tu?”
“Doktor Mathew.”Jawab Cempaka ringkas.
“Kau biar betul?Nanti apa kata Luqman pula?”
“Dia nak cakap apa?Aku Cuma tunang dia belum isteri lagi.Lagipun dia pun tak kisah agaknya.Kau tengoklah Nani,Luqman tu tak macam tunang orang lain.Jangan kata nak call aku nak sms pun susah.Aku ni macam tak wujud je Nani.”Cempaka duduk dibirai katil.
“Sabarlah Cempaka.Bagi dia masa.”
“Masa?Dah setahun lebih kami bertunang.Tapi aku tak pernah rasapun yang aku ada tunang.Selama aku kat sinipun Mathew yang banyak ambil berat pasal aku.”
“Habis tu kau nak kahwin dengan Mathew?”Cempaka ketawa kecil.
“Aku dengan Mathew kan berlainan agama.Kau ingat Mathew nak tukar agama dia semata-mata nak kahwin dengan aku.”
“Kalau dia sanggup?”Cempaka diam.
“Kau rasa Mathew sukakan aku?”
“Dari apa yang aku Nampak doktor Mathew memang sukakan kau Cempaka.Aku risau kalau dia betul-betul jatuh cinta dengan kau.”
“Tak mungkin lah.”
“Jangan tak mungkin Cem.Apapun boleh jadi.”Cempaka akui dia senang dengan sikap Mathew.Tapi untuk jatuh cinta dengan Mathew tak mungkin kerana sudah ada Luqman dalam hatinya.








Cempaka menarik nafas panjang.Dia melihat ke dalam sinki.Ada gumpalan darah yang baru sahaja keluar melaui kerongkongnya.Dipandangnya wajahnya ke dalam cermin.Dibawah mata terdapat seakan-akan warna merah membentuk seakan-akan rama-rama.Sejak beberapa minggu ini dia rasa amat letih sekali.Kadang-kadang bila malam dia sukar tidur kerana tidak boleh bernafas.Hidungnya seperti tersumbat.Dan hari ini batuknya mengeluarkan darah.
Pagi tadi sewaktu dia gosok gigi,juga berdarah.Cempaka tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya.
Menjelang petang warna merah yang membentuk rama-rama semakin hilang.Darah juga tiada bila dia batuk.Cempaka lega.
‘Mungkin penat sangat kot.’
Petang itu dia bersama Nani ke Taman DR Seevinasagam.Sekadar beriadah.
“Aku tengok kau macam tak sihat je beberapa hari ni Cem?Kenapa?”
Perasan sangatkah perubahan pada dia?
“Tak adalah aku ok.”
“Tapi kau Nampak pucat.”
“Penat agaknya.”Cempaka terbatuk kecil.Tapi sebaik sahaja dia melihat tuala di tangan Nani terkejut melihat ada darah.
“Cem?Darah ni.”Cempaka pandang Nani.Dadanya sedikit sakit.
“Kau…kau kenapa ni?”Cempaka geleng.Sememangnya dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku.
“Sejak bila?”
“Dah dua tiga hari Nani.”
“Ya Allah apasal kau tak bagitahu aku?”Cempaka diam.
“Ok sekarang kita pergi hospital.”
“Tak payahlah.”
“Cempaka…kau batuk darah ni.Bukan benda normal.Jom.”Mahu tidak mahu Cempaka terpaksa ikut Nani ke wad kecemasan memandangkan unit pesakit luar sudah ditutup.
Nasib baik Cempaka kenal dengan doktor Wai memandangkan doktor itu pernah bertugas di klinik maternity tempohari.
“I rasa keadaan you tak normal.Kita admit?”Cempaka pandang nani.Nani Cuma angguk.Lebih baik Cempaka masuk wad.Sekurang-kurangnya doktor boleh siasat apa yang berlaku.
Nani pulang mengemaskan barangan Cempaka.Diberitahunya pada sister Ani tentang keadaan Cempaka.
Cempaka masuk ke wad 8A.Duduk di bilik yang hanya menempatkan dua orang pesakit.Katil disebelahnya kosong.
“Kau nak apa-apa tak?”Cempaka geleng.
“Nani kau jangan cakap kat family aku ye.Abah aku tu tak sihat betul lagi.Nanti sakit pula dia.”Nani angguk.Faham dengan keadaan Cempaka.
Malam itu ada beberapa rakan setugasnya dari wad pre natal datang melawat termasuk kak Zubaidah.
“Dia dah tahu?”Cempaka geleng.
Buat apa nak bagitahu pada Luqman sedangkan Luqman mana pernah kisah tentang dirinya.
Selepas mereka pulang Mathew masuk dengan sebakul buah-buahan dan sejambak bunga.
“Kenapa tak bagitahu I ?”
“Baru masuk petang tadi doktor.”
“I mean kenapa tak bagitahu bila you rasa tak selesa?”
“Saya ingat tak ada apa-apa.Sebab tu tak bagitahu doktor.”
“Cempaka…you buat saya risau.Risau sangat-sangat.”
“Thanks doktor.”Mathew temankan Cempaka hampir dua jam.Nasiblah Mathew doktor kat sini kalau tak mesti dah kena halau dengan pak guard.
Malam itu beberapa botol darah Cempaka diambil untuk diuji.Kata doktor Hisyam,esok diorang akan buat ujian saringan TB.Cempaka berdoa minta-minta lah dia tiada penyakit itu.Petang tadi X-ray paru-paru menunjukkan paru-parunya tiada masalah.


Cempaka tersedar bila jururawat yang bertugas memeriksa tekanan darah dan suhu.
“Staff nurse kat maternity kan?”Cempaka angguk sambil tersenyum.Kemudian dia ke bilik air membersihkan diri sementara menunggu doktor melakukan lawatan.
Tiba-tiba mata Cempaka terpandang kad kecil di tepi laci meja.Kad kecil itu diambil dan dibacanya.Kali ini ada gambar bunga ros.Bersama secebis nota ringkas.
  “get well soon
‘Pasti dari Mathew.’

“Ok blood test semua ok.X-ray also fine.Fbc pun tak menunjukkan apa-apa yang pelik.Just you kekurangan darah je.Semalam you ada complaint sakit dekat lower abdomen kan.So today kita akan buat ct-scan.Tapi kalau hematemisis berlaku lagi you should come here.”Cempaka angguk.
‘Alhamdulillah.Ujian Tb juga menunjukkan normal.Memang sudah beberapa bulan dia merasa sakit setiapkali buang air kecil.Diapun tak pasti kenapa.
Cempaka menjalani ujian ct-scan untuk mengesahkan yang dia normal.Sementara menunggu keputusan ujian dia membaca majalah.Sudah dua hari dia disini tapi sekalipun wajah Luqman tidak muncul.Tidak tahukah dia?Tapi kata kak Zubaidah lewat sms semalam,Luqman dah tahu.
‘Biarlah dia.’
Doktor hisyam masuk dengan beberapa doktor lain lagi.
“Cempaka Elina.We have a bad news for you.”Jantung Cempaka berdegup kencang.
“Apa doktor?”
You got cyst on your left ovary.”
“Cyst?”
“Yes….and I akan refer you pada gynae untuk rawatan seterusya.”Cempaka terdiam.
“Kalau tak besar mungkin kita Cuma buat laporoscopy.tapi nanti kita biar pakar tengok dulu ok.”Cempaka angguk.
‘Pakar Gyane?Siapa?Doktor Megat?Doktor Harlina atau….Luqman Harith.’Cempaka mengeluh.
Petang itu Cempaka dihantar ke wad Gynae.Tempat dia bertugas.
“Sirih pulang ke gagang ye Cempaka?”Usik kak Zakiah.
“Nak buat macamana kak?Dah sakit.”Seronok juga sebab dekat sini semua dia kenal.Dari doktor,staff nurse hingga ke atendan.Cuma Marlia sahaja yang seakan tidak memperdulikan dia.Tapi Cempaka tidak kisah.Tahu sangat dia dengan sifat staff nurse seorang tu.
Baru dia mahu melelapkan mata,kak Zakiah datang.
“Doktor nak check.”
‘Doktor mana?’Tapi tak terluah pertanyaan tu pada Zakiah.
Cempaka Nampak doktor Luqman harith berjalan menuju ke arahnya.
‘Kenapalah bukan doktor Harlina.Doktor Megat sekalipun dia tak kisah.Tapi bukan Luqman.’Bermakna Luqman juga yang akan menjalankan pembedahan nanti.
“Luqman menyemak rekod yang dihantar dari jabatan rheumatology tentang keadaan Cempaka.
“Ok bawa pergi scan.”Hanya itu arahan yang dikeluarkan pada Zakiah.Cempaka membuang wajah.Sedihnya.Luqman langsung tak Tanya khabar tentang dirinya.
Waktu dia masuk ke bilik ujian imbasan,Luqman sudah duduk dikerusi bersebelahan katil.
‘Takkan dia yang nak scan kot?’Cempaka baring.Luqman masih di mesin pengimbas.Membetulkan sesuatu.
“Akak buka sikit ye?”Cempaka angguk.Tidak sanggup dia nak pandang wajah Luqman.Bajunya dinaikkan sedikit.Ada kain diletakkan di bahagian ari-ari.Cempaka betul-betul malu saat ini.
“Doktor.Dah.”Cempaka pusing wajahnya kea rah lain.Tiba-tiba prutnya terasa sejuk.Gel biru diletakkan diperut.Luqman pandang skrin sedang sebelah lagi tangannya mengarahkan mesin pengimbas di perut Cempaka.Sedikitpun dia tidak pandang Cempaka.
“Erk..”Cempaka sedkit sakit bila Luqman menekan kuat di bahagian ovari.
“Pusing sikit.”Cempaka ikut arahan Luqman.Badannya dipusing sedikit ke kanan.Luqman menekan sesuatu.Tiba-tiba keluar beberapa keeping gambar hitam putih dari mesin.Dia melihat-lihat seketika.
“Staff Nurse.Esok kita akan buat laporoscopy cystetomy untuk staff nurse Cempaka.”Kak Zakiah mengelap perut Cempaka dengan tisu.Bajunya kembali diturunkan.
“Kak Zakiah tolong ambil rekod Cempaka.Bawa sini.”Zakiah cepat-cepat keluar.Cempaka betulkan baju sedikit.Dan turun dari katil.Dia mahu cepat-cepat kembali ke wad.Tiba-tiba.
“Malam ni puasa.Jangan minum dan makan lepas pukul sepuluh.”Dia dengar suara Luqman yang hanya beberapa inci darinya.Mata Luqman tetap di skrin.Dan Cempaka ditepinya.
‘Saya tahu Luqman prosedur itu.’
“Saya tahu.”Cempaka balas dengan suara yang amat perlahan.Dia masih teragak-agak untuk turun dari katil.Kedua-dua kakinya sudah dijuraikan kebawah.
“Saya…saya balik wad dulu.”
“Cempaka Elina.”kali ini Luqman berpaling.Bertentangan mata dengan Cempaka.Beberapa saat juga mereka bertentangan.
“Maaf tak menjenguk masa di hospital besar.”Cempaka angguk.
“Saya faham.”
“Apa yang Cempaka faham?”
“Saya faham kalau saya sebenarnya bukan sesiapapun pada doktor Luqman Harith.”Cempaka tunduk.
“Cempaka..saya..”Ayat Luqman mati bila Zakiah sudah muncul dimuka pintu.
“Ni rekodnya doktor.”Cempaka pandang Luqman sekilas sebelum terus melangkah keluar.

‘Duhai hati tolonglah jangan menangis….’








Luqman memerhatikan Cempaka yang nyenyak tidur.Rambutnya yang separas bahu dibiar lepas.Ada beberapa jurai menutupi sebahagian dahinya.
Rasa mahu sahaja dikejutkan Cempaka dari lenanya yang pulas.Tapi dia tidak mahu membangunkan Cempaka.Luqman hanya berdiri di tepi pintu.
“Cempaka Elina….”Tiba-tiba nama itu bermain dibibir nya.Luqman berjalan menghampiri katil Cempaka.
“Kasihan dia doktor.”Zubaidah yang turut sama berada di dalam bilik tiba-tiba bersuara.
“Rezeki masing-masing kak.”Ditariknya kerusi perlahan-lahan dan duduk ditepi katil.Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang.
Cempaka masih lena.Mungkin kesan ubat yang diambil.Lengannya sudah dimasukkan air.Dan sebelah lagi dicucuk iv Drip untuk bekalan darah esok.
Luqman masih ralit memerhatikan Cempaka yang sedang tidur.Di meja kecil ada sejambak bunga.Luqman tahu bunga itu pemberian siapa.Sebab tadi dia Nampak Mathew masuk dengan sejambak bunga ditangan.
Cempaka tiba-tiba gelisah.Matanya dibuka perlahan-lahan.dalam kesamaran dia Nampak Luqman sedang duduk dikerusi memerhatikan bunga pemberian Mathew.
“Luqman.”Cempaka seakan berbisik.
‘Mimpikah dia bila Luqman sedang tersenyum padanya?’
“Tidurlah.”Cempaka buka mata luas-luas.Cepat-cepat dicapai tudung yang tersangkut ditepi katil.
Dia bukan bermimpi.Memang Luqman Harith sedang duduk disebelahnya.
“Nanti-nanti pun saya tengok juga kan?”Cempaka pandang wajah Luqman.Dia marah dengan kata-kata Luqman.
“Selepas saya sah jadi isteri awak.Tapi bukan sekarang saat saya bukan muhrim awak.”Luqman pandang Cempaka.Dia tersenyum.
“This is not funny Luqman.”Memang Cempaka marah.
marah sangat-sangat bila Luqman datang dan tengok dia sewaktu sedang nyenyak tidur.
“Kalau Mathew tak pe pula?”
“Mathew tak pernah tengok saya tanpa tudung.Setiapkali dia nak datang dia bagitahu dulu.Bukan main terjah macam ni.”
Do I need your permission Cempaka Elina to see my patient?”
I know I’m your patient doktor.Tapi janganlah main terjah macam ni je.” 
“Then macamana.Atau everytime saya nak rawat patient kena sms kat diorang dulu?Kena buat appointment?Macam tu?”
“Saya tak lah cakap macam tu.Tapi sekarang bukan waktu rawatan kan?”Cempaka sudah menyandar di kepala katil.
Luqman letakkan kedua-dua tangannya diatas katil.Hampir sekali dengan jemari Cempaka.Jemarinya bermain-main dengan telefon bimbitnya.
“Puasa?”Cempaka angguk.
“Tahu tak risiko cyst ni?”Cempaka angguk lagi.Mestilah dia tahu.Dia kan jururawat.
“Kenapa?Doktor Luqman nak putuskan pertunangan kita ke?”
“Kenapa cakap macam tu?Dan apa kena mengenanya Cyst ini dengan pertunangan dan perkahwinan kita nanti?”
“Yelah normally orang yang ada cyst kat ovary ni susah nak dapat anak.Takut doktor menyesal pula nanti.”Cempaka cakap yang benar.Banyak yang dia dengar kes susah untuk hamil akibat komplikasi ovarian cyst.
Luqman senyum-senyum pandang Cempaka.
“cempaka nak anak dengan saya ke?”Cempaka terkejut dengan pertanyaan Luqman.Pastinya orang dah kahwin mestilah nak zuriat.Tapi Cempaka terlupa yang dia bukan isteri pilihan.Mana mungkin Luqman nak datang padanya nanti.
“Sorry saya lupa saya bukan calon pilihan.”
“Saya Tanya Cempaka nak anak dengan saya ke?”Luqman mengulangi soalan yang sama.Cempaka alihkan wajahnya ke tempat lain.
“Saya nak tidurlah doktor.Dah lah penat tak boleh makan minum.Banyak bersembang karang buat saya dahaga je.”Cempaka kembali berbaring.Tudung kepalanya masih tersarung elok.Dia pandang Luqman yang hanya beberapa inci dari wajahnya.
“Doktor pergilah saya nak tidur ni.”Gesa Cempaka.
“Bila marah panggil doktor ye?”Cempaka tarik wajah masam.
“Tidurlah.”
“Habis tu takkan nak duduk sini sampai pagi.?”Luqman Cuma tersenyum.
“Suka hatilah.”Matanya sudah ditawan rasa mengantuk.patah lagi perurnya berkeroncong.Pantas sahaja matanya dilelapkan.
Luqman Cuma tersenyum.
‘Cempaka Elina…’sekali nama itu berbekas dihatinya.







Cempaka dipakaikan pakaian hijau pembedahan.Cover head berwarna putih diletakkan diatas kepalanya.
Dia menanti petugas untuk membawanya ke bilik pembedahan.
‘Its ok Cempaka.Cuma minor operation sahaja.’Dia menyedapkan hatinya.Walaupun dia seorang jururawat tapi dalam keadaan macam ini timbul juga rasa gementar.
Cempaka dibawa ke dewan bedah tepat jam 10 pagi.Di dalam ada doktor Hasbul pakar bius,Luqman dan doktor Mathew.
“Are you ok?”Mathew mendapatkannya sebaik sahaja dia dibawa masuk ke dewan bedah.”Cempaka angguk.
“staff nurse Cempaka,saya akan bius sepenuhnya.”Cempaka angguk pada doktor Hasbul.Matanya terpandang Luqman yang sedang melihatnya.Dia tersenyum pada Luqman.Dia tidak tahu samada Luqman membalasnya atau tidak kerana Luqman memakai cover mask.
Tiba-tiba pandangan mata Cempaka semakin kabur dan akhirnya dia terus lena tanpa mimpi.




’take care!!!’
Cempaka baca nota kecil itu lagi.Dia baru sahaja makan ubat pemberian kak Norita.Pagi tadi Luqman datang memeriksa.Kata Luqman esok pagi dia dah boleh keluar.Dia dapat cuti seminggu.cempaka lega.Dia ada terfikir nak balik kampung tapi dia tidak mahu keluarganya tahu dalam keadaan dia macam ini.Akhirnya dia buat keputusan cutinya akan dihabiskan disini sahaja.
“Hai..”Doktor Mathew masuk dengan bungkusan ditangan.
“Apa ni doktor?”
“chicken porridge from marry brown.”Luqman menarik kerusi dan duduk disebelah Cempaka.Dia perasan ada jelingan tajam dari Marlia di luar.
“Terima kasih.”
“Makanlah atau nak saya suapkan.”
“No need doktor.Saya boleh makan sendiri.Sekejap lagi saya makan ok.”Mathew angguk.
Mathew senang berbual dengan Cempaka.Banyak tentang gadis ini memikat hati dia.Tapi Mathew tahu kalau hati Cempaka sudah dimiliki.Cuma baginya apa salahnya dia mencuba.
“I went church this morning and pray for you.”
‘Ikhlasnya mathew  buat Cempaka begitu terharu.Biarpun berbeza agama Mathew tetap mendoakan kesihatannya.
“Terima kasih.”
Luqman masuk bersama kak Norita.Membawa dokumen ditangan.
“Hai math!”Mathew tersenyum pada Luqman.Tetap tidak berganjak dari situ.
            “Hai Man.”
            “Staff nurse Cempaka Elina,saya nak buka plaster.”Cempaka faham.Dia kembali berbaring.Malu sebenarnya bila Luqman dan Mathew ada disitu.
“Ok.I keluar dulu.Please makan bubur tu.”Cempaka angguk.Senyum pada Mathew tanda ucapan terima kasihnya.
Luqman buat-buat tidak Nampak.
Kak Norita menaikkan baju Cempaka.Disebelah kiri perut Cempaka ada plaster berukuran 8cm.Luqman menghampirinya.Cempaka rasa tubuhnya seram sejuk.Di bahagian ari-ari dan di pusat.Laporoscopy dibuat di tiga bahagian yang mana salah satunya dimasukkan kamera kecil.
“Tahan sikit.”Cempaka angguk.
Luqman pegang hujung plaster.Dengan sekali sentap plaster ditarik Luqman.
Macam tak ada belas kasihan langsung.
“Aduh..”Cempaka tahan sakit.Mana tak sakit.Luqman tarik dengan kuat.Luqman kemudian memeriksa luka pembedahan tanpa memperdulikan jeritan dan kesakitan Cempaka.
“Nak balik?”Cempaka angguk.
“I cant hear your answer.”Suara Luqman kasar sekali.
Kenapa nak marah-marah.
“Nak balik.”Cempaka jawab sedikit meninggi.Kak Norita sudah keluar.
“Balik kampung?”Cempaka geleng lagi.Tapi cepat-cepat dia bersuara bila Luqman tidak pandang ke arahnya.
“Tak duduk sini je.”Kali ini baru luqman pandang Cempaka.
“Siapa nak jaga duduk sini?Mathew?”
‘Astaghfirullah….takkanlah Mathew yang nak jaga kot.’
“Tak lah duduk sendiri lah dalam asrama.Lagipun abah kan baru pulih.Nanti terkejut pula kalau tahu saya kena operation.”Luqman meletakkan kedua-dua tangannya ke atas meja kecil dihadapan katil.Cempaka masih baring.Kesakitan masih terasa walaupun hanya pembedahan kecil.
“Siapa nak jaga?”
“Jaga sendiri lah.Nak makan nanti kirim je kat Nani.”Luqman kenal dengan staff nurse Harnani yang bertugas di Ortopedik.Kawan baik Cempaka.
“Kalau Nani kerja syif?Tahan lapar sampai Nani balik?”Cempaka diam.Menelaah kebenaran dari kata-kata Luqman.Yelah kalau Nani kerja pagi takkan dia nak tahan lapar sampai pukul dua?
“Habis nak buat macamana?”Itu sahaja pilihan yang dia ada.Takkan nak pergi taiping rumah Haikal.Nanti menyusahkan Haikal pula kena ambil cuti.
“Nak balik ni dengan apa?”
“Jalan kaki.”Cempaka berkata perlahan.
“Ok.”
‘ok je?Tak ada ke rasa nak tolong hantar?Cempaka tengok meja kecilnya yang sarat dengan barang-barang.Macamana dia nak bawa semua ini jalan kaki.Nak tegakkan badanpun sukar sangat.
“Discahrge hari ini.”Luqman menulis sesuatu lantas membawa rekod Cempaka keluar ke kaunter.
‘Sedihnya Cempaka…’





Berhati-hati Cempaka melangkah keluar dari bilik air.pakaian hospital sudah ditukar kepada sepasang baju kurung.Dia mengemaskan keperluan nya yang dibawa Nani.Satu beg berisi pakaian,tuala dan barang keperluan harian.Termos,mangkuk dan cawan dimasukkan ke dalam raga kecil bertangkai.
Cempaka membawa beg dan raga berhati-hati kea rah kaunter.
“Nak balik dengan apa ni?”Zubaidah dan Norita sama-sama memandang kea rah Cempaka.Marlia hanya menghadiahkan jelingan tajam. Cempaka buat tidak kisah.
“Boleh kak jalan pelan-pelan.”
“Jauh juga tu.Tak pe barang-barang tinggal nanti akak hantar lepas habis kerja.”
“Tak pelah kak Zubaidah.”
“Its ok.Kereta saya dah ada kat bawah tu.”Masing-masing memandang kea rah pintu.Mathew sedang tersenyum.
“Tak pelah doktor.Saya boleh balik sendiri.”Segan juga kalau Mathew nak hantarkan dia ke asrama.Nanti apa pula orang kata.
“Cempaka,you baru sahaja operation.You cant walk lagi.Let me send you back Cempaka Elina.”Cempaka masih serba salah.
“Pergilah Cempaka.At least doktor Mathew boleh hantarkan terus ke asrama.Tak payah nak jalan kaki.
“Tak pe kak?”
“la..kenapa pula?”
“Cik Cempaka ni takut kena gossip.”Cempaka senyum.Bukan dia takut orang mengata Cuma bimbang kalau ada yang salah tafsir.
Akhirnya kakinya melangkah mengikut Mathew ke kereta dibawah.


“Mana staff nurse Cempaka kak Zubaidah?”Luqman pandang katil Cempaka yang sudah ditukar cadar baru.
“Dah baliklah.Kan doktor bagi discharge tadi.”
“Cepatnya dia balik dengan apa.?”Ada nada kesal dalam suara Luqman.
“Dia nak balik jalan kaki.Kasihan tengok bawa beg kiri kanan.Last doktor Mathew hantar dia balik asrama.”Kedengaran satu keluhan dari bibir Luqman.
‘Em..terlewat ye doktor.’Kata hati Zubaidah.Dia yakin Luqman tergesa-gesa kemari untuk hantar Cempaka pulang ke asrama.
Tadi Luqman ada emergency case.Kes uri reput.Sebab itu dia tergesa-gesa keluar selepas buat discharge form.
Luqman masih memerhati katil Cempaka.Bagai terbayang Cempaka disitu.Dia pandang telefon bimbit ditangan.Berkira-kira mahu menghubungi Cempaka atau tidak.Akhirnya Luqman terus melangkah pergi.












Cempaka sudah selesa dikatil.Dia pandang ke bawah.Lepas Mathew menghantarnya ke bawah dia meminta bantuan dari temannya yang lain untuk ke bilik.Sempat mathew menghulurkan bungkusan nasi.
‘Terima kasihnya dia pada Mathew.’
Cempaka pandang ke arah wad bersalin.Sebelum matanya terarah pada jalan raya.
‘Bosannya.’untuk menghabiskan seminggu disini.Kalau dia tak sakit mahu sahaja cuti-cuti macam ini dihabiskan di Teluk Kumbar.Sekurang-kurangnya mencari ketenangan di Jeti.
Ketukan di pintu bilik membuatkan Cempaka bangun perlahan-lahan.
“Kak Cempaka.Doktor Luqman nak jumpa akak.”Staff nurse Linang,gadis Iban dari Sabah muncul dipintu.
“Doktor Luqman.?”
“Ye kak.Doktor Luqman pakar Gynae.”Cempaka sudah tahu Luqman mana.
“dia kat mana?”
“Kat bawah tu je.”
“Kejap lagi akak turun.Terima kasih.”Linang angguk sebelum berlalu.
Cempaka turun perlahan-lahan.Kesakitan masih terasa.
“nak apa pula Luqman ni?’
“Assalamualaikum.”Cempaka bagi salam bila Luqman membelakanginya.Luqman berpaling.
“Waalaikumusalam.”Cempaka duduk perlahan-lahan dikerusi batu.Tak tahan rasanya berdiri lama-lama.
“Balik dengan siapa?”
“Doktor Mathew hantar.Saya tak nak tapi dia nak hantar juga.”Luqman duduk disebelah Cempaka.
“Duduk rumah saya?”
“Nak buat apa?”
“Sementara luka pembedahan tu sembuh.Lagipun tak boleh makan sebarang kan?”
“Tak pelah doktor.Saya boleh duduk sini.Lagipun ada ramai kawan-kawan.”
“Nak makan minum macamana?”Cempaka diam.
“Kalau Nani tak ada saya call kak Kiah kantin tu suruh hantar nasi bungkus.Lagipun tak elok kalau saya duduk rumah doktor.Kita bukan muhrim.Pertalian kita Cuma ikatan pertunangan.Bukan lesen untuk tinggal bersama.”
“Ok lah kalau macam tu.”Baik Luqman mahu Cempaka masing-masing mendiamkan diri untuk beberapa waktu.
“Awak tak kerja ke?”Luqman senyum kecil.Cempaka bila marah pasti panggilnya doktor.Kalau tak awak je.
“Kerja.Doktor Megat take over.Saya keluar sekejap.Lagipun dah tak ramai orang kat klinik petang-petang ni.”Cempaka angguk.
“Sekejap lagi saya hantarkan nasi.”
“Saya dah makan.Doktor Mathew bagi nasi bungkus tadi.”Luqman diam.
“Saya..saya naik dulu.”Luqman pandang Cempaka sebelum mengangguk.Cempaka bangun.Entah kenapa dia sukar mengimbangi tubuhnya sehingga hampir terjatuh.
Mujur Luqman sempat pegang tangannya.
“Terima kasih.”Cempaka tarik tangannya dari pegangan Luqman.Cepat-cepat dia berjalan kembali ke asrama.Luqman hanya pandang dalam diam.
‘Aduh semakin kuat debaran dihati Cempaka.’









“Eh dengar staff nurse Cempaka minta tukar ye?”Perhatian Luqman pada repot di atas meja terhenti.Dia buka telinga untuk terus mendengar apa yang akan diperkatakan lagi.
“Dengar macam tu jugalah.Dia dah isi borang pertukaran online.Rasanya tukar balik ke Penang kot.”Luqman tarik nafas.
“Kenapa dia minta tukar?
“Entah.Dia tak cakap pun.”
“Assalamualaikum.”Tiba-tiba muncul seorang lelaki di kaunter.Luqman buat tidak kisah.Fikirnya mungkin waris pesakit.
 “Ye encik ada apa?”
“saya nak jumpa staff nurse Cempaka.”Tapi sebaik sahaja nama Cempaka keluar dari bibirnya,Luqman tiba-tiba mendongak.Dihadapannya ada seorang lelaki tinggi lampai berkemeja dan lelaki inilah yang bertanya tentang Cempaka.
“Staff nurse Cempaka cuti sekarang ni.Dia mc sampai minggu depan.”Zakiah menerangkan.
“Oh ye ke?Boleh saya tahu alamat dia?”Zakiah serba salah.
“Saya kawan dia.Fikri.”
“Maaflah kak tak boleh bagitahu.Kenapa tak call dia je.”Ada keluhan dari lelaki bernama Fikri ini.
“Dah call.Tapi dia dah tukar nombor agaknya.”
Dahlia tiba-tiba menyampuk.
“Betul ke kawan Cempaka?”Fikri angguk.
“Boyfriend Cempaka ke?”Seorang jururawat bertanya.Fikri Cuma tersenyum.
Kenapa ye senyuman lelaki ini mengundang rasa sakit dihati Luqman.
Fikri berlalu sebaik sahaja Zakiah menyerahkan sekeping kertas kecil nombor telefon Cempaka.
Dan Luqman terus diam dalam tanda tanyanya tentang Fikri.


Luqman memerhatikan dari jauh sepasang teruna dan dara yang duduk di kerusi batu.Mahu sahaja kakinya melangkah dan bertanya apa perlunya lelaki itu bertemu wanita itu.Tapi tidak bergerak kakinya melangkah.
“Nak apa lagi datang sini?”Terkejut Cempaka bila Fikri tiba-tiba menghubunginya.
“Nak minta maaf.”
“Dah lama saya maafkan awak Fik.Awak tak salah pun.”
“Saya salah.Tinggalkan awak sedangkan saya berjanji untuk bersama awak.Saya musnahkan maruah awak.”
“Saya dah lupa dah hal tu.Masa tu kita masing-masing masih muda lagi Fik.Terburu-buru buat keputusan sehingga mengenepikan peranan keluarga kita.”
“Tapi saya tetap rasa bersalah Cempaka.”
“Saya kata tadikan..bukan salah awak.Saya terima takdir ini dengan hati terbuka.Mungkin ada hikmahnya Fik.”
“Saya dengar Cempaka dah bertunang?”Cempaka angguk.
“Siapa?”
“Doktor.Kat sini juga.”Balas Cempaka.
“Tahniah.”
“Thanks.”
“Fikri…saya rasa tak perlulah awak jumpa saya lagi.Saya dah nak kahwin.”Fikri diam.
“Saya faham.Saya datang ini pun Cuma nak bertanya khabar.Lega hati saya tengok Cempaka baik-baik saja.Saya minta diri dulu.”Fikri bangun.
“Fikri….”Fikri tidak jadi melangkah.
“Saya doakan awak bahagia”
“Terima kasih.”Cempaka Nampak Fikri berlalu pergi sepertimana dia Nampak kenangan nya bersma Fikri hilang ditelan kabus banjaran titiwangsa.”
Cempaka baca nota kecil berulang kali.kali ini kad kosong tanpa apa-apa lukisan.
‘thanks to make me hurt.’
Kali ini Cempaka tidak faham.Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh nota dalam kad kecil.
‘Mathew?Apa yang dia buat sampai Mathew terluka.Tapi benarkah Mathew yang hantar kad-kad kecil ini?’
Sekarang Cempaka mula keliru.Kalau dulu dia pasti Mathew yang hantar nota-nota ini semua.Tapi tadi Mathew ada datang bertemunya.Baik-baik sahaja Mathew bertanya khabar.



Cempaka mula bekerja seperti biasa.Kesakitan dan luka pembedahan sudah pulih sepenuhnya.Terima kasih pada Mathew yang mengirimkan padanya gel gamat bagi membantu mempercepatkan proses baikpulih luka pembedahan.
Cempaka kembali ke kaunter setelah selesai memeriksa tekanan darah beberapa pesakit.Diari hariannya dibuka.Tiba-tiba ada sekeping kad kecil lagi.Kali ini gambar pergunungan.
Welcome back.Please smile bcoz I miss it.’
Kenapa ye nota dalam kad kecil itu mampu buat Cempaka tersenyum sendirian.
“Bila start kerja?”Sergahan dari seseorang dikerusi sebelah menyentak Cempaka.Sejak bila Luqman sudah ada disebelah.Dia Nampak kah Cempaka baca kad kecil ini?
“Hari ini.”Balas Cempaka ringkas.Cempaka cepat-cepat meletakkan kad kecil ke dalam diari hariannya.
“Dah sihat?”
“Dah.Terima kasih sebab selalu suruh orang hantar makanan.”
“My responsibility kan?”
“Tak..belum lagi.Kita Cuma baru bertunang.”
“Hanya untuk lagi dua bulan.Then you’ll be mine.”Cempaka sedikit tersentak dengan kata-kata Luqman.Sedar tidak sedar Cuma tinggal lagi dua bulan mereka akan berkahwin.Bersediakah dia?
“Assalamualaikum.”Cempak dan Luqman sama-sama mendongak.Fikri muncul tiba-tiba dengan segaris senyuman.
“Fikri?”Cempaka terkejut.Luqman cuba berlagak biasa.
“Maaflah saya Fik datang sini.Fik dah nak balik.Boleh Fik jumpa Lin sekejap?”
“Lin tengah kerja.”
“Macam tu tak apalah.






’Its feel lost when you not around.’
Cempaka senyum pada kad kecil yang diletakkan didalam peti suratnya.Nani yang tolong ambilkan tadi.Sekurang-kurangnya kad kecil ini mampu membuatkan dia tersenyum.
“I’ll be there.”Katanya sendirian pada kad kecil tersebut.















Cempaka masih di kerusi didapur.Sesekali dia pandang jam yang semakin menginjak jauh.
“Buat apa kat sini lagi.Luqman dalam bilik nu.”Salmah menampar bahu Cempaka.
“Sekejap kak Yang masuk lah.”
“Tak baik biar Luqman tunggu lama kak Yang.”Cempaka pandang wajah Salmah.
Malasnya mahu ke bilik.Di satu sudut pinggan mangkuk yang sudah siap dicuci tersusun rapi.Periuk belanga masih di khemah luar tunggu masa untuk dicuci esok pagi.
Cempaka kuak pintu bilik.Luqman sedang bersandar dikepala katil dengan majalah Mastika ditangan.Sebaik sahaja Luqman Nampak Cempaka,segera majalah Mastika diletakkan di tepi.
Cempaka hilang bicara.
Cempaka duduk diatas katil.Membetulkan cadar yang sebenarnya lebih untuk menghilangkan rasa gemuruh.
“Yang lain dah tidur?”Cempaka angguk.
“Mak baru masuk tidur.”Jawab Cempaka.
“Cempaka?”Cempaka pandang Luqman.
“Nak tidurlah ni.”Cempaka baring.Selimut ditarik ke paras dada.Luqman masih duduk.
“Kenapa tak nak tidur?”Tanya Cempaka bila dilihatnya Luqman asyik sangat memerhatikannya.
“Saya nak Tanya sikit.”Luqman pandang wajah Cempaka tepat-tepat.”
Cempaka bangun.bersandar di kepala katil yang masih dihiasi cantik.Luqman bersila dengan pelekatnya.
“Apa dia?”Dikuis sedikit rambutnya yang berjurai didahi.
“Kalau saya nak kahwin satu lagi boleh?”
Bagai disentap oleh sakaratulmaut jantung Cempaka saat ini.Malam pertama bukan kata-kata romantis yang diucapkan,bukan belai manja yang diberi tapi permintaan yang bisa saja mencarikkan hati wanita-wanita bergelar isteri.
‘Malangnya Cempaka.’
I’m asking you and I wait your answer.”Cempaka ketap bibir.
“Kalau itu yang akan membahagiakan awak Luqman Harith saya redha.”
“Kenapa Cempaka redha?Kerana saya bukan pilihan Cempaka?Then kenapa terima pinangan saya?”
“Bukankah awak bertanyakan soalan tadi Luqman.Saya hanya menjawab.”
“Soalan saya yang kedua?”
“Yang mana?”
“Kenapa diterima pinangan saya andai saya bukan pilihan?”
“Luqman Harith…..soalnya bukan awak tapi saya yang bukan Nisa’ pilihan.”
Luqman diam tidak membalas kata-kata Cempaka.
“Betulkan Luqman Harith.Terlalu banyak perbezaan antara kita.Awak..saya..kita bagaikan orang asing.”Dikuak sedikit rambutnya ke tepi.
“Kita berbeza dalam dunia yang sama.Taraf pendidikan,keluarga latar belakang yang berbeza.Mana mungkinkan doktor Luqman Harith jatuh cinta pada staff nurse Cempaka Elina?”
“Kenapa tak mungkin?”Luqman balas dalam suara yang sungguh gemersik.
Aduh hati berhentilah berlari….
“Luqman…saya berdiri dicermin.Melihat diri saya dan awak dibelakang.Walaupun saya Nampak awak dalam cermin tapi hakikatnya awak jauh dengan saya.”
“Awak cintakan saya Cempaka?”Cempaka diam.Dia tiada jawapan untuk soalan Luqman.
‘Luqman cinta itu bukan untuk di nyatakan tetapi cinta itu untuk dirasai.Perlukah ada pengakuan tentang cinta sedangkan kamu mampu merasakannya?’
“Jawab pertanyaan saya Cempaka.”Cempaka hanya pandang Luqman.
Saya tidur dulu Luqman.”Cempaka lantas kembali berbaring.Dipusingkan tubuhnya mengadap dinding.Dicuba pejamkan mata walaupun dirasakan amat payah sekali.Setitis airmata Cempaka gugur jua.
Malam pertama yang sepatutnya dihiasi dengan keindahan membawa kenangan pahit untuk Cempaka kenang sepanjang hidup.










Cempaka sedar jam 6.15 pagi.Dipandang sebelah Luqman tiada.Tiba-tiba dia Nampak Luqman sedang berdiri di tingkap Cermin.Cempaka lekas-lekas bangun.dicapainya tuala dan terus keluar ke bilik air.
Usai solat di tingkat bawah Cempaka kembali ke atas.Luqman sedang duduk dibirai katil.
“sekejap tunggu abah balik solat subuh dari masjid dulu lepas tu sa..sarapan.”Sukarnya nak ungkapkan kata-kata walaupun Luqman sudah menjadi suaminya yang sah.
“Tak pe sayapun tak biasa makan awal.”Cempaka ingin melangkah keluar bila Luqman memanggilnya.
“Ada apa?”Rambutnya separas bahu diikat satu.Luqman menepuk katil menandakan menyuruh Cempaka duduk disisinya.Cempaka akur.Cuba dibuang rasa sakit hati malam tadi.
Tiba-tiba tangan Luqman sudah berada di rambutnya.Perlahan-lahan Luqman meleraikan getah pengikat rambut Cempaka.
Hati Cempaka sudah tidak menentu.
“Tak elok ikat rambut masa basah.Nanti rambut sakit.”
Hai Luqman bila pula pakar Gynae bertukar jadi pakar rambut Yun Nam Hair care?
“Dah biasa ikat.”Cempaka jawab sepatah.
“Ada apa?”Cempaka ulang soalan yang sama.
“Tak boleh ke saya nak duduk dengan isteri sendiri?”
Pertanyaan Luqman dijawab dengan berdiam diri.
“Sekejap lagi saya nak keluar sekejap.”Kali ini Cempaka alihkan pandangannya pada Luqman.
“Pergi mana?”
“Jumpa kawan.”
‘Jumpa kawan ke jumpa kekasih hati?Kan dia duduk kat sini?’
Cempaka hanya angguk.
“Nak ikut?”Cempaka geleng.
Sedihnya orang lepas kahwin mestilah nak berjalan berdua tapi dia…
“Kenapa tak nak ikut?”
“Nak tolong mak kat rumah.Rumahpun tak berkemas lagi.Tengahari pula orang datang nak ambil pelamin.Pinggan mangkuk pun nak basuh.Awak pergilah.”
Ikut Luqman dan saksikan suami bermesra dengan wanita lain?Huh mati hidup semula pun Cempaka tak nak.
“Saya pergi sekejap sahaja.”
“Tak pe..pergilah.”Wajah Cempaka dipandang lama.

Luqman pulang bila petang sudah mula melabuhkan tirainya.Saat muazin melaungkan azan maghrib dari surau berhampiran rumah.
Tadi bila abah dan mak Tanya Cempaka cakap Luqman jumpa kawan kat hospital Pulau Pinang.Tapi Cempaka tahu kalau Luqman sebenarnya jumpa dengan Dyja tu.Tak payah cakap pun Cempaka dah tahu.
“Makan Man.”Salmah menyenduk nasi ke pinggan Luqman.Sejak Luqman balik maghrib tadi Cempaka elakkan diri dari bertembung.Luqman kat atas dia di bawah.Tapi waktu makan macam ini mana Cempaka nak lari lagi.Nanti kalau mak membebel tak tahu nak layan suami,Cempaka juga yang panas telinga.
“Kak Yang senyap je?”Kebisuan Cempaka ditegur Saiful.
“Tak ada apalah.Kak Yang penatlah.”Cempaka terus menyuapkan nasi ke dalam mulut tanpa menghiraukan Luqman yang sesekali membuang pandang ke arahnya.
Biaralah dia tahu kalau hati Cempaka sakit.Tidak berhak kah Cempaka marah sedangkan Luqman kan suami Cempaka yang sah?
Cempaka sengaja berlama-lama di dapur membasuh pinggan mangkuk.Luqman diatas berbual dengan Abdul Rahman dan salmah.
Cempaka sedang duduk di kerusi dapur bila Luqman turun ke bawah.
“Why?”Cempaka mendongak.
“Apa dia?”Luqman tarik kerusi.Duduk berhadapan dengan Cempaka.
You hide something from me?”
‘Saya atau awak yang sedang menyembunyikan sesuatu wahai Luqman?’
“Tak ada apa yang saya nak sembunyikan.Mak dengan abah mana?”
“Dah masuk tidur.”Cempaka angguk.
“Awak pun pergilah masuk tidur dah tengah malam ni.”
“Tomorrow we’ll be back to kl.Resepsi.”Cempaka tahu lusa majlis resepsi akan diadakan di rumah mertuanya di kuala lumpur.Dia angguk sebelum menjawab.
“Saya tahu.”
“Dah habis kemas barang?”Cempaka geleng.
“Sekejap lagi.”
“Cempaka Elina..ada sesuatu yang saya perlu tahu ke saat ini?”
“Tak ada apa.Kan saya cakap dah tadi.Atau mungkin awak yang menyembunyikan sesuatu dari saya?”
 Cempaka tahu serkap jarangnya mengena bila buang pandang kea rah lain.
“Saya naik dulu.”Malas dia mahu menunggu jawapan Luqman sedangkan dia sudah pun tahu jawapan itu.
Sampai di bilik telefon bimbit Luqman yang diletakkan diatas katil berbunyi.Bagai tindakan refleksi Cempaka membaca mesej yang tertera.
+Dyja tak ada niat nak buat abang runsing.maafkan Dyja kalau pertemuan tadi buatkan abang susah hati.Dyja sayang abang.
Luluh hati Cempaka membaca mesej yang tertulis.Ada perkataan sayang dari wanita lain untuk suaminya.
Telefon bimbit Luqman digenggam kuat.Tiba-tiba dari ekor matanya dia Nampak Luqman sedang berdiri di pintu memerhatikannya.
“Maaf saya tak sengaja nak baca.”Telefon bimbit dikembalikan dan Cempaka cepat-cepat keluar.
Luqman memeriksa telefon bimbitnya.Membaca sekilas mesej yang baru dihantar Dyja.Luqman menarik nafas panjang.
‘Apa lagi yang perlu dikatakan kalau Cempaka sendiri yang membacanya.’
Cempaka duduk diatas buaian diluar rumah.Dia mahu menangis.
“Dah malam ni.”Satu suara menyergahnya dari belakang.Luqman berdiri di belakang.
“Saya nak duduk disini sekejap.”Luqman duduk disebelah Cempaka.Tiba-tiba jemarinya meraih jemari Cempaka.
Cempaka mahu menarik jemarinya tapi genggaman Luqman semakin kuat.
“Jangan risau sebab saya tak akan lepaskan Cempaka.”
“Kenapa?Kenapa mesti ada ikatan antara saya dan awak andai hati awak untuk yang lain Luqman.?Kenapa perlu dirantai saya kalau saya bukan sesiapa Luqman?”
“Bukan sesiapa?Cempaka isteri saya.Yang sah.Yang saya ikat dengan ijab dan Kabul.Cempaka more than sesiapa dalam hidup saya hari ini.”
“Then siapa Dyja?Siapa dia Luqman?”
Luqman diam.
“Kenapa tak jawab?Setiap detik Luqman saya menunggu awak berterus terang tentang gadis itu.Kerana gadis itu jugakah awak mohon keizinan untuk berkahwin lain di malam pertama kita?”
“Malam pertama?”
Cempaka diam tidak menjawab.Dipalingkan wajahnya ke arah lain.
“Cempaka it’s complicated.Saya..awak..banyak hati yang nak saya jaga.”
“Saya minta maaf Luqman.Saya tak pernah tahu kalau awak sudah punya orang lain.Saya terima awak kerana abah mahukan begitu.Kalaulah saya tahu awak sebenarnya ada orang lain saya akan minta abah tolak pinangan dari keluarga awak.Tapi saya tak tahu.Saya hanya mengikut apa kata abah dan mak.”
“Hati saya bukan untuk sesiapa sebelum awak Cempaka.”Cempaka diam.Benarkah kata-kata awak Luqman.
“Siapapun dia tak akan sama dengan Cempaka Elina.”
“Awak nak kahwin dengan dia?”Luqman menarik nafas panjang.
“Saya tahu Cempaka bukan senang saya nak kemudi dua bahtera dalam satu masa.Percayalah kalau saya punya pilihan hanya Cempaka satu-satunya ratu hati saya.”
‘Lelaki..bijaknya berkata.Cempaka sebak.Pengakuan Luqman membenarkan segala-galanya.Dia bakal dimadukan.Kata-kata Luqman hanyalah penyedap bicara.Mana mungkin dia menjadi ratu andai wanita itu yang dahulu hadir dalam hidupnya?’
“Bila?”Tanya Cempaka.
“Bila?”Balas Luqman.Tidak mengerti.
“Perkahwinan awak dengan dia?”
“Saya belum berbincang dengan mummy dan daddy lagi.”Cempaka tahu dia sudah tidak mampu lagi membendung airmatanya.
“Saya masuk dulu.”Cepat-cepat dia bangun dari situ.


Cempaka tahan sebak sehingga dia terlena.Sedar-sedar tangan Luqman sudah melingkari pinggangnya.Entah kenapa rasa sakit yang Luqman hadiahkan padanya menjadi sesuatu yang damai sekali bila Luqman dekat dengannya.

Cempaka menyepikan diri didalam bilik.Membiarkan Luqman sahaja berhadapan dengan keluarganya.Dua hari sudah berlalu majlis resepsi yang penuh meriah disini.Dan hari ini sampailah masanya Luqman membuka bicara tentang kenginan nya pada keluarga.
            Bunyi ketukan dipintu menyentak sedikit Cempaka dalam dunia ciptaannya seketika tadi.Kak Zah muncul dengan tiada sebaris senyuman.Tapi dari air muka kak Zah Cempaka tahu wanita itu sedang menyelami isi hatinya.
“Mummy dengan daddy panggil Cempaka kat bawah.Jom.”Lengannya ditarik perlahan kak Zah.Cempaka hanya mengikut.Derapan langkahnya sama laju dengan degupan jantungnya.Bagai mahu terhenti saat ini juga.
“Sit Cempaka.”Cempaka akur.Duduk bersebelahan Darizah.Wajah Luqman yang sedang memerhatikannya dipandang sekilas.
“Cempaka dah tahu?”Cempaka pandang Luqman sebelum mengangguk mengiayakan pertanyaan doktor Maria.
“Mummy tak faham.You just married for a week and now Luqman Harith you ask for married again.If mummy kat tempat Cempaka dah lama Luqman mummy tinggalkan.”Masing-masing diam.Bila Doktor Maria bersuara baik Luqman mahupun Darizah jarang mahu menjawab.
“What happened with you Luqman?I’m not  expect this from you.You know how hard is polygamy?Kalau poligami tu easy daddy pun nak.But you kena pikul tanggungjawab not just here tapi depan Allah.”Kali doktor Iskandar pula menyampuk dalam pelat melayu campur inggerisnya.
“Cempaka..mummy nak Tanya seikhlasnya.Kenapa Cempaka benarkan?”
“Maaf mummy,daddy dan kak Zah.Apalagi seorang isteri mampu buat kalau suaminya mahu berkahwin lain.Lagipun mungkin itu pilihan abang Luqman.Cempaka redha.”
“Cempaka kita bukan di era 60 an yang suami boleh buat sesuka hati diorang je.Isteri pun ada hak dalam perkahwinan.”
“Bukan masalah redha Cempaka.Tapi Luqman tidak ada alasan yang kuat untuk bagitahu kami kenapa dia perlu kahwin lagi.”Balas doktor Maria.
“Mum. I told you Man tak boleh jawab kenapa Man perlu kahwin dengan Dyja.”
“Why?Atau ada sesuatu yang Man rahsiakan dari kami?Something yang mummy dan daddy tak tahu?”Kali ini Darizah bersuara.Sinis sekali.
“Kak Zah ingat Man jahat sangat ke sampai nak buat sesuatu yang tak elok belakang-belakang?”Cempaka sekali lagi hanya menjadi pemerhati pertengkaran Luqman dan keluarganya.
“Kak Zah tak tahu sebab sekarang pun Luqman dah mengejutkan kak Zah,mummy and daddy.Its not imposible kalau Man boleh buat sesuatu belakang kami.”
“Man betul nak kahwin dengan dia?”Luqman angguk.Doktor Maria pandang Cempaka sebelum beralih pandang kea rah Luqman.
“Mummy nak dia datang sini.Mummy nak tengok dan kenal dia.Kemudian mummy akan buat keputusan.”Doktor Maria bangun.Malas agaknya mahu berbalah lagi.Sakit hatinya dengan kelakuan anak lelakinya yang seorang ini.Belajar je tinggi tapi otak sempit.
“You make mum mad at you.”Luqman pandang doktor Iskandar.Apalagi yang dia boleh cakapkan.Dia pandang Cempaka.Cepat-cepat Cempaka melarikan pandangannya ke arah lain.





“Sebab inilah kak Zah takut nak kahwin Cempaka.”Cempaka bersama Darizah duduk diluar rumah.Luqman entah kemana.Doktor Maria masih bercuti.Ada ditingkat atas.Tapi doktor Iskandar sudah ke hospital.
“Tak semua lelaki tak baik kak Zah.”
“Tapi kak Zah kasihankan Cempaka.Tak patut Luqman buat macam ni.Kalau betul dia nak kahwin dengan perempuan tu,kenapa dia setuju bila mummy pinang Cempaka dulu.Setahun lebih you all bertunang tak ada masalah kalau dia nak putuskan pertunangan itu kan?”
“Entahlah kak Zah.Kalau ikutkan sakit hati memang sakitpun hati Cempaka.Tapi Cempaka rasional.Apapun yang berlaku semua ketentuan Allah swt.”
“Sekalipun Luqman nak kahwin lain bukan ini masanya.Masa yang sepatutnya kamu berdua berbulan madu.Ni tak baru seminggu kahwin dah minta nak kahwin lain.Hi..pening kepala kak Zah ni.”Cempaka ketawa kecil dengar bebelan Darizah.
Yelah dia pun nak buat macamana.Kalau tak izinkan boelh sahaja Luqman kahwin di sempadan atau luar Negara.Nanti-nanti mesti Doktor Maria bertambah marah kalau itu yang berlaku.Sejak semalam Cempaka sudah boleh terima.Dia tidak mahu sedih-sedih lagi.Apa yang penting dia nak buang semua perasaan sayangnya yang baru nak bercambah pada Luqman.
“Eh Cempaka cakap nak buat laksa.”Cempaka senyum.Memang pagi tadi dia ada bagitahu Darizah dia nak buat laksa utara.
“Nak pergi buat lah ni.”Darizah dan Cempaka sama-sama senyum sebelum masuk semula ke dalam rumah.

Riuh rendah suara Cempaka dan Darizah menyediakan laksa dibahagian dapur.Darizah akui kecekapan Cempaka di dapur.
“Kak Zah nanti kalau kahwin mesti suami boring.Yelah tak pandai masak.”
Cempaka ketawa kecil.Baru haruman daun kesum bercampur bunga kantan smeerbak dari periuk.
“Tak pandai boleh belajar kak Zah.”
“Luqman suka makan laksa.”Pernyataan Darizah buatkan Cempaka yang sedang mengacau kuah didalam periuk terhenti.
“Betul ke kak Zah?”Darizah angguk.Memang itulah kegemaran Luqman dari kecil.Sampai kadang-kadang dua minggu sekali pembantu rumah mesti sediakan laksa.
“Em sedapnya bau.Masak apa ni?”Doktor Maria tiba-tiba muncul didapur.
“Cempaka masak laksa mum.Macam tahu-tahu je Luqman suka makan.”
“Tak adalah mummy.Cempaka memang selalu masak laksa ni.”
“Air tangan isteri ni Cempaka..buat suami bertambah sayang tahu?”
Tapi mummy anak mummy tu tak sayangkan Cempaka pun.Ini pun entah sudi entah tidak dia jamah.
“Luqman kemana Cempaka?”
“Tak tahu mummy.Pagi tadi abang Luqman keluar tak cakap apa-apapun dekat Cempaka.”
“Puan Maria..encik Luqman balik.”Kak Tijah muncul di muka pintu.
“Dah nak masuk petang baru nak balik.Kemana je lah Luqman ini.”Bebel doktor Maria.
“Puan..encik Luqman bawa kawan.”
“Siapa?Ridzuan?”Memang itulah kawan yang selalu bertandang ke sini.
“Bukan Puan.Perempuan.”Semua yang ada disitu terdiam.Cempaka cepat-cepat alihkan perhatian kepada hirisan timun bila dua pasang mata memerhatikannya.
Cepatnya Luqman kenalkan bakal menantu kedua dalam rumah ini.
“Jom.”Sekali tangannya ditarik Darizah agar mengikuti langkah doktor Maria ke hadapan.
“Tak pelah kak Zah.Cempaka kat sini je.”Dia tidak mahu hatinya semakin sakit bila bertemu dengan Dyja nanti.
“Kak Zah nak Cempaka ikut.Kak Zah nak tengok samada perempuan tu standing tak dengan adik ipar kak Zah ini.”Cempaka menurut.


Di ruang tamu Luqman duduk bersebelahan seorang perempuan berbaju kurung Pahang.Sekali pandang Cempaka sudah kenal siapa dia.ditepi kakinya ada sebuah beg.Pasti wanita itu akan bermalam disini.
“Luqman.”Panggilan dari doktor Maria buatkan Luqman cepat-cepat bangun dari sofa.
Doktor Maria menghampiri anak lelakinya itu.Diikuti Darizah dan Cempaka dari arah belakang.
Mata doktor Maria pandang perempuan disebelah Luqman sekilas.
“Mummy ini Siti Khadija.”Dyja bangun bersalaman dengan doktor Maria.
“Ini kak Zah.Kakak abang.Ini pula Cempaka Elina.My wife.”Kenapa ye Cempaka tidak mampu pun untuk pandang wajah Dyja walaupun gadis itu mengukir senyuman.
‘Abang?’Dengan dia tak pula ber abang.’
“Duduklah.”Arah doktor Maria.Cempaka duduk disebelah Cempaka.
“So,this is woman that  you told us?”Luqman angguk.Cempaka tahu Luqman mencuri pandang ke arahnya.Tapi sengaja dia tidak mahu memandang Luqman.
“Yes mum.”Kedengaran nafas panjang dari doktor Maria.
“Luqman pergi naik atas.Cempaka pun.Biar mummy dan kak Zah disini.Ada perkara yang mummy nak Tanya dia.”Cempaka tahu dia yang dimaksudkan adalah Dyja.Luqman kelihatan teragak-agak untuk meninggalkan ruang tamu.
“You don’t have to worry Luqman.”Kali ini Darizah bersuara.


Cempaka pura-pura sibuk membetulkan cadar bila Luqman masuk bilik.
“Cempaka..”
“Awak nak apa-apa ke?Saya ada buat laksa.Kalau awak nak makan saya siapkan?”Sukarnya untuk berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku diantara mereka.
I know you hurt.But trust me,I’m hurt more than you.”Cempaka keliru.Tidak faham apa yang cuba disampaikan Luqman.Jemarinya diraih Luqman.
“Cempaka tak faham.”Kenapa luqman terluka pula sedangkan ini yang dia mahukan?
I just want you know Cempaka Elina,this is not what I want.But its complicated to explain.I just need your forgivness for all that has happened.”
Can I ask you something?”Luqman angguk.
“One day kalau saya sudah tidak diperlukan lagi,saya minta untuk lepaskan saya.I want free like nightiangle in the darknes.”Hakikatnya tiada siapa yang mahu berkongsi suami.Tapi saya faham Luqman kalau jiwa awak bukan untuk saya.”
“Why?”
“Luqman…I accept you as my husband sebab abah.Saya pernah kecewakan abah dan keluarga.Saya tak mahu abah kecewa lagi.Tapi Luqman saya cukup memahami cinta itu bukan satu paksaan.Baik awak mahupun saya,masing-masing tidak boleh memaksa untuk jatuh cinta antara satu sama lain.Cinta itu untuk kita rasai bukan untuk dimiliki.”
“Atau Razif masih ada dengan awak Cempaka?”
Kenapa persoalan tentang Razif yang ditimbulkan sedangkan masalah sekarang adalah awak dan Dyja?
“What do you think?”Sengaja dia ingin menguji Luqman
“Saya rasa awak masih meyintai Razif.”Cempaka geleng.Razif pernah hadir dalam hidupnya tapi Cuma sementara.